Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA TAMAN MINI SKSBS

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN MINI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG SELATAN 1.0 PENDAHULUAN . Taman Mini Sekolah merupakan satu elemen keindahan yang penting dan perlu diwujudkan di sesebuah sekolah. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan juga ingin mewujudkan Taman Mininya sendiri. Taman Mini SK Seri Bintang Selatan adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dengan kolaborasi daripada Panitia Sains. Kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Mini SK Seri Bintang Selatan. Penambahbaikan ini berdasarkan perbincangan dan perkongsian idea guru-guru Panitia Kemahiran Hidup dan Panitia Sains berkenaan tapak Taman Mini Sekolah sedia ada yang terbiar dan tidak diselenggara.

2.0 MISI . PenubuhanTaman Mini Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman mini ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Disamping itu, murid juga berpeluang mengenali tumbuhan yang berada di sekitar sekolah.

3.0 VISI Menjadikan Taman Mini ini sebagai sumber rujukan kepada murid-murid dan warga SK Seri Bintang Selatan . Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai perubatan . Juga menanam tumbuhan yang boleh dijadikan ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang murid boleh kenal secara praktikal selain melihat gambar di dalam buku sahaja.

4.0 OBJEKTIF. Objektif Kertas Kerja ini ialah :

1. 2.

Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan

penambahbaikan Taman Mini SK Seri Bintang Selatan. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan

penambahbaikan yang difikirkan perlu bagi mencantikkan Taman Mini SK Seri Bintang Selatan.

3. 4. 5.

Mewujudkan sebuah Taman Mini yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap

dan susun atur tanaman herba dan pelbagai tanaman yang dipamerkan. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak

jawatankuasa pelaksana Taman Mini Sekolah . Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas

dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN MINI PENASIHAT : EN AZHARI B OMAR GURU BESAR EN KAMARUDDIN B ABAS PK KOKURIKULUM EN AB MALIK CHE ISA KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP EN WAN ABDUL RAHMAN WAN RIFIN EN MOHAMAD FAIZAL B KAMBERI : EN ABD GHANI B ABDULLAH

PENGERUSI

PENYELARAS I

PENYELARAS II SETIAUSAHA 1 SETIAUSAHA II

: :

AJK GURU DAN KAKITANGAN : 1. PN NORMAZIRA BT MUSTAFA 2. 3. 4. 5. AJK PELAJAR : MOHD MIZZI BIN SOHAMI ( 5S3 ) FAHREN FAZZER BIN SUKATIS ( 4S1 ) MOHD SHAFA AMIRUDDIN BIN MOHD SHAZARI (4A3 ) MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN ABDUL HAMID (4A3) MOHD FAUZAN BIN BAINURI (4S2) ABDUL HALEEM BIN ABDULLAH SANI (4S3) MOHD ARIF BIN JAMALUDIN (4A4) MOHAMMAD RAZZIE BIN OTHMAN (4S3) MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN BIN DARWIS ( 4S3) FAKHRUL HELMI BIN ROSLAN ( 302 )

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10)

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh guru-guru Panitia Kemahiran Hidup, beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik program Warisan Taman Mini Sekolah.

Kekuatan :

1. 2. 3.

Mempunyai tapak yang strategic dan keluasan tapak yang senang diselenggara Tapak taman mini sedia ada berhampiran dengan sumber air . Tapak sedia ada sudah mempunyai kemudahan seperti pagar, pergola dan tempat

air terjun bagi menambahkan nilai eksotik dan keindahannya.

Kelemahan :

1. 2. 3.

Kurang mempunyai koleksi tanaman

yang serbaguna dalam kehidupan harian

seperti halia, kunyit, lengkuas, serai, pandan, dan sebagainya. Landskap Taman Mini Sekolah sedia ada kurang menarik, tidak ceria dan terbiar. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan

sempurna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti, jawatankuasa Taman Mini

telah

mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :

1. 2.

Membina air terjun untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba Sekolah. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba

dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman Mini sekarang ini dilitupi tanah yang menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.

3. 4.

Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil 1 2 3 4 5 6

Perkara Pam Air Terjun ( 1 set, sistem pam dan kolam ) Menambak Kawasan Taman / 1/2 lori batu krikil Lapik batu Pejalan Kaki / 10 unit x RM10.00 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba Membeli anak pokok dan benih herba Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian, racun rumpai, kawalan serangga dan penyakit tanaman , baja , makan minum, peralatan )

Jumlah Kos 250.00 100.00 100.00 50.00 100.00 100.00

Sumber SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH

JUMLAH

700.00

9.0 PENUTUP : Program Warisan Taman Mini Sekolah SK Seri Bintang Selatan merupakan projek mega bagi tahun 2012 . Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Mini SK Seri Bintang Selatan. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Mini SK Seri Bintang Selatan akan kembali ceria dan terjaga.

Sekian, terima kasih.

CINTAI ALAM SEKITAR

DISEDIAKAN OLEH :

............................................ (ABD MALIK CHE ISA) Penyelaras I Taman Mini SK Seri Bintang Selatan.

Anda mungkin juga menyukai