Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Secara umumnya, aspek yang paling penting dalam pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran iaitu kemahiran asas, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini wajib dikuasai oleh setiap pelajar bagi memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian, senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah. Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Bagi merealisasikan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan, para guru perlu membuat satu perancangan yang mantap dan ia pasti memerlukan kemahiran dan pendekatan yang sesuai. Tugasan kerja kursus projek ini akan menyentuh beberapa aspek seperti teori-teori Pemerolehan Bahasa dan contoh-contohnya, konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dan tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Merujuk kepada salah seorang pakar bahasa iaitu Puan Ainon, ada menyebut semasa di bengkelnya berkenaan teori pemerolehan bahasa. Dalam percakapan dan tulisan, kita hanya mengeluarkan bahasa yang tersimpan dalam memori kita. Ia diperolehi melalui pengalaman, belajar secara formal dan bacaan. Simpanan bahasa inilah yang akan digunakan semula dalam percakapan dan penulisan. Logiknya mudah, jika tiada dalam memori bagaimana ia hendak dikeluarkan? Ada ungkapan berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Bangsa di sini bukanlah Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Ia menunjukkan orang yang berbahasa itu (1) bangsa yang berhemah atau tidak (2) bangsa yang berilmu atau tidak. Oleh itu bahasa yang digunakan oleh seseorang adalah cerminan bangsa orang itu. Kullanz Salleh, ada menyatakan bahawa terdapat beberapa teori yang dapat dikaitkan dalam pemerolehan bahasa. Dalam penulisan ini, hanya tiga (3) teori yang akan diterangkan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis. Setiap teori-teori yang berikut mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.

1.

Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull

dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.

Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

Setelah dinilai, kebaikan-kebaikan teori ini ialah: Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan. Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu: Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

Pengaplikasian Teori Dalam Kelas Bacaan Kullanz Salleh juga ada membahaskan tentang pengaplikasian teori dalam kelas bacaan atau bilik darjah. Beliau ada menyebut dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut 3

suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. Kebaikan-kebaikan teori ini adalah; Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu

pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

Kelemahan Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Pengaplikasian dalam kelas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan sepuluh (10) kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

3. Teori Konstruktivis

Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan 5

baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif. Kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam teori ini adalah; Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. Teori ini lebih berkesan kepada murid-murid untuk diaplikasikan. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas.

Walaupun demikian, terdapat beberapa kelemahan dalam teori ini iaitu; Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya.

Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.

Pengaplikasian dalam kelas bacaan Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan

pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini telah memberi kesan terhadap bidang pendidikan Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini. Perubahan semasa memerlukan guru bahasa mempunyai pengetahuan bahasa dan pedagogi yang mantap untuk digunakan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah yang berpusatkan murid di samping penyerapan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan teknologi maklumat serta komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah. Model dan teori tentang aspek kemahiran berfikir, iaitu kemahiran metakognitif dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta penggabungjalinan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu akan membantu para pendidik Bahasa Melayu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa serta dapat dijadikan panduan bagi menghadapi cabaran dan kekangan dalam pengajaran bahasa Melayu pada masa kini.

Dalam penulisan ini akan diterangkan mengenai definisi-definisi teknik atau pun kaedah dan juga penghuraian setiap jenis-jenis teknik pengajaran bahasa.

DEFINISI
y

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Dalam laman web Bobezani ada menghuraikan beberapa teknik yang digunakan dalam pengajaran bahasa seperti;

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa  Teknik main peranan  Teknik permainan bahasa  Teknik latih tubi  Teknik bercerita  Teknik inkuiri  Teknik perbahasan  Teknik kuiz  Teknik sumbangsaran

 Teknik soal jawab  Teknik simulasi  Teknik drama  Teknik perbincangan  Teknik forum  Teknik dialog

Tujuan Teknik dan Kaedah Pengajaran Terdapat beberapa tujuan teknik-teknik ini diaplikasikan oleh para pendidik dalam pengajaran iaitu; Menarik Minat murid Setiap guru mempunyai teknik-teknik yang tersendiri bagi menarik perhatian dan minat pelajaran terhadap pengajaran mereka. Sebagai contoh, mungkin ada guru yang suka bercerita bagi menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Penceritaan yang menarik dan tidak bosan akan memberikan pengajaran yang lebih berkesan. Mengekalkan perhatian Adalah bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pengajaran guru. Ini adalah disebabkan murid-murid cepat bosan dalam pengajaran formal. Dengan adanya teknik-teknik pengajaran bahasa yang sebegini akan membantu para pendidik untuk murid-murid stay focus dalam pembelajaran. Membangkitkan ras ingin tahu Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk membangktikan ras ingin tahu muridmurid adalah teknik inkuairi. Apabila teknik ini diaplikasikan, ia secara tidak langsung akan membantu guru mengekalkan perhatian murid-murid terhadap sessi pembelajaran mereka. Merujuk kepada Kamarudin Hj. Husin (2001), terdapat 13 teknik yang boleh dipraktikkan oleh para pendidik bagi memberikan pengajaran yang berkualiti dan lebih berkesan. Antaranya ialah; 9

1) Teknik Latih Tubi Sebagaimana yang kita tahu, teknik latih tubi atau dikenali sebagai teknik menghafaz adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ianya sangat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu dan boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat faktafakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berdasakan pengajaran bahasa sebut dan dengar (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan (accent) : Menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammar) : Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) : Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan (fluency) : Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) : Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

2)

Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing10

masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.(Kamarudin Hj. Husin, 2001)

3) Teknik Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

4) Teknik Sumbangsaran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat

11

sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Menurut Mok Soon Sang, (2009), terdapat beberapa tujuan mengapa teknik ini dipraktikkan oleh para guru dan antaranya ialah; Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

5) Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran 12

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

6) Teknik Soal Jawab Teknik Soal Jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah : Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

7) Teknik Bercerita Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan. Selain itu, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

13

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan kepada murid-murid. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
1. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,

sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.


2. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. 3. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. 4. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya

sekali sebelum menggunakan teknik ini.


5. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. 6. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. 7. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-

aspek bahasa yang hendak disampaikan.

8) Teknik Drama Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

14

9) Teknik Inkuiri Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat dan ia merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Teknik inkuiri dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar dan ia merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusa

10) Teknik Perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Teknik ini melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masingmasing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri (Kamarudin Hj. Husin, 2001)

15

Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 1. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek

perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 3. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 4. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 5. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

11) Teknik Forum Merujuk kepada Tuan Jah Tuan Yusof, (2007), Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

12) Teknik Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 16

Antara manfaat teknik ini ialah : Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

13) Teknik Kuiz Teknik kuiz diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Antara tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :

17

Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PERBINCANGAN Tarikh : 8 Julai 2011 Hari : Jumaat Tahun : 3 Cerdik Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Makanan Untuk Kesihatan Tajuk : Makanan Seimbang Bilangan murid : 38 orang Masa : 08.05 09.05 pagi

Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (i) : Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul

dan

Fokus Sampingan : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Aras 1 (i) : Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.

18

Objektif Pelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat, 1. Bercerita tentang gambar rajah Makanan Seimbang dengan menggunakan ayat yang betul. [2.1, Aras 1(i)]. 2. Memberitahu contoh-contoh makanan dalam kelima-lima kelas makanan dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas. [2.2, Aras 1(i)]. Kemahiran Bahasa : Kemahiran Mendengar Bertutur dan Kemahiran Membaca. Sistem Bahasa : Kosa Kata: karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral Pengisian Kurikulum i. ii. iii. Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik Nilai : Keberanian, Kerjasama, Kerajinan Kemahiran Bernilai Tambah : a. b. Kemahiran Berfikir : Menjanakan Idea, Mengkategorikan, Meramal Kemahiran Belajar Cara Belajar : Kemahiran Mendengar Aktif, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mengingat Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan verbal-linguistik, Kecerdasan visual-ruang, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Kinestetik

c.

Pengetahuan Sedia Ada : Semua murid pernah makan pelbagai jenis makanan.

Bahan Bantu Mengajar : BIL 1. 2. 3. 4. BAHAN Papan putih Gambar rajah Makanan Seimbang Pen Marker Komputer Riba JUMLAH 1 38 1 1

19

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Menyayikan lagu Makan Apa? Soalan :

1. Guru masuk ke kelas dan menulis lirik lagu Makan Apa? di papan putih. 2. Guru menyanyikan lagu tersebut sebagai contoh kepada murid. 3. Guru dan murid menyanyikan lagu bersama-sama sambil melakukan pergerakan yang sesuai. 4. Guru menghubungkaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu Makanan Seimbang

KB : Menjanakan idea

Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Muzik, Kinestatik BBB : Papan putih, pen marker

Apakah yang kamu jangka mengenai tajuk yang akan dipelajari pada hari ini? Jawapan : Sayur-sayuran Buah-buahan Makanan Pemakanan Sihat

Nilai : Keberanian, kerjasama

Makanan Seimbang Set Induksi (5 minit)

Bercerita Langkah 1 (15 minit) KB : Menjanakan idea berdasarkan gambar Guru rajah Makanan 1. mengedarkan gambar Seimbang. rajah Makanan Kecerdasan Pelbagai : Seimbang kepada murid. Kecerdasan Menyatakan 2. Murid diberi masa Interpersonal,Kecerdasan maklumat yang terdapat untuk berbincang dan Visual-Ruang dalam gambar meneliti dan memahami gambar rajah tersebut. BCB : Kemahiran 3. Guru meminta Mendengar Aktif, murid untuk bercerita kepada kelas mengenai BBB : gambar rajah gambar rajah yang 20

dilihat.

makanan seimbang

4. Murid lain diminta untuk menilai jawapan Nilai : murid yang bercerita. Keyakinan 5. Guru dan murid membincangkan ketepatan jawapan yang dikemukakan oleh setiap murid. Megetahui 5 jenis Langkah 2 kelas makanan. 1. Guru menerangkan kepada murid tentang 5 jenis Memberikan kelas makanan yang contoh-contoh bagi terdapat dalam gambar setiap kelas makanan rajah. dengan menggunakan ayat yang betul. 2. Guru memberikan beberapa contoh makanan yang sesuai mengikut kategori. 3. Murid diminta untuk memberikan contoh makanan yang lain dengan bimbingan guru. 4. Murid diminta untuk menyatakan setiap contoh dengan menggunakan ayat yang betul. 5. Guru dan murid membincangkan ketepatan jawapan Membuat latihan Langkah 3 (Aktiviti pengukuhan yang Pengukuhan & terdapat di dalam Buku Pengayaan) Latihan dan Aktiviti 1. Murid diminta 21

Keberanian,

KB : Mengkategorikan, Meramal

Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan linguistik verbal-

Nilai : Kerajinan

Keberanian,

BCB : Perbincangan

BBB : Buku Latihan &

murid.

untuk menjawab soalan yang terdapat dalam buku latihan dan aktiviti. 2. Guru membimbing murid untuk mencari jawapan yang tepat. 3. Guru berbincang dengan murid tentang ketetapatan setiap jawapan. KB : Menjanakan idea

Aktiviti

Nilai : Kerajinan

Rumusan Isi Pelajaran Bercerita mengenai gambara rajah Makanan Seimbang dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Penutup ( 5 minit ) Kognitif 1. Guru bertanya kepada murid-murid tentang apa-apa yang telah diperoleh dan dipelajari pada hari ini. 2. Murid memberi respons masing-masing. 3. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan.

KB : Menjanakan Idea

Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Muzik

Memberitahu contohcontoh yang tepat menerangkan kelimalima kelas makanan dengan menggunakan sebutan dan bahasa yang betul. y y

Ilmu : Pendidikan Jasmani, Muzik

Menyanyikan lagu Sosial Makan Apa? 1. Murid-murid diminta untuk menyanyikan semula lagu Makan Apa? sambil melakukan pergerakan sesuai. 2. Guru mengucapkan tahniah kepada murid di atas 22

Ucapan tahniah guru.

pencapaian murid pada hari ini. 3. Guru memberikan pujian kepada murid.

Refleksi/Ulasan Sesi pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai. Selain itu, pembelajaran ini mudah dilakukan kerana murid mempunyai pengalaman yang sedia ada. Dengan penerapan nilai yang ditegaskan oleh guru membuatkan murid dapat kesedaran sivik secara langsung seperti pencemaran air dan udara.

23

Sumber Rujukan Buku Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor: Longman Malaysia Snd. Bhd. Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Pendidikan Rendah Pengajian Tahun 4. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kullanz Salleh (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ; Kuala Lumpur: Oxford Fajar Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Internet http://bobezani.tripod.com/teknik.htm kulanzsalleh.blogspot.com/2009/12/teori-pemerolehan-bahasa.html ww.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1 www.bpkpenabur.or.id/files/Hal.28-33%20Teori%20Behaviourisme.pdf

24

Anda mungkin juga menyukai