Anda di halaman 1dari 45

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

KANDUNGAN
Sekapur Sireh Seulas Pinang Visi & Misi Latarbelakang Program LINUS Jawatankuasa LINUS Daerah Pekan Kenali FasiLINUS Daerah Pekan Perancangan Strategik LINUS 2010 Daerah Pekan Analisa LINUS Daerah Pekan Penutup Lampiran

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Sekapur Sireh, Seulas Pinang


Bismilahi Rahmaanir Rahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, golongan mukmin dan muslim walau di mana berada. Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka Laporan Tahunan Program LINUS Daerah Pekan Tahun 2010 dapat dihasilkan. Adalah diharapkan dengan terhasilnya laporan ini, ia merupakan step stone ke arah memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan porgram LINUS terutamanya bagi daerah Pekan. Literacy and Numeracy Screening (LINUS) atau dalam bahasa Melayunya Saringan Literasi dan Numerasi, adalah salah satu program NKRA di bawah sub-NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Malaysia adalah di antara yang menjalankan program ini di atas kesedaran bahawa dalam melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing, maka kadar buta huruf dan buta angka harus dibasmi daripada peringkat awal persekolahan. Sebab itulah junjungan besar kita, Rasulullah SAW diajar Iqra oleh Jibril sebelum diangkat menjadi Rasul. Pujangga Inggeris Jack Jaferson pula berkata, Bangsa yang tahu membaca, menulis dan mencipta akan memimpin bangsa yang lain . Selain Malaysia, antara negara maju lain yang turut menjalankan program ini ialah Brazil, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat. Malah di Australia, setiap tahun, diadakan sambutan Hari Literasi dan Numerasi. Bersandarkan kepada kesedaran dan pentingnya program ini, maka diperingkat Kementerian Pelajaran Malaysia, seluruh bahagian digerakkan dalam menjayakan program LINUS seperti bahagian seperti Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pendidikan Guru, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Sekolah Harian. Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan pencapaian 100 % penguasaan membaca, menulis dan mengira (Literasi dan Numerasi) setelah murid mengikuti 3 tahun persekolahan. Pada Saringan 1 yang dijalankan dalam bulan Mac, penguasaan murid hanyalah 33.1% (Numerasi) dan 30.81% (Literasi). Kemudian berlaku peningkatan kepada 58.2% (Numerasi) manakala Literasi pula adalah 59.89% pada Saringan 2. Setelah penempatan seramai empat orang FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah Pekan mulai 20 September 2010, dan diikuti dengan beberapa program yang dirancang dan dilaksanakan di peringkat daerah Pekan, maka berlaku peningkatan mendadak kepada 91.51% (Numerasi) dan 88.16% (Literasi). Berdasarkan keputusan Saringan 3, daerah Pekan berada pada kedudukan kelima dalam negeri Pahang.

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Saya bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pekan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa LINUS Daerah Pekan yang telah berusaha bertungkus-lumus dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam melaksanakan program LINUS peringkat daerah. Terima kasih juga diucapkan kepada pentadbir sekolah, guru-guru LINUS dan seluruh warga sekolah yang mengembeling tenaga melaksanakan program untuk membantu meningkatkan pencapaian penguasaan LINUS bagi sekolah masing-masing. Buat FasiLINUS yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi, semoga terus berusaha untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan pencapaian LINUS daerah Pekan selari dengan misi dan visi LINUS daerah Pekan. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar pencapaian daerah Pekan dapat dipacu ke arah yang lebih cemerlang, seterusnya akan mencapai sasaran 100% menguasai LINUS. Akhir sekali, terima kasih dan tahniah sekali lagi di atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program LINUS bagi daerah Pekan.
Tidak berbuat walaupun tahu Diambil pengayuh dibuang perahu Tidak tahu tapi berbuat Kayuh perahu di atas darat Ilmu dituntut dengan tabah Yakin diri bertambah-tambah

Sekian, wassalam.

ROSDI B ISMAIL Pegawai Pelajaran Daerah Pekan Pahang Darul Makmur

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

VISI
Memastikan murid Kohort 1 tahun 2010 menguasai 100% Literasi dan Numerasi pada akhir tahun 2012

MISI
Memastikan penguasaan LINUS Daerah Pekan berada dalam kelompok tiga terbaik bagi negeri Pahang pada tahun 2012

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

LATARBELAKANG PROGRAM LINUS


LINUS adalah singkatan daripada perkataan Literacy and Numeracy Screening. Ianya merupakan antara program utama di bawah sub-NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada LINUS, program sub-NKRA lain di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Pra Sekolah, Bai ah dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Di bawah program LINUS ini, Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program LINUS ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah, iaitu Kohort Pertama. Bagi menjayakan program ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah Literasi dan Numerasi di kalangan murid sekolah rendah. Numerasi membawa erti operasi asas matematik yang digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program Numerasi telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan murid mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan. Literasi pula membawa erti keupayaan murid untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Konsep membaca Literasi ialah membunyikan simbol manakala bagi menulis ialah untuk memindahkan makna kepada simbol. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2010, peratusan murid yang dapat menguasai Literasi dan Numerasi ialah seramai 90%, dan ia meningkat kepada 95% pada tahun 2011, mencapai angka 100% pada tahun 2012.

SASARAN PENCAPAIAN LINUS


90% 100% 80% 60% 40% 20% 0% 2010 2011 2012 95% 100%

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

JAWATANKUASA LINUS DAERAH PEKAN


PENGERUSI Encik Rosdi B Ismail Pegawai Pelajaran Daerah

TIMBALAN PENGERUSI Encik Mohamad Zailani B Mohamad Said Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

NAIB PENGERUSI Encik Nordin B Jais Ketua Unit Akademik

SETIAUSAHA Puan Rozita Bt Buang FasiLINUS Numerasi AJK Pn. Norosda Bt Wali Mohamad Ketua Unit Bahasa AJK En. A. Aziz B A. Rahman Penyelia Pendidikan Islam AJK En. Mohd Rizal B Mohd @ Anan FasiLINUS Numerasi AJK En. Abdul Rashid B Ab. Rahman Pengerusi Kelompok Bandar AJK Tn. Hj. Nasaha B Manan Pengerusi Kelompok Pantai AJK Pn. Hjh. Ummi Kalthum Bt Abu Bakar Guru Besar SK Pekan Jaya AJK Pn. Dalijatonseha Bt M. Khalid Ketua Unit Sains dan Matematik AJK En. Sabri B Othman Penyelia Pra Sekolah AJK En. Mohd Hadaffi B Awang Sazali FasiLINUS Literasi AJK En. Mahmad Redzuan B Zainabidin Pengerusi Kelompok P. Hinai AJK Tn. Hj. Abu Bakar B Mamat Pengerusi Panitia Matematik Daerah AJK En. Azizan B Md. Noh Guru Besar SK Tanah Puteh AJK Pn. Nur Amany Ifwah Bt Anuar Pegawai Tadbir Perkhidmatan 6 AJK En. Abdullah B Mohd Shah Pengerusi MGB Pekan AJK En. Zulkifli B Mohamad Penyelia Cemerlang Peperiksaan AJK En. Mohd Nizar B Mohd Nor FasiLINUS Literasi AJK En. Radhi B Ibrahim Pengerusi Kelompok Chini AJK Pn. Hjh. Fauziah Bt Samsuddin Pengerusi Panitia BM Daerah AJK Pn. Nor Madiah Bt Kamarudin Pegawai Tadbir NKRA

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

KENALI FASILINUS DAERAH PEKAN


Bagi daerah Pekan, seramai empat orang FasiLINUS telah ditempatkan di Pejabat Daerah Pekan. Ianya terdiri daripada dua orang FasiLINUS Numerasi dan dua orang FasiLINUS Literasi. Berikut maklumat terperinci FasiLINUS berkenaan: Nama Jawatan : Puan Rozita Bt Buang : FasiLINUS Numerasi

Latarbelakang Pendidikan Sijil Asas Perguruan (PSR/PM), Maktab Perguruan Ipoh, Perak (1990) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian, OUM (2007)

Nama Jawatan

: Encik Mohd Rizal B Mohd @ Anan : FasiLINUS Numerasi

Latarbelakang Pendidikan Master Pengurusan Perniagaan/MBA, UUM (2009) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian, UUM (2001) Diploma Pendidikan Pengajian Matematik Sekolah Rendah, Maktab Perguruan Tg. Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang (2004)

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Nama Jawatan

: Encik Mohd Hadaffi B Awang Sazali : FasiLINUS Literasi

Latarbelakang Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Ekonomi, USM (2000) Diploma Pendidikan Pengajian Melayu Sekolah Rendah, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu (2006)

Nama Jawatan

: Encik Mohd Nizal B Mohd Nor : FasiLINUS Literasi

Latarbelakang Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian, UUM (2002) Diploma Pendidikan Pengajian Melayu Sekolah Rendah, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu (2006)

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

PERANCANGAN STRATEGIK LINUS 2010 DAERAH PEKAN


Bagi mencapai matlamat 90% lulus LINUS pada tahun 2010, dan 100% lulus LINUS pada tahun 2012, maka Jawatankuasa LINUS Daerah Pekan telah merancang Pelan Strategik LINUS Daerah Pekan bagi tahun 2010 bagi merealisasikan hasrat tersebut seperti di bawah:

Carta 1: Takwim Perancangan Strategik LINUS Daerah Pekan Tahun 2010 Bil Perancangan / Minggu 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Saringan 3 (Lisan) Saringan 3 (Bertulis) Pengisian Data Saringan 3 Mesyuarat AJK Linus Daerah Bimbingan & Pemantauan Taklimat LINUS Guru Besar Taklimat Kaedah Saringan 3 Kursus Literasi Guru Thn 2 Kursus Numerasi Guru Thn 2 Membangunkan Web LINUS Laporan Tahunan LINUS Menyediakan Takwim 2011 September 2 3 4 1 Oktober 2 3 4 1 November 2 3 4 1 Disember 2 3 4

1.1

Saringan 3 (Lisan) Saringan 3 bagi Ujian Lisan adalah bermula daripada 1 September sehingga 15 Oktober. Saringan 3 (Bertulis) Saringan 3 bagi Ujian Bertulis adalah bermula daripada 17 Oktober sehingga 22 Oktober. Pengisian Data Saringan 3 Bagi memastikan Pengisian Data Saringan 3 berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kesilapan berlaku, maka Jawatankuasa LINUS telah menggariskan dengan lebih terperinci langkah-langkah pengisian data tersebut. Ini memandangkan semasa pengisian data bagi 9

1.2

1.3

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Saringan 1 dan 2, berlaku beberapa kesilapan yang seterusnya menyebabkan kesilapan dalam pelaporan keputusan yang dicapai. Untuk mengatasi masalah tersebut, kaedah pengisian data bagi daerah Pekan telah diperbaiki seperti yang berikut: Tarikh 25 Oktober 5 November Tindakan Setiausaha Jawatankuasa LINUS Sekolah memasukkan data ke portal NKRA

8 9 November

Semakan kesahihan data oleh FasiLINUS

11 November

Setiausaha Jawatankuasa LINUS Sekolah yang belum memasukkan data, atau wujud sebarang keraguan pada data, akan dipanggil ke PPD Pekan bagi tujuan pembetulan atau pengesahan data yang sebenar

1.4

Mesyuarat AJK LINUS Daerah Pekan Mesyuarat Jawatankuasa LINUS Daerah Pekan Kali Pertama telah diadakan pada 28 September, bertempat di Bilik Gerakan PPD Pekan. Mesyuarat ini telah diadakan dalam tempoh seminggu selepas FasiLINUS ditempatkan di PPD. Untuk perincian berkenaan mesyuarat tersebut, sila rujuk Lampiran 1. Bimbingan dan Pemantauan Daerah Pekan mempunyai 47 buah sekolah rendah, yang mana terdiri daripada 44 buah Sekolah Kebangsaan dan 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan. Bagi memudahkan pelaksanaan bimbingan dan pemantauan ini, maka sekolah-sekolah ini telah dibahagikan kepada dua zon, iaitu Zon A dan Zon B. Bagi setiap zon, seorang FasiLINUS Numerasi dan seorang FasiLINUS Literasi akan ditugaskan bagi setiap zon terbabit. Bimbingan dan pemantauan ini berlangsung daripada 30 September hingga 18 November. Berikut perincian pelaksanaan bimbingan dan pemantauan LINUS bagi kedua-dua zon tersebut:

1.5

10

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG Zon A FasiLINUS Numerasi : Puan Rozita Bt Buang FasiLINUS Literasi : Encik Mohd Nizal B Mohd Nor 1. SK Ubai 2. SK Seri Terentang 3. SK Nenasi 4. SK Tanjung Batu 5. SK Seri Maulana 6. SK Sinar Mutiara 7. SK Langgar 8. SK Indera Syahbandar 9. SK Seri Biram 10. SK Permatang Keledang 11. SK Pasir Panjang 12. SK Tanjung Agas 13. SK Tanjung Medang 14. SK Tanah Puteh 15. SK Serandu 16. SK Merchong Jaya 17. SK Pekan Jaya 18. SK Peramu Jaya 19. SK Pulau Serai 20. SK Ahmad 21. SJKC Pekan 22. SJKC Yoke Hwa 23. SJKC Kee Wha 24. SK Pahang Tua

2010

11

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG Zon B FasiLINUS Numerasi : Encik Mohd Rizal B Mohd @ Anan FasiLINUS Literasi : Encik Mohd Hadaffi B Awang Sazali 1. SK Belimbing 2. SK Felda Chini Timur 1 3. SK Pulau Rusa 4. SK Ganchong 5. SK Pulau Manis 6. SK Kg Acheh 7. SK Temai 8. SK Padang Rumbia 9. SK Serambi 10. SK Paloh Hinai 11. SK Pelak 12. SK Mambang 13. SK Kinchir 14. SK Seri Makmur 15. SK Lepar 16. SK Chini 3 & 4 17. SK Kota Perdana 18. SK Chini 3 & 5 19. SK Runchang 20. SK Chini Timur 2 21. SK Tasik Cini 22. SK Bandar 2 23. SK Chini 2 Untuk perincian laporan pemantauan, sila rujuk Lampiran 2. 1.6

2010

Taklimat Pelaksanaan LINUS Untuk Guru Besar dan PK Pentadbiran Program ini diadakan pada 11 Oktober, bertempat di Bilik Seminar, PPD Pekan. Objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada Guru Besar dan PK Pentadbiran tentang pelaksanaan dan peranan pentadbir sekolah dalam menjayakan program LINUS. Penceramah yang diundang ialah Tuan Haji Aziz B Naim, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum merangkap Setiausaha Jawatankuasa NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk perincian laporan program ini, sila rujuk Lampiran 3.

12

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG 1.7

2010

Taklimat Pelaksanaan Kaedah Saringan 3 Taklimat ini diberikan kepada Guru Numerasi dan Literasi tentang kaedah sebenar pelaksanaan saringan 3 Numerasi dan Literasi. Ini memandangkan wujud kesilapan dalam pelaksanaan saringan yang menyebabkan keputusan saringan LINUS menjadi tidak tepat. Misalnya terdapat guru-guru yang menjalankan kaedah saringan sama seperti menjalankan peperiksaan kepada murid-murid. Taklimat ini sangat penting memandangkan hanya dengan melaksanakan kaedah saringan dengan betul, maka keputusan saringan yang diperolehi adalah sah dan menepati kehendak saringan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk perincian laporan program ini, sila rujuk Lampiran 4. Kursus Literasi Untuk Guru Tahun 2, 2011 Kursus ini diberikan kepada guru Literasi tahun 2, 2011, dari 25 hingga 27 Oktober, bertempat di Rompin Beach Resort, Rompin. Guru yang terlibat ialah guru-guru tahun 2, yang belum mengikuti kursus Literasi. Kursus Numerasi Untuk Guru Tahun 2, 2011 Kursus ini diberikan kepada guru Numerasi tahun 2, 2011, dari 10 hingga 12 November, bertempat di Rompin Beach Resort, Rompin. Sama seperti kursus Literasi, guru yang terlibat ialah guru-guru tahun 2, yang belum mengikuti kursus Numerasi. Membangunkan Web LINUS Bersandarkan kepada konsep perkongsian pintar, maka laman web cikguworld dibangunkan. Laman ini diharapkan akan menjadi wadah perbincangan berkenaan program LINUS. Sebarang pandangan akan dikongsi bersama. Segala aktiviti LINUS dalam daerah Pekan juga akan dikongsi di sini. Guru-guru juga boleh memuat turun modul-modul LINUS, juga soalansoalan Matematik, Huraian Sukatan Pelajaran Tahunan bagi subjek-subjek teras iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Laman ini akan diupdate setiap hari oleh FasiLINUS Daerah Pekan. Untuk melihat laman ini, sila masuk ke alamat http://cikguworld.webs.com. Menyediakan Laporan dan Analisa LINUS Tahun 2010 Laporan dan analisa LINUS adalah dibangunkan secara bersama, dibincangkan dan diperdebatkan sebelum diterbitkan sebagai laporan dan analisa. Analisa ini dibuat dalam dua bentuk, iaitu Kuantitatif dan juga Kualitatif. Laporan dan analisa ini amat penting untuk difahami, kerana ianya bukan setakat memberi kefahaman tentang program LINUS, malah memberikan kesedaran dan idea, tentang kaedah-kaedah pelaksanaan LINUS dalam memastikan target atau sasaran untuk mencapai 100% murid lulus LINUS pada tahun 2012 adalah dapat dicapai.

1.8

1.9

1.10

1.11

13

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG 1.12

2010

Menyediakan Takwim / Perancangan Strategik LINUS Tahun 2011 Pada tahun 2010, pencapaian Literasi ialah 88.16% manakala pencapaian Numerasi pula ialah 91.51%. Angka ini bukanlah suatu angka yang boleh dibanggakan, walaupun kedudukan daerah Pekan dalam negeri Pahang adalah berada pada kedudukan yang kelima. Oleh itu, FasiLINUS bersama pegawai-pegawai PPD yang lain, telah merangka Pelan Strategik LINUS Untuk Tahun 2011. Berbeza dengan Perancangan Strategik LINUS Tahun 2010, perancangan tahun 2011 adalah lebih terperinci, dan melibatkan sepanjang tahun. Dengan semangat dan keyakinan yang ada, adalah diharapkan dengan perancangan jangka panjang yang teliti ini, maka pada tahun 2011, daerah Pekan akan mencapai keputusan lebih daripada sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

ANALISA LINUS DAERAH PEKAN

15

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

PENUTUP
Kami dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras bagi menyiapkan penyediaan laporan tahunan ini. Pengembelengan tenaga dan komitmen yang telah dijalankan sepanjang tahun ini perlu dikekalkan dan dimantapkan lagi. Perancangan strategik LINUS yang dirangka bagi tahun ini telah berjaya dijalankan. Namun, kita perlu berpandangan jauh ke hadapan untuk menilai sebarang kekuatan dan kelemahan yang ada perlu diberi penekanan secara berterusan. Perancangan strategik yang lebih bersepadu perlu dirangka bagi memastikan pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun hadapan . Pencapaian keputusan LINUS seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 ini mengambarkan keadaan sebenar prestasi LINUS PPD Pekan. Pencapaian Numerasi telah mencapai sasaran yang dikehendaki. Walau pun, pencapaian Literasi pada tahun ini masih belum melepasi sasaran yang ditetapkan, tetapi kita telah berjaya mendapat Anugerah Lonjakkan Saujana. Oleh itu, kami sentiasa positif dan yakin dengan komitmen oleh semua pihak yang telah ditunjukkan pada tahun ini pasti akan dapat dipertingkatkan lagi. Besarlah hasrat kami agar visi dan misi yang dirangka dapat dipacu dan dicapai pada masa yang ditetapkan. Sasaran bagi meletakkan kedudukan penguasaan LINUS bagi Daerah Pekan di antara tiga daerah terbaik dalam Negeri Pahang merupakan pemangkin utama hasrat kami untuk meningkatkan pencapaian Linus daerah. Namun demikian, yang paling utama adalah untuk memastikan semua murid berupaya menguasai Literasi dan Numerasi mengikut kemampuan dan keupayaan mereka setelah tiga tahun berada di sekolah rendah. Semoga niat murni kita untuk mertabatkan ilmu dan generasi akan datang ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Akhir kata, syabas dan salam kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program LINUS 2010 Daerah Pekan.

Seganding sederap, selangkah seirama, saling bahu membahu menjulang harapan, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, bulat air kerana pembentung, bersatu kita kerana maufakat.

16

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

LAMPIRAN 1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa LINUS Daerah Pekan Kali Pertama

17

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

LAMPIRAN 2 Laporan Pemantauan

18

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Kota Perdana : 8 Oktober 2010 / Jumaat : 9.00 pg 12.00 tghr

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Ketidakhadiran murid LINUS yang tinggi (murid asli yang mewakili 60% daripada jumlah murid) Tindakan yang diambil Pihak sekolah telah membuat ziarah ke perkampungan orang asli bagi mengatasi masalah tersebut dengan turut menyediakan makanan nasi lemak Pemandu lori / van turut diberi imbuhan untuk tujuan

19

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

pengangkutan sekolah

murid-murid

ke

ULASAN PEMANTAU Mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan aktiviti sukan, yang mana makan minum turut disediakan, untuk menarik murid asli datang ke sekolah, dan pada masa yang sama, Saringan 3 turut dijalankan

20

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Lepar : 19 Oktober 2010 / Selasa : 8.45 pg 9.30 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

Terdapat 5 orang murid baru masuk, hasil Guru LINUS telah mengadakan program Agropolitan di Lepar, dan murid yang Saringan ke atas murid baru bertukar. tersebut Guru Numerasi menyakini keputusan lulus LINUS akan mencapai 88% manakala guru Literasi menyakini keputusan lulus LINUS akan mencapai 90%

21

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

ULASAN PEMANTAU Perlaksanaan Saringan 3 berjalan dengan baik, mengikut kaedah yang ditetapkan. Guru LINUS cuma perlu mewujudkan sudut LINUS dalam mana-mana papan kenyataan untuk makluman guru-guru lain.

22

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Merchong Jaya : 20 Oktober 2010 / Rabu : 9.00 pg 10.45 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

3 orang murid LINUS Tegar telah berpindah sekolah, 1 orang murid LINUS Tegar mungkin kekal tegar memandangkan murid tersebut mengidap penyakit tiada usus besar. Murid-murid lemah dalam menguasai konstruk Murid menghafal hari melalui wang dan hari. contoh aktiviti yang dijalankan

23

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Ada murid yang hyper disebabkan oleh masalah lapar ketika proses P&P. Selepas diberi makanan, murid itu dapat mengikuti P&P dengan baik.

ULASAN PEMANTAU Guru Numerasi perlu menyediakan soalan konstruk dalam bentuk yang banyak, hanya diubah angka. Kaedah ini dapat membantu murid-murid untuk ingat dan seterusnya memahami pelajaran yang diajar.

24

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Nenasi : 20 Oktober 2010 / Rabu :11.00 pg 12.00 tghr

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Menghadapi masalah murid yang tidak hadir. Guru Besar akan memantau Guru LINUS sekali dalam tempoh seminggu. Guru Besar memberikan idea, murid tahun 1 FasiLINUS akan mengadakan diberi ujian dan dipantau oleh GB sendiri semasa pertemuan dengan GB di PPD hari pendaftaran, bersama dengan ibu bapa dalam tempoh masa terdekat, Tindakan yang diambil -

25

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

penjaga. Keputusan akan diberikan kepada ibu bapa penjaga, dan dengan ini, ibu bapa penjaga akan memantau perkembangan anak-anak mereka bermula daripada hari persekolahan.

untuk mendapatkan maklumat penuh berkenaan pendekatan itu, yang memberikan impak besar ke atas murid, iaitu tiada murid buta huruf / buta angka di SK Pancing 3.

ULASAN PEMANTAU Kaedah GB SK Nenasi, akan dicadangkan untuk diimplementasikan di sekolah-sekolah lain, memandangkan kaedah ini amat berjaya dijalankan di SK Pancing 3.

26

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Paloh Hinai : 19 Oktober 2010 / Selasa : 11.00 pg 12.00 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

Seorang murid memang akan berada pada LINUS Tegar memandangkan kekerapan tidak hadir ke sekolah, ke kadang sehingga mengambil masa berbulan tidak hadir ke sekolah. Seorang lagi murid mungkin kekal pada arus LINUS memadangkan murid itu mengidap sakit jantung dan jarang hadir ke sekolah dan mendapat rawatan di IJN.

27

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

ULASAN PEMANTAU Mencadangkan agar guru LINUS mempunyai rakan bantu dalam proses mengajar murid Arus Perdana dan LINUS bagi membantu pencapaian objektif P&P tercapai.

28

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Pekan Jaya : 12 Oktober 2010 / Selasa : 12.00 pg 1.00 ptg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil -

29

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

ULASAN PEMANTAU Gerak kerja LINUS berjalan dengan baik di sekolah, di mana wujud hubungan dan komitmen yang baik di antara Guru LINUS dengan pihak pentadbiran sekolah.

30

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Pelak : 19 Oktober 2010 / Selasa : 9.45 pg 10.45 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

Murid hanya seorang sahaja yang ada, dan telah Tiada lulus LINUS

31

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

ULASAN PEMANTAU Guru LINUS cuma perlu mewujudkan sudut LINUS dalam mana-mana papan kenyataan untuk makluman guru-guru lain.

32

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Peramu Jaya : 21 Oktober 2010 / Rabu : 11.00 pg 12.00 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

Kaedah Saringan 3 yang dijalankan tidak FasiLINUS menjelaskan kaedah mengikut standard yang telah ditetapkan Saringan yang perlu diikuti Program LINUS yang dijalankan terlalu ringkas FasiLINUS menyatakan program catatan, iaitu hanya dengan menyatakan nama yang dijalankan perlu mempunyai program sahaja rekod yang lebih jelas, seperti kaedah perlaksanaan, penglibatan Guru LINUS kurang arif tentang atau cakna guru-guru dll

33

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

tentang keadaan semasa murid-murid

ULASAN PEMANTAU Kualiti perlaksanaan LINUS di sekolah agak sederhana, memandangkan fasa Saringan 3 telah bermula, namun guru LINUS masih tidak memahami kaedah saringan yang sebenar, tidak dapat menyatakan dengan lengkap program LINUS yang dijalankan, rekod jumlah murid LINUS, dan sebagainya tidak dapat dinyatakan secara langsung, menggambarkan guru LINUS agak kurang prihatin dalam menjayakan program tersebut.

34

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Seri Terentang : 12 Oktober 2010 / Selasa : 9.00 pg 10.45 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

Program memantapkan LINUS telah diadakan selama 3 bulan. Sepanjang tempoh itu, masa P&P seni, muzik dan PJ digantikan dengan sesi P&P Numerasi, manakala 2 hari dalam seminggu, dari jam 12.30 1.00 ptg, proses P&P Literasi dijalankan Murid-murid tahun 6 (selepas UPSR), akan

35

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

menjadi rakan bimbing kepada murid LINUS, yang mana murid ini akan masuk ke kelas semasa proses P&P berlangsung

ULASAN PEMANTAU Gerak kerja LINUS berjalan dengan baik di sekolah, di mana wujud hubungan dan komitmen yang baik di antara Guru LINUS dengan pihak pentadbiran sekolah.

36

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Tanah Puteh : 21 Oktober 2010 / Rabu : 9.00 pg 10.45 pg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

PIBG menyumbang RM 1000 untuk tujuan fotostat modul murid Saringan 3 dijangka mencapai 95% kelulusan LINUS Program Gerak Gempur LINUS telah diadakan

37

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Murid LINUS ramai dari golongan PPRT

Bil 6 Masalah yang dihadapi

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Tindakan yang diambil

Guru LINUS telah mengambil langkah murni dengan berkunjung ke rumah murid-murid LINUS, bukan sekadar untuk memotivasikan murid hadir ke sekolah, malah turut menyumbang bantuan kewangan dan bukan kewangan (baju sekolah, kasut sekolah dll) Jadual Guru LINUS dikosongkan sepanjang Saringan 3, oleh itu Guru LINUS dapat memberikan penumpuan kepada proses Saringan PK Pentadbiran berkongsi pandangan dengan menyatakan di SK Chini Timur, guru Pra Sekolah telah mengadakan kelas tambahan pada bulan 12 sebelum sesi awal persekolahan awal tahun bermula 3 orang murid LINUS telah dihantar ke Kelas Pendidikan Khas

ULASAN PEMANTAU Gerak kerja LINUS berjalan dengan baik di sekolah, dan Guru LINUS yang diberikan amanah telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan begitu baik. Pihak pentadbiran telah membantu gerak kerja LINUS dengan baik dengan cara membina hubungan yang baik dengan PIBG dalam mendapatkan peruntukkan kewangan.

38

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN (Untuk diisi oleh Pentadbir / Fasilinus / PPD) 1. Nama dan Alamat Sekolah 2. Tarikh 3. Masa : SK Tanjung Agas : 6 Oktober 2010 / Rabu : 9.00 pg 1.30 ptg

Sila tanda ( ) dalam petak yang berkenaan. Bil 4 Pengurusan Fail 1. 2. 3. 4. Fail Induk Fail Keputusan Saringan Fail Peribadi Murid LINUS Fail Bahan-Bahan Linus Perkara Ada Tiada Catatan

Penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran mengikut kemahiran / konstruk LINUS 1. Buku Ringkasan Mengajar 2. Aktiviti P&P 3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Strategi P&P murid LINUS dan Arus Perdana adalah sama Tiada refleksi dibuat

Pencapaian Objektif Impak

Bil 6

Rekod Perjumpaan dengan Guru LINUS Masalah yang dihadapi / Dapatan Tindakan yang diambil

Peratusan Arus Perdana masih rendah, iaitu 90% Guru LINUS telah mengadakan selepas Saringan 2 pertemuan dengan ibu bapa penjaga Kesilapan dalam kemasukkan data, iaitu murid LINUS Tegar telah dimasukkan bilangan ke dalam Konstruk yang gagal dikuasai murid LINUS murid, ditampal di atas meja murid Modul Murid diterjemah ke dalam

39

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Bahasa Malaysia Guru menggunakan modul tambahan

ULASAN PEMANTAU Mencadangkan seminggu sebelum Saringan 3 dijalankan, masa-masa kelas seperti masa Pendidikan Seni, Muzik, PJ dan PK, guru-guru berkenaan mengajar Literasi dan Numerasi sebagai bentuk pengukuhan kepada murid LINUS.

40

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

LAMPIRAN 3 Laporan Taklimat Pelaksanaan LINUS Untuk Guru Besar dan PK Pentadbiran Sekolah-Sekolah Daerah Pekan

41

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG 1.0 Pendahuluan

2010

Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memberikan Taklimat LINUS kepada Guru Besar dan PK Pentadbiran, sekolah-sekolah Daerah Pekan. 2.0 Butiran Program Program ini akan dijalankan seperti berikut: Hari Tarikh Masa Tempat : Selasa : 11 Oktober 2010 : 2.00 5.00 petang : Bilik Seminar, PPD Pekan

3.0 Objektif 3.1 Memberi penjelasan tentang perlaksanaan dan peranan pentadbir sekolah dalam menjayakan program LINUS di sekolah. 3.2 Memberi penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab : a) Guru LINUS b) Guru Matematik / Guru Bahasa Malaysia / Guru Pemulihan 4.0 Penyertaan Semua Guru Besar dan PK Pentadbiran sekolah-sekolah daerah Pekan (melibatkan 47 buah sekolah). 5.0 Aturcara 2.00 ptg 2.15 ptg

3.00 ptg

5.00 ptg

: Pendaftaran : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Ucapan Encik Rosdi B Ismail Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan : Taklimat LINUS Tuan Haji Aziz B Naim Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia : Minum petang dan bersurai

42

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG 6.0 Jawatankuasa Pelaksana Penasihat : Encik Rosdi B Ismail Pegawai Pelajaran Daerah Pekan : Encik Mohamad Zailani B Mohamad Said Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan : Encik Nordin B Jais Ketua Unit Akademik

2010

Pengerusi

Naib Pengerusi

Penyelaras

: Pn. Dalijatonseha Bt Mohamed Khalid (Pegawai Kurikulum Sains & Matematik) Pn. Norosda Bt Wali Mohamad (Pegawai Kurikulum Bahasa) : Pn. Rozita Bt Buang Fasilinus Numerasi : Encik Mohd Rizal B Mohd @ Anan (Fasilinus Numerasi) Encik Mohd Hadaffi B Awang Sazali (Fasilinus Literasi) Encik Mohd Nizal B Mohd Nor (Fasilinus Literasi) Pn. Nor Madiah Bt Kamarudin (Pegawai Tadbir NKRA) Pn. Nur Amany Ifwah Bt Anuar (Pegawai Tadbir Perkhidmatan)

Setiausaha

AJK

43

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG Taklimat Pelaksanaan LINUS Oleh Tn Hj Aziz B Naim, Pen. Pengarah BPK Tarikh : 11 Oktober 2010 / Isnin Anjuran : PPD Pekan Bahan-bahan yang diedarkan :

2010

Brochure yang mengandungi Jawatankuasa LINUS Daerah, data-data Saringan 1 dan 2 (Numerasi dan Literasi) bagi daerah Pekan. CD Modul Tahun 2 dan Modul Asas Tahun 1 Catatan Minit : Sekolah akan dibekalkan dengan 3 modul iaitu : - Modul P&P Guru (1 sekolah dibekalkan 2 buah Modul Numerasi dan 2 buah Modul Literasi, perlu diberi kepada Guru Pemulihan masing-masing 1 buah modul Numerasi dan Literasi) - Modul Murid (setiap murid) - Modul Pedagogi (baru dibangunkan oleh BPG) Guru LINUS perlu membuat perancangan, apakah dan bilakah konstruk akan dikuasai oleh murid. Pendekatan pedagogi perlu ke arah reasoning . Tahun 2011, penumpuan KPM diberikan kepada analisis dan diagnostik. 1 100 orang Guru Pemulihan baru telah dilantik. Bagi sekolah yang menghadapi masalah ketidakhadiran murid yang tinggi, KPI sekolah berkenaan ialah peratus kehadiran murid. Oleh itu, sekolah secara dokumentasi perlu menyenaraikan strategistrategi yang telah, sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Peruntukkan LINUS adalah RM 45 juta. FasiLINUS akan dibekalkan dengan Laptop. Setelah 6 bulan LINUS dilaksanakan, 6 000 murid KIA 2M telah boleh membaca. Bagi SJKC dan SJKT, pada peringkat awal Literasi hanya dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia kerana untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, kemudian barulah akan diikuti dengan bahasa ibunda lainnya. Selepas Saringan 3, pihak sekolah boleh mencadangkan kepada ibu bapa penjaga untuk menghantar murid Pemulihan LINUS menjalani ujian kesihatan. Jika ibu bapa penjaga meminta pihak sekolah yang menghantar anak-anak mereka ke pemeriksaan kesihatan tersebut, guru-guru perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa penjaga terbabit.

44

LAPORAN TAHUNAN LINUS DAERAH PEKAN, PAHANG

2010

Guru Pemulihan perlu menerima mana-mana murid LINUS, dalam apa-apa bilangan mengikut arahan daripada pihak Guru Besar. Tiada pekeliling yang menghadkan bilangan murid LINUS untuk diajar oleh Guru Pemulihan. Perancangan untuk membekalkan sekolah dengan seorang jururawat tidak dapat dilaksanakan memandangkan ketidakcukupan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan. Guru perlu menentukan kaedah pengajaran kepada murid-murid mengikut kaedah yang berbeza, berdasarkan kepada minat murid-murid seperti kaedah Audio, Hands On, Minds On dan Visual. Kurikulum Asli Penan (KAP) akan disokong dengan Kurikulum Etnik, memandangkan tahap KAP terlalu rendah. Bagi tahun 2011, modul bagi tahun 2 dinamakan sebagai Modul Tahun 2, manakala modul tahun 1 dinamakan sebagai Modul Asas 1 kerana ia turut mengandungi tajuk pengukuran, panjang, berat dan cecair.

45

Anda mungkin juga menyukai