Anda di halaman 1dari 7

Sistem Integumentari

Struktur Kulit

KOMPONEN UTAMA Kulit Rambut Kuku Kelenjar Peluh

FUNGSI Melindungi dan mengelakkan kecederaan pada tisu-tisu dalaman Pembalut luar tubuh Sintesis vitamin D Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan sentuhan Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral

SISTEM INTEGUMENTARI KULIT Kulit mempunyai dua lapisan yang terdiri daripada tisu yang amat berbeza yang melekat antara satu sama lain. Lapisan itu ialah : 1. Epidermis (Lapisan Luar) 2. Dermis/Korium (Lapisan Dalam) STRUKTUR KULIT

1. EPIDERMIS Terdiri daripada lapisan epitelium yang berasal daripada ektoderma. Terbentuk daripada lima lapisan: 1. Stratum Korneum 2. Stratum Lusidum 3. Stratum Granulosum 4. Stratum Spinosum 5. Stratum Basal Stratum basal dibentuk oleh sel-sel kolumnar atau kiub. Terdapat sel yang berbentuk poligon(segi banyak) sel yang berbentuk skuamus (leper dan bersisik) Sel yang lebih superfisial yang membentuk stratum korneum menjadi lapisan tidak hidup yang disebut keratin. Keratin ialah protein berserat yang kuat, amat rintang terhadap perubahan kimia dan secara relatifnya kalis air. Epitelium yang membentuk epidermis terdiri daripada banyak lapisan yang dibentuk oleh sel leper dan diliputi keratin. Epidermis tersebut tersebut dikelaskan sebagai epitelium skuamus berlapis berkeratin

1.1 Pengkeratinan Pada epitelium skuamus berlapis berkeratin, sel baru dibentuk di stratum basal dan sel yang lebih tua akan ditolak ke lapisan yang lebih superfisial. Sel tua ini akan mati dan digantikan dengan keratin.Proses ini dikenali sebagai Pengkeratinan. Proses pembentukan sel baru mengambil masa selama kira-kira dua minggu. 1.2 Pigmen Pigmen seperti melanin, melanoid, karotena, hemoglobin terturun dan oksihemoglobin di kulit akan menberi warna kulit. Melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit epidermis disimpan di dalam sel stratum basal dan berfungsi untuk melindungi tubuh daripada cahaya ultraungu. 1.3 Rabung Papilari Terdapatnya rabung kecil dan alur yang disebut rabung papilari di permukaan palma tangan dan plantar kaki. Setiap individu mempunyai corak rabung papilarinya yang tersendiri. Oleh itu, bekas jari pada orang dewasa dan bekas kaki pada bayi digunakan untuk pengenalpastian seseorang. Epidermis, terutamanya lapisan berkeratin, amat tebal ditapak tangan dan tapak kaki. Memberi perlindungan terhadap penghausan yang selalu berlaku di bahagian ini. Epidermis tidak mempunyai saluran darah.Nutriennya dibekalkan melalui cecair tisu yang terdapat di lapisan dermis. 2. DERMIS(KORIUM) Terdiri daripada tisu perantara yang berkembang daripada mesoderma (bahagian tengah daripada tiga lapisan primer embrio). Menyokong epidermis dan mengikatkannya pada lapisan dalam iaitu hipodermis(tisu subkutaneus). Tebal dermis ialah kira-kira 0.25 ke 2.5 mm. Dermis amat tebal di tapak tangan dan tapak kaki, tetapi nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. Dermis terdiri daripada dua lapisan dengan sempadan yang tidak nyata di antaranya. Lapisan itu ialah : 1. Lapisan Papilari (superfisial) 2. Lapisan Retikular (profundus/dalam)

2.1 Lapisan Papilari Lapisan ini lebih nipis dan terdiri daripada tisu perantara yang kendur. Mempunyai sel tisu perantara seperti fibroblas, sel mast dan makrofaj. Permukaan superfisial lapisan papilari ini banyak mempunyai unjuran(projection)menyerupai jari yang disebut papila dermis. Papila dermis ini berselang-seli(interdigitate) dengan unjuran epidermis. 2.2 Lapisan Retikular Lapisan lebih tebal dan terdiri daripada tisu perantara yang padat dengan susunan yang tidak sekata. Berkas serat kolagen yang terdapat didalamnya saling berangkai antara satu sama lain menyerupai jaring. Kedua-dua lapisan dermis ini juga mengandungi jaringan serat kenyal. Gabungan serat kolagen dan serat kenyal ini memberikan kekuatan, keutuhan, kebolehan untuk meregang (ekstensibiliti) dan kekenyalan(kebolehan untuk berbalik kepada bentuk asal) kepada kulit. Dermis kaya dengan jaringan saluran darah dan limfa. Di beberapa kawasan dermis darah mengalir secara langsung dari arteri ke vena melalui anastomosis arteriovena atau pintasan(shunt). Bekalan saraf juga kaya di dermis. Dermis juga mempunyai beberapa terbitan epidermis seperti folikel rambut, kelenjar peluh dan kelenjar sebum.

APENDAJ KULIT 1. Folikel Rambut Struktur berkeratin yang panjang dan berkembang daripada invaginasi epitelium epidermis. Rambut ialah ciri khas mamalia. 2. Kelenjar Peluh Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh boleh dibahagikan kepada dua jenis utama : 1. Kelenjar peluh ekrin(merokrin) 2. Kelenjar peluh apokrin 3. Kelenjar Sebum Terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Kebanyakan kelenjar sebum berkait dengan rambut dan biasanya terdapat di antara otot arektor pili dengan folikel rambutnya. Duktus kelenjar sebum yang berkait dengan folikel rambut membuka ke leher folikel rambut. Tetapi kelenjar sebum yang tidak berkait dengan folikel rambut membuka secara terus ke permukaan kulit. Kelenjar sebum seperti ini didapati di bibir, glans panis, labia minora dan kelejar tarsus kelopak mata. FUNGSI KULIT 1. Perlindungan Epidermis, terutama lapisan bekeratinnya bertindak sebagai lapisan pelindung daripada kerosakan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa (wear and tear) dan juga daripada kemasukan organisma. Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum kulit merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria. Pigmen melanin memberi perlindungan kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya matahari. Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit, tubuh dapat melakukan tindakan refleks terhadap ransangan sakit atau kasar dan melindungi tubuh daripada kecederaan. 2. Lapisan Kalis Air

Keratin yang bersifat kalis air dapat mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan. Keratin juga memberi perlindungan semasa mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan tubuh bengkak dengan air atau semasa mandi dalam air laut yang bergaram tanpa menyebabkan tubuh kecut. 3. Pengawalaturan Suhu badan Manusia tergolong dalam kumpulan berdarah panas dan suhu tubuh ditetapkan pada purata 36.8C Pada keadaan suhu sekitaran yang panas atau selepas senaman berat yang menhasilkan haba tubuh yang berlebihan, saluran darah di dermis mengalami dilatasi. Kelebihan darah di permukaan kulit ini menyebabkan aliran darah yang banyak ke kulit. Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkat pengeluaran haba daripada tubuh secara sinaran, konduksi dan perolakan. Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui penyejatan peluh. Dalam persekitaran sejuk, konstriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba. 4. Penghasilan Vitamin D Vitamin D, iaitu kolekalsiferol dihasilkan di kulit, hasil tindak balas cahaya matahari dengan 7-dehidrokolesterol. Tanpa vitamin D daripada sumber lain, kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mengalami rikets(kelembutan tulang) 5. Bertindak Sebagai Organ Reseptor Oleh sebab kulit mengandungi akhiran saraf untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza, ia dapat bertindak sebagai organ reseptor yang berhubung langsung dengan pesekitaran. 6. Pengenalpastian Diri Corak rabung papilari yang unik pada setiap individu digunakan untuk mengenalpasti seseorang individu. Bekas jari dan bekas kaki digunakan untuk tujuan pengenalpastian ini.

Penuaan (Aging) Sistem Integumentari Walaupun kulit mengalami penuaan secara malar, kesan yang jelas tidak akan berlaku sehinggalah seseorang mencapai umur lewat empat puluhan. Serat kolagen menjadi keras, tercerai dan kehilangan bentuk. Serat kenyal menjadi tebal dan ini mengakibatkan kulit berkedut. Fibroblas yang menghasilkan serat kolagen dan kenyal berkurangan dan sel makrofaj menjadi fagosit yang kurang cekap. Selain itu, rembesan kelenjar sebum juga berkurangan menyebabkan kulit menjadi kering, pecah dan rentan terhadap infeksi. Jumlah melanosit yang berfungsi juga berkurangan dan ini menyebabkan rambut menjadi kelabu dan terdapatnya pigmentasi atipikal pada kulit.

Anda mungkin juga menyukai