Anda di halaman 1dari 9

Sumatif dan Formatif

Ujian formatif:
Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran. Lantas, ujian formatif ini dapat difahami sebagai suatu ujian yang dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa pembelajaran. Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan formal bergantung kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan secara berterusan sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran atau sesi persekolahan murid bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar. Secara tidak langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai kemahiran atau unit pembelajaran dengan baik sebelum meneruskan pembelajaran. Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :

1. Ujian formatif bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dari sudut guru dan murid : Guru : dapat memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dalam sesuatu kaedah dan pendekatan yang digunakan sekaligus dapatmenilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Murid : dapat memperbaiki kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan unit pembelajaran. 2. Membolehkan murid mendapat keputusan yang terbaik pada peperiksaan sumatif pada akhir penggal persekolahan.

3. Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari semasa ke semasa. 4. Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah dan yang telah dikuasai. 5. Ujian formatif membantu murid untuk terus terbimbing dan dibimbing untuk meningkatkan penguasaan mereka secara perbincangan atau soal jawab dengan guru secara bersendirian atau berkumpulan terhadap sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran yang dikenalpasti masih lemah melalui ujian yang dilaksanakan.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah di petik berkata

cara formal dalam penilaian formatif memerlukan penyediaan ujian yang melibatkan beberapa langkah seperti berikut : 1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai 2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki. 3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu. 4. Membetulkan item ujian.
Berdasarkan pernyataan tersebut :

1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai. Pada peringkat ini, guru perlu mengenalpasti dan menyusun tajuk-tajuk pembelajaran yang akan diajar. Tajuk-tajuk pembelajaran ini pula hendaklah disusun mengikut tahap kesukaran dari mudah kepada sukar dan dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang mudah sekiranya ia mencakupi tajuk yang luas. 2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki. Setelah tajuk-tajuk yang akan diajar disusun, guru perlu menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki berdasarkan objektif pembelajaran dan isi pelajaran yang terdapat dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menetapkan murid-murid perlu dapat membezakan najis mukhaffafah dan najis mutawasittah pada tajuk ibadah tahun 4. 3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu. Pada peringkat ini, penyediaan ujian formatif merangkumi pencapaian yang dikehendaki sebelum ini. Ianya tertakluk hanya pada unit atau tajuk-tajuk pembelajaran yang tertentu secara khusus. Guru mempersiapkan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit atau tajuk pembelajaran tertentu yang telah diajar sahaja. 4. Membetulkan item ujian

Selepas perlaksanaan ujian dilakukan, guru perlu membuat refleksi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan keputusan ujian formatif tersebut. Kelemahan dan penguasaan murid secara optimum dalam seseuatu topik atau unit pembelajaran dapat dikenalpasti selepas itu. Tindakan susulan perlu dilakukan yang mana melibatkan pemulihan bagi mengatasi kelemahan murid dan pengayaan bagi memastikan murid terus menguasai sesuatu kemahiran di dalam sesebuah tajuk pembelajaran yang telah diajar.
Perlaksanaan ujian formatif secara tidak formal adalah seperti mengadakan sesi soal jawab secara lisan, latihan congak, kuiz dan memeriksa hasil lembaran kerja murid. Manakala perlaksanaan ujian formatif secara formal adalah seperti mengadakan ujian kertas-pensel selepas beberapa unit kemahiran atau sesuatu unit pembelajaran telah diajar. Perlaksanaan ujian ini seterusnya boleh dilaksanakan secara individu, kumpulan atau kelas. Ianya tidak membabitkan tingkatan atau keseluruhan jumlah murid yang ramai dalam sesuatu tahun pada sesuatu masa.

Secara amnya, ujian formatif yang dilaksanakan secara tidak formal tidak direkodkan. Bagi ujian formatif yang dilaksanakan secara formal pula, ianya direkodkan menggunakan senarai semak atau rekod prestasi murid. Melalui perlaksanaan ujian formatif ini, tindakan seterusnya adalah membetulkan kesilpan murid dan menyediakan program pemulihan atau pengayaan sesuai dengan tahap pencapaian murid. Melalui ujian ini, murid-murid bermotivasi dan yakin untuk terus berusaha memperbaiki kelamahan dan berusaha ke arah kecemerlangan kelak. Ujian sumatif : Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian sumatif adalah suatu pengukuran yang dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat pembelajaran. Secara mudahnya, ujian sumatif adalah suatu ujian yang dilaksanakan secara berpusat pada peringkat sekolah ataupun kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas tamat suatu penggal atau satu peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik pembelajaran. Antara contoh ujian sumatif adalah peperiksaan akhir penggal atau pertengahan penggal, UPSR, SPM, dan PMR. Ujian ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui kemahiran amali seperti yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi sesetengah matapelajaran. Ianya dilaksanakan pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan atau diselaraskan pada peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan.
Perlaksanaan ujian formatif membolehkan murid-murid digredkan mengikut pencapaian masing-masing dan seterusnya guru mudah membuat pengasingan kelas mengikut pencapaian murid. Hal ini adalah

kerana pencapaian murid berdasarkan ujian sumatif ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah : 1. Memberi gred kepada murid-murid berdasrkan pencapaian mereka dalam peperiksaan yang dijalankan sekaligus mengesan pemeringkatan gred mereka dari satu ujian kepada satu ujian yang seterusnya seperti ujian percubaan UPSR dan peperiksaan UPSR yang sebenar. 2. Mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan sesuatu perlaksanaan kurikulum secara menyeluruh seperti program KBSR, PPSMI dan sebagainya. 3. Membolehkan guru membuat ramalan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan seterusnya. 4. Merekod keputusan murid dalam rekod profil. 5. Menempatkan semula murid mengikut kedudukan berdasarkan pencapaian mereka dalam kumpulan yang sesuai. 6. Ujian sumatif yang dilaksanakan secara berpusat seperti PMR dan SPM dapat memberi maklumat berkaitan pencapaian murid seluruh negara.
Perlaksanaan ujian sumatif ini seterusnya dilaksanakan ke atas sekumpulan murid secara berkelompok seperti semua murid tahun 6 SK Kuala Medang menduduki peperiksaan akhir penggal dan semua murid tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR pada bulan 9 ini.Tidak seperti ujian formatif, ujian sumatif hanya boleh dilaksanakan secara formal sahaja seperti ujian kertas-pensel. Bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan ujian sumatif, beberapa langkah di bawah perlu diberi penekanan:

1. Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU) Penyediaan jadual penentuan ujian atau jadual spesifikasi ujian ini merangkumi semua tajuk dan topik pembelajaran, masa pengajaran dan pembelajaran dan jumlah dan aras soalan. Jpu yang lengkap ini membantu memudahkan guru membina soalan yang lengkap dan mudah untuk memastikan tiada topik pembelajaran yang tertinggal untuk diuji. 2. Membina soalan

Pembinaan soalan ujian ini hendaklah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian yang telah dibina. Soalan hendaklah menguji hasil dan objektif pembelajaran sesuai dengan kehendak asal perlaksanaan ujian ini dibuat. Pembinaan soalan hendaklah mengandungi aras dari mudah kepada sukar berdasarkan nisbah yang tepat. Ini bagi memberi peluang kepada murid yang lemah untuk turut mendapat markah dan membantu merangsang pemikiran murid yang bijak untuk menjawab soalan yang sukar. Arahan dan kehendak soalan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas pada kertas soalan. 3. Mengumpul soalan secara sistematik Soalan-soalan yang dibina biasanya terdiri daripada soalan berbentuk objektif dan subjektif. Oleh itu, kepelbagaian bentuk soalan ini juga hendaklah disusun dengan teratur dan sistematik dan diasingkan mengikut bentuknya. Soalan hendaklah disusun mengikut topik awal kepada seterusnya mengikut JPU. 4. Menguji soalan melalui kajian rintis Soalan yang telah siap dibina kemudiannya diuji kepada beberapa orang sampel murid bagi melihat kesesuain dan memperbaiki kelemahan soalan yang didapati ada bagi memastikan kesahan ujian adalah tinggi. 5. Menyiapkan skema pemarkahan Penyediaan skema jawapan ini adalah bagi memastikan skrip jawapan adalah selaras bagi ujian berpusat yang akan diperiksa oleh bukan hanya seorang guru. Ini bagi memastikan tidak berlaku diskriminasi dan menjadi panduan kepada pemeriksa dalam memeriksa jawapan murid. Selepas perlaksanaan dan keputusan ujian dikeluarkan, tindakan yang perlu dan boleh diambil adalah menempatkan murid mengikut kumpulan yang sesuai, memberi sijil dan gred mengikut tahap pencapaian mereka. Sekaligus, para guru dapat membuat refleksi terhadap keberkesanan sesebuah kurikulum yang telah dilaksanakan itu.

Kekuatan dan kelemahan formatif dan sumatif.

Formatif : Kekuatan Kelemahan Boleh dilaksanakan secara formal dan Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak tidak formal dalam sesuatu masa yang selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, tidak khusus atau khusus. kepada murid-murid, ibu bapa dan guru. daerah dan negara. guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individidu murid sekiranya jumlah murid adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas. Melahirkan murid yang benar-benar Tidak berjaya mewujudkan keputusan semangat terbaik memahami isi pelajaran yang dipelajari persaingan antara murid untuk berusaha dan menguasainya dengan baik. mendapatkan yang kerana pencapaian murid hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu murid lain. Sasaran boleh tertumpu kepada Menyukarkan membetulkan tindakan kelemahan guru murid untuk serta kumpulan, individu atau secara kelas. Tidak mendatangkan tekanan yang berat Menyukarkan

merta semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama jika gagal diurus dengan baik. Membantu guru mengesan murid yang Kelemahan murid adalah pelbagai dan lemah secara khusus dan terperinci tidak sama antara satu sama lain. Sukar sesuatu membuat kelemahan dengan tidak berserta topik dan sub-topik yang gagal untuk guru memberi perhatian kepada dikuasai dengan baik. Murid-murid kendiri telah dan dapat mengabaikan mereka yang lain. refleksi perlaksanaan ujian adalah tidak selaras memperbaiki sebelum kepada kelemahan antara suatu kelas dengan kelas yang lain meneruskan yang lain lantas kemampuan murid tidak unit yang diuji secara sama rata terhadap sesebuah

dalam sesuatu unit atau kemahiran yang atau sesebuah sekolah dengan sekolah dipelajari pembelajaran

seterusnya dalam keadaan bersedia.

unit pelajaran atau kemahiran.

Murid-murid dalam pembelajaran kemahiran

meneruskan telah yang yang

pembelajaran Murid-murid atau

tidak

dapat

dibahagikan

keadaan

menguasai kepada kelas, kumpulan atau kelompok pun yang khusus berdasarkan keputusan ujian sebelum formatif kerana keputusannya didapati direkodkan. Seterusnya, ujian yang formal pula hanya dilaksanakan pada masa yang singkat dan menguji sebahagian kecil unit atau sesuatu kemahiran yang diajar pada ketika itu.

lepas asas

mempelajari perkara yang lebih kompleks melalui ujian yang tidak formal dan tidak pada tajuk yang seterusnya.

Guru dapat memperbaiki dan melakukan penambah baikan terhadap kaedah dan pendekatan
: Sumatif

yang

digunakan

semasa

mengajar untuk sesi yang seterusnya. Kekuatan Membantu kurikulum para guru dan terhadap Kelemahan pemikir Memberi tekanan kepada murid, ibu bapa keputusan yang cemerlang keberkesanan dan guru untuk memastikan murid-murid

perlaksanaan sesuatu kurikulum seperti mendapat seluruh negara. Tindakan pensijilan murid-murid dilaksanakan selepas

KBSR dan KBSM kepada murid-murid di dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah. yang Melahirkan isi murid-murid peperiksaan pelajaran tertentu yang dengan dan peperiksaan berorientasikan

memberi motivasi dan semangat untuk menghafaz baik untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

murid-murid yang mendapat gred yang bukan memahaminya secara mutlak.

Memberi motivasi kepada murid-murid Menimbulkan terbaik dalam peperiksaan. pencapaian

rasa yang

rendah

diri

dalam kerana

untuk belajar dan mendapat keputusan kalangan murid yang mendapat gred rendah

keputusannya kelak akan dibandingkan dengan pencapaian murid-murid lain. Mewujudkan kalangan dan persaingan dan sihat sekolah dalam Gred pencapaian yang diperoleh murid untuk kadangkala berasaskan nasib dan tuah, melalui yang cemerlang pda tidak tetapi lain ketika dapat kebetulan seperti menduduki menunjukkan

meningkatkan pencapaian individu murid bukannya usaha murid tersebut. Murid sekolah masing-masing keputusan yang cemerlang. menghadapi kesihatan peperiksaan masalah

prestasi yang terbaik dan tidak dapat menduduki peperiksaan seperti asal. Pembahagian murid-murid kepada kelas Penyediaan soalan yang meliputi kesemua dan kumpulan mengikut gred pencapaian topik pembelajaran yang telah diajar sukar ujian atau peperiksaan memudahkan guru untuk diseimbangkan dengan baik kerana mengenalpasti murid yang lemah dan topik yang banyak dan jumlah soalan yang murid yang bijak sekaligus melakukan terhad. kepelbagaian dalam kaedah mengajar secara murid. Penggredan yang dilakukan melalui ujian Masa perlaksanaan ujian adalah singkat sumatif pengajian ini membantu adil mereka tidak bertepatan dan untuk pengetahuan menguji murid mendapatkan biasiswa untuk meneruskan pemahaman secara khusus sesuai dengan tahap

berdasarkan terhadap pembelajaran yang berlaku untuk

kecemerlangan dan keupayaan mereka pada suatu penggal atau beberapa tahun. dalam peperiksaan.

Membuat penilaian yang selaras untuk Hanya boleh dilaksanakan secara formal. semua murid dalam sesebuah sekolah, daerah atau negara dengan tahap kesukaran dan jumlah soalan yang sama untuk semua murid walau di mana mereka berada.

http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/sumatif-danformatif.html?showComment=1326126309107#c8112205161539203628