Anda di halaman 1dari 2

Ahmad Syamil Kamarudin, Pelatih PISMP Januari 2011, Unit J18, IPG Kampus Ipoh, Jalan PPH, 31150,

Hulu Kinta, Perak. Pn. Ong Yoke Mooi, Pensyarah Literasi Bahasa WAJ 3104, IPG Kampus Ipoh, Jalan PPH, 31150, Hulu Kinta, Perak. 5 SEPTEMBER 2011

Tuan/ Puan, Surat Tunjuk Sebab Tidak hadir ke Kuliah Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya Ahmad Syamil bin Kamarudin, dari kelas PISMP Ambilan Januari 2011, Unit J18 dengan nombor matrik pelajar, 26204 tidak menghadirkan diri ke kelas kuliah sebagaimana yang telah ditetapkan waktunya ke atas saya. Kuliah : Literasi Nombor (WAJ 3105) Tarikh : 11 Ogos dan 25 Ogos 2011 Jam : 8 hingga 10 pagi

3. Ketidakhadiran saya ke kuliah dalam tempoh tersebut adalah disebabkan oleh beberapa kesilapan yang tidak dapat saya elakkan. Ketika waktu kuliah tersebut, saya telah terlibat untuk menguruskan tugasan di tempat lain.

4. Berkenaan dengan nota dan pengisian kuliahpada hari-hari tersebut, saya telah mendapatkan nota-nota dan maklumat-maklumat yang berkenaan daripada rakanrakan sekelas. 5. Dengan ini, saya akan bertanggungjawab atas sebarang tindakan susulan yang bakal diambil daripada pihak tuan. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami di pihak tuan. Sekian untuk makluman, Yang Benar,

(AHMAD SYAMIL BIN KAMARUDIN) Pelatih guru PISMP Januari 2011 Pend. Khas/ Pend. Seni/ PJK