Anda di halaman 1dari 2

HIKAYAT PATANI

Baginda segera berangkat ke tepi pantai dan bertemu sebuah rumah dihuni oleh sepasang suami isteri yang telah tua. Apabila ditanya oleh raja, orang tua itu menjawab, Dualat tuanku, patik ini hamba jua pada bawah Duli Yang Maha Mulia. Asal patik dari Kota Mahligai juga. Pada masa Paduka Nenda berangkat membuat ke negeri Ayuthia, patik juga ikut mengiringi Paduka Nenda. Apabila sampai ke sini, patik terkena suatu penyakit lalu patik ditinggalkan. Kemudian bginda bertanyakan nama orang tua itu. Orang tua itu menjawab, Nama patik Encik Tani. Pada malam itu, baginda bercakap dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih itu dijumpai. Rakyat dari Kota Mahligai dan Lancang dikerah membangunkannya. Kerjakerja membuka negeri dapat disiapkan dalam masa dua bulan lalu baginda berpindah ke negeri baharu itu. Negeri itu dinamakan Patani Dar al-Salam, iaitu sempena nama Encik Tani. Tempat pelanduk putih lenyap itu dibuat sebuah pangkalan dan dinamakan Pintu Gajah. Pangkalan Encik Tani turun naik ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Beberapa lama memerintah, baginda memperoleh tiga cahaya mata. Yang tua bernama Kerub Picai Paina, yang tengah perempuan bernama Tunku Mahacai, dan yang bongsu bernama Mahacai Pailang. Beberapa lama selepas itu maka PhayaTu Naqpa jatuh sakit merekah tubuh. Beberapa orang tabib dipanggil untuk mengubatinya tetapi tidak juga sembuh. Baginda menitahkan bendahara supaya membuat pengumuman kepada rakyat: Sesiapa yang dapat menyembuhkan penyakit raja, dia akan menjadi menantu. Tujuh hari lamanya pengumuman itu dibuat melalui pemukul canang tetapi tiada seorang pun yang menyahutnya. Lalu pemukul canang itu pergi pula ke kampung orang Pasai. Di kampung itu ada seorang yang bernama Syeikh Said. Dia sanggup mengubati raja dengan syarat setelah baginda sembuh, dia tidak mahu menjadi menantu raja; sebaliknya baginda hendaklah memeluk agama Islam. Syarat ini dipersetujui oleh baginda lalu Syeikh Said dijemput ke istana. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari. Hasilnya baginda boleh keluar bersemayam dihadap oleh menteri dan hulubalang. Selepas itu, Syeikh Said bermohon pulang ke rumahnya. Beberapa hari kemudian, penyakit baginda benar-benar sembuh. Akan tetapi, baginda mungkir janji tidak mahu memeluk agama Islam. 28. Nama negeri yang baru dibuka itu ialah.. A. Ayuthia

B. Kota Mahligai C. Patani Dar al-Salam D. Pintu Gajah Dualat tuanku, patik ini hamba jua pada bawah Duli Yang Maha Mulia. Asal patik dari Kota Mahligai juga. 29. Apakah maksud yang hendak disampaikan oleh orang yang bercakap dalam petikan di atas? A. Seorang Raja Kota Mahligai B. Seorang hamba yang hina. C. Orang yang dibuang negeri. D. Rakyat raja yang setia. 30. Keistimewaan tempat tersebut dipilih untuk dijadikan sebuah negeri ialah.. A. Keanehan seekor pelanduk. B. Banyak haiwan perburuan. C. Tanah yang cantik. D. Rakyat yang ramai. 31. A. B. C. D. Berikut ialah janji yang dimungkiri oleh raja, iaitu Enggan mengahwini anaknya. Tidak memeluk Islam. Tidak membayar bayaran perubatan. Menjadi pemerintah yang adil

32. Pernyataan berikut adalah BENAR tentang perwatakan raja PhayaTu Naqpa, kecuali A. Raja berwibawa B. bertanggungjawab C. Tidak menepati janji D. Zalim

Anda mungkin juga menyukai