Anda di halaman 1dari 5

Contoh Teks Forum Remaja PENDISIPLINAN PELAJAR : TANGGUNGJAWAB SIAPA Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi) Forum

Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1) Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2) Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3) FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI (Semua) Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu w assalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajma iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia dari padaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli pane l kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam kala ngan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pi hak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya i ngin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Pendisiplinan pe lajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita g unakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah kh ususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita ber kenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pa da hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _____________ __________ yang merupakan __________________________ Apa khabar saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari/saudara_________________ ___________, jawatan. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara _____ ____________. Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apaka h sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin. Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasio nal persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombina si intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yan g dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan sudah semestinya membawa kepada persoalan yang berkait dengan kawalan individu, pemimp in, masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan disiplin. Di sekolah, disipl in satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah ter letaknya tanggungjawab yang digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disipl in pelajar sama ada murid itu sendiri, guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbir an mahupun ibu bapa atau masyarakat umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, ta nggungjawab dan disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup sela ras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah yang dipikul dengan baik ada

lah tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga m asyarakat di luar sana menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkar a yang sangat negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya ia merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup b ertamadun manusia. Contohnya orang Jepun yang membangunkan negara mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur dan kini merupakan negara moden seperti sek elip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab dan disiplin yang hebat. Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utu h lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin dan t anggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan yang maks imum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab, disiplin tidak akan dapat dibentu k. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita ya ng kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar agar kecemerlangan secara hol istik dapat dicapai?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bis millah.. Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan keadaa n persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan pe rmasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa. Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang erat dengan guru-guru di sek olah. Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para pelajar dengan pihak sekolah pe rlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini amat penting kerana ianya boleh me njadi medium perbincangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan ibu bapa mengambil remeh tentang masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan terbiar sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan u ntuk mendapatkan perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya yang mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah perlu men gadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang berkaitan dengan pelajar d apat diselesaikan sebelum nasi menjadi bubur . Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebe ntar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan untuk mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang konsep t anggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya tentang asas-as as pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang persoa lan Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu siapa ? Dipersilakan.. Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya u ntuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah se ring diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa. Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terliba t dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secar a bergilir-gilir telah disiarkan di Buletin 1.30. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Dengar-dengarkan pantun ini : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara yang be

tul dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau siasia begitu sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir hayat. Sebaga imana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui pembacaan, penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling utama menuntut ilmu daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu yang digelar guru. Kons ep guru merujuk kepada seseorang yang mengajar dan mendidik sama ada untuk menca pai kejayaan akademik atau kemuliaan akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu bapa bol eh menjadi guru yang paling baik buat anak-anaknya. Seorang kakak atau abang bol eh menjadi guru kepada adik-adiknya. Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam ke lompok sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupan nya. Guru dalam konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku dalam hidup dengan penerimaan yang bai k. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab didikan ti dak kiralah daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media massa dan semua yang terl ibat adalah bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pela jar. Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT. Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi mendisiplinkan at au memantapkan akhlak pelajar pada masa kini bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh .. Tetapi saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di sekolah? Saya persilakan panel kita yang p ertama dahulu untuk memberikan sedikit ulasan. Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam mendisiplinkan pe lajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membe rikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Hal ini disebabkan ibu ba palah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mer eka. Di samping itu, golongan ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak mereka sejak berada di dalam kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nil ai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, m enunjukkan keperibadian yang mulia, sanggup menerima kelemahan diri serta menero ka potensi anak. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak agar a nak-anak tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan beragama, peny umbang kepada kemantapan ummah seantero dunia, insya-Allah. Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh golong an ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak remaja kita menjadi insan yang beri lmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas tentang siapakah yang menggalas peranan u tama dalam mendisiplinkan pelajar? Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. P ada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pela jar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini disebabkan, dari sudut psikolog i, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Me reka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ib

u bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah mengguna kan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan terat ur. Oleh itu, adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli P RS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu b apa. Insya-Allah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya dalam mena ngani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah disiplin ini aka n dapat diatasi. Wallahu alam. Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita se bentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih b erlegar dalam persoalan yang sama iaitu pihak manakah yang memegang tanggungjawa b yang berat dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan pdelajar di sekolah ki ta pada haroi ini? Panel Ketiga: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif menanyaka n banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini, cuba kita ren ungi baris-baris akhir sebuah sajak yang berbunyi: Jika hari ini siapa saja perosak bangsa; Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai mengasuh generasi muda Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak terpalit lu ka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa. Namun itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu atau kumpulan kecil masy arakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza. Kalau dulu, ramai yang me ngakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru biasa , na mun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila hasil didikan tida k menjadi . Menyedari tentang keretakan hubungan yang berlaku antara ibu bapa dan guru pada hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk mengemba likan kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru khasnya. Hubung an yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar masalah disiplin pelajar di sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan membimbangkan semu a pihak. Justeru pihak yang paling menggalas beban berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah adalah golongan ibu bapa, guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusnya melakukan anjakan paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima kelemahan anak-anak mereka dan bersangka baik dengan guru-guru di sekolah. Sekiranya hal ini dapat diwujudkan, insya-Allah, masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi bak kata kerana hanya dengan bekerjasama akan dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana s udi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri . Nampaknya masa a mat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepu k tangan). Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suat u perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-renungkan se jenak.... Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun y ang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kura ng elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahu alam Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh