Anda di halaman 1dari 2

Nama : ___________________________________

Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 Kertas 2 OKT 2011 2 jam

Kelas : ___________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 DUA JAM ARAHAN: 1 Kertas soalan ini mengandungi enam soalan 2 Jawab satu soalan sahaja. 3 Tulis dengan terang nama, tingkatan, nombor soalan dan markah mengikut susunan yang ditetapkan disudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda. (Lihat rajah di bawah) Nama : Tingkatan : 5cm No. Soalan : Markah : 8cm 8cm

4 5

Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh peperiksaan Kertas ini dijalankan. Hasil kerja anda hendaklah memenuhi keseluruhan kertas lukisan dan diwarnakan. Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak Disediakan oleh, ................................ Disemak oleh, ................................. Disahkan oleh, ..............................

Pilih satu soalan sahaja 1. Hasilkan sebuah catan berjudul Taman Bunga. Terdapat pelbagai bunga-bungaan mekar dan tumbuh-tumbuhan hijau di taman tersebut. 2. Hasilkan sebuah corak berulang dengan menggunakan bahan seperti benang, tali, kain, daun, keratan kacang bendi, pelepah pisang, bawang, dan sebagainya. 3. Keluarga anda telah berkelah di pantai Port Dickson pada hujung minggu yang lalu. Lukis dan gambarkan pemandangan perkelahan di tepi pantai tersebut. 4. Sekolah kamu akan mengadakan kempen Cintai Alam Sekitar di sekolah kamu. Poster itu hendaklah menunjukkan perasaan cinta kamu terhadap alam sekitar di sekeliling kamu. Rekaan poster hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Ukuran poster : Seluruh kertas lukisan Tajuk : CINTAILAH ALAM SEKITAR Warna : Bebas 5. Dengan menggunakan kreativiti kamu, gubah dan ciptakan sebuah logo untuk Kelab Badminton di sekolah anda. Gunakan tiga warna asas sahaja. 6. Kamu dan dua orang kawan kamu telah tersesat di pinggir hutan. Ketika mencari jalan keluar dari hutan itu, tiba-tiba kamu terjumpa satu kawasan yang luas di antara pokokpokok kayu. Di tengahnya terdapat sebuah rumah besar dan diliputi tumbuh-tumbuhan liar. Gambarkan keadaan ini dan catkan satu pemandangan yang menarik.

------------------------KERTAS SOALAN TAMAT------------------------------