Anda di halaman 1dari 4

Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)

Pettifor (2005) Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. Clark W. Hetherington Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani. J.F Williams Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis. Delbert Oberteutte Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan.

Roddick (1982). Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan yang menekankan pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yangg berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi.

KBSM (1992). PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Prinsip Pembelajaran Pendidikan Jasmani Kefahaman tentang konsep pembelajaran motor amat penting sebagai panduan untuk persedian pengajaran mengikut peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Prinsip-prinsip pembelajaran motor adalah seperti berikut: 1. Kematangan fizikal/fisiologi pelajar perlu mempunyai kekuatan, daya tahan, kekuatan fizikal dan keupayaan organ-organ yang boleh mengawal pergerakan-pergerakan mengikut keperluan kegiatan. 2. Latihan cara latihan dijalankan akan mempengaruhi perlakuan, begitu juga dengan kemahiran yang berbeza memerlukan corak latihan yang berbeza. Antara jenis latihan ialah:
latihan keseluruhan pergerakan secara lengkap latihan mengikut

pecahan-pecahan pergerakan
ketepatan dan kelajuan (kedua-dua aspek ini adalah sama penting,

tetapi lazimnya, aspek kelajuan didahulukan) Latihan mental bentuk latihan ini melibatkan konsepsi pergerakan itu sebelum ia dilakukan. Latihan ini digalakkan bagi pergerakan yang lebih kompleks. Maklumbalas maklumbalas yang diterima daripada guru atau rakan sebaya serta kesedaran diri tentang mutu pergerakan yang dilakukan. Pengekalan Kebolehan untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip ini penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah asas kepada penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks. Pembelajaran lebihan latihan yang masih diteruskan walaupun pencapaian penguasaan kemahiran pergerakan adalah memuaskan. Prinsip ini digunakan untuk membolehkan pelajar melakukan sesuatu pergerakan secara automatik. Prinsip ini juga digunakan untuk menghalusi perlakuan untuk mencapai kecemerlangan. Pemindahan pembelajaran sesuatu kemahiran yang telah dipelajari akan mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang baru, sama ada secara positif atau negatif. Ansur maju latihan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai daripada yang mudah dan berpindah kepada yang lebih kompleks.

Tujuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


TUJUAN PENDIDIKAN JASMANI Bucher & Wuest ( 1987) Menolong Pendidikan Jasmani di dalam aspek-aspek berikut;

Untuk memahami apa yang hendak dilakukan Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat. Membuat keputusan yang bermakna bila menghadapi sesuatu isu dan masalah. Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan di dalam program.

OBJEKTIF-OBJEKTIF Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama; 1. Pembangunan fizikal atau organik. 2. Pembangunan neurootot atau motor. 3. Pembangunan kognatif. 4. Pembangunan sosial,emosi dan afektif. Pembangunan fizikal atau organik Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu. Pembangunan neurootot atau motor Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga Bergerak dengan kecap dan indah 1.Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat di dalam aktiviti seperti berlari, melompat, bergayut, menyepak, membongkok, mengilas dan melontar. 2.Di dalam aktiviti pendidikan jasmani, kemahiran neurootot membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi. 3.Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang mungkin ada pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai. Disamping itu,kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan,membina keyakinandiri dan mendapat pengiktirafan diri.

Objektif pembangunan kognatif Melibatkan pengumpulan pengetahuan menginterpretasikan pengetahuan. dan keupayaan berfikir serta

Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan ,undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani Pembangunan sosial,emosi dan afektif Objektif pembangunan sosial,untuk menolong seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri. Objektif pembangunan emosi melatih mengawal emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain. Objektif pembangunan afektif melibatkan sikap,apresiasi dan nilai