Anda di halaman 1dari 11

Praktikal 1

Pengenalan: Apabila asid bertindak balas dengan alkali, garam dan air akan dihasilkan. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas peneutralan. Semasa tindak balas peneutralan, haba dilepaskan. Haba ini dipanggil sebagai haba peneutralan. Persamaan umum yang digunakan untuk mewakili tindak balas adalah seperti berikut: Asid + alkali garam + air + haba peneutralan

Tindak balas ini adalah eksotermik. Contoh biasa bagi tindak balas peneutralan yang sangat eksotermik adalah tindak balas antara natrium hydrogen karbonat (alkali) dengan cuka (asid), juga dikenali sebagai asid asetik. Dalam tindak balas ini, natrium hydrogen karbonat (NaHCO3) bertindak balas dengan asid asetik (CH3COOH) untuk menghasilkan natrium asetat(CH3COONa), air(H2O) dan karbon dioksida (CO2) dan juga haba akan dibebaskan. Persamaan untuk mewakili tindak balas ini adalah

CH3COOH + NaHCO3

H2O + CO2 + CH3COONa + Haba

Gambar rajah di tepi menunjukkan jumlah relatif tenaga yang disimpan di dalam produk dan bahan tindak balas, yang diukur dalam kJ/ mol. Tindak balas peneutralan adalah eksotermik. Tahap tenaga yang pada produk lebih rendah daripada bahan tindak balas. Dalam pengeluaran haba ini, suhu di sekitar turut meningkat. Dalam tindak balas eksotermik, perubahan tenaga adalah negatif, ditulis sebagai H-ve. Ini adalah kerana tenaga dilepaskan, jadi tenaga dalam produk kurang daripada bahan tindak balas.

Tujuan

: Untuk menentukan haba peneutralan (i) (ii) (iii) asid hidroklorik dan natrium hidroksida asid sulfurik dan natrium hidroksida asid nitrik dan kalium hidroksida

Bahan

: EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik EC3 ialah 1.0 mol dm-3 akeous natrium hidroksida EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitrik EC5 ialah 1.0 mol dm-3 akeous kalium hidroksida 25 cm3 pipet, termometer 00C-1100C (0.20C), 100 cm3 silinder penyukat, cawan plastik dan botol basuhan yang dipenuhi dengan air suling.

Radas

Prosedur: 1. Dengan menggunakan pipet, 25.0 cm3 EC1 ditempatkan ke dalam cawan plastik. Suhu EC1 direkod sebagai suhu awal campuran R dalam jadual di bawah. 2. Dengan menggunakan silinder penyukat, 60 cm3 larutan EC3 ditambah ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC1. 3. Campuran R dikacau dengan teliti dengan termometer dan suhu tertinggi yang tercapai direkod dalam jadual di bawah. 4. Campuran R dituang dari cawan plastik. Kemudian cawan dibersihkan dan dibilas dengan air suling. 5. Prosedur di atas diulangi dengan menggunakan (i) 25.0 cm3 EC2 untuk menggantikan EC1 untuk memperoleh campuran S, dan (ii) 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3 masing-masing untuk memperoleh campuran T.

Keputusan : Lengkapkan jadual di bawah.

Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi /oC Suhu awal /oC Perubahan suhu /oC 320C 280C 40C

Campuran S EC2 + EC3 350C 270C 80C

Campuran T EC4 + EC5 310C 270C 40C

Soalan :

1.

Tuliskan satu persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku dalam campuran R, S dan T. Campuran R = EC1 + EC3 EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik EC3 ialah 1.0 mol dm-3 akeous natrium hidroksida Persamaan ion tindak balas campuran R = H+ + Cl- + Na+ + OHH+ + OHH2O NaCl + H2O (2 m)

Campuran S = EC2 + EC3 EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik EC3 ialah 1.0 mol dm-3 akeous natrium hidroksida Persamaan ion tindak balas campuran S = H2 + + SO42- + Na+ + OHH2+ + 2OH2H2O Na2 SO4 + 2H2O

Campuran T = EC4 + EC5 EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitrik EC5 ialah 1.0 mol dm-3 akeous kalium hidroksida Persamaan ion tindak balas campuran T = H+ + NO32- + K+ + OHH+ + OHH2O KNO3 + H2O

2.

Bandingkan nilai haba peneutralan yang anda peroleh dalam (i) (ii) (iii) Campuran R dan S; Campuran R dan T; dan Campuran S dan T (6 m)

Terangkan mengapa terdapat perbezaan atau persamaan antara dua nilai yang anda bandingkan.

Campuran R a)Tenaga haba pembebasan = mc0 = (25.0 + 60.0) X 4.2 X 4 = 1428 J = 1.428kJ b) Bilangan mol yang digunakan oleh HCl =
 

= 0.025

Bilangan mol yang digunakan oleh NaOH =


 

= 0.06

H+ (aq) + OH- (aq)

H2 O(aq)

Bilangan mol air yang dihasilkan = 0.025

c) melalui (a) dan (b) 0.025 mol H2 O yang dihasilkan telah membebaskan tenaga haba sebanyak 1.428kJ.

d) Bilangan tenaga haba yang dibebaskan semasa 1 mol air dihasilkan = 1.428kJ X


= 57.12 kJ

Haba peneutralan antara HCl dan NaOH = - 57.12kJ mol-1

Campuran S a)Tenaga haba pembebasan = mc0 = (25.0 + 60.0) X 4.2 X 8 = 2856 J = 2.856kJ b) Bilangan mol yang digunakan oleh H2SO4 =
 

= 0.025

Bilangan mol yang digunakan oleh NaOH =


 

= 0.06

H+ (aq) + 2OH- (aq)

2H2 O(aq)

Bilangan mol air yang dihasilkan = 0.025

c) melalui (a) dan (b) 0.025 mol H2O yang dihasilkan telah membebaskan tenaga haba sebanyak 2.856kJ.

d) Bilangan tenaga haba yang dibebaskan semasa 1 mol air dihasilkan = 2.856kJ X


= 114.24 kJ

Haba peneutralan antara H2SO4 dan NaOH = - 114.24 kJ mol-1

Campuran T a)Tenaga haba pembebasan = mc0 = (25.0 + 60.0) X 4.2 X 4 = 1428 J = 1.428kJ b) Bilangan mol yang digunakan oleh HNO3 =
 

= 0.025

Bilangan mol yang digunakan oleh KOH =


 

= 0.06

H+ (aq) + OH- (aq)

H2 O(aq)

Bilangan mol air yang dihasilkan = 0.025

c) melalui (a) dan (b) 0.025 mol H2 O yang dihasilkan telah membebaskan tenaga haba sebanyak1.428kJ.

d) Bilangan tenaga haba yang dibebaskan semasa 1 mol air dihasilkan = 1.428kJ X


= 57.12 kJ

Haba peneutralan antara HCL dan NaOH = - 57.12kJ mol-1

Bandingan nilai haba peneutralan Campuran R


- 57.12 kJ mol
-1

Keputusan bandingan dan keterangan Nilai haba campuran S adalah sekali


-1

Campuran S
- 114.24 kJ mol

ganda lebih tinggi berbanding dengan Campuran R. (nilai beza)

Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. Selain itu, apabila asid sulfurik , H2SO4 dineutralkan oleh natrium hidroksida, NaOH, nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda. Ini disebabkan oleh sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+. Campuran R
- 57.12 kJ mol-1

Campuran T

Nilai haba antara campuran R dan T adalah sama. (nilai sama)

- 57.12 kJ mol-1

Ini disebabkan kedua-dua campuran R dan T adalah hasil campuran asid monobes dengan alkali kuat. Campuran S
114.24 kJ mol-1

Campuran T

Nilai haba campuran S adalah sekali ganda berbanding dengan Campuran T. (nilai beza)

- 57.12 kJ mol-1

Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. Selain itu, sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+.

10

3.

Haba peneutralan antara asid kuat dan bes lemah ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara untuk memperbaiki prosedur yang diberi untuk mendapat nilai lebih kurang -57.3 kJ mol-1? (4 m)

i)

Menggunakan cawan polystyrene, kerana polystyrene lebih boleh menyimpan haba berbanding dengan plastik.

ii)

Bahan tindak balas (asid dan alkali) mesti dicampur dengan segera dan dikacau supaya tindak balas itu boleh lengkap dalam masa yang singkat.

iii)

Bacaan termometer mesti diteliti sepanjang eksperimen supaya suhu tertinggi yang tercapai dapat direkod.

4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dan asid lemah lebih atau kurang daripada -57.3 kJ mol-1? Terangkan . i) Haba peneutralan asid kuat Asid kuat dan alkali kuat mengionkan sepenuhnya (completely ioinize) di dalam air. Apabila kedua-dua bahan tindak balas ini dicampurkan, apa yang berubah dan berlaku ialah pembentukan molekul air. Oleh itu, haba peneutralan adalah haba yang dibebaskan daripada pembentukan 1 mol air dan nilainya adalah kira-kira 57.4 kJ mol-1. Oleh itu, haba peneutralan pelbagai jenis asid kuat dan alkali kuat adalah sama. (3 m)

ii)

Haba peneutralan asid lemah Apabila asid lemah terlibat, haba peneutralan adalah lebih rendah daripada -57.3 kJ mol-1. Asid lemah adalah sebahagian dipisahkan dalam air. (partially dissociated in water). Hal ini adalah kerana sedikit tenaga yang perlu memecah ikatan OH- untuk melepaskan ion-ion hidrogen atau ion hidroksida sebelum mereka boleh bertindak balas. Oleh itu, perubahan haba bersih akan kurang daripada -57.3 kJ mol-1

11

Perbincangan:

Haba peneutralan 1. Haba peneutralan ialah tenaga haba yang dikeluarkan apabila satu mol air terbentuk daripada peneutralan antara satu mol ion hidrogen, H+ daripada asid dan satu mol ion hidroksida, OH- dari alkali. 2. Dalam tindak balas ini, ion hidrogen(H+) dan ion hidroksida(OH-) bergabung untuk menjadi air (H2O). Jadi, H+ + OH3. Perubahan tenaga = mc Di mana, m = jisim campuran tindak balas c = muatan haba tentu campuran tindak balas = perubahan suhu H2O

4. Haba peneutralan dalam eksperimen biasanya lebih kurang daripada nilai teoritikal kerana sebahagian haba yang dilepaskan hilang ke persekitaran atau diserap oleh alat (termometer atau cawan plastik).Kedua-dua haba hilang ini diabaikan dalam pengiraan.

Langkah berjaga-jaga semasa menjalani eksperimen (a) Suhu awal bagi campuran larutan direkod selepas termometer dalam larutan selama beberapa minit untuk memastikan larutan tersebut sudah mencapai suhu yang stabil. (b) Bahan tindak balas (asid dan alkali) mesti dicampur dengan segara dan dikacau supaya tindak balas itu boleh lengkap dalam masa yang singkat. (c) Bacaan termometer mesti diteliti sepanjang eksperimen supaya suhu tertinggi yang tercapai dapat direkod.

12

Tindak balas antara asid kuat dan alkali kuat 5. Asid kuat dan alkali kuat mengionkan sepenuhnya (completely ioinize) di dalam air. 6. Apabila kedua-dua bahan tindak balas ini dicampurkan, apa yang berubah dan berlaku ialah pembentukan molekul air. 7. Oleh itu, haba peneutralan adalah haba yang dibebaskan daripada pembentukan 1 mol air dan nilainya adalah kira-kira 57.3 kJ mol-1. 8. Oleh itu, haba peneutralan pelbagai jenis asid kuat dan alkali kuat adalah sama.

Tindak balas antara asid lemah dan alkali kuat 9. Walau bagaimanapun, apabila asid atau alkali kuat terlibat, haba peneutralan adalah lebih rendah daripada 57.3 kJ mol-1. 10. Asid lemah adalah sebahagian dipisahkan dalam air. (partially dissociated in water) 11. Hal ini adalah kerana sedikit tenaga yang perlu memecah ikatan OHuntuk melepaskan ion-ion hidrogen atau ion hidroksida sebelum mereka boleh bertindak balas. 12. Oleh itu, perubahan haba bersih akan kurang daripada 57.3 kJ mol-1.

Rajah di atas menunjukkan tindak balas asid lemah dengan alkali. Tenaga haba diperlukan untuk memecahkan ikatan O-H sebelum H+ boleh bertindak balas dengan OH- untuk membentuk air. Oleh itu,perubahan haba bersih adalah kurang daripada 57.3 kJ mol-1.

13

13. Haba peneutralan, H antara asid dan alkali menjadi rendah mengikut urutan: H asid kuat/ alkali kuat > H asid kuat/ alkali lemah atau asid lemah/ alkali kuat > H asid lemah/ alkali lemah

Kesimpulan: Asid sulfurik ialah asid diprotik, maka haba peneutralannya adalah dua kali ganda daripada asid hidroklorik dan asid nitrik.

14

Anda mungkin juga menyukai