Anda di halaman 1dari 12

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Konsep Taharah ( Bersuci ) Maksud Taharah adalah bersuci. Bersuci daripada perkara perkara yang boleh menghalang ibadah kita kepada Allah S.W.T. Konsep Taharah boleh dibahagi kepada beberapa bahagian. Dari segi yang kecil hingga ke segi yang besar. Air yang boleh digunakan Bersuci Air yang boleh dipergunakan untuk bersuci ada tujuh jenis, iaitu: y y y y y y y Air Hujan Air Laut Air Sungai Air Telaga Air Mata Air Air Ais, dan Air Embun

Setiap air yang memancar dari tanah atau turun dari langit, dapat digunakan untuk bersuci.

Dalil dalil yang menerangkan kebolehan bersuci dengan air air tersebut:

Dan ALLAH menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu. ( Al Anfal:11) Hadis Rasulullah S.A.W adalah di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A., ia berkata seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ia berkata Ya Rasulullah, kami berlayar di laut dan hanya membawa sedikit bekalan air. Apabila kami memakainya untuk berwudhuk, kami akan kehausan. 1

Apakah kami boleh berwudhuk dengan air laut? Rasul menjawab,

Air Laut itu suci menyucikan dan bangkai binatangnya halal dimakan

( HR. Khamsah. Tirmizi berkata hadis ini hasan sahih )

Pembahagian Air

Secara umum air dapat digolongkan menjadi empat bahagian,

1. Air Mutlak y Air murni ( Air Mutlak ), atau dapat disebut juga dengan air suci dan menyucikan dan tidak makruh

2. Air suci dan Menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci y Iaitu, air yang telah dijemur di bawah terik matahari atau air yang telah menjadi hangat kerana terkena panas matahari dan berada alam bejana/ bekas yang diperbuat dari logam. Ini kerana dimakruhkan kerana air tersebut dapat menyebabkan penyakit sopak atau membuatnya bertambah parah. Sifat makruh ini hanya berlaku apabila air itu digunakan untuk bersuci pada badan, dan berada di daerah yang bercuaca panas seperti Hijaz ( Mekah dan sekitarnya )

3. Air suci tapi tidak menyucikan y Air mustakmal dan air yang telah berubah kerana bercampur dengan benda benda suci. Yang dimaksudkan dengan air mustakmal adalah air yang sudah pernah dipakai untuk bersuci dari hadas.

4. Air najis y Air yang terkena barang najis dan ukurannya kurang dari dua kolah atau lebih dari kolah tetapi berubah salah satu dari tiga sifatnya ( bau, rasa, warna ) disebabkan oleh najis.

Tatacara istinjak ( Bersuci )

1. Bersuci selepas buang air kecil dan air besar adalah wajib. Yang lebih utama, bersuci menggunakan beberapa buah batu dilanjutkan dengan air. Boleh juga dengan hanya menggunakan air saja atau tiga buah batu saja, dengan syarat boleh membersihkan tempat keluarnya najis. Apabila hanya ingin memilih salah satunya maka memakai air ialah lebih utama.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik R.A, dia berkata : Rasulullah S.A.W pergi buang air. Maka aku dan sorang sebayaku membawakan air dan sebilah tombak kecil. Lalu beliau memilih bersuci dengan air.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Masud, ia berkata Rasulullah S.A.W pernah buang air besar, beliau menyuruhku untuk mengambilkan tiga buah batu untuk dipergunakan bersuci.

2. Apabila sedang membuang hajat di tempat terbuka, hendaklah jangan menghadap atau membelakangi kiblat. Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Ayyub Al Ansari R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda

Apabila kalian buang hajat, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya,tetapi hendaklah ia menghadap timur atau barat.

Larangan itu khusus untuk buang air yang dilakukan di tempat terbuka.

3. Hendaklah menghindari buang air kecil dan besar pada air yang tidak mengalir. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dan lain lain dari Jabir R.A., ia berkata bahawa Nabi S.A.W melarang kencing pada air yang tidak mengalir.

Jika buang air kecil dilarang, maka buang air besar tentu lebih dilarang, dan larangan ini bermakna makruh. Namun, Imam Nawawi berpendapat bahawa larangan tersebut bermakna haram.

4. Hendaklah menghindari buang air di bawah pohon yang sedang berbuah atau di tempat orang berteduh.

Imam Muslim dan lain lain meriwayatkan dari Abu Hurairah r. a bahawasanya Nabi S.A.W bersabda

Takutlah kalian pada dua perkara yang mendatangkan laknat. Sahabat bertanya, Apakah dua perkara tersebut, ya Rasulullah ? Baginda Menjawab, Orang yang membuang hajat di jalan yang dilalui orang atau di tempat mereka berteduh.

5. Janganlah buang hajat di dalam lubang ( yang berada di atas tanah )

Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin Sirjis r.a., ia berkata Rasulullah S.A.W melarang kencing di dalam lubang.

Benda benda najis

1. Setiap cairan yang keluar dari qubul dan dubur adalah najis kecuali air mani.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a., dia berkata Apabila Rasulullah S.A.W pergi buang hajat, aku membawakan air untuk baginda pakai bersuci.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ali r.a., dia berkata, Saya adalah lelaki yang sering mengeluarkan air mani, namun saya malu untuk menanyakan hukumnya kepada Rasulullah S.A.W. Maka saya menyuruh Al Miqdad bin Al Aswad, untuk bertanyakan kepada Baginda. Baginda Menjawab, Cukup wuduk saja.

Dalam riwayat Muslim tertera Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwudhuk.

Hadis ini menerangkan keharaman setiap perkara yang tadi disebutkan, kerana Rasulullah S.A.W membasuhnya atau menyuruh untuk membersihkannya atau dengan terang terangan menyebutkan kenajisannya. Setiap segala sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur diqiyaskan dengan hukum hukum benda tadi diuraikan.

Semua air mani yang bersumber dari manusia atau haiwan yang adalah suci, kecuali air mani anjing dan babi.

Adapun yang menerangkan kesucian air mani manusia adalah hadis yang diriwayatkan Muslim dan lain lain dari Aisyah, dia berkata, Aku pernah mengelap air mani yang menempel pada baju Rasulullah S.A.W, kemudian baginda pergi ke masjid dan solat dengan mengenakan pakaian tersebut.

Jika seandainya air mani itu najis, tentu tidak akan cukup membersihkannya hanya dengan mengelap.

Membasuh segala jenis kencing dan kotoran (tahi) adalah wajib kecualu air kencing bayi lelaki yang belum makan makanan ( selain susu ibu ). Maka untuk menyucikannya cukup dengan memercikkan air di atasnya.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan Bukhari, Muslim dan lain lain tentang kisah perintah nabi untuk menyiramkan sebaldi air pada tempat kencing seorang Arab badwi di masjid.

Bukhari, Muslim dan lain lain meriwayatkan dari Ummu Qais binti Muhsin r.a., bahawasanya ia membawa anak bayinya yang belum memakan apa apa ke hadapan Rasulullah S.A.W. Baginda mendudukannya di pangkuan baginda dan tiba tiba anak itu kencing. Baginda meminta dibawakan air dan memercikkanya ke atas bajunya dan tidak membasuhnya lagi.

Memercikannya yakni meratakan air ke seluruh tempat yang terkena kencing, tanpa mengalirkan air.

Setiap benda najis tidak dimaafkan selain darah atau nanah yang sedikit serta binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir apabila binatang tersebut jatuh ke dalam bekas dan mati di dalamnya. Bangkai haiwan itu tidak menjadikannya najis.

Bukhari dan lain lain, meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda. Apabila lalat jatuh ke dalam bekas seseorang di antara kalian, maka tenggelamkanlah seluruh badannya lalu buanglah, kerana sesungguhnya pada salah sayapnya terdapat penyakit dan pada sayapnya yang lain terdapat ubat.

Kesimpulan : Apabila bangkai lalat itu menajiskan air, maka Nabi S.A.W tidak akan memerintahkan untuk menegelamkannya. Semua bangkai binatang seperti lalat, berupa haiwan yang darahnya tidak akan mengalir, memiliki hokum yang sama dengan lalat. Yakni tidak menajiskan air.

Setiap binatang adalah suci, yakni semua tubuh binatang di hukumi suci selama masih hidup kecuali anjing, babi dan setiap haiwan yang lahir dari keduanya atau dari salah satu dari keduanya.

Hal ini dikuatkan oleh firman Allah Taala :

Atau daging babi, kerana semua itu kotor. ( Al Anam :145 )

Ditambah hadis mengenai perintah membasuh bekas yang dijilat anjing, yang akan dijelaskan perbincangan selanjutnya.

Setiap bangkai adalah najis kecuali bangkai ikan, belalang dan manusia.

Bangkai ikan dan belalang suci berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W

Ada dua jenis bangkai yang dihalalkan bagi kita..

Cara Menyucikan Bekas Yang Dijilat Anjing Dan Babi

Cara menyucikan bekas yang terkena jilatan anjing dan babi dengan dicuci sebanyak 7 kali, salah satunya dicampur tanah.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda..

Apabila anjing minum pada bejana seseorang dari kalian, hendaklah dia menyucikannya tujuh kali.

Dalam riwayat Muslim disebutkan,

Apabila anjing menjilat bekas milik seseorang di antara kalian. Maka cara menyucikannya adalah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, pada penyucian yang pertama dicampur dengan debu.

Hukum jilatan babi juga disamakan dengan jilatan anjing kerana najis babi lebih kotor. Dan najis tersebut tidak hanya terbatas pada mulut, tapi juga seluruh anggota tubuhnya.

Hal ini selari dengan hadis dari Ibnu Hurarirah, dia menceritakan : Awalnya, solat yang diwajibkan itu ada 50 waktu solat, basuhan yang diperintahkan saat mandi janabah sebanyak tujuh kali dan membasuh air kencing juga tujuh kali. Rasulullah S.A.W terus menerus meminta rukhsah ( keringan ), sehingga solat yang diwajibkan mendai lima waktu, bashan yang diwajibkan pada saat mandi janabah satu kali dan membasuh air kencing satu kali.

( HR. Abu Daud : 247, dan ia tidak mendaifkannya)

Apabila khamar berubah menjadi cuka dengan sendirinya, maka ia menjadi suci, keranan sebab kenajisannya ialah kerana ia memabukkan dan sebab itu telah hilang. Namun, jika ia berubah dengan mencampurnya dengan sesuatu, maka ia tidak boleh menjadi suci, kerana sesuatu yang dicampurkan kepadanya itu ikut menjadi najis ketika berbaur dengannya, sehingga semuanya menjadi najis. Begitu juga cuka yang bercampur najis, ia akan menadi najis kerana bercampur dengan barangan najis.

Perkara Perkara Yang Mewajibkan Mandi ( Jinabah )

Perkara perkara yang mewajibkan Mandi ( Jinabah ) ada enam :

Tiga hal untuk lelaki dan perempuan, yakni : bersetubuh, keluar mani / sperma, dan meninggal dunia. Tiga hal yang lain khusus untuk perempuan iaitu : haid, nifas dan melahirkan.

1. Hubungan badan ( Bersetubuh )

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurarirah r.a bahawasanya Nabi S.A.W bersabda,

Apabila seseorang berada di antara empat anggota tubuh wanita ( dua paha dan dua betis ), kemudian melakukan persetubuhan dengannay, maka wajib baginya mandi jinabah. Dalam riwayat Muslim ditambahkan, Meskipun tidak mengeluarkan air mani.

Hadis ini menunjukkan kewajipan mandi besar bagi orang yang melakukan hubungan badan, sungguhpun tidak mengeluarkan air mani, sebagaimana dijelaskan dalam riwayat Muslim.

2. Keluarnya air mani / sperma

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a., ia berkata, Ummu Sulaim datang menemui Rasulullah S.A.W, ia berkata. Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dari kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi apabila ia bermimpi? Rasul menjawab, Ya, apabila ia melihat air mani.

3. Meninggal Dunia

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ummi Atiyyah Al Ansariyyah, dia berkata, Rasulullah datang menemui kami ketika anak perempuannya meninggal dunia. Baginda bersabda.

Mandikanlah ia tiga kali..

Imam Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, ia bercerita, Ada seorang lelaki yang di amuk oleh untanya sendiri dan mati terpijak. Saat itu kami sedang bersama Rasulullah melakukan ihram, maka baginda bersabda,

Mandikanlah ia dengan air dan daun sidr ( bidara) dan kanilah ia dengan dua lapisan pakaian

4. Keluarnya darah haid

Allah Taala berfirman,

Dan mereka bertanya kepadamu ( wahai Muhammad ), mengenai (hukum) haid. Katakanlah : Darah haid itu satu benda yang ( menjijikan dan ) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. 10

Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertaubat dan menyukai orang orang yang menyucikan diri.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a,. ia berkata bahawa Rasulullah bersabda kepada Fatimah binti Abu Hubaisy r.a

Apabila waktu haid datang, tinggalkanlah solat. Dan apabila telah berakhir, maka mandi dan solatlah.

5. Keluarnya darah Nifas

Diqiyaskan dengan hukum darah haid, kerana pada hakikatnya, darah nifas adalah darah haid yang berkumpul.

6. Setelah melahirkan

Kerana bayi yang keluar dari rahi, terbentuk dari air mani dan biasanya keluar bersama sama dengan darah.

11