Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS 10 Pendahuluan The administration or direction of activities with special reference to such problem

as discipline, democratic techniques, use and care of supplies and reference materials, the physical features of the classroom, general housekeeping and the social relationship of pupils. (Good Dictionary of Education, 1945) Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan dalam bilk darjah. Manakala McCaslin dan Good (1992) pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih daripada kepatuhan peraturan-peraturan bilik darjah: ia adalah satu jentera bagi memupuk pemahaman kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid. Pengurusan bilik darjah sangat penting kerana seperti kata MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur adalah;

Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh murid, Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan murid dan guru di dalam bilik darjah, Mengurangkan segala gangguan supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran, dan Memastikan guru dan murid masing-masing merasa selesa. Dalam pengurusan fizikal perlu difokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan murid dan peralatan yang lengkap.
1

20

Kajian Kes

Kaji rajah yang diberikan. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah ini. Kenalpasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi masalah ini di bilik darjah ini dengan merujuk bilik darjah prasekolah yang ideal serta beri hujah-hujah yang menyokong cadangan anda.

Rajah 1: A room arrangement with potential problems 2.1 Masalah

Beberapa masalah telah dikenalpasti terdapat dalam gambar rajah bilik darjah yang telah diberikan. Berikut adalah masalah-masalah tersebut;

(a) Laluan lalu lintas sempit.

Laluan lalu lintas di kawasan rak buku dan perjalanan menuju ke tandas dan tempat mengasah pensel agak sempit. Murid-murid juga tidak dapat bergerak secara aktif dan menyukarkan keadaan jika berlakunya sebarang kecemasan.
(b) Kedudukan meja small group tidak sesuai.

Meja small group di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan meja murid. Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat mereka, malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid. Ini menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah.
(c) Beberapa orang murid membelakangi papan hitam.

Murid-murid yang duduk membelakangi papan hitam perlu menoleh ke papan hitam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Keadaan ini tidak sesuai kerana ia mengganggu konsentrasi murid dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.
(d) Meja yang terletak berhampiran dengan bilik rehat perempuan tidak sesuai.

Meja ini berpotensi memberi masalah kepada pergerakan lalu lintas dalam bilik darjah. Ia menghalang laluan ke pintu bilik rehat perempuan. Lokasi meja menyukarkan guru mengawasi bilik darjah.

2.2

Cara Atasi Masalah

Berikut adalah susunan fizikal bilik darjah Pendidikan Khas yang telah dilakukan penambahbaikan daripada bilik darjah dalam Rajah 1;

Rajah 2: Susunan bilik darjah Pendidikan Khas yang telah dibaiki

Petunjuk bagi Rajah 2;


3

1. Meja Guru 2. Papan tulis atau papan putih 3. Sudut token ekonomi 4. Meja murid-murid 5. Meja murid 6. Sudut time-out 7. Bakul sampah 8. Meja bulat (bagi pelajar-pelajar belajar secara berkumpulan) 9. Tandas lelaki dan perempuan 10. Sudut renungan

Ulasan: Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, saya berminat untuk menyusunkan kekeliruan susunan kelas berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pernah saya hadiri dahulu. Dalam gambar rajah yang telah diberikan, merujuk kepada Pengurusan Bilik Darjah yang Dinamik, oleh Tuan Haji Samsudin Bin Md Noor, pengurusan bilik darjah bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah harmonis,kondusif dan perlaksanaan yang memberangsangkan serta mencapai objektif. Dengan itu, mengikut susunan yang teratur, perkara yang perlu dititikberatkan adalah keadaan kelas itu sendiri. Rasionalnya, mengikut pengalaman (PBS) yang lalu, kelas yang saya hadiri hanya mempunyai satu pintu masuk utama. Guru kelas meletakkan poster ekonomi token sebelah pintu masuk kelas. Bilangan murid pelajar pendidikan khas yang kurang iaitu seramai 6 orang ruang kelas itu besar dan teratur. Sekolah ini telah menempatkan Pelajar Pendidikan Khas di Blok yang berhampiran dengan kanak-kanak prasekolah. Bilangan guru seramai 3 orang serta dibantu 2 orang pembantu memudahkan lagi kerja guru. Papan putih atau papan hitam diletakkan berhadapan dengan meja murid-murid pendidikan khas. Ini kerana, ia memudahkan lagi guru untuk menerangkan atau mengajar serta memberi maklumat kepada pelajar. Meja murid-murid hendaklah bersesuaian dengan kedudukan murid-murid kerana murid-murid pendidikan khas
4

dapat menyesuaikan diri dengan kedudukan meja murid-murid yang diaturkan oleh guru sendiri. Sudut token ekonomi diletakkan berhampiran dengan pintu masuk kerana ia mudah dilihat oleh semua pihak yang telah masuk ke dalam kelas. Sudut token ekonomi ini akan memberikan peranan sebagai satu sudut kesedaran bagi murid-murid pendidikan khas. Bagi murid-murid pendidikan khas, mereka pasti akan mengawasi sikap mereka bagi mengelakkan hukuman yang diterima. Bagi murid-murid pendidikan khas yang mempunyai token ekonomi yang banyak mereka akan merima ganjaran dari guru mereka. Sudut time-out diletakkan di sudut kiri belakang kelas. Ini kerana kedudukan itu teal ditetapkan. Kebiasaannya murid yang telah melakukan kesalahan yang sama akan berada dibelakang kelas di mana telah pelbagai hukuman telah dikenakan sudut timeoutadalah tempat untuk mereka (murid-murid pendidikan khas) yang melakukan kesalahan berulang kali. Sudut ini berada dalam keadaan kosong dan tidak mengandungi apa-apa perkataan melainkan sudut yang dibuat khas untuk mereka berdiri sebagai tanda pengajaran. Bakul sampah diletakkan di belakang kelas. Pada kebiasaannya murid-murid pendidikan khas jarang menggunakan bakul sampah yang disediakan berdasarkan pemerhatian yang saya lihat. Walau bagaimanapun, kekemasan kelas tetap dijaga dengan rapi oleh pembantu kelas pendidikan khas berkenaan. Meja bulat disediakan untuk murid berehat dan bermain alatan yang akan diberikan oleh guru untuk murid-murid pendidikan khas sambil dipantau oleh pembantu sekolah. Di meja bulat tersebut, pelajar perlu melakukan aktiviti bersama sambil mempelajari ilmu baru. Tandas lelaki dan perempuan perlu diasingkan kerana kesemua pelajar di sekolah berkenaan beragama Islam dan subjek pelajaran Agama Islam dipelajari di sana. Manakala sudut renungan adalah sudut untuk murid-murid melihat dan menyedari diri sendiri di samping guru membagi peluang untuk mereka. Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang hamonis,

kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan serta mencapai objektif.

30 3.1

Rumusan Kesimpulan

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa sebarang perancangan. Pengajaran akan berlaku dengan lancer sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Guru memainkan peranan penting sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan. Guru bertanggungjawab mendapatkan kerjasama daripada murid-murid bagi memastikan mereka mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Selain itu, guru perlu menguruskan persekitaran bilik darjah yang kondusif agar dapat merangsang minat kepada murid-murid untuk belajar. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah sangat penting. Semua guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik.

3.2

Rujukan

Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Carolyn M. Evertson, Edmund T. Emmer, Barbara S. Clements, Murray E. Worsham(1994); Classroom Management for Elementary Teachers, Allyn and Bacon, USA. Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor. http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksimpang4/index http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/