Anda di halaman 1dari 2

PETUA SUPAYA SENTIASA MAHU MENUNAIKAN SOLAT

Sebagai usaha supaya dapat kita sentiasa ingin menunaikan solat, maka, semua petua yang berikut hendaklah bersama kita ingati di dalam hati sanubari, insyaAllah dengan pertolongan dan kasih sayang Allah itu, hidayah dan taufik Allah s.w.t. kita akan tergolong daripada kalangan orang yang cinta mengerjakan solat.

Antara petuanya, yang pertama. Semaikanlah kesedaran di dalam diri kita bahawa solat adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap mukallaf. Solat adalah rukun Islam kedua dan amat penting selepas mengucap 2 kalimah syahadah. Ia merupakan tiang agama pada diri setiap Muslim. Mereka yang meninggalkan solat adalah peruntuh dan perosak agama mereka sendiri.

Kedua, tanamkanlah rasa cinta dan kasih kepada ibadah solat dengan merasakan betapa kudusnya ibadah ini. Yakinilah betapa besarnya manfaat solat kepada jasmani, rohani, kesihatan, kebersihan zahir dan batin diri kita. Solat juga akan lebih berkesan jika kita memahami dengan benar dalam pendidikan akhlak Muslim dan Muslimah agar berbudi pekerti. Sangat besar sumbangan solat kepada pembentukan masyarakat, kerjasama, harmoni dan bersatu padu.

Ketiga, tanamkanlah rasa bertuah, bangga dan mulia dengan ibadah solat kerana ia adalah suatu penghormatan besar kepada kita sebagai seorang hamba yang hina lagi lemah kerana dibenarkan menghadap Allah s.w.t. lagi yang Maha Agung daripada segala yang agung.

Keempat, semaikan rasa penuh cinta kasih, ketakwaan, keimanan dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa, yang Maha Pemurah lagi yang Maha Pengasihani. Rasakanlah di dalam hati kita betapa banyaknya budi baik Allah s.w.t. terhadap diri kita yang memang tidak dapat dibalas dan ditebus dengan apa sekalipun.

Kelima, jom kita bersama ingatlah. Orang yang tidak solat terletak diantara kufur atau berdosa besar. Adakah kita mahukan diri kita berada di dalam keadaan seperti itu? Pastinya itu tidak akan memberikan kita jaminan keselamatan diri dan agama. Maka, tiada lain melainkan kecelakaanlah buat kita dan nerakalah balasannya. Na uzubillah.

Keenam, dan marilah kita ingatkan juga. Bahawa orang yang tidak solat adalah manusia yang paling jahat dan paling keji. Mereka adalah orang yang paling tidak sedar diri, seorang yang tidak

mengenang budi baik serta tidak bersyukur kepada Allah s.w.t., pengurnia segala nikmat. Tanyalah diri kita, mampukah agaknya kita menerima kemurkaan Allah s.w.t. yang Maha Agung sedangkan kemurkaan sesama manusia pun kita sudah tewas atau tidak berdaya?

Ketujuh, ingatlkan diri kita juga, orang yang tidak mahu solat adalah seorang penderhaka kepada Allah s.w.t. yang Maha Mencipta. Akibatnya, kita akan disiksa dengan azab neraka serta sebaliknya orang yang solat adalah mereka yang taat kepada Allah s.w.t. dan dia diberikan ganjaran syurga.

Kelapan, marilah kita perbanyakkan berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. pada setiap waktu untuk mendapat taufik dan inayah Nya. Janganlah ditinggalkan membaca doa yang dibaca Rasulullah s.a.w. selepas solat, azan dan iqamah daripada surah Ibrahim ayat 40 hingga 41 yang membawa maksud;

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." (Ibrahim 14: 40 41)

Anda mungkin juga menyukai