Anda di halaman 1dari 30

4.

0 KEMAHIRAN MENULIS

4.1 DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis mempunyai pelbagai definisi dari beberapa pandangan tokoh. Maksud yang pertama adalah melalui Kamarudin Haji Husin (Pedagodi Bahasa, 178). Beliau mengatakan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambinglambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Pendapat seterusnya adalah daripada Jaurah Haji Tak dan Saliha Haji Md Amin (Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, 121). Mereka berkata bahawa melalui penulisan idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan jika dibandingkan dengan penyampaian secara lisan. Seterusnya mari kita lihat pula pendapat Kainz (Buku Pengajaran dan Penguji Bahasa, 152). Beliau berkata berfikir dalam bentuk lisan merupakan syarat asal sebelum melakukan penulisan. Menurut Cruttenden pula before the child can learn to read or write he needs to understand that language. Abdullah Hassan dalam bukunya Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia 1996 mengatakan bahawa tulisan lebih jelas dilihat dan boleh dianalisis dari segi kesalahan berbanding di dalam pertuturan.Pertuturan akan hilang dengan cepat, tetapi tulisan akan kekal.

4.2 KONSEP-KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis melibatkan latihan-latihan mekanikal dan latihan-latihan mental. Latihan-latihan mekanikal iaitu latihan yang boleh dijalankan untuk

mendapatkan kemahiran menulis ialah antaranya seperti latihan pergerakan tangan, otot,jari dan membentuk atau membuat garisan-garisan, bulatan, segi-segi, bentukbentuk awan larat dan sebagainya. Manakala, latihan-latihan mental dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis unuk pelahiran ialah melalui latihan pernyataan fikiran, latihan pernyataan perasaan, pernyataan kehendak dan mengeluarkan pendapatpendapat yang tulen dan asli.

Konsep yang kedua adalah untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik, kanakkanak hendaklah banyak mendapat latihan dan galakan. Di antara galakan-galakan yang boleh dilakukan ialah mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik, tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh dan segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan melalui contoh-contoh yang baik daripada guru. Penggunaan alat-alat tulis mempengaruhi kemahiran menulis. Penggunaan pensil yang tumpul boleh menyebabkan tulisan yang dihasilkan tidak kemas dan tidak dapat dibaca dengan jelas. Struktur badan ketika menulis juga amat penting. Elakkan duduk membongkok ketika menulis. Kemahiran ini memberi kesan serta-merta dan lanjut kepada pelajar-pelajar.

Kesan serta-merta ialah kesan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik. Kesan lanjut pula, untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. Kemahiran ejaan dan rencana dapat meningkatkan kemahiran menulis. Melalui kemahiran ejaan, ia dapat melatih murid-murid mendengar perkataan dengan baik dan menuliskannya secara tepat. Manakala melalui kemahiran rencana guru boleh menyebut beberapa perkataan secara lisan atau melalui rakaman dan murid-murid diminta menuliskannya. Sebagai alat mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca. bagi menurunkan segala isi pelajaran dan

4.3 OBJEKTIF KEMAHIRAN MENULIS. Objektif ataupun tujuan kemahiran menulis terbahagi kepada dua bahagian iaitu tujuan serta merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta merta adalah untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan seterusnya adalah untuk membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. a) Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. b) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. c) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk

melahirkannya. d) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,

perkembangan bahasa dan tulisan e) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan. Tujuan kedua adalah tujuan lanjut. Tujuan ini adalah untuk : a) Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. b) Mewujudkan fungsi komunikasi yang berkesan antara penulis dan pembaca. c) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya, seseorang penulis, penyajak atau pengarang dapat menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya.

d) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

4.4 PENGAJARAN KARANGAN DALAM pengajaran bahasa terdapat beberapa kemahiran yang perlu diajarkan oleh guru kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran itu diajarkan secara berperingkat-peringkat iaitu kemahiran mendengar yang merupakan kemahiran asas, kemahiran bertutur, membaca dan kemahiran menulis. Antara keempat-empat kemahiran itu, kemahiran menulis adalah kemahiran yang tertinggi kerana kebanyakan kegiatan menulis adalah digunakan secara formal (seperti menyalin nota, menjawab soalan dan bentuk esei). Kemahiran mengarang adalah salah satu jenis kemahiran yang terdapat dalam kemahiran menulis. Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu diajarkan dan diberi latihan kerana ia penting dikuasai sebaik mungkin oleh setiap pelajar sebab sebahagian besar proses pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang. Mengarang adalah kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, peranan dan pendapat. Rencana ini hanya akan menfokuskan kepada salah satu jenis kemahiran menulis iaitu kemahiran mengarang selain pengaplikasiannya - pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rencana ini juga akan membincangkan antara permasalahan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran karangan di sekolah-sekolah di negara ini secara umum.

DEFINISI KARANGAN Karangan bermaksud ciptaan, gubahan, compose (seperti mengarang cerita, lagu, sajak, surat kiriman) dan karya. Menurut Sidang Penyusun (1984:463), ia bermaksud khayalan dan rekaan. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:200), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Melalui pengajaran membuat karangan khasnya dalam konteks pendidikan formal, pelajar secara tidak langsung akan dapat melahirkan pendapat, ulasan dan komen tentang sesuatu tajuk atau isu. Dalam erti kata lain, karangan merupakan latihan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara bebas tapi dikawal oleh arahan, peraturan dan tajuk yang telah disediakan guru. Dalam konteks bilik darjah, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan kesimpulan. KARANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA Menulis atau menghasilkan karangan adalah satu kemahiran yang penting dalam penguasaan bahasa. Sesebuah karangan atau wacana itu sendiri didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan ayat. Oleh itu dalam pengajaran karangan, guru akan dapat melihat dan menilai sejauh mana kebolehan pelajar mengaplikasi dan menggunakan kemahiran-kemahiran bahasa yang telah mereka pelajari (mengikut tahap pencapaian dan IQ pelajar). Pengajaran karangan secara umum meliputi pengajaran dan pengaplikasian aspekaspek bahasa yang lain seperti pengajaran tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik.

Melalui pengajaran karangan di sekolah-sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan, buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala macam perkara, baik yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian dan pengalaman dalam berbagai jenis tulisan. Latih tubi yang dialami di bilik darjah diharap akan dapat diaplikasi oleh pelajar ke peringkat seterusnya dan yang paling penting kemahiran itu akan dapat memudahkannya permohonan kerja. TUJUAN PENGAJARAN KARANGAN Pengajaran karangan bagi pelajar sekolah menengah menurut Kamarudin Hj. Husin (2002:280-281) mempunyai beberapa tujuan: (a) Membolehkan pelajar: i) bercerita; ii) berhujah atau bersyarah mengenai sesuatu kejadian, cerita atau tajuk perbincangan. (b) Membolehkan pelajar mengarang: i) pengalaman sendiri; ii) cerita; iii) penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; iv) pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah mengenai beberapa perkara yang sesuai; v) surat kiriman formal dan non-formal. berkomunikasi dengan masyarakat misalnya menulis surat

JENIS-JENIS KARANGAN Menurut Zainol Ismail (2003:7), berdasarkan bentuk, karangan dibahagikan kepada dua jenis iaitu karangan berformat dan karangan bebas. Manakala bagi Salleh Mohd. Akib (dalam Kamarudin Hj. Husin, 1988:198), karangan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu karangan lisan, karangan bertulis dan karangan terkawal. Walau bagaimanapun penulis berpendapat karangan boleh dibahagikan kepada dua jenis - secara yang lebih mudah difahami iaitu karangan lisan dan karangan bertulis yang akan dihuraikan secara ringkas dalam rencana ini. KARANGAN LISAN Karangan lisan adalah satu aktiviti latihan bercakap untuk mengarang dengan menggunakan bahasa yang diajarkan lalu mempraktikkannya di dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001:281), antara aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik pengajaran yang dapat dijalankan dan digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran karangan jenis ini: (a) Bersoal jawab mengenai perkara-perkara yang telah dialami oleh pelajar dalam kehidupan sehari-hari; (b) Menceritakan semula cerita yang didengar daripada ibu bapa, guru, individu lain atau buku dan majalah yang pernah dibaca; (c) Karangan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar (atau carta aliran) yang disediakan oleh guru; (d) Ucapan-ucapan yang disediakan oleh pelajar berkaitan dengan pengalamannya. Berdasarkan aktiviti-aktiviti di atas dapatlah dikatakan bahawa karangan lisan merupakan satu cara untuk memperkukuhkan lagi tabiat bercakap dan berfikir dalam bahasa yang diajarkan di samping melatih pelajar menyebut lambang-lambang dan bunyi-bunyi bahasa dengan betul.

KARANGAN BERTULIS Karangan bertulis adalah kesinambungan daripada karangan lisan. Lazimnya karangan jenis ini dilakukan selepas pelajar menjalani latihan-latihan praktikal dalam bahasa lisan yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian: (a) karangan terkawal (b) karangan bebas

KARANGAN TERKAWAL Menurut Salleh Mohd. Akib (dalam Kamarudin Hj. Husin, 2001:283), karangan terkawal ialah karangan yang segala isi dan bahasanya dikawal oleh guru. Susunan yang terdapat dalam karangan ini adalah sentiasa dikawal ketat, diawasi dan pelajar perlahan-lahan dipimpin ke arah menulis karangan bebas. Tujuan pengajaran karangan terkawal adalah bagi mengurangkan kesilapan-kesilapan berlaku di kalangan pelajar. Jenis karangan ini dapat pula dibahagikan kepada tiga sub-bahagian iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal. SEPENUHNYA TERKAWAL (~100%) Dalam karangan jenis ini, pelajar dibimbing dan dikawal seratus peratus atau secara menyeluruh untuk menulis karangan supaya tidak melakukan kesilapan. Ia dapat dikatakan karangan level pertama dan sebagai asas penulisan karangan (biasanya dipraktikkan di peringkat rendah bawah). Biasanya pelajar hanya akan menyalin segala apa yang ditulis oleh guru di papan tulis. SEPARUH TERKAWAL (~75%) Pada tahap ini, pelajar masih berada dalam kawalan guru tetapi tidak seketat tahap pertama. Sebaliknya pelajar diberikan peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan yang sesuai dengan pengajaran guru atau tajuk yang diberikan.

HAMPIR TERKAWAL (~50%) Pada tahap ini, guru mengurangkan kawalan ke tahap yang minima tetapi masih memandu pelajar membuat karangan yang diarahkan. Guru dapat mengenal pasti kelemahan pelajar berdasarkan kesalahan-kesalahan yang mereka dilakukan.

Sungguhpun ramai pelajar yang akan melakukan kesalahan tetapi melalui latihan yang kerap dilakukan pelajar dan bantuan guru, mereka akan dapat memperbaiki penulisan karangan masing-masing. KARANGAN BEBAS Karangan bebas bermaksud guru memberikan tajuk yang umum dan pelajar akan menumpukan perhatian mereka kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi menumpukan bagaimana untuk menulisnya. Pengajaran karangan jenis ini hanya dapat dilakukan apabila pelajar sudah boleh menguasai bahasa dengan baik. Oleh itu, guru lebih banyak bertindak selaku pembimbing sambil menumpukan perhatiannya kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Contohnya dengan karangan yang bertajuk 'Lawatan Ke Tasik Merimbun'. Dalam mengajar karangan yang berbentuk bebas, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya mampu menguasai pengetahuan asas seperti jenis-jenis ayat, kelas-kelas kata dan tanda-tanda baca dengan sebaik dan sebanyak mungkin. Dalam hal ini, guru perlu membimbing dan membantu pelajar di samping menekankan aspek penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dan aktiviti-aktiviti pengajaran yang berkesan termasuk faktor kekayaan perbendaharaan kata yang dimiliki pelajar, keupayaan mengatur dan memilih perkataan atau perbendaharaan kata yang betul dan pengekalan struktur ayat yang gramatis supaya karangan pelajar mengandungi kesalahan yang minima dan hasilkan karangan yang baik. Pada peringkat sekolah menengah, skop menulis karangan diperluaskan lagi kepada beberapa jenis bentuk penulisan karangan yang lain, antaranya:

(a) Karangan yang berbentuk deskriptif iaitu karangan yang meliputi gambaran suasana, peristiwa, majlis dan benda. (b) Karangan yang berbentuk naratif iaitu karangan yang merangkumi jenis-jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan/komentar. (c) Karangan yang berbentuk imaginatif iaitu karangan yang berkait rapat dengan pengalaman dan khayalan termasuklah karangan yang mempunyai ciri-ciri kreatif seperti cerpen dan sajak. (d) Karangan yang berbentuk argumentatif iaitu karangan tentang perbincangan, kritikan dan perbahasan.

4.5 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KARANGAN Dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran karangan sememangnya terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat diaplikasi. Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di bilik darjah melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan tajuk karangan yang akan diajarkan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar dan guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara. PENDEKATAN Rencana ini mengemukakan pendekatan pengajaran penulisan yang dinyatakan oleh Raimes (dalam Juriah Long dkk, 1990:214) yang antaranya: (a) Pendekatan Terkawal (b) Pendekatan Bebas (c) Pendekatan Pola-Perenggan

(d) Pendekatan Komunikatif Menerusi pendekatan ini, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh. Pada peringkat seterusnya semakin berkurangan. Bagaimanapun pelajar masih diberi kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah dengan menyediakan sebuah karangan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberi senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu tajuk dan pelajar perlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman

berdasarkan kejadian itu. PENDEKATAN BEBAS Dalam pendekatan ini, pelajar diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu tajuk karangan. Walau bagaimanapun pendekatan ini hanya sesuai digunakan kepada pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran karangan yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah di kalangan remaja, guru boleh membawa keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbangsaran, (brainstorming). Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan mereka.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri (instinc) yang dimiliki oleh seseorang penutur (pelajar) yakni keupayaan pelajar menggunakan dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial (Pg. Hj Mahmud, PL 4203). Pendekatan ini menegaskan bahawa seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang sturktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Sebagai contoh, karangan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah

memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut (laras bahasa perubatan). Dari itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan karangan. Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis sesebuah karangan adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Dari itu, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis karangan sama seperti situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa karangan yang ditulis adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk kalangan pelajar lain di dalam bilik darjah.

PENDEKATAN POLA-PERENGGAN Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan karangan dengan baik. Antara latihan yang dapat diaplikasikan, seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Method atau kaedah pengajaran karangan adalah cara atau langkah bagaimana seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya dengan kehendak dan cita rasa pelajarnya, di samping mencapai objektif pengajaran. Terdapat banyak kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran karangan tetapi rencana ini hanya akan membincangkan beberapa jenis kaedah sahaja iaitu kaedah komunikatif dan kaedah bergambar dan carta. Sementara itu, teknik ialah cara yang lebih khusus yang dibuat bagi membantu mencapai objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Dalam pengajaran bahasa terdapat pelbagai teknik pengajaran dan biasanya penggabung jalinan teknikteknik pengajaran kerap dilakukan. Rencana ini tidak akan membincangkan teknik pengajaran karangan secara terperinci kerana ia secara langsung disentuh dalam penghuraian kaedah pengajaran karangan. Tambahan pula secara umum, kaedah dan teknik pengajaran itu saling berhubung kait.

Antara teknik yang diperkatakan secara tidak langsung ialah teknik bercerita, perbincangan, soal jawab, sumbangsaran dan teknik menggunakan gambar. KAEDAH KOMUNIKATIF Kaedah komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran karangan dengan pelbagai cara, antaranya: (a) Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran pembelajaran karangan yang dijalankan; (b) Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbangsaran atau bersoal jawab untuk memastikan pelajar mengikuti dan memahami (isi-isi) karangan; (c) Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan, simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang mewujudkan unusr-unsur komunikasi di kalangan pelajar. KAEDAH BERGAMBAR DAN CARTA Penggunaan kaedah ini bermaksud karangan yang dihasilkan ialah berdasarkan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya gambar bersiri akan digunakan sebagai ABM dan peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan karangan, namun kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian gambar slide. Teknik gambar slide adalah lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana ia menyeronokkan ditambah lagi iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slide tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Namun teknik slide memerlukan peralatan yang tertentu dan

kebanyakannya tidak terdapat di sekolah. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slide yang telah ditonton.

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran iaitu: (a) Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai ABM dan tahap peringkat pelajar di samping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar; (b) Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya; (c) Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat; (d) Aktiviti sumbangsaran dapat dijalankan iaitu pelajar diberi peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya di papan tulis sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan itu; (e) Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan mengenai penyusunan isi-isi penting; (f) Pelajar menulis sebuah karangan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan (product). Teknik carta aliran agak bersistematik (telling a story) mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan dengan teknik gambar bersiri, hanyasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta. Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh saja ditunjukkan dengan menggunakan penanda 'anak panah' atau berbentuk paparan carta (graph; pie graph dan bar graph). Contohnya, carta aliran yang memperlihatkan proses membuat jem nenas. .

4.6 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENULIS Penulisan juga dipengaruhi oleh beberapa faktor terutama yang berkaitan dengan individu itu sendiri. Antaranya adalah minat menulis, pengalaman, penguasaan aktiviti lisan, keadaan emosi serta taraf perhubungan sosial, peneguhan, situasi pembelajaran dan latihan. Faktor yang pertama adalah minat menulis.Pada peringkat kesediaan, menulis perlu diwujudkan dengan cara memberi dorongan kepada pelajar. Persekitaran yang baik juga perlu disediakan. Melahirkan minat menulis perlu wujud bagi memastikan kemahiran itu dapat dikuasai dengan lebih baik. Pelajar yang menulis kerana dipaksa sering menimbulkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, minat menulis perlu diwujudkan secara spontan dan memerlukan masa untuk dimantapkan. Salah satu cara untuk memupuk minat menulis adalah dengan melakukan proses menulis secara berulang-ulang. Seterusnya adalah pengalaman. Penulisan akan menjadi lebih mudah sekiranya pelajar menulis perkara yang dialaminya. Penyampaian idea secara spontan dan keupayaan mencatat perkara itu dalam perkataan yang tepat bergantung pada pengalaman yang ditempuhinya. Pengalaman lalu sering memerlukan keserasian dengan maklumat baru dan membantu pelajar menghasilkan penulisan yang baik. Penguasaan aktiviti lisan dapat membantu keupayaan penulis. Aktiviti lisan yang terancang dapat menggalakkan pelajar mengeluarkan pendapat berkenaan isu ataupun tajuk yang dibincangkan. Hal ini dapat direalisasikan melalui pengajaran menulis karangan. Sehubungan dengan itu, memberi peluang kepada mereka mendengar atau menyatakan isi kandungan secara lisan, membantu pelajar berfikir secara jelas semasa menulis. Selesai sesi perbincangan, pelajar dapat menambahkan pengetahuan mengenai perkara yang hendak ditulis.

Faktor seterusnya keadaan emosi serta taraf perhubungan sosial. Kepercayaan kepada keupayaan diri sendiri serta pergaulannya membantu penguasaan penulisan. Emosi yang stabil menjadi faktor utama dalam menulis. Ini disebabkan penulis yang baik dapat mengawal pertimbanagn pemikirannya dengan bantuan emosi yang secara umumnya memberikan dorongan supaya menulis. Selain daripada itu, faktor perhubungan sosial juga dapat membantu pelajar dalam penulisan. Pelajar boleh memberikan pengalaman yang dilalui semasa berkomunikasi bagi digunakan dalam proses penulisan. Walau bagaimanapun, kualiti perhubungan itu perlu diambil kira kerana komunikasi yang tidak berkualiti boleh juga mempengaruhi mutu penulisan. Peneguhan murid perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya bagi

membantunya terdorong supaya menulis. Hasil penulisan yang baik perlu diberikan pujian dengan cara memberikan ganjaran yang sesuai bagi menunjukkan pembaca menghargai perkara yang ditulis. Misalnya, melukis beberapa biji bintang di dalam buku bagi menandakan bahawasanya kita sedang memerhati mereka. Di samping itu, pelajar yang kurang mahir menulis juga perlu diberikan peneguhan yang sesuai seperti memuji apabila terdapat peningkatan dalam penulisannya. Situasi pembelajaran yang menggalakkan perlu disediakan semasa mengajar penulisan. Guru perlu fleksibel daripada segi masa penulisan supaya pelajar tidak berasa tertekan semasa menulis. Berikan mereka peluang menyiapkan latihan yang diberikan di rumah sekiranya mereka tidak mampu menyiapkan di sekolah. Justeru itu, guru perlu menetapkan jangka masa yang sesuai supaya pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh itu, penyediaan situasi pembelajaran yang kondusif adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan pengajaran penulisan. Akhir sekali latihan yang kerap dapat membantu keupayaan pelajar menulis. Penguasaan menulis menjadi lebih mudah sekiranya pelajar dapat membuat latihan secara konsisten terutama dengan menitikberatkan kelamahan yang sering dilakukan semasa menulis. Selain daripada itu, perlu juga diambil perhatian hal yang berkaitan aspek penilaian hasil tulisan itu supaya pelajar dapat mengetahui tahap penulisannya. Melalui aktiviti ini pelajar dapat melakukan pembetulan sekiranya aspek kelemahan yang dilakukan dapat dikesan oleh guru.

4.7 JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN

Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan, Pertamanya ialah menulis secara mekanis dan keduanya ialah kemahiran untuk pelahiran (mental).

Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lainlain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan, supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah antaranya:

i.

Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisangarisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan dan sebagainya.

ii.

Menunjukkan cara pergerakan tangan, menulis diawangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya.

iii.

Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan .

iv. v.

Melatih atau menunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, kebersihan , dan lain-lain.

vi.

Melatih murid menulis dengan cantik.

Kemahiran kedua adalah kemahiran penulisan. Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah murid-murid mendapat kemahian mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kamahiran menulis untuk pelahiran ialah, latihan pernyataan perasaan, latihan pernyataan fikiran atau pendapat, latihan pernyataan kehendak dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

4.8 PERINGKAT MENULIS Peringkat menulis terdiri daripada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah pramenulis, kedua adalah mendirikan asas dan ketiga adalah peringkat pelahiran. Peringkat pertama adalah peringkat pramenulis. Peringkat ini merupakan tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemahiran yang betul. Antara latihan-latihan yang dijalankan ialah melakukan latihan-latuhan pergerakan tangan, menguasai pergerakan tangan yang bebas supaya boleh menulis engan selesa dan sempurna, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata. Peringkat kedua pula adalah peringkat mendirikan asas. Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis mereka perlu melalui peringkat mendirikan asas. Antara latihan yang boleh dilakukan adalah membentuk huruf dihalaman kosong, membentuk huruf mengikut garisan kertas, apabila didapati memuaskan, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Peringkat yang ketiga adalah peringkat pelahiran. Peringkat ini dilakukan setelah menguasai menulis mekanis. Antara latihannya adalah murid-murid digalakkan melahirkan fikiran secara bertulis dan cara yang dicanangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perenggan, mengisi tempat kosong dan melengkapkan ayat dan perenggan sehinggaah murid-murid boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

4.9 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran menulis. Antaranya adalah pelajar tidak menguasai beberapa kemahiran kecil iaitu kemahiran grafik, kemahiran stilistik atau ekspresif, kemahiran retorik, dan kemahiran organisasi ataupun membentuk kesatuan pemerengganan. Kemahiran grafik meliputi kemahiran menulis mekanis, kemahiran mengeja perkataan dengan betul dan kemahiran menggunakan tanda bacaan yang betul. Sementara kemahiran stilistik atau ekspresif adalah satu kebolehan murid menggambarkan makna yang tepat dalam pelbagai gaya dan laras. Pelajar perlu memilih perbendaharaan kata serta pola dan struktur ayat yang tepat bagi menggambarkan makna itu. Kemahiran retorik pula merupakan kemahiran yang meliputi kebolehan murid menggunakan unsur kohesi bagi menjalinkan ayat supaya kelihatan tersusun dan saling melengkapi. Bagi tujuan itu, penulis perlu menguasai penggunaan unsur kohesi seperti kata dan frasa (penanda wacana) serta kata rujukan yang betul. Kemudian kemahiran organisasi ataupun membentuk kesatuan pemerengganan. Tulisan yang baik selalu ditanda dengan kebolehan menghasilkan kesatuan dalam pemerengganan. Sebuah perenggan memerihalkan satu tema. Pelajar perlu dapat memilih isi-isi yang berkaitan dengan tema. Isi penting dalam tema perlu ditulis dalam ayat judul yang ditulis pada bahagian awal setiap perenggan. Halangan lain adalah seseorang itu tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk menulis seperti pensil, pemadam, pen, dan kertas. Mengalami kecacatan anggota badan iaitu tidak mempunyai tangan dan kaki juga merupakan salah satu halangan dalam menulis.

4.10 KESALAHAN-KESALAHAN BIASA DALAM TULISAN a) Bentuk huruf kurang menarik, contohnya tidak sama besar atau sebaliknya. b) Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, sama ada tegak atau condong. c) Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam, pensil mata tumpul , karbon pensil tidak terang dan lain-lain lagi. Kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan cara: a) Mamberi latihan dengan secukupnya daripada peringkat permulaan sehingga ke peringkat mendirikan asas. b) Memberi penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah. c) Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul . d) Sediakan kad-kad tulisan, alat tulis serta buku latihan untuk melatih kanakkanak menulis dengan sempurna. e) Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh mengotorkan tulisan. f) Perbanyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan. g) Dari segi kedudukannya dan cara menulis: i. Cara memegang alat tulis , menunjukkan gaya kedudukan , meletak buku dan lain-lain dengan betul. ii. Kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi keselesaan. iii. Pada masa menulis, galakkan kedua-dua tangan terletak di atas meja, dan tangan kiri menyokong badan. iv. v. vi. vii. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci. Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat. Pen atau pensil mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu. Jangan galakkan anak murid duduk membongkok ketika menulis.

4.11 JENIS- JENIS PENULISAN Jenis yang pertama adalah karangan terkawal. Karangan terkawal adalah merupakan satu kaedah pendekatan bagi membantu murid-murid menimba

pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Pendekatan ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesilapan baik dari segi bahasa mahupun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru mereka. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap, menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap. Jenis yang kedua adalah karangan separuh terkawal. Pada peringkat ini pelajar diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran Jenis seterusnya pula karangan berpandu. Pada waktu ini, murid-murid akan diberikan sedikit kawalan dari guru dan mereka akan dipandu untuk mengarang karangan tersebut. Pelajar-pelajar ini mungkin dipandu dari segi cara untuk mencari isi atau diberikan urutan gambar dan diminta untuk menghasilkan karangan berdasarkan rangsangan-rangsangan yang telah diberi iaitu: y y Isi kandungan telah diberikan oleh guru. Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkaian perkataan yang telah diberikan oleh guru. y y Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid. Murid-murid ditugaskan mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkatan mereka sendiri untuk melengkap perenggan. y Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakiran cerita yang telah diberikan oleh guru.

Pada ketika ini, kesalahan minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid.

Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada muridmurid. Murid-murid yang pandai diberikan latihan yang lebih mencabar berbanding murid-murid yang lain.

Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

Jenis keempat pula adalah karangan separa berpandu. Pada peringkat ini pula, murid-murid hanya akan diberikan separa panduan daripada guru-guru. Mereka akan diajar dengan cara diberikan isi-isi utama atau gambaran secara kasar dan mereka diminta untuk menghasilkan karangan berdasarkan bahan yang telah diberikan itu. Bahan-bahan rangsangan lain adalah seperti, isi utama yang diberikan oleh guru, gambaran secara kasar yang telah diberikan oleh guru, kad-kad imbasan atau kad-kad perkataan daripada guru dan murid-murid mengarang karangan dengan menggunakan olahan idea sendiri tetapi berpandukan kepada tema cerita yang telah diberikan. Muridmurid dilatih supaya meminimakan kesalahan dalam menulis. 4.12 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS Semasa menyampaikan kemahiran menulis, beberapa perkara haruslah diberi perhatian : i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. ii. Sebelum dilatih menulis, adalah baik jika diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. iii. iv. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baharulah menggunakan buku bergaris. v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baharulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Kaedah pengajaran kemahiran menulis juga merangkumi kaedah bagi mengajar ejaan dan membuat rencana. a) Kaedah bagi mengajar ejaan i. Guru haruslah memilih perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan

kemampuan berbahasa murid-murid. ii. Perkataan-perkataan itu boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan bacaan murid-murid dan yang di dalam lingkungan perbendaharaan kata mereka. iii. Sebaik-baiknya, biarlah perkataan-perkataan itu pernah didengar oleh muridmurid. iv. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah diperingkatkan iaitu bermula daripada yang mudah kepada yang agak sukar. v. vi. Jumlah perkataan yang hendak dieja itu seharusnya tidak terlalu banyak. Guru boleh menjalankan aktiviti mengeja selepas pelajaran bacaan kerana ini merupakan satu urutan yang baik. vii. Aktiviti ini harus dilakukan secara lisan terlebih dahulu dan kemudian dilakukan secara bertulis. viii. Guru sebaik-baiknya mendedahkan dahulu perkataan-perkataan itu kepada murid-murid, kemudian dipilih untuk aktiviti mengeja yang sebenar. ix. Guru menyebut perkataan itu dua kali dan kemudian meminta murid-murid supaya mengeja. x. Perkataan yang dieja oleh murid itu boleh diperiksa oleh guru atau bersamasama murid-murid dengan bantuan guru. Bincangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku.

b) Kaedah bagi membuat rencana i. Murid-murid akan diberi petikan yang akan direncanakan. Mungkin ia berupa bahan-bahan daripada buku teks, potongan akhbar, petikan majalah, dialog, puisi atau sebagainya. Minta supaya murid membiasakan diri dengan petikan itu. ii. Guru kemudian memilih bahagian-bahagian yang penting, yang mengandungi aspek-aspek yang hendak direncanakan.

iii. Guru menyebut beberapa perkataan secara lisan atau melalui rakaman dan murid-murid diminta menuliskannya. iv. Unsur yang dilihat dalam rencana itu ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca. v. Guru selepas itu memeriksa hasil kerja murid, memberi markah jika perlu dan selepas itu setiap kesalahan yang dilakukan perlulah dibincangkan.

Perlulah diingat bahawa latihan menulis rencana ini adalah sebahagian daripada pelajaran bahasa. Oleh kerana itu elok sekiranya ia dilakukan selepas aktiviti lisan atau membaca

AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS

1. Aktiviti bagi latihan pramenulis a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.

b) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar bulatan kecil)

d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekannekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. e) Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

f)

Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas.

g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan- garisan,

garisan lurus dan bulat.

2. Aktiviti bagi peringkat mendirikan asas (Peringkat Tulisan Mekanis)

a) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

b) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua

c) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

d) Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

e) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. f) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan. g) Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. h) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. i) Menyalin perkataan mudah. j) Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.