Anda di halaman 1dari 3

Dasar Panitia Bahasa Inggeris SK Sungai Sebungan 2011 1.0.

LATAR BELAKANG Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang bermatlamat untuk mencapai keunggulan pendidikan. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan panitia Bahasa Inggeris di sekolah. 2.0. OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ; 2.1. menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap ahli Panitia 2.2. memantapkan pengurusan panitia peringkat sekolah 2.3. memenuhi standard kualiti pengurusan akademik sekolah 3.0 DASAR 3.1Dasar panitia masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. 3.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi. 3.4 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu termasuklah mengambil kira OTI dan headcount murid. 3.5 Guru-guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 3.6 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 3.4. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah core business bagi setiap ahli panitia. 4.0 MESYUARAT 4.1. Jawatankuasa Panitia akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan. 4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan. 4.3. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat. 4.4 Minit mesyuarat hendaklah dicatatkan dan didokumentasikan dalam fail panitia.

5.0 SISTEM FAIL 5.1. Fail Panitia diurus dan disimpan oleh Ketua Panitia dibantu oleh Setiausaha Panitia. 5.2. Semua fail panitia diletakkan di rak fail panitia yang telah disediakan. 6.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & HARIAN 8.1. Sukatan Pelajaran Terkini dan Rancangan Pengajaran Tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. 8.2. Salinan Panitia untuk setiap kelas disimpan dalam Fail Panitia 8.3. Rancangan Pelajaran Harian bagi KBSR Tahun 2 hingga Tahun 6 mengandungi 5 perkara asas; i) Bidang / Tajuk/Isi Pelajaran ii) Objektif dan hasil pembelajaran iii) Aktiviti iv) KBKK v) Refleksi 8.4 Rancangan Pelajaran Harian bagi kelas KSSR Tahun 1 mengandungi 11 perkara asas; i. Theme/Unit/Topic ii. Focus iii. Learning Standard iv. Objectives v. Activities vi. Cross Curriculaar Elemant(s)/Educational Emphasis vii. Teaching Aids viii. Teaching & Learning Strategies ix. Added Value x. Assessment xi. Reflection 7.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 7.1 Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah - 2 kali setahun 7.2 Ujian Bulanan dijalankan mengikut takwim sekolah 7.3 Ujian Pra UPSR mengikut takwim JPN, PPD dan sekolah. 7.4 Markah lulus untuk setiap penilaian ialah 40%. 7.5 Format peperiksaan untuk semua kelas mengikut format peperiksaan UPSR, iaitu 2 kertas, Kertas 1 & Kertas 2. 7.6 Penilain bagi kelas KSSR adalah 2 kali setahun mengikut takwim bagi Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah. 7.7 Kelas KSSR tidak wajib untuk menjalankan ujian bulanan. Guru boleh memberi ujian mengikut kesesuaian kelas. 7.6 Soalan peperiksaan yang diuji hedaklah mengikut aras pencapaian murid. 7.7 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

7.8 Markah Peperiksaan haruslah dianalisis dan didokumentasikan dalam fail panitia dan salinan kepada Setiausaha Peperiksaan. 7.9 Sesalinan kertas soalan mesti diserahkan kepada Ketua Panitia / atau Penolong Kanan Pentadbiran untuk didokumentasikan.

Anda mungkin juga menyukai