Anda di halaman 1dari 19

Ridha Reewani

Bab 1
AI! Nak dengar sebuah kisah cinta? Kisah cinta ini tidaklah setulus Laila dan Majnun. Tidak juga romantis seperti Romeo dan Juliet. Apatah lagi sehebat Shah Jehan dan Mumtaz. Oh, kisah cinta ini langsung tidak sama seperti kisah klasik cinta Sultan Mahmud pada Puteri Gunung Ledang. Apa pun, kisah cinta ini tetap punya keunikan yang tersendiri. Ya, semua kisah cinta tidak serupa walaupun seakan sama. Jadi, bagi yang mahu mendengar kisah cinta ini, buka mata, buka hati dan buka minda. Mengapa harus buka mata, buka hati dan buka minda? Kerana kisah cinta ini seringkali berlaku dalam kehidupan seharian, cuma tidak semua insan menyedarinya. Mari sama-sama kita selami kisah cinta yang dialami oleh seorang gadis kecil molek tubuhnya yang bernama Irdina. Ya, ini kisah cinta Irdina yang berkait rapat dengan epal merah. Kisahnya bermula begini.

Merah Cinta Epal

PETANG pertengahan Mac tahun 2000, kala itu diselubungi kedinginan. Gerimis membasahi lantai bumi yang sejak semalam kekeringan. Seorang gadis berambut panjang melepasi bahu dilihat melangkah keluar dari sebuah bangunan bercat serba biru dengan wajah yang sedikit mencuka. Mulutnya terkumat-kamit seakan membaca mantera, tetapi dia bukanlah seorang ahli sihir ataupun tuk dukun. Dia hanya meluahkan ketidakpuasan hati kerana masuk kali ini, sudah tiga belas tempat dia mempromosi diri untuk mencari pekerjaan tetapi strateginya tidak berjaya walaupun segulung Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan menjadi bekalan ketika menghadiri sesi temu duga. Rata-rata syarikat tidak dapat menerima dia bekerja kerana kelayakan akademiknya terlalu tinggi, bimbang tidak bersesuaian dengan gaji yang akan diberi. Puas sudah dibela diri bahawa dia tidak kisah akan soal gaji, tetapi syarikatsyarikat tersebut bimbang jika dia bersikap jual mahal atau cerewet di kemudian hari. Ala, orang putih kata, demand. Oh, tolonglah! Dia bukannya artis popular nak cerewet bagai! Sebuah keluhan dilepaskan. Entah untuk keberapa kali hari ini. Semilir yang bertiup menghantar sedikit ketenangan dalam diri. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan melepaskannya juga perlahan-lahan. Jam di tangan kanan dikerling. Hampir pukul enam petang. Jam pemberian kawan baiknya, Fatizah sewaktu hari lahir yang kelapan belas, lapan tahun yang lalu itu direnung seketika. Masih elok terletak di pergelangan tangan kanannya walaupun sudah tiga kali berganti bateri. Kemudian, pandangannya dialihkan pada kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya yang terbentang di hadapan mata. Keadaan lalu lintas yang sesak, nampaknya tidak mengizinkan dia untuk menaiki kenderaan awam buat masa

Ridha Reewani

ini. Terasa malas mahu berhimpit apatah lagi dalam kesesakan lalu lintas begitu. Maka dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar sebentar sementara menunggu keadaan jalan raya reda. Sebenarnya jarak tempat tinggalnya dari pusat bandar tidaklah begitu jauh. Lebih kurang 23 kilometer sahaja. Jadi, masih sempat untuk pulang ke rumah sebelum maghrib. Sambil bersiar-siar, fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Sudah hampir setengah tahun dia menamatkan pengajian tetapi masih lagi bergelar penganggur. Tidak dinafikan, keadaan ekonomi negara masih belum betul-betul stabil. Ah, sudahlah... salahkan ekonomi negara pula walhal diri sendiri masih belum cukup berusaha. Harus yakin, lambat-laun rezeki itu akan datang juga. Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Walaupun tidak hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, tinggal di bandar Seremban juga memerlukan kos sara hidup yang bukan sedikit. Barang-barang keperluan dapur semakin menjadi-jadi naik harganya. Takkan mahu makan nasi seminggu sekali? Badannya sudah cukup kurus, tidak perlu nak berdiet lagi. Makan nasi seminggu sekali? Oh, menggigil perut dibuatnya! Gerimis tiba-tiba mencurah turun namun tidak diendahkan olehnya. Apalah sangat titisan air kecil itu jika dibandingkan dengan kerisauan yang menggunung di hati. Sungguh dia gusar. Bukan tentang keadaan dirinya tetapi keadaan orang yang amat dia sayangi, neneknya. Kesihatan nenek kebelakangan ini sangat membimbangkan. Wanita berusia tujuh puluh tahun itu sering sesak nafas menyebabkannya terpaksa menggunakan

Merah Cinta Epal

alat bantuan pernafasan. Apatah lagi dua minggu sekali dia harus membawa neneknya itu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Harga ubat juga menjadi salah satu punca kerisauannya. Sehingga kini dia masih belum mendapat pekerjaan, justeru bagaimana mahu terus membiayai belanja perubatan neneknya itu? Wang simpanan di bank semakin susut. Itu pun mujur dia berjimat cermat dengan duit biasiswa yang diterima semasa belajar di peringkat Ijazah Sarjana dahulu. Sedang asyik dibuai lamunan, tiba-tiba bahunya dirempuh oleh seseorang. Hampir hilang keseimbangan tetapi masih mampu dikawal. Dia mengaduh sakit. Seketika kemudian dia dirempuh sekali lagi menyebabkan dia gagal mengawal imbangan badan lalu terjatuh bersama-sama dengan orang yang melanggarnya tadi. Hei, buta ke? tempelaknya. Excuse me, kau tu yang jalan terhuyung-hayang macam orang hisap gam tadi tau! balas pemuda yang melanggarnya. Dia menjegilkan mata apabila dilihat pemuda berkemeja biru laut dengan tali leher rona biru pekat itu bangun tanpa membantunya. Kurang asam! Dahlah langgar orang tak minta maaf. Sekurang-kurangnya tolonglah dia bangun. Bodoh! Ini semua kau punya pasal! bentak pemuda itu Hah? Dia pula yang salah? Helo, siapa yang jalan sambil mata letak kat lutut ni, hatinya berdetik. Dia cuba bangun dengan sendiri walaupun payah. Lututnya terasa pedih. Ah, pasti ada luka kecil di situ.

Ridha Reewani

Aku tak kira, kau kena bayar ganti rugi juga! Pemuda itu bersuara lagi. Ganti rugi? Maksud awak? Dia bertanya tidak faham. Tu! ujar pemuda itu sambil mengunjukkan jari telunjuk ke arah kaki kanan gadis tersebut. Perlahan-lahan mata gadis itu jatuh ke bawah tapak kakinya. Ada sesuatu di situ! Kaki kanannya diangkat. Sebiji epal merah yang telah rosak tertusuk tumit kasut tingginya! Errr... maaf, tak sengaja... ujarnya malu-malu. Siapa nama kau? Lelaki tersebut bertanya lagi. Irdina. Errr... awak? Ekhmal! Kau tau tak, pasal kaulah aku tak dapat tangkap pencuri tadi! Aku tak kira, kau kena bayar juga ganti rugi epal aku ni! Ekhmal mendesak. Pencuri? Oh, yang melanggar bahunya waktu mulamula tadi. Ala, setakat epal tak sampai sepuluh biji pun nak kecoh. Macamlah dia tak ada duit sangat! getus hati Irdina. Awak... setakat epal beberapa biji tu pun nak berkira. Anggap ajalah awak bersedekah. Pasti pencuri tu tengah lapar sangat. Kalau tak, dia tak akan curi epal awak tu. Bertimbang rasalah sikit. Dia pun manusia juga. Perlu makan dan minum. Lainlah kalau dia curi duit awak. Ah, kalau curi duit pun, apalah sangat. Saya tengok pencuri tadi tu macam budak lagi. Awak tak kasihan ke? Sekurang-kurangnya awak patut berterima kasih pada budak tu tau, sebab curi epal awak. Dapat pahala percuma kalau awak niat nak sedekah. Panjang lebar Irdina berbicara membuatkan Ekhmal mengerutkan dahi sambil mengangkat kening.

Merah Cinta Epal

Irdina menekup mulut apabila menyedari keterlanjuran katanya. Wajahnya ditundukkan, kalah pada renungan mata Ekhmal yang tajam. Wah, wah... bukan main lagi kau bela pencuri tu ya? Kenapa? Kau pun keturunan pencuri juga ke? sindir Ekhmal. Wajah Irdina berubah merah. Telinganya berdesing. Kurang ajar mamat rambut skema ni. Sesedap mulut nak kata dia macam tu. Helo, makan boleh sebarang makan okey. Jangan pakai sedap mulut aje tuduh orang macam tu. Apa awak ni tak belajar sivik ke? tukasnya. Pemuda di hadapan Irdina menghambur tawa menyebabkan Irdina dilanda kehairanan. Dia ada buat lawak ke tadi? Kau ni memang kelakar ya. Okey, okey... stop all this nonsense. Sekarang aku nak kau bayar ganti rugi bagi epal aku tadi. Yalah, kau kan pemurah orangnya. Anggaplah kau sedekah kat aku aje duit tu. Ekhmal memulangkan paku buah keras. Irdina rasa disindir lantas menghadiahkan sebuah jelingan pada pemuda berambut lurus yang disisir ke tepi itu. Dia mengeluarkan dompet dari beg tangan yang baru dibeli di pasar malam minggu lepas. Ala, beg tangan jual kat manamana pun lebih kurang aje kualitinya. Fungsinya sama juga, tempat simpan barang. Lainlah kalau beg tangan tu boleh keluarkan sebutir emas atau intan berlian. Memang harus dibeli semahal mana pun harganya. Oh, maaf... dia sedang merepek. Berapa? soal Irdina pada lelaki di hadapannya itu. Aku tak nak duit, balas Ekhmal.

Ridha Reewani

Pulak... tadi bukan main lagi suruh bayar guna duit. Siap cakap suruh sedekah lagi duit tu kat dia, gerutu hati Irdina. Hah? Habis tu, awak nak apa? Ekhmal mengukir senyum penuh makna, sekali gus menghadirkan debar dalam hati Irdina. Kahwin dengan aku. Terbeliak mata Irdina mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya. Awak bergurau bukan? Aku serius! Kahwin dengan aku! Kalau saya tak nak? Aku bawa kau ke balai polis atas tuduhan mencuri dan melakukan penderaan mental, jawab Ekhmal. Hah? Helo, saya tak buat semua tu okey. Penderaan mental? Sejak bila pula saya... kata-kata Irdina ditukas. Cup! Cup! Aku tak ada masa nak dengar kau berleter. Kita bukan kahwin betul-betul. Olok-olok aja. Segera Ekhmal membuat penjelasan. Olok-olok? Helo, awak ingat saya ni apa? Perempuan murahan? Saya.... Sekali lagi Irdina tidak dapat menghabiskan kata apabila melihat Ekhmal meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Cuba dengar aku cakap sampai habis dulu, tegur Ekhmal. Irdina menarik nafas panjang. Dia menanti bicara Ekhmal seterusnya. Kita tak payah nikah tapi kenduri kahwin ada. Cuma berpura-pura duduk serumah dengan keluarga aku. Tak lama, tiga bulan aja. Kemudian kita bercerai. Alasannya... cakaplah yang kita tak serasi atau apa aja.

Merah Cinta Epal

Apa tujuan awak buat macam ni sebenarnya? tanya Irdina. Itu kau tak perlu tau. Jangan risau. Kita akan tandatangani surat perjanjian. Kau berlakon jadi isteri aku, duduk dengan keluarga aku selama tiga bulan. Itu aja. Jadi, tak timbul soal kahwin di sini, sebab kita bukannya kahwin secara sah. Faham? Awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Lagipun saya tak boleh terima, sebab saya dah kahwin, dalih Irdina. Ekhmal tergelak. Terang-terang gadis di hadapannya itu menipu. Tiada sebentuk cincin pun yang disarungkan di jari gadis itu. Masakan dia tidak memakai cincin perkahwinan. Tak perlulah kau nak menipu. Aku tau kau belum kahwin. Awak ni psikik ke? Tak, cuma gunakan logik akal. Hmmm... apa yang saya dapat kalau ikut rancangan awak ni? Ekhmal diam sebentar. Memberi kesempatan untuk masing-masing berfikir. Aku bagi kau sedikit sagu hati. Berapa? Adalah. Aku akan nyatakan jumlahnya dalam surat perjanjian nanti. So, kau setuju? Irdina menggeleng. Apa lagi yang perempuan ni tak puas hati? Isy... sakit jantung dibuatnya. Saya setuju duduk dengan keluarga awak, tapi saya tak setuju kita berkahwin. Apa kata kita bertunang aja. Itu lebih baik. Irdina memberi saranan.

Ridha Reewani

Sekali lagi Ekhmal diam. Berfikir baik buruk cadangan yang diberi oleh Irdina tadi. Baiklah, aku setuju, jawab Ekhmal setelah berfikir seketika. Ini kad aku. Sementara tu, bagi aku nombor handphone kau, pinta Ekhmal sambil menghulurkan kad pada gadis di hadapannya itu. Saya tak ada handphone, jawab Irdina seraya mengambil kad nama dari tangan Ekhmal. Janganlah nak bergurau pula. Saya memang tak ada handphone. Kalau tak percaya, check beg tangan saya ni! tegas Irdina. Serius? soal Ekhmal, tidak percaya apabila mengetahui ada lagi orang yang tidak punya telefon bimbit dalam zaman serba canggih ini. Muka saya ni ada rupa tengah buat lawak ke? Saya tak suka pakai telefon, balas Irdina. Okey, kalau macam tu, yang ni aku ambil, ujar Ekhmal lalu merampas beg tangan Irdina dan mengeluarkan dompet. Kemudian mengambil kad pengenalan gadis itu. Supaya kau tak lari. Jelas Ekhmal, sekali gus menghuraikan segala tanda tanya dalam hati Irdina. Dompet tersebut diserahkan semula pada pemiliknya. Fine! So, bila kita nak sign surat perjanjian? Malam esok!

Merah Cinta Epal

Bab 2
RDINA melangkah masuk ke dalam Demiruze Cafe malam itu dengan perasaan yang berbaur. Ada resah, ada gelisah. Dia mengenakan blaus lengan panjang rona jingga dengan seluar rona hitam dan rambutnya pula ditocang ekor kuda. Tampak santai dan selesa. Dari jauh dia sudah dapat melihat kelibat Ekhmal. Pertemuan petang semalam telah dilanjutkan sehingga malam ini. Dan pertemuan kali ini bakal merubah kehidupannya. Irdina yakin tentang itu, cuma dia ragu-ragu sama ada mahu teruskan atau tidak. Awal sampai? tegur Irdina pada Ekhmal yang sedang tekun membaca sesuatu di tangannya. Ekhmal tersengih mendengar suara Irdina. Dia mengerling jam di pergelangan tangan. Gadis itu lewat sepuluh minit dari waktu yang dijanjikan. Aku yang awal atau kau yang lewat? Ekhmal menyindir. Irdina mengukir senyum kecil, tahu akan

10

Ridha Reewani

kesilapannya. Bukan dia sengaja lewat tetapi tiada kelibat bas awam sewaktu dia menunggu tadi. Mahu atau tidak, terpaksalah dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi yang tambangnya tiga kali ganda daripada harga tambang bas. Tidak mahu membiarkan Ekhmal tertunggu-tunggu. Jadi, kau dah setuju? soal Ekhmal tanpa berkias. Tak sabarnya! Boleh tak saya order makanan dulu? Lapar tau tak? omel Irdina. Ekhmal tersengih lagi. Dia mengangkat tangan kanan lalu memanggil pelayan. Seketika kemudian, seorang pelayan lelaki menyerahkan menu pada Irdina. Bulat anak mata Irdina memandang harga makanan di situ. Dia menelan liur. Biar betul! Sepinggan nasi goreng biasa mencecah RM5.00? Baik dia masak sendiri di rumah. Lagi kenyang. Order, jangan segan-segan... ujar Ekhmal. Irdina menelan liur sekali lagi. Dia berkira-kira dalam hati. Rasanya nasi di dalam periuk masih ada lagi. Baik dia masak bila balik nanti. Jus tembikai satu, ujar Irdina. Makan cik? pelayan itu bertanya. Thanks... senyuman. minum aja, balas Irdina dalam

Eh, bukan tadi kau kata dah lapar sangat? Kenapa order air aje? Tiba-tiba rasa kenyang pula, balas Irdina dalam sengih. Order ajalah, aku belanja. Wajah Irdina berubah sejurus mendengar kata-kata

11

Merah Cinta Epal

Ekhmal tadi. Dia memandang wajah lelaki itu minta kepastian. Ekhmal mengangguk sebagai balasan. Errr... nasi goreng ayam dengan tomyam campur satu ya. Irdina membuat pesanan. Ekhmal tergelak kecil sejurus pelayan lelaki tadi pergi. Irdina membuat muka selamba. Cakap awal-awal, kan senang? Tak payah dia menahan malu dengan pelayan tadi. Lelaki itu sengaja mengenakannya. Macamlah tak tahu dia tengah kesempitan duit sekarang ni. Ah, lelaki itu memang tidak tahu. Jadi, kau dah fikirkannya? soal Ekhmal memecah kesunyian yang hanya singgah sebentar sahaja di antara mereka. Wajah Ekhmal dipandang. Puas dia berfikir akan cadangan yang Ekhmal berikan semalam. Masih jelas dalam ingatan setiap patah kata lelaki itu. Apatah lagi apabila mengenangkan reaksi wajah Ekhmal apabila tahu yang dia tidak punya telefon bimbit. Macamlah dia ni makhluk asing. Telefon bimbit bukanlah sesuatu yang penting padanya. Lepas makan nanti saya beritahu keputusannya, jawab Irdina. Ekhmal mengukir senyum. Dia beralih pada sesuatu yang berada di atas kerusi di sebelahnya. Ini untuk kau, ujar Ekhmal lalu menghulurkan suatu bungkusan pada Irdina. Apa ni? Bom. Ringkas jawapan Ekhmal, tetapi sudah cukup membuatkan Irdina terasa mahu menyumbatkan bungkusan itu ke dalam mulut lelaki tersebut.

12

Ridha Reewani

Bungkusan berbentuk segi empat tepat itu dibuka balutannya. Irdina terkesima seketika apabila melihat gambar dan tulisan yang bercetak di atas kotak tersebut. Pantas dipandang wajah Ekhmal. Awak sengaja perli saya, kan? Eh, tak adalah! Benda tu penting untuk laksanakan rancangan kita nanti. Saya tak nak! tegas Irdina lalu menyerahkan bungkusan tersebut kepada Ekhmal semula. You have to accept it! It is a compulsory! Saya tak tau nak gunakan. Ia tak memberi faedah pada saya! bidas Irdina. Ekhmal tersengih. Bungkusan yang mengandungi telefon bimbit berkamera itu diunjukkan semula pada Irdina. Gadis itu mencemik. Meluat betul! Mentangmentang dia tak ada telefon bimbit, sengaja mahu menunjuknunjuk. Ambillah. Ia memang penting untuk laksanakan tugas nanti. Saya tak kata saya setuju lagi dengan rancangan awak, ujar Irdina. Kedatangan kau dah cukup sebagai jawapan yang kau setuju. Helo, saya datang sebab nak ambil balik kad pengenalan saya. Nanti orang ingat saya ni PATI pula. PATI? Ekhmal bertanya tidak faham. Pendatang Asing Tanpa Izin. Helo, awak ni duk planet mana ya? Istilah macam tu pun tak pernah dengar ke? Irdina memerli membuatkan wajah Ekhmal sedikit memerah.

13

Merah Cinta Epal

Kedatangan pelayan membawa menu yang dipesan mengganggu perbincangan mereka. Irdina menjeling Ekhmal menyebabkan lelaki itu tersengih. Ternyata gadis di hadapannya ini seorang yang sangat menarik. Selamat menjamu selera, ucap pelayan tersebut sebelum melangkah pergi. Nasi goreng ayam dan tomyam yang masih berasap dipandang dengan penuh selera. Lantas dia mengalihkan pandangan pada Ekhmal yang baru hendak menyuap chicken chop ke mulutnya. Apa? soal Ekhmal tatkala menyedari dirinya sedang diperhatikan. Awak tak baca doa dulu ke? Garpu yang dipegang oleh Ekhmal terlepas dari tangan. Wajah Ekhmal merona merah. Buat rosak mood dia nak makan aja. Baca bismillah sudah, ujar Ekhmal lalu kembali menyambung suapan yang terhenti tadi. Irdina senyum kecil lalu menadah tangan, berdoa dan mula makan. Sememangnya perutnya berkeroncong walaupun dia sudah makan jemput-jemput pisang petang tadi. Ditambah pula dia bakal membuat keputusan yang berat sebentar lagi. Memikirkan perkara tersebut saja sudah membuatkan perutnya berasa lapar. Jadi kau setuju? tanya Ekhmal. Nenek saya kata waktu makan tak elok bercakap. Nanti tercekik. Ekhmal mati akal. Ada saja kata-kata gadis itu yang membuatkan hatinya panas. Mereka menghabiskan makanan lebih kurang sepuluh minit kemudian.

14

Ridha Reewani

Irdina menghirup sisa-sisa jus tembikai di dalam gelasnya sehingga habis. Dia sendawa kecil. Ekhmal tersengih lagi. Okey, sekarang dah boleh berbincang? perli Ekhmal. Irdina menjeling. Tahu yang dia sedang disindir. Dia mengelap mulut dengan tisu kecil. Kemudian Ekhmal menghulurkan sesuatu padanya. Sebuah dokumen. Irdina menyambut dengan cermat. Dalam fahamkan. tu ada surat perjanjian. Baca dan

Helaian pertama dibuka. Irdina membaca dengan penuh teliti. Segala syarat yang dinyatakan dalam perjanjian itu dibaca dengan cermat. Bimbang jika ada yang melanggar hak peribadinya. Pada pertengahan pembacaan, anak matanya membesar, terkejut dengan jumlah wang yang tertera di atas kertas tersebut. RM50,000! Spontan ucapan itu meniti di bibirnya. Kenapa? Tak cukup? soal Ekhmal. Awak ni siapa sebenarnya? Putera raja? Ekhmal ketawa besar. Pertanyaan Irdina mencuit hatinya. Aku bukan putera raja. Orang biasa-biasa aja. Tipulah! Kalau tak dari mana datangnya duit sebanyak ni? Itu bukan urusan kau. So, setuju? Irdina menelan liur. Jantungnya berdegup laju.

15

Merah Cinta Epal

Bab 3
Irdina tersipu malu. Dia mengenakan baju kebaya rona hijau pucuk pisang dengan rambut yang dibiar lepas. Dia tidak gemar memakai alat solek sebenarnya. Cukuplah sekadar mencalit gincu di bibir dan bedak tipis. Satu pujian atau kutukan? soal Irdina. Terpulang pada tanggapan kau. Okey, sekarang aku nak kau tahu tentang keluarga aku. Mulai esok, kau akan tinggal bersama-sama mereka sebagai tunang palsu aku. Irdina mengangguk. Malam semalam dia telah menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam rancangan Ekhmal. Sungguh, jika boleh dia mahu menolak tetapi memandangkan tawaran wang tunai yang diberikan, ditambah dengan kesihatan nenek, dia tidak boleh menolak. Lagipun, dia tidak rugi apa-apa. Mereka sekadar bertunang selama tiga bulan. Bukannya berkahwin. Keluarga aku ada empat orang. Papa, mama, abang

ANTIK kau hari ni? ujar Ekhmal.

16

Ridha Reewani

dan aku. Di rumah ada Mak Timah, pengasuh aku dan Pak Samad, tukang kebun merangkap pemandu papa. Wah, dah agak Si Ekhmal ni memang anak orang kaya. Siap ada pembantu rumah dan pemandu lagi, detik hati Irdina. Papa sorang yang simple dan biasa-biasa aja. Abang pula hidup dalam dunia dia sendiri. Dalam kepala dia hanya ada satu aja, kerja. Jadi dia tak usik orang. Yang perlu dirisaukan sekarang adalah mama aku, sambung Ekhmal. Kenapa pula? Irdina menyampuk. Mama aku tu cerewet sikit. Kalau boleh semua nak perfect. Even calon isteri aku dan abang aku pun mesti nak sempurna serba-serbi. Dah tu, kenapa pilih saya pula? Kalau mama awak tanya saya kerja apa, macam mana? soal Irdina sedikit bimbang. Okey, cakap yang kau ni buka kedai buku. Ayah dan emak kau duduk di luar negara uruskan perniagaan di sana. Boleh? Irdina mengangguk faham. Tiupan angin menghantar kedinginan dalam diri. Di langit, mentari hangat berbahang. Kenapalah Si Ekhmal ni tak cari tempat yang redup sikit untuk berbincang? Restoran punyalah bersepah, kat bangku kayu ni juga dia nak jumpa. Sudahlah ini tempat mereka bertemu pertama kali. Agaknya sengaja nak buat dia serba salah sebab terpijak epal dia tempoh hari. By the way, ayah dan emak kau kerja apa sebenarnya? soal Ekhmal. Wajah Irdina berubah muram. Ada sebak yang menjalar di segenap urat nadi. Dia dipaut hiba.

17

Merah Cinta Epal

Ayah dan emak saya dah meninggal sejak saya berumur tujuh tahun, beritahu Irdina dalam suara yang perlahan. Ekhmal tergamam sebentar. Entah mengapa hatinya diterpa sesuatu. Sesuatu yang menghadirkan sayu. Emmm... maaf. Aku tak tau... ujar Ekhmal setelah berjeda seketika. Tak apa, saya dah biasa. Jadi, bila boleh ke rumah awak? Sekarang. Irdina dan Ekhmal bergerak menuju ke kereta Toyota Vios warna silver metallic kepunyaan Ekhmal. Irdina membuka pintu belakang kereta lalu duduk di sebelah kanan. Ekhmal yang melihat mengerutkan dahi. Dia mengetuk cermin tingkap kereta. Irdina menekan butang di pintu kereta untuk menurunkan cermin tersebut. Ada apa? tanyanya polos. Cik Irdina... apa kata cik duduk di seat depan. Kalau orang tengok, macam saya ni driver cik pula. Ekhmal memerli. Irdina mendengus. Ala... duduk seat belakang pun salah. Banyak songeh betul mamat ni. Irdina menaikkan semula cermin kereta lalu membuka pintu dan melangkah keluar. Dia mengambil tempat di seat hadapan, di sebelah pemandu. Puas hati? soal Irdina sejurus Ekhmal masuk ke dalam perut kereta.

18

Ridha Reewani

Ekhmal hanya tersengih. Enjin kereta dihidupkan dan mereka mula bergerak meninggalkan kepulan asap hitam di udara.

19

Anda mungkin juga menyukai

  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • LVD
    LVD
    Dokumen149 halaman
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Mandi Pagi
    Mandi Pagi
    Dokumen93 halaman
    Mandi Pagi
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • KSJ
    KSJ
    Dokumen99 halaman
    KSJ
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Usd
    Usd
    Dokumen150 halaman
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Dokumen95 halaman
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • NLBB
    NLBB
    Dokumen106 halaman
    NLBB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • SKAN
    SKAN
    Dokumen104 halaman
    SKAN
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat