Anda di halaman 1dari 7

Oleh : As-Syaheed Sayyid Qutb rahimahuLlah.

HAZAD-DEEN HAKIKAT ISLAM YANG DILUPAI..!

IANYA SATU MANHAJ UNTUK MANUSIA


- - !

Hakikat utama tabiat agama ini - penting tetapi sering dilupai atau dijahili menyebabkan kesilapan besar dalam memahami Islam Hakikat zatiah dan waqi sejarahnya. Kesilapan - kerana agama ini dari Allah maka ia akan berlaku pada manusia tanpa sebab dan musabbab. Kerana sekali lihat terjadi tanpa sebab dan sekali berlaku mengikut kemampuan manusia mereka jadi frust dan timbul kurang percaya kepada kemampuan manhaj ini atau lebik teruk lagi syak pada Islam sendiri. Kesemuanya lahir dari satu kesilapan sahaja tidak faham Islam dan caranya. Agama ini manhaj ilahi untuk kehidupan manusia - ianya berjalan mengikut usaha dan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ia tidak pernah lalai dari fitrah manusia - boleh mencapai tahap yang tidak mungkin dicapai oleh mana-mana manhaj manusia - jika ia dilakukan bersungguh-sungguh. Kesilapan bila manusia menunggu suatu yang luarbiasa berlaku hanya semata-mata kerana ia dari Allah. Timbul pertanyaan kadang-kadang: kenapa dibiarkan Islam kepada kemampuan manusia? Kenapa agama ini kadang kala kalah oleh golongan batil..? Kenapa tidak menang? Kenapa itu dan ini? Allah mampu untuk menangkan agamanya tetapi ia ingin menjadikan petunjuk itu terhasil dari usaha dan keinginan ( ) dan berlaku mengikut kemampuan manusia ( .) Tidak ada orang yang layak untuk bertanya Allah kenapa ia terjadi demikian kerana mereka semua hamba dan bukan Tuhan, kerana mereka jahil dengan nizam keseluruhan alam ini. Orang mukmin sebenar tidak akan bertanya kerana mereka beradab dengan Allah. Orang atheis juga tidak bertanya kerana mereka tidak mengakui Allah. Yang bertanya hanya mainmain oleh itu cara ajar mereka ialah dengan mengenalkan mereka dengan hakikat Uluhiyyah dan khasaisnya sehingga ia akan jadi mukmin atau jadi atheis. Manhaj ini terlaksana di atas muka bumi ini bukan sepertimana perjalanan planet dan bulan - tetapi dengan ada segolongan manusia membawanya, yakin dengannya, beramal dengannya sekadar kemampuan mereka, cuba membawanya orang lain sama dan berjihad sepenuhnya dengan segala apa yang ada padanya. Kadangkala ia menang dan kadangkala mengikut kadar usaha yang dilakukannya. Inilah hakikat yang ingin dinyatakan oleh Allah kepada jamaah muslimah (ayat diatas). Di dalam peperangan uhud, bila muslimin cuai mengambil wasilah yang sepadan atau melupai hakikat ini dengan menyangka mereka akan menang
1

kerana mereka muslimin lalu Allah mengajar mereka. Mereka diajar oleh Allah bukan dengan kalam atau celaan, tetapi dengan darah dan kesakitan, gugur syahid dan kecederaan rasul mereka. Ini semua bukan menafikan kekuasaan Allah. Pemerhatian pada alam waqi menunjukkan bahawa hakikat iman tidak akan tertanam kukuh di dalam hati hinggalah adanya mujahadah kerana iman ini. Mujahadah dengan bencikan kebatilan dan mujahadah memindahkan manusia dari alam batil kepada kebenaran. Di sini berlaku mehnah samada sebelum menang atau selepas menang. Kesabaran atas mehnah menjadikan seseorang itu teguh tetap dan terus mara. Hakikat iman dan kehidupan manusia tidak akan terbuka ufuqnya tanpa mujahadah dan melalui kepenatan. Ini lah maksud ayat ( ) kerana kerosakan paling awal ialah rosak jiwa kerana tidak bergerak, relak dan tiada kerja. Mujahadah juga menjadi wasilah amali untuk menapis saf -selepas menapis jiwa- dari golongan pemalas, munafik dan penipu. Inilah maksud ayat:. Walaupun mehnah yang menimpa mereka sebab kecuaian mereka, namum akhirnya ia adalah untuk kebaikan mereka sebagai pengajaran, penapisan dan pembersihan saf dan jiwa. Pemahaman ini tidak bermakna menafikan kuasa Allah kerana kata putus akhirnya ialah kuasa dan penentuan Allah berdasarkan hikmat dan kehendakNya.

IANYA SUATU MANHAJ YANG UNIK


.. .

Jika begitu sifat manhaj ini, apa lebihnya dari manhaj rekaan manusia biasa yang juga boleh tercapai dengan usaha manusia? Apa hebatnya dari manhaj lain? Kenapa perlu ditegakkan dalam manhaj ini? Kita perlu menegakkan manhaj ini kerana: 1. Untuk menjadikan diri kita layak dipanggil Islam. Kerana Syahadah memerlukan pengakuan hanya Allah memiliki hak hakimiyyah, mengiktiraf Allah sahaja layak menggubal manhaj dan syahadah memerlukan kita berusaha menegakkan manhaj ini dalam kehidupan manusia. 2. Hanya manhaj ini yang membebaskan manusia sebenarnya dari sebarang perhambaan kepada sesama makhluk. Kristian dan Yahudi mempertuhankan pendita mereka (Kesah Adi bin Hatim). Manhaj lain semua tidak lepas dari perhambaan ini. 3. Kerana sifat rabbaninya, maka hanya manhaj ini terlepas dari kelemahan, nafsu dan kepentingan manusia. Manhaj ciptaan manusia mustahil akan terlepas dari keinginan untuk kepentingan diri, keluarga, puak dll. Perlaksanaan manhaj ilahi ini juga berlaku secara adil kerana ia dilaksanakan oleh jamaah muslimah yang beriman dan bertaqwa. 4. Kerana manhaj ilahi ini sahaja yang terlepas dari kelemahan dan kejahilan manusia. Manhaj ciptaan manusia tidak dapat menelek dan merangkumkan semua ilmu tentang manusia, pengalaman lepas apatahlagi yang akan berlaku. Hanya Allah Maha Tahu. 5. Hanya manhaj ini yang tegak di atas pentafsiran yang menyeluruh terhadap alam ini. Manhaj ciptaan manusia hanya didasarkan atas pandangan yang
2

sempit kerana kelemahan dan kejahilan manusia. Falsafah-falsafah ciptaan manusia lampau kadang-kadang kelihatan suatu yang bodoh. 6. Kerana hanya manhaj ini sahaja yang dapat menempatkan manusia didalam tansiq penyelarasan dengan perjalanan alam seluruhnya. Penyelarasan akan melahirkan kekuatan dan pertembungan akan melahirkan kelemahan dan kehancuran. Fitrah manusia sesuai dengan perjalanan alam. Fenomena negara barat menunjukkan mereka sedang bertentang dengan perjalanan alam. Mereka mencapai kemajuan dalam sains, penciptaan, penerokaan angkasa tetapi jiwa tetap tidak bahagia? Kita wajib melaksanakan manhaj ini di dunia ini untuk mengembalikan manusia kepada tuhan yang sebenar.
.

SATU MANHAJ YANG MUDAH


: .

Ada orang mengatakan: Manhaj ini sukar dan berat untuk dilaksanakan. Ianya boleh tercapai pada satu zaman tetapi untuk zaman seterusnya cukup bagi manusia mengambil apa-apa manhaj yang lebih mudah untuk dilaksanakan. Manhaj ini terlalu ideal, tidak amali dan tidak waqii. Sejarah yang berlaku menunjukan ini semua. Hanya layak untuk zaman Nabi saw sahaja. Tidak benar ..! Suatu yang silap menyangka manhaj ini memberatkan manusia kerana: 1. Ianya manhaj sesuai dengan fitrah manusia dan mengenali fitrah lebih dari manhaj lain. Bila bersesuaian dan seragam dengan fitrah manusia, maka ia berjalan dengan aman dan tenteram. Bagi yang merasa manhaj ini sukar, mereka merasa unsur akhlak dalam Islam seolahnya penghalang dan pengekang untuk bebas melakukan kehendak. Ini adalah kesilapan kerana akhlak Islam adalah pembina dan penolak kemajuan. Mengawal diri dari mengikut kehendak seks adalah kemerdekaan dari terpenjara oleh ikatan hamba kepada seks. Islam menganggap dosa dan perangai buruk adalah rantai pengikat yang merendahkan darjat manusia. Kerana pokok asal manusia ialah sukakan kebaikan. Orang Islam yang merasakan akhlak Islam sebagai penghalang dan kekangan kerana mereka sekarang hidup dalam masyarakat yang tidak dikuasai oleh Islam. Untuk mempraktikkan Islam dirasakan begitu sukar. Dalam masyakarat Islam sebenar, akhlak Islam menjadi maruf dan mudah dilakukan sementara akhlak buruk menjadi mungkar yang disanggahi dan dibenci. Ketika itu akhlak Islam menjadi mudah. Ketika itu barulah seorang muslim hidup secara tabii. Kerana inilah pentingnya membina masyakarat Islam. 2. Manhaj jahiliyyah yang diambil mempunyai banyak kelemahan kerana ianya hasil ciptaan manusia yang lemah. Penyelesaiannya tidak menyeluruh, mengakibatkan timbul masalah baru dan sementara. Ini lebih menyusah dan
3

menyeksa manusia kerana tidak bertepatan dengan fitrah manusia. Manhaj Islam lebih tabiI dan sesuai dengan naluri. 3. Manhaj Islam sangat mampu untuk terus kukuh dan utuh. Walaupun ditegakkan dalam setengah kurun, tetapi mampu bertahan lebih 1000 tahun dan sedang cuba untuk bangkit semula. Tamaddun lain (Rom) bangkit dalammasa 1000 tahun tapi hancur dalam 100 tahun. Kehebatan Islam akan bangkit semula bila ada manusia yang berkumpul dan berusaha menegakkannya kembali.

SATU MANHAJ YANG BERPENGARUH


.. -

Ketika mencapai kegemilangannya, manhaj ini meninggalkan kesan dan pengaruhnya dalam masyarakat Islam dan dunia. Oleh itu ia lebih mampu dari manhaj-manhaj lain. 1. Melahirkan manusia hebat yang tidak pernah dapat ditandingi. Bukan seorang tetapi puluhan dan ratusan. Mereka lahir dalam jangkamasa yang pendek dalam semua lapangan hidup. Yang hebatnya mereka masih kekal seperti manusia biasa, melakukan kesilapan dan menggunakan kemampuan mereka sebagai manusia. Ini memberi keyakinan bahawa bentuk seperti itu masih boleh diwujudkan sekarang ketika adanya manhaj yang sesuai. Contoh agung yang lahir di zaman itu hanya dari padang pasir kontang, faqir dan tidak mempunyai sumber ekonomi dan kebudayaan yang hebat. Mereka semua telah meninggalkan kesan kepada masyarakat dunia dan sejarah. 2. Mampu menerapkan nilai, tasawwur dan neraca yang jelas dan mantap yang merangkumi keseluruhan lapangan hidup manusia. Penerapan ini berlaku dalam suasana manusia tidak dapat menerimanya. Hanya satusatunya kekuatannya yang ada padanya ialah kesesuaiannya dengan fitrah manusia mampu menongkah arus waqi dan akhirnya ia memenangi dan merubah waqi tersebut. Manhaj ini lebih mampu dari zaman dahulu kerana waqi sekarang lebih mudah. 3. Tempoh masa tersebut telah dapat menerapkan dalam kehidupan kemanusiaan beberapa tradisi amali yang bersumberkan tasawwur, nilai dan neraca tadi. Ia seolah-olah arus yang turun dan mengalir mempengaruhi keseluruhan kehidupan manusia di mana sahaja berada. Nilai dan tasawwur ini telah terserap dalam kehidupan manusia walaupun kadangkala mereka tidak mengetahui asal usulnya atau telah diselewengkan asalnya.

POTENSI FITRAH
..

Ketika Islam datang pada awalnya, ia menghadapi waqi yang besar bercanggah dengan apa yang dibawa. Jarak keduanya amat jauh. Waqi disokong oleh kepentingan tertentu, kuasa-kuasa dan sejarah yang panjang. Islam datang bukan hanya untuk mengubah tasawwur dan nilai bahkan menukar peraturan, sistem, undang-undang dan keseluruhan cara hidup manusia dengan merampas kepimpinan manusia dari tangan taghut dan jahiliyyah. Ketika ia mula datang, suatu yang mustahil jika dinyatakan manhaj ini akan menang akhirnya kerana waqi terlalu besar. Tetapi ianya segera mengundurkan diri dan digantikan dengan Islam. Bagaimana Nabi saw seorang diri mampu melakukan itu semua..? 1. Nabi saw tidak bertolak ansur dalam aqidah dan tasawwur (Qul Ya ayyuhal kafirun) 2. Tidak mendakwa beliau mempunyai kuasa sakti melakukan itu dan ini. 3. Tidak menjanjikan pangkat dan kekayaan bagi pengikutnya (Bani Amir bin Sasaah) Nabi saw melakukan itu semua melalui jalan tabiI yang boleh dilakukan oleh mana-mana manusia. Contoh-contoh waqi yang dihadapi oleh Nabi saw: 1. Waqi kerosakan akidah dan tasawwur yang memberikan kuasa tuhan kepada manusia dan makhluk. Islam datang menghadapinya dengan LA ILAHA iLLA ALLAH. Fitrah manusia mendengar suara ini dan terus menyambutnya. Mereka tidak lagi tunduk kepada sesama manusia dan makhluk. 2. Waqi masyarakat ; kepebezaan manusia di Iran, India, Rom dan tanah Arab. Islam datang menyatakan persamaan manusia di sisi Allah. Fitrah manusia terus menerimanya. 3. Waqi ekonomi yang berasaskan riba - dikalangan Arab dan Yahudi. Riba secara sistem lengkap sehingga Allah menyerangnya habis-habisan. Islam menongkah semua ini dan ianya disedari oleh fitrah yang bersih dan akhirnya dapat menghalau waqi ribawi tersebut diganti dengan sistem Islam. Contoh ini memberi gambaran kekuatan fitrah yang mampu mengubah waqi yang disangka hebat dan besar. Islam tidak hanya melihat waqi tetapi berusaha meruntuhkannya jika ia bertentangan dengannya. Manusia hari ini mungkin lebih mampu untuk mengulangi kemenangan ini bila adanya manhaj, qiyadah, tarbiyyah dan harakah.

POTENSI PENGALAMAN
..

Kemenangan awal Islam hanya berbekalkan potensi fitrah. Kemenangan Islam di peringkat awal akhirnya dituruti dengan kelemahan dan kemerosotan. Walaubagaimanapun, mereka lebih tinggi dan hebat dari umat lain. Kehebatan Umat Islam dan penerapan Islam melalui kuasa tidak sia-sia walaupun setelah Islam tewas dan jahiliyyah kembali berkuasa. Kesannya masih tertinggal di dalam sanubari manusia.

Waqi hari ini telah berubah kerana Islam tidaklah seasing dulu (ketika ianya mula datang). Ianya boleh dibaca, dikenali dan dilihat walaupun tidak lagi dipraktik dan dilaksanakan. Walaupun manusia di zaman ini tidak dapat merasai kemanisan dan keindahan perlaksanaan Islam di zaman awal, namun manusia secara umumnya lebih hampir untuk memahami tabiat manhaj ini. Beberapa contoh: 1. Gerakan pembaharuan di Eropah dan Barat (Martin Luther, Calvin, penolakan Feudal, persamaan, Revolusi Perancis, pengistiharan hak-hak manusia Magna Carta dll) adalah hasil arus Islam yang mengesankan Eropah. 2. Tentera Salib yang balik dari Negara Islam melihat kemunduran Eropah dari sudut sosialogi, ekonomi dan politik lalu mereka mula melakukan perubahan. 3. Perkembangan keilmuan Islam di Sepanyol; memberi nafas baru kepada tamaddun Eropah melalui terjemahan dan pengutusan ilmuan ( Roger Bacon belajar bahasa Arab di Oxford untuk mengkaji kitab-kitab Arab dari Sepanyol). Keseluruhan perubahan besar dalam kehidupan manusia tidak dapat lari dari kesan tamaddun Islam padanya. Tetapi barat menggambarkan ianya datang sepenuhnya dari mereka untuk melahirkan rasa putus asa kita dari cuba mengembalikan semula kehidupan cara Islam.

GARISAN-GARISAN MANTAP

! ..

Islam yang telah terundur dan jahiliyyah kembali menapak tidaklah menghilangkan terus keseluruhan apa yang pernah dibawa oleh Islam. Prinsip dan dasar-dasar tertentu telah dikenali oleh manusia dan tidak lagi asing bagi mereka. 1. Kesatuan kemanusiaan Islam yang datang di tengah-tengah asabiyyah telah mampu mengembalikan manusia kepada persamaan dan kesatuan. Ianya bukan hanya teori tetapi dipraktikkan dalam sistem Islam.Walaupun manusia tidak dapat mempraktikkan sebagaimana dipraktikkan oleh jamaah muslimah, atau masih terdapat saki baki taasub dan pemisahan kerana warna kulit, namun prinsip persamaan manusia telah menjadi dasar sejagat. Oleh itu, manusia hari ini lebih mampu untuk menerima manhaj ini. 2. Kemuliaan kemanusian Kemuliaan insan semasa Islam mula-mula datang didasarkan ke atas sifatsifat luar bukan kerana mereka itu manusia (warna kulit, bangsa, keturunan dll). Islam datang meninggikan manusia kerana ia manusia (Ayat-ayat, Hadis dan kesah khutbah Abu Bakar, kesah Umar, Othman, Qibti dengan anak Amru dll). Walaupun masih ada unsur menghinakan manusia, tetapi prinsip kemulian insan telah menjadi tonggak sejagat. 3. Umat yang satu. Islam datang dalam keadaan manusia diikat oleh bangsa, warna kulit, keturunan dll. Islam bubarkan segalanya dan ikatkan mereka atas ikatan
6

akidah. Atasnya manusia bersatu dan berpecah. Ia sebaik-baik ikatan. Hanya yang diikat oleh akidah sahaja layak digelar ummat. Manusia terbahagi kepada dua : hizbuLlah dan hizbul-syaitan. Manusia hari mula bersatu atas pegangan dan fikrah tertentu. Ini lebih mudah untuk dijana kearah kesatuan aqidah yang betul. 4. Pemeliharaan dan akhlak Dalam peperangan, perhubungan antarabangsa dan sesama negara. Prinsip Islam ini telah dipakai oleh kebanyakan negara secara sejagat.

AKHIRNYA..!
.. ! . !

Apakah beban untuk mengembalikan Islam hari ini ringan..? Manusia hari ini - secara umumnya- lebih jauh dari Allah. Jahiliyyah dulu simple dan tidak kompleks, masih muda dan tidak matang. Hari ini sebaliknya. Permusuhan dengan gereja telah menjauhkan manusia dari agama. Penemuan sains mengkagumkan manusia. Kemajuan dan penemuan manusia menjadikan mereka semakin jauh dari Allah kerana asasnya lari dari gereja dan bukan atas asas iman kepada Allah. Kegilaan ini masih di kemuncaknya, walaupun tanda-tanda kehancuran telah nyata. Jahiliyyah dulu masih terpelihara dengan beberapa akhlak baik. Pertembungan anra Islam dan jahiliyyah lebih terbuka dan telus hingga memudahkan fitrah kembali ke asalnya. Tetapi hari ini jahiliyyah yang nifaq, tidak endah dan melentur ke mana sahaja. Apa bekalan dai..? Taqwa, berhubung dengan Allah, thiqah dengan janji Allah.
ALLAHU-AKBAR.. WALILLAHIL-HAMD.

Jun 2004, BDS