Anda di halaman 1dari 20

Laras Sastera 8.

Kesan- kesan Perdagangan Tanpa Sempadan

Pengenalan y y y Konsep ini bermakna pasaran terbuka dan proses kearah dunia tanpa sempadan. Semakin hari semakin terbuka sempadan negara-negara untuk dilawati dan perdagangan seboleh-bolehnya dijalankan tanpa sebarang halangan dan campur tangan pihak kerajaan. Konsep ini memberi peluang mendapatkan sumber asli dengan harga berpatutan, tenaga kerja dengan kos rendah dan proses pengeluaran dengan daya saing yang tinggi.

Kebaikan 1. Meningkatkan kemakmuran masyarakat dalam suatu negara. y y y memungkinkan masyarakat dari berbagai negara mengimport lebih banyak barang dari luar negeri. mewujudkan pilihan barangan yang lebih banyak kepada para pengguna. para pengguna juga dapat menikmati barang yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah.

2. Dapat memperoleh lebih banyak modal dan teknologi yang lebih baik. y Modal dapat diperoleh dari pelaburan asing dan terutama dinikmati oleh negara-negara berkembang kerana masalah kekurangan modal dan tenaga kerja serta tenaga terdidik yang berpengalaman kebanyakan dihadapi oleh negara-negara berkembang.

3. Menyediakan dana tambahan untuk pembangunan ekonomi. y Pembangunan sektor industri dan berbagai sektor lainnya bukan saja dikembangkan oleh perusahaan asing, tetapi terutamanya melalui pelaburan yang dilakukan oleh perusahaan swasta domestik.

Keburukan 1. Menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.


y

Perdagangan tanpa sempadan menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus. Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham kita.

y y

y y y

Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita. Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia. Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya. Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun. Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan telekomunikasi, mereka dapat mempengaruhi minda dunia ketiga. Propaganda melalui telekomunikasi menyebabkan rakyat dunia ketiga membeli barangan mereka.

2. Menyebabkan pencemaran budaya berlaku.


y y y y y y y

Kini, telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara. Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, televisyen dan sebagainya. Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis. Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh. Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan. Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi. Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh.

Kesimpulan
y y

Globalisasi telah membawa kesan besar dari segi ekonomi, politik dan sosiobudaya. Penduduk dunia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan keimanan yang tinggi bagi menapis kesan globalisasi. Dengan ini, barulah globalisasi benar-benar memberi faedah kepada kita.

12. Punca- punca Mutu Industri Perfileman Tempatan Masih Rendah dan Nyatakan UsahaUsaha Untuk Meningkatkan Mutunya. Pengenalan y y y Filem wahana hiburan dan pendidikan di samping keuntungan. Mutu filem masih rendah walaupun ada perubahan. Harus mengenal pasti punca dan langkah mengatasinya.

Punca- punca 1. Tema, idea, dan konsep cerita mashi klise y y y Tema berkisar kisah cinta muda mudi. Penonton rasa bosan dan seolah- olah tahu kesudahan cerita. Masih gagal menambat hati sebahagian masyarakat.

2. Mutu filem rendah akibat kos pembikinan terhad. y y y Berbelanja kurang, keuntungan yang banyak. Kekangan kos, pengarah, berjimat cermat, dan disiapkan dengan tergese-gesa. Cerita tidak logik dan tidak nampak realistik.

3. Penggiat filem kurang mahir dalam perfileman y y y Tidak semua seperti Datuk Yusof Haslam dan Datuk Jins Shamsuddin. Para pelakon tidak berbakat. Penyanyi dan model diambil berlakon sebab popular dan paras rupa.

Usaha-usaha 1. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan warisan meningkatkan mutu filem. y y y y Memberikan kemudahan mengeluarkan filem. Menyertai festival filem luar negara. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia. Kewujudan Studio Entertainment Village.

2. Penggiat filem meningkatkan kemahiran. y y Mengikuti kursus jangka pendek dan panjang. Akedemi TV3 dan UITM mengdakan kursus berkaitan perfileman.

Kesimpulan y y y y Masih banyak ruang untuk dibaiki dalam filem kita. Agar filem kita lebih berkualiti. Rakyat menyokong industri filem kita Filem kita, wajah kita.

22. Faktor dan Kesan-kesan Masalah Pengangguran Siswazah Pengenalan y Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah menggangur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung segera sebelum menjadi dilema yang semakin serius.

Faktor-faktor 1. Kegawatan ekonomi meningkatkan pengangguran siswazah. y y y Kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 menjejaskan hampir kesemua kegiatan ekonomi negara kita. Pengenalan operasi dan produk serta penutupan kilang dan syarikat menyekat peluang pekerjaan untuk para graduan. Banyak syarikat diambil alih dan dimodali semula menyebabkan pekerjanya dihentikan atau dibuang kerja.

2. Masalah kerelevanan kursus yang diikuti di universiti. y y y Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti tidak sesuai mengikut kehendak pasaran kerja. Syarikat memerlukan latihan yang dapat diamalkan dan bukan terlalu berorientasikan teori semata-mata. Graduan untuk bidang sastera terlalu ramai berbanding bidang yang diperlukan seperti bidang sains, teknologi ,kejuruteraan dan perubatan.

3. Masalah sikap graduan yang terlalu memilih kerja. y y y Sikap graduan yang terlalu memilih merupakan punca utama ramai graduan masih menganggur.. Kebanyakan graduan memilih dan mengharapkan pekerjaan kolar putih yang menawarkan pendapatan tinggi. Ada juga graduan yang masih mengamalkan paradigma lama, iaitu hanya mahu makan gaji dan tidak mahu berdikari.

Kesan-kesan 1. Menurunkan taraf hidup. y Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.

2. Melambatkan proses pembangunan negara. y Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.

3. Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga. y Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada penceraian.

Kesimpulan y Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah. Tabungan Usahawan Siswazah haruslah ditubuhkan untuk melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk pinjaman bagi membolehkan para siswazah memulakan perniagaan dan mengisi kekosongan mengikut pasaran pekerjaan.

26. Punca-punca Kemiskinan Pendahuluan y y Keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.

Punca-punca 1. Penghijrah dari luar bandar. y Kebanyakan penghijrah dari luar bandar merupakan golongan yang tidak mempunyai kemahiran profesional untuk mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan. Selain itu, golongan ini juga dikatakan tidak mengetahui tentang maklumat dan pengetahuan dalam bentuk bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi pemerintah. Mereka dipinggir dari memperoleh maklumat dan pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan, juga terpinggir dari sistem sosial dan sistem ekonomi bandar.

2. Kos hidup di bandar adalah tinggi. y Walaupun kebanyakan pendapatan penduduk bandar tidak dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah. Namun begitu, pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan perbelanjaan. Ini disebabkan kos hidup bandar adalah tinggi dan membebankan. Kos hidup bandar pula amat dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Terutamanya ialah inflasi. Kadar inflasi 3.9% pada tahun 2009 telah meningkat kos hidup bandar dan seterusnya mempengaruhi kadar kemiskinan.

3. Kekurangan peluang pekerjaan. y Perebutan pekerjaan di bandar merupakan fenomena yang kian berlaku di bandar-bandar Malaysia. Majikan zaman kini bergemar untuk mengupah pekerja asing untuk menjimatkan kos. Pasaran buruh kini telah dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang dikatakan murah. Terutamanya dalam sektor peridustrian dan pembinaan. Pekerja tempatan yang meminta gaji tinggi adalah kurang berdaya saing berbanding dengan pekerja asing.

4. Taraf pendidikan yang rendah. y Menurut kajian kerajaan, kadar buta huruf di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar. Keadaan ini menyebabkan penduduk luar bandar yang berpendidikan rendah tidaak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf hidup. Kadar kemiskinan luar bandar sukar untuk dibanteras dengan kekurangan golongan professional di antara penduduk luar bandar.

Kesimpulan y Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk membanteras masalah kemiskinan untuk mencapai sasaran Wawasan 2020 dan negara menjadi maju dan makmur.

Laras Sains 16. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ditangani. Pendahuluan y y y Hidupan liar adalah sangat penting kepada alam dan manusia. Pada zaman sekarang, bilangannya didapati semakin berkurang. Masalah ini selanjutnya boleh membawa implikasi-implikasi yang tidak baik seperti kekurangan bilangan dan spesies hidupan di zoo.

Langkah-langkah 1. Menjalankan kajian (R&D) y y Mencari langkah alternatif untuk memelihara spesis hidupan liar yang kian pupus. Hidupan liar yang dipelihara akan terselamat daripada ambang kepupusan akibat bilangan yang meningkat.

2. Pengklonan y y Dapat melipat ganda bilangan spesis hidupan liar agar spesis tersebut dapat diselamatkan. Memberi harapan untuk menambahkan lagi kepelbagaian genetik bagi meningkatkan populasi binatang.

3. Menyediakan pusat pemeliharaan hidupan liar. y y Asingkan kawasan tanah untuk melindungi serta memelihara hidupan liar sebagai usaha menyeimbangkan ekosistem. Untuk tujuan pemeliharaan, pemuliharaan, pendidikan dan juga penyelidikan mengenai hidupan liar.

4. Penuubuhan bank-bank genetik. y y Menyimpan pelbagai jenis spesimen seperti DNA setiap haiwan bagi mengelakkan hidupan liar daripada terus lenyap. Bertujuan membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang khususnya bagi pegawai PERHILITAN, pelajar di universiti selain penyelidik dari luar negara. Melalui penyelidikan diharapkan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan hidupan liar serta mengatasi kepupusan.

Kesimpulan y Perkara ini perlu diambil serius kerana generasi akan datang tidak dapat mengenali lagi pelbagai spesies yang ada di dalam hutan dan hanya mengenalinya melalui gambar sahaja. Justeru, langkah-langkah yang berkesan wajar dilaksanakan dengan segera untuk menangani masalah ini.

18. Kebaikan Hutan Paya Gambut Pengenalan y y kawasan hutan tropika dan subtropika yang terdapat di belakang hutan paya laut menghala ke darat di mana terdapat tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Sekurang-kurangnya 60 peratus atau 20 juta hektar tanah jenis gambut dunia terletak di Malaysia dan Indonesia. Malaysia memiliki lebih dua juta hektar tanah paya gambut khususnya di Sarawak.

Kebaikan-kebaikan 1. Habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna. y Meskipun persekitaran hutan paya gambut dianggap kasar memandangkan ia keadaan digenangi air, berasid dan kurang mineral, hutan paya gambut mempunyai biodiversiti yang amat tinggi dan unik. termasuk pokok-pokok balak popular tetapi kian terancam seperti ramin (Gonystylus sp.), alan atau meranti merah (Shorea albida), bintangor (Calophyllum ferrugineum), meranti bakau (Shorea uliginosa) dan jelutong (Dyera costulata).

2. Kawasan tadahan air. y y Tanah hutan paya gambut berupaya untuk menyerap air hujan daripada mengalir ke dalam sungai. Membantu mengurangkan masalah banjir, bertindak sebagai penapis dengan merawat dan membersihkan air kotor serta menghalang kemasukan air masin ke kawasan air tawar.

3. Penyerap karbon. y y y Dianggarkan kira-kira 15 peratus karbon dalam dunia tersimpan dalam hutan tanah paya gambut. Pembebasan karbon monoksida adalah penyumbang utama kepada kesan rumah hijau yang menyebabkan dunia menjadi panas. Hutan paya gambut berperanan penting menghalang pembebasan karbon dalam udara.

4. Mengurangkan bahan pencemar dalam air. y y Bertindak sebagai penapis air melalui tumbuh-tumbuhan dan tanah lembap untuk mengeluarkan sedimen dan bahan cemar. Hal ini membekalkan bekalan air bersih kepada hidupan air dan mengurangkan pencemaran air secara drastic.

Kesimpulan y Semua pihak perlulah berganding bahu untuk memulihara kawasan hutan paya gambut daripada eksploitasi aktiviti pembalakan.

20. Langkah-langkah memulihkan pesakit mental Pengenalan y Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakitpenyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

y y

Langkah-langkah 1. Psikoterapi dan kaunseling. y y y Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.

2. Rawatan psikotropik. y Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis, mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal.

y y

3. Rawatan tingkahlaku. y y Memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

4. Rawatan elektrokonvulsif. y y Diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Kesimpulan y y Sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain. Ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

28. Langkah-langkah Memajukan Agro-pelancongan Pengenalan y Konsep pelancongan yang berkembang pesat di Malaysia kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong.

Langkah-langkah 1. Program agrotourism. y y y y Merupakan perkhidmatan yang dijual kepada pelancong melalui aktiviti yang terdapat di kampung nelayan. Menggalakkan rakyat tempatan dan pelancong asing melancong dalam negara. Program ini turut mengurangkan aliran wang ke luar negara. Meningkatkan produk nilai tambah daripada sumber perikanan. Menambah pendapatan negara melalui pertukaran wang asing.

2. Menaiktaraf infrastruktur pelancongan. y y Infrastruktur pelancongan sedia ada perlu dinaiktaraf dan ditambah mengikut keperluan semasa. Menaiktaraf chalet yang sedia ada dan menyediakan papan tanda yang seragam untuk memberi keselesaan lepada para pelancong.

3. Homestay y y Merupakan salah satu cara pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan agro pelancongan. Pelancong berpeluang untuk merasai pengalaman bercucuk tanam dan berkebun semasa lawatan.

4. Promosi dan pemasaran produk agrotourism. y memperhebatkan promosi dan kaedah pemasaran produk-produk agrotourism dengan menyertai pameran di ekspo-ekspo seperti MAHA, MATTA dan program promosi di luar Negara. Kerajaan juga menyediakan peruntukan tambahan bagi meningkatkan keupayaan Persatuan Nelayan Kawasan dalam menjalankan aktiviti agrotourism.

Kesimpulan y y Agropelancongan mampu mendidik masyarakat untuk menjaga dan memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Program ini perlulah dimajukan demi alam sekitar yang bersih dan rakyat yang sihat.

30. Kesan-kesan positif dan Cara-cara Memajukan Pertanian Organik Pendahuluan y y Semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Merupakan sistem pertanian yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan penggalak tumbuhan. Sistem ini mengutamakan penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau dan sungkupan.

Kesan-kesan positif 1. Mengekalkan kesuburan tanah. y Penggunaan baja yang direputkan melalui biologikal iaitu kompos mampu menambahkan unsur nitrogen dan bahan organik di dalam tanah. Kesuburan tanah akan kekal melalui kandungan nitrogen dan menghasilkan tanaman yang berkualiti. Permukaan tanah dalam pertanian organik disungkup dengan bahan-bahan seperti jerami atau rumpai kering. Kaedah ini boleh mengurangkan hakisan semasa hujan dan mengurangkan kehilangan air yang diperlukan tanaman. Suhu tanah juga akan kekal melalui kaedah ini. Ciri-ciri ini membolehkan kesuburan tanah dikekalkan.

2. Kawalan rumpai dan serangga perosak. y y Pertanian organik mempunyai kelebihan mengawal rumpai dan serangga perosak secara semulajadi dan lebih efisien. Keadah pertanian ini mengawal rumpai melalui kaedah biologi, fizikal, kultur dan penggunaan pokok penangkis perosak. Kaedah ini berkesan untuk memusnahkan proses pertumbuhan rumpai secara semulajadi. Kaedah sungkupan permukaan tanah kawsan tanaman juga dapat menghalang biji benih rumpai kepada sumber cahaya matahari.

Cara-cara 1. Memberi kesedaran konsumer. y y Menyedarkan pengguna tentang makanan yang sihat dan bebas daripada zat yang tidak berkhasiat. Memperkenalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mengembangkan sistem pertanian organik melalui sumber manusia atau bertujuan mengeksport.

2. Memodenkan pertanian organik. y Penggunaan teknologi bercucuk tanam, penyediaan produk organik, pengendalian hama dan penyakit menggunakan agen hayat atau mikro serta pengurusan yang baik dapat memajukan pertanian organik.

Kesimpulan y Sistem pertanian organik dapat menghasilkan makanan yang berkualiti kepada manusia dan melindungi persekitaran alam sekitar. Oleh itu, kaedah pertanian ini perlu diperluaskan sebagai aktiviti pertanian yang komersial.

10. Kesan-kesan Budaya Hidonisma Pendahuluan y y Satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Kesan-kesan 1. Peningkatan kadar jenayah. y Tidak menghairankan kita bila berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lain lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta, hiburan dan sebagainya. Demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain.

y y

2. Kelalaian dalam kalangan masyarakat. y Bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai terhadap kewajipannya, malah menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya

3. Mendorong muflis y y Masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang yang lama-kelamaan menjadi muflis.

4. Gejala sosial dalam kalangan remaja. y y Kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar hingga melampaui batas susila dan agama. Membawa kepada kes anak luar nikah dan pembuangan bayi.

Kesimpulan y Pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.