Anda di halaman 1dari 89

Wanis Soffya

Bab 1
ALKIS BATRISYIA melangkah pantas. Lintang-pukang atur langkahnya. Apa sahaja yang menghalang laluannya, disepak sekuat hati. Seolah-olah melepaskan marah yang sedang membara di hati. Wajahnya kelat berbaur masam yang mencuka. Hentakan kaki semakin kuat. Semakin hampir dia dengan rumahnya semakin luas langkahnya dan akhirnya dia melangkau kakinya melangkah tiga anak tangga sekali gus dengan tiga kali langkah, melepasi sembilan anak tangga, terus meredah pintu rumah mengejutkan seisi rumah yang sedang bersantai menonton TV di ruang tamu. Kesemua mata membulat, menyorot langkahnya yang sedang laju menuju ke bilik tidurnya tanpa mempedulikan mereka. Masing-masing kehairanan dan berpandangan sesama sendiri. Dum!!! Berdentum pintu bilik dihempasnya. Sekali lagi mengejutkan seisi rumah. Bergegar rumah kayu yang agak berusia itu.

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Apa hal pulak Cha ni? Biar mak pergi tengok. Entah apa yang tak kena dengan budak ni. Mak manjakan sangat dia tu. Tak boleh silap sikit, macam itu la jadinya, bebel Sofian, anak Mak Kiah yang sulung. Matanya masih terpaku di kaca TV. Mak Kiah terus mengatur mempedulikan kata-kata Sofian. langkah tanpa

Cha! Kenapa? Boleh mak masuk? Mak Kiah mengetuk perlahan pintu bilik Balkis. Balkis mengeluh panjang. Cha. Mak Kiah memanggil lagi. Masuklah mak. Dia menjawab perlahan. Pintu dikuak, Mak Kiah menghampiri Balkis. Bahu gadis berusia tujuh belas tahun lebih itu disentuhnya. Kenapa Cha? Mak Kiah bertanya lembut. Hati tuanya tahu, pasti ada yang tidak kena. Tak ada apa-apalah mak... nafi Balkis cuba menidakkan tekaan Mak Kiah. Takkanlah tak ada apa-apa? Cha macam marah aje mak tengok, duga Mak Kiah yang tidak mudah menerima jawapan anak gadisnya itu. Naluri keibuannya dapat merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu. Ada sesuatu yang membuatkan anak gadisnya itu marah. Kalau tidak masakan wajahnya masam begitu sekali. Cakaplah dengan mak. Mak Kiah memujuk lagi. Tangannya mengelus-elus perlahan rambut Balkis. Wajah gadis comel itu mencuka dengan bibir yang memuncung

Wanis Soffya

membuatkan hati Mak Kiah sedikit tercuit lucu. Ada senyuman nipis terukir di bibirnya. Tak elok tau anak dara muncung macam ni, nanti orang takut nak masuk meminang, usik Mak Kiah. Biarlah mak. Siapa yang nak anak dara tak berbapa macam Cha ni? Terluah juga apa yang terbuku di hatinya yang telah berkali-kali terguris dengan persoalan siapa bapanya. Siapa dan di mana? Tersentak hati tua Mak Kiah mendengar jawapan anak dara kian dewasa itu. Hilang senyuman yang menghiasi bibirnya seketika tadi. Sepasang matanya terpaku di wajah Balkis yang sedang murung. Cha... tak baik cakap macam tu. Cha ada bapa. Bapa yang sah. Kan mak dah cakap, jangan pedulikan cakapcakap orang. Dia orang tu tak tahu apa-apa pun, ujar Mak Kiah cuba memujuk. Namun, jauh di sudut hatinya dia menyumpah orang yang telah mengguris hati anak gadis yang ditatangnya bagai minyak yang penuh ini semenjak dilahirkan lagi. Belakang anak gadis itu diusapnya dengan penuh kasih sayang. Kali ni siapa pula? tanya Mak Kiah mahu tahu. Pasti ada yang mengungkit-ungkit kisah silam mama Balkis, yang juga adik bongsunya. Siapa lagi Cik Senah Murai itulah! jawab Balkis pantas. Mulutnya memuncung ke arah rumah orang yang dipanggilnya Cik Senah Murai itu. Hmmm... kalau dia tu, tak payahlah Cha pedulikan. Satu kampung memang dah tahu perangai dia. Kali ini mulut Mak Kiah pula yang terjuih.

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Menyampah benar dia dengan perangai Cik Senah yang bukan orang lain dengan dia. Saudara juga tapi saudara jauh, bau-bau bacang kata orang. Tapi Cha sedih, mak! Sebab Cik Senah tu emak Firdaus? soal Mak Kiah menduga. Emmm entah macam mana la Firdaus boleh jadi anak dia. Firdaus baik. Dah kehendak Allah mereka jadi anak-beranak Cha. Emmm... Cha ada apa-apa ke dengan Firdaus? Mak Kiah cuba menduga. Sepanjang pengetahuannya, Balkis memang sangat rapat dengan Firdaus, anaknya Cik Senah. Entah kenapa Si Firdaus suka benar berkawan dengan Balkis sedangkan mamanya langsung tidak pernah menyukai Balkis. Ada sahaja salah dan buruk Balkis di matanya dari kecil hinggalah ke usia remaja begini. Isy! Mak ni kawan sajalah mak! Best friend, jelas Balkis dengan kepala terangguk-angguk menjelaskan. Mak Kiah tersenyum simpul. Mak ingat Cha ada apa-apa dengan dia. Tak ada sungguh mak, ucap Balkis bersungguhsungguh menafikan kata-kata Mak Kiah. Kalau macam tu tak apalah, tapi mak ingat elok Cha renggangkan sedikit hubungan Cha dengan Firdaus. Lagipun sekarang ni Cha dan Firdaus dah tak sekolah. Tengah tunggu SPM. Jadi tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan tentang pelajaran. Kalau tak nanti Cik Senah tu ingat Cha dengan Firdaus ada apa-apa pula, nasihat Mak Kiah panjang lebar.

Wanis Soffya

Mulut Balkis herot ke kiri dan ke kanan. Jemari halusnya yang sedang melekat di dagu bergerak-gerak seperti orang sedang berfikir lagaknya. Satu keluhan panjang dilepaskan, penuh terpaksa. Cha pun ingat macam itulah mak. Dia bersetuju juga akhirnya. Baguslah Cha. Mak Kiah puas hati. Balkis jarang membantah. Kadang-kadang terasa seperti dia lebih berjaya mendidik Balkis berbanding anakanaknya sendiri. Ah, memanglah berbeza. Anak-anaknya semua lelaki. Masing-masing ada perangai sendiri yang kadang-kadang memeningkannya. Mak ni bukan nak mengongkong, tapi kalau mak kawan Cha tu asyik mencemuh Cha apa gunanya persahabatan tu? Kalau dah kudis lama-lama bernanah juga. Kalau Cha tak bergaduh dengan Firdaus, mungkin nanti Firdaus pula yang bergaduh dengan emaknya tu. Lambatlaun jadi perang anak-beranak pula. Mak tak Huargh! Mengantuk la mak. Tiba-tiba pula Balkis menguap besar. Tidak cukup satu tangannya menekup mulut. Hampir tergelak pula Mak Kiah dengan telatah Balkis. Terus terlupa nasihatnya yang belum bernoktah tadi. Hmmm. Mak Kiah menggeleng-gelengkan kepala. Itulah Balkis. Hatinya memang mudah sejuk. Tambahan lagi kalau kena gaya pujuknya. Mak, Chiko mana mak? Tiba-tiba teringat pula dia pada anak kucing berwarna coklat yang menjadi kesayangannya beberapa bulan ini. Tadi ada tidur kat ruang tamu. Sekarang ni

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Chikoooo!!! Belum sempat Mak Kiah menghabiskan kata-kata, Balkis sudah menjerit memanggil anak kucingnya yang berusia enam bulan itu. Jeritan yang secara tiba-tiba itu membuatkan Mak Kiah sedikit tersentak. Diurut-urut dadanya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Meow. Terdengar suara Chiko, seperti menyahut panggilan Balkis. Mak Kiah melangkah keluar. Di muka pintu berselisih pula dia dengan Chiko yang sedang melangkah lambat-lambat mahu mendapatkan tuannya. Ko, meh sini! Balkis memanggil Chiko sambil menepuk-nepuk tilam empuknya tanda mengajak Chiko tidur bersamanya. Chiko apa lagi, seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, terus saja melompat naik ke katil. Si kucing yang manja itu menyondol ke lutut Balkis yang sedang bersila. Semakin galak pula bila badannya diusap-usap lembut oleh Balkis. Puas bermanja, sempat Chiko menjilatjilat ekornya yang panjang sebelum merebahkan badan di sisi Balkis. Pantas pula tangan Balkis mengusap-usap badan Chiko lagi. Terasa hilang segala sakit hati melihat Chiko yang manja itu sedang melelapkan mata. Diusap-usap batang hidung Chiko yang mancung. Ko! Kau tahu tak Cik Senah Murai tu? Ala maknya Si Firdaus tu ha tahu? Dia kata aku macam-macam tadi. Bengang wooo!!! Kekadang orang tua tu melampau juga. Nasib baik orang tua, mak kawan baik aku pulak tu, kalau tak dah lama aku belasah! Balkis membebel. Dia telah

Wanis Soffya

pun berbaring berdekatan Chiko. Fikirannya mula menerawang jauh. Seperti terdengar-dengar pula suara Cik Senah mencemuhnya sebentar tadi. Terasa menyesal pula melayan rindu pada Firdaus hingga ringan kakinya melangkah ke rumah Cik Senah. Tak sangka Cik Senah ada di rumah pula malam ini. Tak kerja atau dah berhenti kerja Cik Senah ni? Kalau kerja, selalu hari Rabu syif malam. Balkis sempat bertanya pada diri sendiri. Ah! Malaslah nak jawab. Mata dipejam rapat-rapat. Dia mahu melupakan wajah Cik Senah biarpun buat seketika.

KENAPA dengan Cha tu mak? Sofian bertanya sebaik sahaja terlihat Mak Kiah yang kembali ke ruang tamu. Hmmm apa lagi kalau tak kerana mulut Cik Senah tu. Mak Kiah seakan mendengus. Dia kembali duduk di kerusi yang telah didudukinya sebelum ke bilik Balkis tadi. Tak habis-habislah Cik Senah ni. Agaknya dia dah lupa kut pasal mulut dia tu, pintu pagar rumah dia runtuh dibuat Si Fikri dulu tu. Entahlah Pyan, mak pun tak tahu nak cakap apa yang tak kenanya Si Cha tu di mata Cik Senah kau tu... ucap Mak Kiah separuh mengeluh. Orang macam dia tu memang tak tahu nak jaga mulut. Kalau diikutkan hati saya ni, nak saja saya runtuhkan rumah dia pula lepas ni. Sofian mulai menurut kata hati. Sakit hatinya bila teringatkan perangai dan cara Cik Senah melayan Balkis. Berkali-kali juga dia melarang Balkis dari

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

berkawan dengan Firdaus tetapi tidak diendahkan oleh Balkis. Hah sekarang ini terimalah padahnya. Cha pun satu kan dah banyak kali saya cakap jangan berkawan dengan Firdaus tu. Cik Senah memang tak suka. Sofian sempat menegur sikap Balkis yang menambahkan kebencian dan kemarahan Cik Senah kepadanya. Budak-budak tu tak bersalah, Pyan. Kenapa nak larang mereka berkawan? Sedikit sebanyak Mak Kiah seperti menyebelahi Balkis walaupun tindakan Sofian ada benarnya. Tetapi jika difikirkan secara rasional, Firdaus tidak pernah bersalah pun pada Balkis. Sebab itulah agaknya Balkis suka benar bersahabat dengan Firdaus biarpun Firdaus adalah anak kepada orang yang sangat membencinya. Habis tu dah maknya tak suka. Pyan tak suka nanti dijajanya pula cerita Si Cha tergila-gilakan anaknya pula, ujar Sofian meluahkan rasa bimbangnya Cik Senah akan memburuk-burukkan Balkis sebagaimana mama Balkis sendiri. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu peristiwa hitam yang menimpa mak sunya akan berulang kepada Balkis pula. Mak pun terfikir juga apa yang kau fikirkan tu tapi kau jangan bimbanglah Pyan. Mak dah nasihatkan Cha tadi, Cha pun dah setuju nak renggangkan hubungannya dengan Si Firdaus tu. Mak Kiah menarik nafas lega apabila teringatkan janji yang dibuat oleh Balkis sebentar tadi. Kalau macam tu baguslah, senang sikit hati saya ni. Walaupun Balkis bukan adik kandungnya, kasih sayang Sofian tidak pernah berbeza terhadap Balkis. Malah

Wanis Soffya

Balkis lebih disayanginya berbanding adik-adiknya sendiri. Balkis satu-satunya adik perempuan yang dia ada biarpun Balkis cuma adik sepupunya. Maka itulah sebabnya dia sangat sayangkan Balkis dan menjadi cepat naik darah jika Balkis dicerca orang.

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 2
sendiri.

ORINGNYA tunggu result SPM ni kalau sekolah, kan best? Balkis merungut

Hidupnya terasa sunyi sepi tanpa kehadiran temanteman sekolahnya. Kertas putih di meja sudah penuh dicontengnya dengan formula-formula matematik yang dihafalnya. Dicapai sekeping lagi kertas putih. Kali ini dia mahu melukis pula. Melukis sebatang pokok. Ada seekor burung di dahan pokok itu. Burung yang sedang merenung ke atas. Balkis menggoyang-goyangkan pensel seketika. Memikir-mikir apa yang mahu dilukis lagi. Satu bulatan besar akhirnya dilukis di atas kepala si burung. Kemudian dia menulis pula AKUKAH SI PUNGGUK INI? Pensel diletakkan di atas meja. Dia merenung lukisannya pula. Tibatiba matanya berkaca. Terasa sebak di dada. Dia teringatkan kata-kata Cik Senah semalam, kononnya dia pungguk rindukan bulan macam mamanya juga. Enggang sama enggang... pipit sama pipit. Mak kau tu tak sedar diri ada hati nak terbang sama enggang.

10

Wanis Soffya

Belum apa-apa dah tersungkur. Pergilah balik. Aku tak suka anak aku berkawan dengan orang keturunan jenis tak sedar diri! Sudahlah tu entah halal ke haram engkau tu? Kata-kata terakhir Cik Senah itulah yang sangat menyakitkan hatinya. Terasa panas cuping telinganya. Sertamerta mukanya juga terasa panas seperti dipanggang. Cik Senah cakap baik-baik sikit. Kalau saya anak haram, saya binti Abdullah bukan binti yang macam dalam surat lahir saya tu. Semuanya sebab mak saya ada sijil nikah tau! Terasa hendak tergeliat lidahnya mahu berlawan cakap dengan Cik Senah yang lebih kurang sebaya usia dengan mamanya. Sah ke sijil nikah mak kau tu? Cik Senah bertanya sinis. Sahlah! Kalau tak sah macam mana nama bapa saya ada dalam surat lahir saya? Cik Senah tak sekolah ke? herdik Balkis. Tak sangka pula dia akan bertembung dengan Cik Senah di malam yang masih muda itu. Firdaus pula tak nampak batang hidung. Eh eh! Budak ni nak mengajar aku pula. Kurang ajar kau ya! Cik Senah menunjal jarinya ke kepala Balkis. Namun Balkis tidak membiarkan begitu sahaja. Segera dia mengelak agar jari telunjuk Cik Senah yang kasar itu tidak menyinggah ke dahinya. Saya belajar dari Cik Senah. Dalam pada itu, Balkis masih sempat menjawab. Baginya, Cik Senah tak boleh dibiarkan. Dari dulu ada saja yang tak kena di mata Cik Senah kalau berkenaan Balkis. Bukan saja Balkis, malah Mastura, mama kandung Balkis.

11

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Kalau mak kau tu tak buat kerja tak elok, mana bapa kau? Sebelum kau lahir lagi bapa kau tu dah menghilang, tau? Jadilah mak kau tu pungguk rindukan bulan. Cik Senah, kenapa Cik Senah bencikan sangat mak saya? Cik Senah ada hati dengan bapa saya ke? Nanti kalau saya jumpa bapa saya tu saya bagitahu dia Cik Senah suka kat dia, dulu-dulu tak sempat nak cakap tiba-tiba bapa saya tu hilang. Entah-entah Cik Senah yang jadi pungguk rindukan bulan kut? perli Balkis, sengaja mahu menyakitkan hati Cik Senah dengan membuat tuduhan begitu. Dikerlingnya wajah Cik Senah, mahu melihat reaksi perempuan itu bila berhadapan dengan kata-kata yang menyakitkan hati sebegitu. Hei, budak! Kau baik-baik sikit! Aku lempang juga nanti! Ada hati ya kau nak cari bapa kau tu? Anak dengan mak sama saja pungguk rindukan bulan tak sedar diri! Seperti yang dijangkakan, Cik Senah melenting marah. Dum!!! Berdentum pintu rumah bila Cik Senah menghempas kuat pintu itu. Tak sempat pula Balkis menjawab kali ini. Kalau sempat pasti hatinya tidak jadi panas, sekurang-kurangnya marah dapat dilepaskan pada orang yang sepatutnya. Kalau sempat mahu saja Balkis katakan yang Cik Senah itu cemburu, mamanya Mastura kahwin dengan orang kaya, lebih kaya dari suami Cik Senah masa itu. Itulah cerita yang dia dengar dari mulut Mak Kiah. Tapi Cik Senah dah tutup pintu. Tutup semua lampu termasuk lampu luar. Balkis takut gelap sebab itulah sakit hatinya terpaksa dibawa balik ke rumah. Tak guna punya Cik Senah!!! Dia hanya sempat menyumpah dalam hati tatkala kakinya membuka langkah seribu sehingga ke jalan besar rumah Cik Senah yang diterangi lampu jalan.

12

Wanis Soffya

Itu cerita semalam. Cerita yang hampir dilupakan dengan kehadiran Chiko. Tapi hari ini entah ke mana pula Chiko. Tinggallah Balkis kebosanan sendirian. Siapa kata aku pungguk rindukan bulan? Sikit pun aku tak teringin nak cari bapa aku tu. Kalau aku teringin atau mengharapkan dia cari aku, memanglah macam pungguk rindukan bulan mengharap-harap orang yang telah buang aku dari dalam kandungan mama. Kerja bodoh namanya. Balkis mengomel-ngomel sendiri. Memang di hatinya tak pernah teringin untuk mencari bapa kandungnya. Baginya, lelaki tidak bertanggungjawab seperti bapanya itu tidak penting dalam hidupnya. Lagi pula, tiada yang kurang dalam hidupnya dari kecil hingga kini. Mak Kiah dan Pak Rahmat menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Apa lagi yang dia mahu? Segalanya cukup. Cha! Tersentak Balkis dari lamunan. Cha! Terdengar lagi suara memanggilnya. Pantas Balkis menjenguk ke halaman. Firdaus! Terukir senyuman di bibir Balkis. Cepat-cepat dia membuka pintu dan turun ke halaman. Terpandang sahaja wajah Firdaus, terus hilang ingatannya terhadap janjinya pada Mak Kiah semalam. Cha, kau cari aku ya semalam? tanya Firdaus tanpa berlengah. Haah tak pasal-pasal aku kena sembur dengan mak kau. Kau pergi mana? Mak kau tak kerja ke semalam? Kan Rabu dia kerja malam? soal Balkis bertubi-tubi.

13

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Anak lelaki Cik Senah yang berkulit sawo matang itu menarik-narik telinganya sendiri dengan wajah yang berkerut. Terasa sarat lubang telinganya dengan soalansoalan Balkis tadi. Sorry la semalam aku keluar dengan budak kampung sebelah tu. Tak tahu pula kau nak datang. Mak aku tu entahlah, katanya ada rombakan syif kat tempat dia kerja tu. Kesian kau Cha kakak aku cerita semua pagi tadi. Sorry yek. Ada raut kesal di wajah Firdaus. Tak ada apa-apa la. Asalkan bukan kau yang kutuk aku macam tu. Balkis bersuara mendatar, bebola matanya merayau ke langit. Macam nak hujan aje. Jangan la... nak dating nih! Tak janji! Aku takkan kutuk kau walau macam mana sekalipun. Firdaus mengangkat tangan seperti orang mengangkat sumpah lagaknya. Balkis tersenyum riang dengan perlakuan Firdaus. Kedua mereka beriringan mengatur langkah. Tapi kakak aku kata kau kenakan mak aku, ya? Tersengih-sengih Firdaus menyoal Balkis. Saat ini jari telunjuk Firdaus tegak menunjuk ke arah batang hidung Balkis. Sikit aje. Itupun aku cuma cakap balik apa yang dia cakap pasal mak aku. Tak ada la sadis sangat macam orang yang kena kutuk anak dot dot dot. Isy! Dah la. Sorry on behalf mak aku ya Cha. Yalah! Best friend punya pasal. Best friend aje ke? Bukan special boyfriend? tambah Firdaus mengusik. Gila kau? Jangan cari pasal la. Dah terang-terang

14

Wanis Soffya

mak kau tak suka aku. Jangan kata sejengkal, seinci pun dia tak sukakan aku. Lagipun kau tak takut ke? Manalah tahu apa yang mak kau cakap tu betul. Aku ni anak dot dot dot. Balkis menjawab usikan Firdaus sambil menjegilkan matanya sedikit. Isy! Cha, kau jangan terpengaruh dengan cakapcakap mak aku la. Yang penting dalam surat beranak kau, dalam IC kau ada nama bapa kau bukannya kau berbintikan Abdullah. Itu dah cukup membuktikan mak kau tak salah, dia bernikah, isteri yang sah pada bapa kau. Cukuplah, jangan kau nak pening-peningkan kepala. Biar orang lain saja yang pandang serong pada mak kau tapi jangan engkau Cha. Jadi anak derhaka pula kau nanti. Panjang lebar nasihat Firdaus. Ketika itu mereka telah pun sampai di anak sungai yang menjadi tempat mereka mengulang kaji pelajaran bersama beberapa rakan lain dulu. Yalah Encik Firdaus. Saya dengan besar hati menerima segala nasihat Encik Firdaus demi kebaikan diri saya, gurau Balkis membalas kata-kata nasihat Firdaus. Mula la tu nak main-main bila orang nasihatkan dia, ngomel Firdaus tidak puas hati. Mana ada main-main? Betul-betul ni aku terima nasihat kau tu. Eh! Lea dengan Wati dah kerja. Kau bila lagi? Balkis segera menukar topik sebaik sahaja punggungnya mencecah dahan pokok yang sedang berjuntai ke dalam anak sungai yang berarus perlahan itu. Kelihatan indah sekali batu-batu kecil di dasar sungai itu. Ada sesetengah tempatnya pula berpasir dan berbatu besar. Abang aku ajak aku pergi KL, tolong dia kat kedai komputer dia itulah, cerita Firdaus tanpa memandang wajah Balkis.

15

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bulat mata Balkis mendengar jawapan Firdaus. Sedang Firdaus pula melemparkan pandangan ke arah dua ekor rama-rama yang sedang berkejaran riang. Habis, kau nak pergi? Pandangan mata Balkis sedang menikam tajam ke wajah Firdaus. Nampak gayanya wajib. Cadangan mak aku sebenarnya. Saat ini mata mereka bertaut. Ya ke? Jawapan Firdaus membuatkan Balkis bagaikan hilang semangat. Firdaus hanya mengangguk. Kau? soal Firdaus pula. Tak tahu lagi. Tapi Wati kata ada kerja kosong kat supermarket tempat dia kerja. Kerja cashier macam dia juga la. Balkis menjawab malas. Okey juga kalau kau kerja tu. Kaukan pandai maths, ucap Firdaus cuba menceriakan Balkis. Serba salah jadinya melihat wajah Balkis yang mempamerkan kesedihan mendengar kata-katanya sebentar tadi untuk bekerja di kedai komputer abangnya di Kuala Lumpur. La apa pula kena-mengena? Bukannya nak kena pakai formula pun kerja cashier. Kau tak pernah pergi supermarket ke? Balkis menjegilkan matanya memandang Firdaus. Anak teruna Cik Senah Murai itu tergelak kecil. Mula la tu nak kenakan orang. Sempat juga Firdaus merungut. Bibit-bibit mereka petang itu. ceria mula menguasai pertemuan

16

Wanis Soffya

Kenakan apa pula? Kalau tak pernah, esok jom la kita pergi Giant tengok macam mana cashier dia buat kerja. Kalau susah-susah nak kena pakai formula segala aku tak naklah. Bukan tak terer! Cuma kut-kut nanti aku kena ketuk dengan customer aje. Orang nak beli barang bukannya nak ambik kelas tambahan matematik, ujar Balkis seraya ketawa geli hati. Haah! Yalah tu! Betul cakap awak. Saya setuju! Firdaus menjawab selamba. Meniru sebiji-sebiji dialog rancangan kartun Blues Clues yang ditayang di TV9. Balkis ketawa lagi. Kau tengok ke kartun tu? Tak ada cerita lain ke? Rumah kau ada Astro, kan? Mengekek-ngekek Balkis ketawa hingga menekan-nekan perut. Terasa lucu amat kalau benar Firdaus menonton rancangan kartun itu. Eh eh! Kau tau jugak ya? Ha kau pun tengok, kan? balas Firdaus pula. Kali ni Balkis pula yang terkena. Gelaknya memerangkap diri sendiri. Firdaus!!! Saat kedua-dua remaja itu asyik bergelak ketawa, terdengar satu suara nyaring seperti bergema dari langit. Serentak itu juga dush!!! Balkis sudah terdampar jatuh ke dalam anak sungai. Cepat-cepat dia bangun sambil meraup mukanya yang kebasahan. Pandangan matanya sedang meneliti siapa perempuan gempal yang dirasakan seperti kenal itu. Firdaus! Mak kau la! Aku ingatkan halilintar nak panah dahan tempat aku duduk tu. Tu la aku terjun. Balkis bersuara kelam-kabut tatkala mengenal pasti kelibat Cik

17

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Senah sedang melenggang-lenggok menghampiri mereka berdua. Haah la alamak! Mak aku la. Eh, kau okey ke? Dalam kerisauan melihat ibunya yang semakin hampir, Firdaus masih prihatin dengan keadaan Balkis. Dia juga sudah berada di dalam anak sungai yang berair dingin itu. Aku okey. Dont worry. Firdaus! Balik!!! Berapa kali mak nak cakap dengan kau ni?! Budak ni sial, jangan berkawan dengan dia! Cik Senah terus menengking sebaik sahaja kakinya berhenti melangkah. Pandangan mata Firdaus jatuh pada seraut wajah Balkis. Walaupun Balkis nampak bersahaja, Balkis masih tidak dapat menyembunyikan raut wajah yang terguris dek kata-kata ibunya sebentar tadi. Itu Firdaus pasti. Firdaus balik! Kau tak malu ke berdua saja dengan budak ni? Nanti tak pasal-pasal dia tu jadi macam mak dia! Masa tu walau macam mana pun, jangan harap aku nak kahwinkan kau dengan dia. Panas hati Cik Senah melihat Firdaus yang sedikit pun tidak berganjak dari sisi Balkis. Berangnya semakin meruap-ruap. Dia sudah mencekak pinggang. Kalau diikutkan hati mahu saja dipiat-piat telinga anak terunanya yang seorang itu. Sudah berbuih-buih mulutnya melarang Firdaus berkawan dengan Balkis, tetapi anak itu degil. Susah benar mendengar cakapnya. Isy! Apa mak merepek ni? kata Firdaus yang tergesa-gesa naik ke tebing, meninggalkan Balkis yang masih tercegat memeluk tubuh di dalam anak sungai itu. Namun sempat juga dia berpaling, mencuri pandang wajah Balkis yang sedang menunduk. Kesian Balkis. Pasti dia sedih

18

Wanis Soffya

maruahnya seperti sedang dipijak-pijak orang. Tetapi Firdaus tak mampu melakukan apa-apa selain merangkul lengan ibunya dan melangkah tergesa-gesa meninggalkan anak sungai yang nyaman itu. Sebaik hilang sahaja kelibat Firdaus dan Cik Senah, Balkis terus memanjat semula dahan tempat dia duduk tadi. Eleh! Cik Senah ni tak sayang mulut betul! Nasib baik Firdaus ada tadi. Kalau tak, tahulah apa aku nak jawab. Tapi tak bolehlah depan-depan Firdaus. Melampau la kutuk mak depan anak. Ustazah tak ajar perangai macam tu. Hik hik hik. Kalau Abang Fikri ada, tahulah nasib kau Cik Senah. Jawabnya kena buat pagar baru lagilah hik hik hik! Balkis mengekek sendiri. Terkenang pula pada Fikri yang sering membelanya dulu. Baru sahaja Balkis mahu berbaring di atas dahan itu, tiba-tiba sahaja guruh berdentum, serta-merta membantutkan kenangan lalu yang mahu menyinggah lagi. Alamak! Dah nak hujan la pulak. Matanya memandang ke langit. Anak sungai yang indah itu ditinggalkannya. Takut pula seorang diri di situ, sementelah malam hampir menjelang. Baiklah jika dia bergerak pulang sementara hari masih belum gelap. Balkis berjalan laju sambil tangannya memintal hujung bajunya yang masih lencun, memerah air sungai.

19

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 3
ALL PEN Papermate Image 1.0mm itu bagaikan memutar segala kenangan bersama Firdaus. Pen berdakwat biru di tangannya itu dibeleknya seperti tidak pernah melihat pen sebelum ini, walhal tiada apa pun yang unik pada pen itu. Bezanya pen itu dibelikan oleh Firdaus. Hadiah hari jadinya yang ketujuh belas tahun. Balkis tersenyum sendiri. Terlalu banyak kenangan indah antara dirinya dan Firdaus selama persahabatan mereka. Firdaus baik, tiada langsung seperti Cik Senah. Mungkin Firdaus mewarisi sifat mulia bapanya. Fikri? Tiba-tiba teringat pula Balkis pada Fikri. Telah lama lelaki itu pergi membawa sekeping hati yang terluka. Bagaimana agaknya dia sekarang? Masih tidak dapat menerima kenyataankah? Sudah berbulan-bulan dia tidak menjengah ke rumah ini. Terasa rindu pula pada kenangan lalu yang disusuri bersama Fikri sebelum terbongkarnya satu perkara yang membuatkan kedua mereka terluka. Mama papa kalau aku tidak ditinggalkan begini, tak mungkin nasib aku dan Fikri begini. Hmmm.

20

Wanis Soffya

Balkis mengeluh kecil. Dia cuba melupakan kenangan yang datang bertandang. Kini dia keseorangan. Sekali lagi dia terasa kehilangan. Firdaus telah pun dibawa abangnya ke Kuala Lumpur. Zalea dan Azwati pula hanya sesekali dapat berjumpa. Itu pun jika mereka bekerja syif tengah hari. Terlalu banyak masa lapang memberi banyak ruang kepada Balkis untuk terfikir perihal kedua ibu bapanya walaupun dia tidak mahu memikirkannya. Baginya lebih baik tidak berfikir daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak baik sahaja mengenai mereka. Buat menambah dosa sahaja. Ditinggalkan sebatang kara, bagaimana hendak memikirkan yang baik-baik mengenai mereka? Bagaimana? Sepasang matanya yang bundar berlegar-legar ke segenap pelosok biliknya. Bilik yang ditumpanginya sejak sekian lama. Terasa diri sangat kerdil. Kalaulah tiada Mak Kiah dan Pak Rahmat. Argh! Mungkin aku dah mati atau dibuang di masjid atau tempat pembuangan sampah. Pantas kedua-dua telapak tangannya menekup muka. Air mata telah lama kering. Tiada tangisan lagi untuk sebuah kekesalan lahir ke dunia seolah-olah tidak diundang walaupun hakikatnya dia tahu, semua manusia di dunia ini hanya menumpang sementara waktu. Stop it Balkis Batrisyia! Fikirkan perkara lain.... Dia memejamkan mata, sedaya upaya dia cuba melenyapkan ingatan terhadap perkara yang sering membuat hatinya terguris. Dia mundar-mandir, ke hulu ke hilir dan akhirnya berhenti di tepi jendela yang ternganga luas. Pandangannya menerobos ke dusun buah-buahan milik Pak Rahmat. Nak kerja ke tak nak kerja ni? Balkis bertanya pada diri sendiri. Jemarinya sedang rancak menggaru-garu kepala yang tiba-tiba terasa gatal.

21

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Ada kutu ke gatal sangat ni? Mulutnya mengomel perlahan. Tangannya masih menggaru-garu kepala. Isy! Tak pernah dalam sejarah kepala aku ni ada kutu. Eh! Haah tak mandi lagi. Patutlah gatal sana sini. Dia segera mencapai tuala. Tuala bergambar kartun Garfield itu disangkutnya di bahu. Sempat dia melirik ke arah jam di dinding ruang tamu ketika keluar dari biliknya. Kelihatan jelas jarum pendek jam yang sedang menunjukkan ke angka sebelas. Hah!? Langkah kakinya terhenti. Wajahnya dipalingkan sekali lagi ke arah jam di dinding. Ditenung jam itu. Kelihatan jarum panjang jam di angka dua belas. Sertamerta kakinya kembali melangkah. Kali ini bukan lagi berjalan malas tetapi telah berlari-lari anak. Teringat temu duga terbuka pelbagai jawatan di supermarket tempat Azwati dan Zalea bekerja yang akan bermula tengah hari ini. Peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan jika benar-benar mahu bebas dari gangguan-gangguan fikiran yang boleh menyebabkan dia jadi seperti orang gila bayang atau mungkin juga seperti apa yang dikatakan oleh Cik Senah. Pungguk rindukan bulan. Cha, nak ke mana ni? Kemas saja ni? Mak Kiah bertanya kehairanan sebaik sahaja Balkis melintasi ruang tamu untuk keluar. Apa tidaknya, jarang Balkis berpakaian kemas kecuali bila berpakaian sekolah. Biasanya jika sekadar di rumah atau sekitar kampung, Balkis hanya berseluar panjang dan T-shirt. Tapi kali ini dia berseluar slack yang dipadankan dengan kemeja lengan panjang berbunga kecil. Gayanya kemas sekali. Interbiu. Pantas sepatah perkataan keluar dari bibir mungilnya.

22

Wanis Soffya

Hah!? Interbiu? Jawapannya mengundang kejutan pada Mak Kiah. Reaksi yang memang sudah dijangkakannya. Kerja apa? Kat mana? Berkerut dahi Mak Kiah. Sesusuk tubuh kurus Balkis direnungnya. Bolehkah Balkis bekerja? Kerja apa di usia semuda belasan tahun? Berlegar pelbagai persoalan di fikiran tua Mak Kiah. Kerja cashier macam Wati dengan Lea. Di GillMart jugalah. Balkis menjawab. Jelas kepada soalan Mak Kiah. Dia menghampiri Mak Kiah dan mengisi ruang kosong di sisi Mak Kiah. Bolehlah mak! Cha dah boring sangat dah ni. Dah sebulan kat rumah ni. Boleh jam otak ni mak. Balkis merengek manja, sebelum Mak Kiah sempat menyangkal kemahuannya. Dia tahu, bukan senang Mak Kiah hendak membenarkan. Mak Kiah pula hanya mendiamkan diri. Serba salah dengan permintaan Balkis. Mak Kiah faham perasaan Balkis. Mungkin Balkis perlukan aktiviti yang boleh membuatnya tiada masa untuk memikirkan mengenai ibu dan bapanya seperti semasa bersekolah dahulu. Dia juga perlukan temanteman yang boleh diajak berbicara selain Mak Kiah. Sekurang-kurangnya dia ada peluang untuk bergembira dan melupakan kedukaan yang bertandang tika bersendiri. Mungkin sesuai jika Balkis bekerja. Tapi Mak. Empat mata bertembung. Tergendala pertimbangan di fikiran Mak Kiah. Cha tak boleh duduk macam ni saja di rumah, mak. Cha tak nak fikir pasal mama pasal papa pasal

23

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

cakap-cakap orang mengenai Cha. Mungkin kerja boleh buat Cha lupa perkara-perkara tu, macam Cha sibuk masa sekolah dulu. Tepat seperti jangkaan Mak Kiah. Memang Balkis sedang cuba lari dari memikirkan perihal ibu bapanya dan juga cakap-cakap orang yang mengelirukan fikirannya. Mata Balkis masih menikam tajam ke dalam bebola mata Mak Kiah. Mak Kiah menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dengan berat sekali melepaskan udara yang disedutnya tadi. Baiklah. Tapi kerja saja tau, pandai-pandai pilih kawan. Banyak orang tak betul di luar tu. Akhirnya Mak Kiah bersetuju biarpun dengan berat hati. Kata-kata Mak Kiah membuatkan Balkis tersenyum simpul. Terjongket bahunya, meluahkan rasa gembira. Terima kasih mak! Tubuh Mak Kiah dirangkul erat tanda terima kasih sebelum melangkah keluar. Balkis bersyukur walaupun dia hidup tanpa mengenali siapa ibu bapanya, tanpa mendapat belaian manja daripada keduanya, dia amat disayangi oleh Mak Kiah yang merupakan kakak sulung ibunya. Tak sedikit pun dia dibezakan dengan anak-anak kandung Mak Kiah. Dia amat bersyukur. Bukan semua orang yang tidak diinginkan oleh kedua ibu bapa sepertinya dapat hidup sebahagia dia walaupun sesekali terdetik juga kerinduan pada kedua ibu bapa kandung. Tapi di mana mereka? Tidak sayangkah mereka pada dia? Tak sanggup rasanya memikirkan diri tidak disayangi oleh orang yang sepatutnya menyayanginya lebih daripada orang lain. Tidak. Langkah kakinya sudah terhenti di hentian bas. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Tiada tempat yang

24

Wanis Soffya

sesuai untuk duduk melepaskan penat. Lima belas minit menunggu, akhirnya kelihatan sebuah bas sedang bergerak perlahan. Fuh lega rasa hati! Malasnya menunggu lamalama, boleh patah semangat aku yang tak seberapa ni. Balkis melangkah malas tatkala bas berhenti betul-betul di depannya.

INGATKAN kau tak datang. Azwati menyapa sebaik sahaja Balkis menghampirinya. Balkis yang berpakaian kemas itu diamatinya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Kenapa dengan kau ni? Tengok aku semacam aje. Apa yang tak kena? Balkis membelek imej diri sendiri yang terpantul di dalam pintu kaca supermarket itu. Hmmm... macam orang nak pergi interbiu kerja pejabat la kau ni. Azwati sudah tergelak. Ya ke? Habis tu macam mana? Boleh aje interbiu. Tak ada masalah pun. Cuma aku nak tergelak aje. Nak tergelak? Ha gelaklah puas-puas. Tak ingin aku kerja kat sini! Balkis mengatur langkah mahu keluar dari bangunan supermarket itu. Hoi! Cha aku gurau aje. Takkan tak boleh kut? Langkah Balkis dituruti oleh Azwati. Namun Balkis meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Azwati. Cha, aku gurau saja. Kau ni kenapa sensitif sangat ni?

25

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Terhenti langkah Balkis apabila Azwati sudah berdiri tegak di hadapannya. Cha. Azwati terus memujuk. Kau tu suka nak gelakkan aku. Kau tak suka ke aku nak kerja kat sini? La aku berguraulah. Kau ni jomlah cepat, nanti kena isi borang dulu, tunggu giliran lagi lambat nanti kalau sibuk nak merajuk kat sini. Tangan Balkis pantas ditariknya agar Balkis masuk semula ke dalam GillMart. Balkis menurut sahaja. Eh, Zalea mana? Tiba-tiba pula dia teringatkan Zalea. Kelibat temannya yang seorang itu belum lagi kelihatan. Zalea rehat awal hari ni sebab dia syif penuh. Petang nanti rehat lagi sekali, balik pukul sepuluh setengah malam. Azwati memberikan sedikit gambaran tentang waktu rehat bagi syif penuh. Nanti interbiu, dia orang tanya apa? tanya Balkis ingin tahu. Sedikit sebanyak dia berdebar-debar juga. Macam-macam dia tanya, pandai-pandailah kau jawab. Dah sampai. Kat ofis tu kau ambil form yang dekat meja tu and then isi, lepas tu kau duduk tunggu giliran kau. Aku tak boleh nak tunggu kau, lima minit lagi waktu rehat aku tamat. Kalau lambat kena jelinglah jawabnya dengan senior cashier. Okey! Thank you Miss Azwati. See you soon. Bye. Azwati terus melangkah pergi meninggalkan Balkis. Tergesa-gesa kelihatan langkahnya. Mungkin senior cashier yang dimaksudkannya itu garang orangnya. Balkis sempat berimaginasi sendiri.

26

Wanis Soffya

Ala... kalau setakat jeling tu biar sajalah, bukannya sakit pun. Lagipun mata dia, suka hati dialah. Balkis terus mengomel dalam hati.

27

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 4
AK KIAH melenggang sendirian. Terasa sunyi pula semenjak Balkis telah mula bekerja. Ke mana saja, dia terpaksa sendiri. Ah tak apalah, asalkan Balkis bahagia, fikir Mak Kiah. Pagi ini langkah kakinya teratur kemas menuju ke kedai runcit Pak Rahim, satu-satunya kedai di kampungnya yang menjual bahanbahan mentah untuk dimasak. Beberapa minit sahaja dia telah pun berada di kedai Pak Rahim. Tersenyum dia melihat ikan-ikan yang segar. Dibeleknya satu per satu. Hari ini, Mak Kiah bercadang nak memasak siakap tiga rasa kegemaran Balkis, dipadankan dengan tomyam ayam dan juga kailan ikan masin. Pasti menjilat jari Balkis malam nanti. Mak Kiah tersenyum lagi. Hai Kak Kiah, tersenyum sorang-sorang dari tadi kenapa? Tiba-tiba ada suara menegur. Mak Kiah menoleh ke arah datangnya suara tadi. Eh... Cik Senah! Ingatkan siapa tadi? Tak ada apa-

28

Wanis Soffya

apalah, teringatkan anak-anak saja. Mak Kiah mengatur kata biarpun dalam hati terasa jengkel kerana menyakitkan hati Balkis baru-baru ini. Kalau tidak kerana itu, pasti Balkis masih betah tinggal di rumah. Tidak perlu sibuk hendak bekerja demi untuk menghindari kekusutan fikiran, bukannya demi sesuap nasi sebagaimana matlamat sebenar sesetengah orang yang bekerja. Teringatkan anak-anak saja? Dekat adik bongsu kesayangan tak ingat ke? balas Cik Senah sinis, membuatkan Mak Kiah memandang tepat ke wajahnya. Darahnya telah mula menyirap. Kata-kata Cik Senah seperti menyimbah minyak ke dalam api. Senah kau ni kenapa? Tak habis-habis nak mengungkit kisah lama. Kau ingat sikit Senah... kalau tak kerana mulut kau, adik aku Mastura takkan lari menghilangkan diri. Dah berbelas tahun pun, apa yang kau tak puas hati lagi? Apa yang kau nak lagi? Kata-kata Cik Senah membuatkan Mak Kiah hilang sabar. Fikirnya tak mahu bermusuhan, sebab itulah teguran Cik Senah disambut baik walaupun hatinya mahu marah pada Cik Senah kerana tak henti-henti menyakitkan hati Balkis. Tak ada apa-apalah Kak Kiah cuma satu saja pesan saya, jangan biarkan anak saudara Kak Kiah tu cubacuba nak pikat anak bujang saya. Takut nanti nasibnya sama dengan maknya, adik bongsu Kak Kiah tu. Memuncung mulut Cik Senah menghabiskan kata-katanya. Yang itu kau jangan bimbang, Cha sendiri pun cakap dia tak ada apa-apa dengan anak kau. Kawan sekolah saja. Kalau kau tak teringin nak bermenantukan anak aku yang cemerlang, gemilang terbilang tu, aku pun tak teringin nak berbesan dengan orang tak ada wawasan macam kau ni. Asyik nak menjatuhkan maruah orang saja. Maruah sendiri

29

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

bersepah, sibuk nak mengata orang! Kali ini Mak Kiah melampiaskan marah. Nada suaranya meninggi. Beberapa orang pelanggan kedai itu sudah mula menjeling-jeling ke arah mereka. Eh apa Kak Kiah cakap ni? Mata Cik Senah meliar melihat orang sekeliling. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya, sindir Mak Kiah dan terus berlalu meninggalkan Cik Senah yang sedang menahan geram. Sakit hati Cik Senah disindir Mak Kiah begitu. Tunggu kau Kiah tunggu! Cik Senah mengetap bibir. Matanya masih meliar ke kiri ke kanan. Mujur tidak ramai orang pada ketika itu, hanya ada beberapa orang muda yang mungkin tidak tahu kisah yang berlaku hampir dua belas tahun yang lalu. Kisah yang menyebabkan perceraiannya dengan bekas suaminya. Mak Kiah pula telah melenggang jauh meninggalkan Cik Senah setelah tergesa-gesa membayar harga barang yang dibelinya. Tak kuasa rasanya melayan mulut murai Cik Senah. Dari muda sampai ke tua begitu jugalah mulutnya. Tak pernah belajar menghormati perasaan orang lain. Langkah kaki Mak Kiah semakin perlahan. Terasa letih walaupun hanya seminit dua mengatur langkah yang pantas tadi. Nafasnya turun naik, sedikit termengah-mengah. Perlahan-lahan digagahkan juga kaki melangkah, menuju ke rumah adiknya untuk berehat seketika. Dari jauh sudah kelihatan kelibat adiknya Salmah sedang berdiri di muka pintu. Kak long! Kenapa ni? Mak Salmah bertanya hairan melihat Mak Kiah kepenatan seperti dikejar sesuatu. Segera dia mencapai barang-barang yang dibawa oleh Mak

30

Wanis Soffya

Kiah dan diletakkan di pangkin di bawah pohon mempelam yang rendang dan sedang berbunga lebat. Mak Kiah terus melabuhkan punggung di pangkin itu tanpa menjawab pertanyaan Mak Salmah. Wajahnya masih masam mencuka. Mak Salmah beberapa kali menggeleng kepala melihat gelagat kakaknya itu. Kak long duduk dululah. Mah ambilkan air. Mak Salmah meninggalkan Mak Kiah sendirian. Duduk di bawah pohon yang merendang, terasa hilang kepanasan yang dijunjung di kepala sebentar tadi ketika berjalan di bawah terik matahari. Cuma panas di hati yang belum reda. Mujur dia segera meninggalkan kedai Pak Rahim. Mak Kiah mengibas-ngibas mukanya dengan hujung selendang. Kemudian mengelap rintik-rintik peluh yang sedang membasahi mukanya pula. Seketika kelihatan kelibat Mak Salmah sedang menatang sejag oren sejuk membuat Mak Kiah rasa terliur pula. Kak long kenapa? Mak Salmah bertanya lagi sambil tangannya ligat menuang minuman sejuk itu untuk kakak sulungnya. Segera gelas itu dicapai oleh Mak Kiah. Diteguknya pantas. Mak Salmah hanya memerhati sambil menggeleng. Gelas yang masih bersisa separuh minuman itu diletakkan kembali ke talam. Aku geram ni. Geram sangat ni! Akhirnya Mak Kiah mula berkata-kata, membuatkan mata Mak Salmah membulat besar. Kenapa?

31

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Aku pergi kedai tadi, beli barang dapur ni. Mak Kiah memulakan cerita sambil tangannya menuding ke arah barang-barang yang dibelinya tadi. Tuturnya terhenti seketika, menarik nafas panjang sebelum menyambung lagi ceritanya. Entah dari mana datangnya Cik Senah tu, ditegurnya aku. Mak Kiah menelan liur. Bicaranya terhenti lagi. Gelas minuman di dulang dicapainya. Baguslah! Kan dulu kak long yang beria nak berbaik dengan dia? Mak Salmah memulangkan paku buah keras. Teringat pula segala nasihat Mak Kiah agar tidak bermusuhan sesama Islam. Tapi, bagi Mak Salmah pula tiada gunanya berbuat baik dengan orang seperti Cik Senah. Siasia sahaja, Cik Senah tetap tak berubah. Kalau ditegur baik, taklah aku sakit hati. Mak Kiah menjawab setelah seteguk lagi air membasahi kerongkongnya. Apa yang ditegurnya, kak? Kan Mah dengan Abang Kob dah cakap, Cik Senah tu bukan boleh berbaik. Aku bukannya nak berbaik. Cuma tak mahu bermusuhan. Itu saja. Yalah yalah! Tapi apa benda yang ditegurnya tadi? Sampai kak long marah macam ni? Kak long ni bukannya jenis cepat naik darah. Hairan sungguh Mak Salmah melihat Mak Kiah yang sedang naik angin. Aku pergi kedai tadi tu sorang-sorang saja sambil membelek ikan tu, teringat pula aku pada Si Cha. Aku senyumlah sorang-sorang, rupanya Cik Senah tu memerhatikan aku. Tiba-tiba saja dia tanya aku pasal aku senyum sorang-sorang tu. Mak Kiah mula membuka cerita yang sebenarnya.

32

Wanis Soffya

Habis kak long jawab apa? Mak Salmah bertanya penuh minat. Mak Kiah pula terus mengibas-ngibas hujung selendangnya menjemput sang bayu agar dapat mendinginkan seluruh tubuhnya yang terasa panas ketika ini. Aku jawab cara baiklah. Aku kata teringatkan anakanak. Tup-tup dia boleh tanya aku teringatkan anak-anak saja? Dekat adik bongsu kesayangan tak ingat? Mak Kiah bercerita. Diajuknya cara Cik Senah bercakap. Serta-merta pula wajah Mak Salmah menjadi tegang. Terasa panas membara di hati Mak Kiah telah menyinggah ke lubuk hatinya pula. Masakan tidak? Jika orang yang dimaksudkan oleh Cik Senah itu adik Mak Kiah, sudah tentunya orang itu adiknya juga. Bak kata pepatah cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Melampau betul la Cik Senah ni. Tak sudah-sudah nak menyakitkan hati keluarga kita ni. Dia punya pasal juga Mastura lari dulu. Hmmm... entah kat manalah Mastura sekarang ni. Mak Salmah melampiaskan marahnya pula. Namun di hujung bicara, nadanya diselubungi sedikit sayu terkenangkan adiknya yang telah lama menghilang entah ke mana. Aku rindukan Mastura. Air mata Mak Kiah mulai mengalir perlahan. Cepat-cepat Mak Kiah mengesat air matanya dengan hujung selendang. Saya pun rindukan Mastura. Entah apa nasibnya sabarlah kak long. Bahu Mak Kiah dipeluk erat oleh Mak Salmah. Fikiran Mak Salmah melayang terkenangkan peristiwa tujuh belas tahun dulu. Mastura yang masih dalam pantang hilang tiba-tiba. Fikirannya terganggu dengan fitnah

33

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

yang dilemparkan padanya. Mak Salmah dan keluarga percaya, itulah sebabnya Mastura lari. Lari seolah-olah pihak yang bersalah, padahal dia tidak bersalah. Dan tindakannya itu membuat seluruh kampung mulai percaya dengan fitnah yang disebarkan. Saat itu, seluruh keluarga bagai dipulau, hinggalah akhirnya Yaakob menemui sijil nikah Mastura yang telah dikoyak-koyakkan dan dibuang di kebun. Dan sehingga kini, yang menjadi persoalan yang tidak terjawab siapakah yang mengoyak dan membuang sijil nikah itu? Mastura atau ada orang lain yang mahu menganiayai Mastura?

34

Wanis Soffya

Bab 5
ACAM MANA Cha? Kau suka tak kerja kat sini? Zalea bertanya sebaik sahaja mereka melangkah ke luar dari supermarket tempat mereka bekerja. Suka! Suka sangat. Best betul time pegang duit beratus-ratus yang customer bayar. Balkis menjawab ceria. Hampir dua minggu dia bekerja di GillMart. Terasa lapang fikirannya dari gangguan fikiran yang cuba dihindarinya. Hidupnya terasa gembira kembali, dikelilingi teman-teman untuk bergelak ketawa dan berkongsi cerita. Ternyata bukan hanya dia, Zalea dan Azwati sahaja yang bekerja sementara di GillMart tetapi ramai juga teman-teman satu sekolahnya yang lain. Kalaulah Firdaus ada di sini, pasti diajaknya sama-sama bekerja di supermarket ini. Haah walaupun bukan duit kita, kan? sokong Azwati yang juga menyuarakan rasa yang sama seperti Balkis. Em! Best, kan kalau banyak duit, boleh shopping. Boleh beli apa yang kita nak beli. Balkis berangan-angan.

35

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Ah! Sabarlah. Hujung bulan ni dapatlah gaji kita. Senyuman melebar di bibir Azwati. Terbayang-bayang di mata wang ratusan ringgit dalam genggaman hasil titik peluh sendiri. Tapi aku dapat setengah bulan aje. Balkis menjuihkan bibir. Terasa tidak puas hati apabila teringatkan Zalea dan Azwati akan mendapat gaji lebih RM350 daripadanya. Tak apalah. Dah kau masuk kerja tengah bulan, pujuk Azwati lembut. Senyumannya yang sedang melebar tadi tiada lagi. Riak wajahnya menunjukkan rasa kasihan pada Balkis. Emmm kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat, setimpal dengan pekerjaan yang kita buat. Rezeki yang halal adalah rezeki yang membawa berkat. Tiba-tiba Zalea membuka mulut. Gelagatnya saling tak tumpah seperti Ustazah Zakiah yang sering memberi ingatan kepada anakanak muridnya tentang hidup yang harus sentiasa bersyukur pada Allah SWT dan juga tentang keberkatan hidup. Hmmm dah mula dah Ustazah Zalea ni. Terhangguk-hangguk kepala macam orang nak bernasyid. Ha ha ha alhamdulillah alhamdulillah syukur. Perlakuan Zalea itu membuatkan hati Balkis tercuit lucu. Ha kan bagus macam tu? Zalea menunjukkan wajah berpuas hati. Dah! Dah! Jom balik. Malam pun dah makin lewat ni. Azwati mengajak sebaik sahaja melihat jam yang menunjukkan hampir ke pukul sebelas malam.

36

Wanis Soffya

Ketiga-tiga mereka mula bergerak meninggalkan kawasan parkir kenderaan pekerja supermarket GillMart. Dengan kelajuan sederhana, motosikal Azwati dan Zalea mula beriringan. Berpusu-pusu dengan sekumpulan pekerja lain yang turut menaiki motosikal. Terasa nyaman angin malam menyentuh ke tubuh membuat kelopak mata Balkis menjadi layu. Dan rasa mengantuknya itu kian menjadi, biarpun sebentar tadi ketika berbual dengan Zalea dan Azwati tiada langsung rasa mengantuk.

MAK KIAH sedang mundar-mandir. Pintu rumahnya dibiarkan terbuka luas, biar mudah meninjau ke luar, meninjau kelibat si anak gadis yang ditunggu-tunggu. Penat ke hulu ke hilir, akhirnya Mak Kiah duduk di beranda. Matanya terpaku ke jalan besar. Mengharap ada cahaya lampu dari kenderaan yang dipanggil motosikal. Hati tuanya sangat risau. Mana tidaknya. Hari ini Balkis habis kerja malam. Sudahlah begitu, membonceng pula motosikal Zalea. Ya Allah! Selamatkanlah perjalanan anak aku. Mak Kiah tidak putus-putus berdoa dalam hati. Saat ini dia sudah tidak sabar lagi menunggu Balkis. Putaran jarum jam yang laju untuk tempoh seminit terasa bagaikan sejam. Hati tuanya semakin resah. Manalah budak-budak ni ucap Mak Kiah resah yang kemudian bingkas mahu bangun meninjau lagi. Tatkala itu, terlihat olehnya cahaya yang terang. Cahaya dari lampu kereta. Mak Kiah menggaru-garu kepalanya. Motor yang ditunggu, kereta pula yang datang. Mak Kiah bersungut dalam hati. Kereta yang masuk ke pekarangan rumah pula

37

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

semakin hampir dengan tangga rumah Mak Kiah. Mak Kiah terus memanjangkan leher. Matanya meliar ke dalam kereta. Macam Haji Mail, bapanya Si Zalea. Eh! Apehal ni? Di fikiran Mak Kiah mula terlintas perkara tidak baik. Terkocoh-kocoh Mak Kiah menuruni anak tangga. Kereta Kia Spectra berwarna cerah itu pun telah berhenti. Pintu sebelah pemandu telah terbuka. Dan kelihatan kelibat Haji Ismail. Mak Kiah hanya menanti di beranda, sedaya upaya mengawal debar di dada. Kiah, anak kau dengan anak aku kemalangan. Tapi tak ada la parah. Cedera sikit saja. Haji Ismail terus memberitahu sebaik sahaja menutup pintu kereta. Hah! Kemalangan? Mana Belum sempat Mak Kiah bertanya lagi, pintu kereta bahagian penumpang belakang terbuka. Balkis terhincut-hincut keluar dari kereta. Terkocoh-kocoh lagi Mak Kiah mendapatkan Balkis. Cha tak apa-apa ke? Ya Allah! Macam mana boleh kemalangan pula ni? Kan mak dah cakap tak payah kerja. Inilah inilah perkara yang mak takutkan. Aaa.. Haji Mail jemputlah naik dulu. Tangan Balkis dirangkul kuat oleh Mak Kiah. Mereka melangkah seiringan. Haji Ismail mengekori. Kiah, aku minta maaflah atas apa yang terjadi ni. Si Zalea tu baru saja dapat lesennya. Belum cekap lagi. Haji Ismail meluahkan rasa kesal. Terasa benar menyesalnya memberi kebenaran kepada Zalea untuk menunggang motosikal ke tempat kerjanya. Kalau dia tidak membenarkan,

38

Wanis Soffya

pasti tidak berlaku apa yang terjadi malam ini. Sudahlah kemalangan, melibatkan orang lain pula. Mujur Balkis tidak patah-patah. Alah! Bukan salah Zalea, Pak Mail. Budak lelaki yang bawa kereta tu yang salah. Nak masuk simpang, terus saja masuk tak bagi signal. Segera Balkis memotong cakap Haji Ismail, membela Zalea. Kasihan Zalea tak pasal-pasal dipersalahkan. Betul, tapi kalau Zalea cekap, berhati-hati, taklah jadi macam ni. Haji Ismail masih kesal. Riak wajahnya sedikit keruh. Kalaulah terjadi apa-apa pada Balkis entah apa hendak dikatakan pada Mak Kiah, fikir Haji Ismail sendiri. Tak apalah Haji Mail, benda dah jadi. Mujurlah tak teruk sangat ni. Degup jantung Mak Kiah telah reda. Cedera Balkis ringan sahaja. Kasihan pula Si Zalea kalau dia tidak meredakan marah Haji Ismail. Macam mana pun aku minta maaf banyaklah Kiah atas apa yang terjadi ni. Si Zalea tu aku ingat kerja kat supermarket tu sampai hujung bulan ni saja. Kalau dia nak kerja juga, cari sajalah dekat-dekat kampung kita ni. Naik risau aku dengan budak-budak ni. Haji Ismail membebel panjang. Hmmm... blackout blackout. Balkis bersungut dalam hati. Tak berani lagi bersuara selepas dijeling oleh Mak Kiah ketika dia memotong percakapan Haji Ismail tadi. Baguslah kalau macam tu. Cha, dengar tak apa Haji Mail cakap? Cha pun sama. Ibu bapa ni bukannya nak menghalang, tapi sebab sayang takut perkara-perkara macam ni la. Balkis hanya mampu mendengar kata-kata Mak Kiah. menundukkan kepala

39

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Balik dulu la Kiah, dah lewat ni. Haji Ismail meminta diri dan terus bangun mengatur langkah ke pintu. Tak minum dulu ke Haji? Kopi ke teh ke? Tak payah la Kiah. Terima kasih saja. Dah lewat sangat ni, lagipun ada baiknya kau tengok-tengokkan Si Cha ni. Mana yang sakit kut-kut dia segan nak bagitahu di klinik tadi, jawab Haji Ismail sambil menuruni anak tangga rumah Mak Kiah. Yalah Haji. Terima kasihlah Haji ya tolong hantarkan Cha balik. Mak Kiah berbahasa. Haji Ismail hanya mengangguk. Perlahan-lahan kereta Haji Ismail menjalar keluar meninggalkan pekarangan rumah. Mak Kiah kembali semula ke atas rumah. Balkis telah tiada di ruang tamu. Mak Kiah mengatur langkah ke bilik anak gadisnya setelah mengunci pintu rumah. Terus sahaja dia masuk ke bilik Balkis. Kelihatan Balkis sedang menyandar di katilnya. Sakit? tanya Mak Kiah prihatin. Sikit aje mak. Sikit pun sakit, kan? Balkis mendiamkan diri. Terasa hilang keinginan untuk bercakap setelah mendengar kata-kata Haji Ismail yang mahu Zalea berhenti kerja hujung bulan ini. Baru sahaja dia, Zalea dan Azwati berseronok kerana akan mendapat gaji tidak beberapa hari lagi sudah timbul soal berhenti kerja pula. Apa nak buat di rumah ini kalau tidak bekerja? Balkis menyoal diri sendiri. Mak tahu Cha nak kerja. Tapi kalau Zalea berhenti, Cha berhenti sajalah.

40

Wanis Soffya

Balkis hanya mendiamkan diri. Dia pura-pura memejamkan mata. Melihat reaksi Balkis, Mak Kiah hanya menggeleng, faham benar dia dengan perangai Balkis. Kalau sudah begitu tindak balasnya bermakna Balkis malas mahu berbincang. Esok sahajalah, fikir Mak Kiah. Dia lantas melangkah keluar, meninggalkan Balkis. Balkis pula terus menyambar bantal dan menekupnya ke muka. Ada marah yang sedang membara di hatinya saat itu. Segera pula terbayang di matanya yang sedang pejam itu wajah dua lelaki yang menyebabkan dia dan Zalea tergolek di tepi jalan. Tatkala mereka berdua sedang cuba bangun dalam kesakitan, dua lelaki itu muncul. Adik tak apa-apa ke? Agak kelam-kabut salah seorang lelaki itu bertanya. Balkis hanya menjeling geram. Terhincut-hincut dia meninggalkan lelaki itu dan mendapatkan Zalea yang sedang membelek sikunya yang berdarah. Lea! Kau okey ke? Sakitlah. Siku aku berdarah ni. Kau? Entah! Tapi kaki aku ni sakit. Alamak lutut aku pun berdarahlah! Balkis menjawab sambil terus membelek pergelangan kakinya pula. Ada rasa pedih dan berbahang di buku lali kakinya. Abang hantarkan ke klinik ya? Lelaki yang sama yang bertanya pada Balkis tadi menawarkan diri. Balkis tidak menjawab. Lelaki itu menggaru-garu kepalanya, sambil matanya memberi isyarat kepada kawannya untuk cuba memujuk pula.

41

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Adik, minta maaflah! Abang nak cepat tadi. Terlupa pula nak bagi signal masa nak masuk simpang ni. Tapi betul, abang tak sengaja. Tergagap-gagap lelaki yang memandu kereta itu meminta maaf. Haah... betul tu. Tak sengaja, tambah lelaki yang banyak bertanya tadi. Yalah tu tak sengaja, mentang-mentang orang naik motor kecil terus buat-buat tak nampak. Akhirnya Balkis bersuara geram. Lembut sedikit hatinya mendengar ucapan maaf daripada lelaki yang memandu kereta itu. Ketika itu telah ramai juga orang yang mula mengerumuni mereka. Apa hal ni? Tiba-tiba seorang lelaki tua yang tergesa-gesa menyelit di celahan orang ramai bertanya. Tak ada apa-apa pak cik, kawan saya terlanggar adik-adik ni. Tak apa pak cik, kami nak bawa ke klinik ni. Ha cepat-cepat bawa ke klinik, dah lewat malam ni, kata lelaki tua itu dan terus berlalu pergi. Langkahnya diikuti oleh beberapa orang yang tadinya teruja ingin tahu apa yang berlaku. Suasana kembali lengang. Zack! Kau tengokkan motor adik ni. Aku nak bawa dia orang pergi klinik. Pantas lelaki yang melanggar mereka bergerak ke arah motosikal Zalea yang terdampar di tepi jalan. Adik, jomlah kita pergi klinik. Tadi kata nak cepat. Balkis sempat membebel laju. Nada suaranya perlahan sekali. Tadi sekarang dah cancel plan dah. Ada suara yang berbisik dekat telinga Balkis.

42

Wanis Soffya

Rupa-rupanya bebelan Balkis walaupun sangat laju sempat juga didengari oleh lelaki yang ingin membawanya ke klinik itu. Balkis hanya mampu menjeling dengan mimik muka menyampah. Hesy! Balkis menguatkan lagi tekapan bantal ke mukanya. Fikirnya mahu melupakan kejadian dan wajah lelaki tadi. Hesy! Kenapalah mamat tu hensem la pula? Tak boleh nak lupa pula ni. Rungut Balkis sambil bergolek ke kiri dan ke kanan. Memaksa fikirannya melupakan wajah tampan lelaki yang membawanya ke klinik tadi. Dan jika bukan kerana dibawa ke klinik oleh lelaki itu pasti Balkis tidak akan perasan ketampanan lelaki yang dijeling geram tadi. Dan tidak jugalah dia tidur tidak lena begini. Hmmm! Tidur tidur tidur tidur. Balkis terus memujuk matanya.

43

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 6
ATAHARI hampir tegak di atas kepala. Namun Balkis masih diulit mimpi. Sekali-sekala bergolek ke kiri dan ke kanan. Terasa lenanya sedang terganggu dek bunyi ilai tawa yang meriah dari ruang dapur rumah. Telinganya semakin tidak tahan. Mukanya berkerut, pantas tangannya mencapai bantal kecil dan terus menekapnya ke telinga. Namun usaha itu gagal kerana telinganya masih tetap dapat menangkap bunyi-bunyi suara orang sedang rancak berbual dan bergelak ketawa. Hesy! Susah betul ada telinga lintah ni, rungut Balkis lantas bingkas bangun. Jari telunjuknya menggali-gali lubang telinga yang terasa gatal. Cha! Bangunlah. Mak ngah datang ni. Sedang asyik menarik-narik telinga, terdengar suara Mak Kiah memanggil. Hmmm... mak ngah rupanya. Patutlah meriah semacam aje dunia aku hari ini. Balkis mengomel sendiri. Panggilan Mak Kiah tidak disahutnya. Perlahan-lahan dia

44

Wanis Soffya

bangun dan menggeliat meregangkan otot-otot yang terasa berat. Tuala mandi dicapai. Dengan langkah terhincut-hincut dia menghala ke cermin panjang yang tergantung berdekatan almari pakaian. Dibelek-belek mukanya. Tangan kanannya pantas menggosok-gosok pipinya, mahu menanggalkan sisasisa bedak sejuk yang bertempek di muka. Dia tersenyum sendiri apabila terkenangkan kedegilan matanya yang tidak mahu lelap semalam. Akhirnya dia bangun dan menempelkan bedak sejuk ke muka, biar rasa sejuk dan mudah terlelap. Tak semena-mena terkenang pula pesanan Mak Kiah tentang keberkesanan bedak sejuk yang menjadi amalan keluarga turun temurun. Zaman mak dulu, anak dara yang teringin nak berkulit cantik selalu tempek bedak sejuk malam-malam. Kalau yang berjerawat tu, tempeklah bedak sejuk yang dicampur dengan daun jambu batu yang dah ditumbuk atau digiling. Insya-Allah cantik, tak macam zaman sekarang ni pakai krim tu, pakai krim ni tapi tak juga cantik-cantik, membazir saja sudahlah begitu ada yang dapat penyakit pula. Cha!!! Hilang semua lamunannya pada bebelan Mak Kiah yang seperti sedang dibisik-bisikkan ke telinga lantaran jeritan namanya yang agak nyaring. Terkebil-kebil kelopak matanya seketika. Hesy mak ngah ni macam singa betina! Terhincut-hincut kakinya melangkah. Pantas tombol pintu bilik dipulas. Terjengul muka Mak Salmah sebaik sahaja pintu dibuka. Cha, matahari dah meninggi. Tak eloklah tidur

45

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

lagi. Bahu anak gadis itu dirangkulnya. Bertuah badan Balkis. Walaupun tiada ibu kandung, kesemua ibu saudaranya sangat sayangkannya. Tubuh gempal wanita itu dirangkulnya. Bila mak ngah sampai? tanya Balkis. Tangannya menekup mulut. Dekat satu jam dah. Kenapa tangan tekup mulut ni? Takut mulut busuklah belum gosok gigi. Jawapan kebudak-budakan Balkis mengundang tawa Mak Salmah yang sememangnya mudah ketawa. Hmmm kalau macam tu pergi mandi dulu. Nanti makan dengan mak ngah. Mak ngah ada buatkan nasi lemuni kegemaran Cha. Cepat sikit, nanti sejuk nasi tu. Belakang badan Balkis diusap beberapa kali tatkala anak mata Balkis membulat mendengar tentang nasi lemuni kegemarannya. Sayang mak ngah! kata Balkis namun tangannya tetap juga menekup mulut. Bayangnya telah menghilang di sebalik pintu bilik air. Gelagatnya diperhatikan oleh Mak Kiah penuh kasih sayang. Mak Salmah pula kembali melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Tak payah masaklah kak long hari ni, ya? Dah banyak nasi kau bawa ni Mah, ujar Mak Kiah sekadar berbasa-basi. Yalah kak long tak payah masak lagi. Memang saja saya bawa lebih, biar puas Cha makan. Emmm saya tengok Si Cha tu okey saja, tak macam orang accident pun? Hmmm Cha? Dia tu lasak budaknya, bukan kau

46

Wanis Soffya

tak tahu, Mah. Sikit-sikit macam tu tak ada apa-apalah. Tapi kita ni pula yang terkejut bukan main lagi bila dengar dia accident, balas Mak Kiah dengan mimik muka yang bersungguh. Hah itulah yang malam-malam buta kak long telefon saya tu. Saya pun bukan kepalang terkejutnya. Ingatkan teruk la sangat. Mulut Mak Salmah bagai bertih jagung. Hmmm mujurlah tak ada patah-patah ke terseliuh ke. Melecet dengan luka saja sikit-sikit. Tapi Haji Mail cakap semalam nak suruh Si Zalea anaknya tu berhenti kerja. Kak long tak tahu la pulak macam mana dengan Si Cha ni nanti. Kesian pulak nak disuruh berhenti, tapi hati ni risau la budak ni ke hulu ke hilir naik motor. Kalau risau baik kak long suruh Cha duduk rumah saja. Senang sikit hati kita ni. Dah tua-tua ni rasa tak sanggup pula nak menanggung rasa kalau apa-apa berlaku pada Cha. Hmmm kalaulah kak long tak susukan dia dulu tentu Syyy... jangan cakap lagilah Mah pasal tu, terdengar pula Cha nanti, tegur Mak Kiah bimbang perbualan mereka didengari oleh Balkis. Yalah saya minta maaf. Tapi ucap Mak Salmah masih tidak puas bercakap. Mah, kak long pun menyesal atas apa yang berlaku, tapi masa tu kita pun tak sangka jadi macam ni pula. Mak Kiah memperlahankan suara sebaik sahaja terdengar pintu bilik air yang berkeriuk ketika dibuka oleh Balkis. Tersengih-sengih Balkis melintasi ruang makan dan terus berlari-lari anak menuju ke biliknya. Fikri macam mana sekarang? soal Mak Salmah ingin tahu.

47

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Selama dia kat Johor tu, baru tiga kali dia telefon ke rumah. Cuti sebulan pun tak balik. Biarlah asalkan dia selamat jawab Mak Kiah bernada pasrah. Sabarlah kak long, orang muda memang macam tu. Lama-lama nanti dia sejuk sendiri... pujuk Mak Salmah lembut. Mak, mak ngah dah boleh makan ke? Lapar ni. Tiba-tiba saja tercegat Balkis di belakang Mak Kiah membuatkan kedua beradik itu sedikit tersentak. Cha! Terkejut mak ngah! Kalau nak mak ngah panjang umur lain kali jangan buat macam ni lagi. Boleh sakit jantung mak ngah ni tau. Balkis hanya tersengih dengan bebelan Mak Salmah. Serentak itu juga Balkis duduk bersebelahan Mak Kiah. Hmmm wangi. Ha sekarang boleh makan. Mak Kiah sempat bergurau, harapannya Balkis tidak terdengar perbualannya dengan Mak Salmah tadi. Tanpa berlengah Balkis terus sahaja menyenduk lauk-pauk yang nampak sangat menyelerakan ke dalam pinggan nasinya. Mak Kiah dan adiknya hanya tersenyum melihat gelagat Balkis yang sedang menjamu selera tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan lagi. Akhirnya mereka turut makan bersama Balkis.

MAK NGAH tak kerja hari ni? tanya Balkis sebaik sahaja selesai makan. Dia dan Mak Salmah berehat di ruang tamu.

48

Wanis Soffya

Cuti. Tak lama lagi mak ngah nak berhenti dah. Eh! Kenapa mak ngah? Nak jaga Aimi. Bulan depan Kak Mira kau nak pindah balik ke sini, katanya dah tak sesuai lagi tinggal di Kuala Lumpur tu. Bicara mak ngah tentang kepulangan anaknya Hasmira terhenti di situ. Balkis faham. Apa yang berlaku pada Hasmira memang tidak patut dan memang wajar keputusan Hasmira jika balik saja ke kampung. Mak ngah tak sangka Khairul tu tergamak ceraikan Kak Mira kau. Ikutkan sangat cakap mak dia tu percayakan sangat. Mak ngahnya tiba-tiba meneruskan bicara. Meluahkan pedih di hati. Balkis terdiam lagi. Tidak tahu apa yang patut dikatakan. Sementelah, ini soal rumah tangga, sedangkan dia tidak tahu apa-apa soal itu. Yang dia tahu Hasmira anak sulung mak ngahnya itu baru sahaja diceraikan suami garagara termakan pujukan ibunya yang gemar mengongkong. Dari dulu lagi ibu mertua Hasmira memang tidak begitu merestui pilihan anaknya kerana telah mempunyai pilihan sendiri untuk anaknya itu. Sabarlah Mah! Kak long percaya, ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku ni. Tiba-tiba sahaja terdengar suara Mak Kiah. Balkis menoleh. Terlihat kelibat Mak Kiah yang sedang menatang sedulang kopi panas. Hikmah apanya kak long? Mira dah jadi janda. Kak long tahu sajalah hidup perempuan berstatus janda ni bukannya senang. Ha, janda muda pulak tu. Mak ngah meluahkan perasaan yang membayangkan ketakutan dalam hatinya.

49

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Yalah! Kak long faham. Tapi sekurangkurangnya dia kembali dekat dengan kau. Dulu kau selalu merungut Si Mira tu nak balik kampung setahun sekali raya pun susah, asyik kena ikut telunjuk mertuanya saja. Kak long rasa Mira pun rasa alhamdulillah dah bebas dari kehidupan yang tak adil macam tu. Dapat laki tak tahu bahagi kasih sayang ni memang susah. Mak Kiah membebel panjang. Perlahan-lahan dulang yang ditatangnya diletakkan di atas meja. Pantas pula tangannya mengangkat teko kaca dan menuangkan kopi ke dalam cawan. Mungkin jugalah kak long. Tapi saya kasihankan dia nanti hidup sorang-sorang. Hesy! Kau ni kita ni siapa? Kan sama-sama boleh jaga, ambil berat. Jangan risaulah, terjamin lagi hidup dia di kampung halaman sendiri. Emmm jadi ke dia buka butik pengantin kat bandar tu? Hmmm... jadi kak long. Abang Samat dah uruskan semuanya. Kedai pun dah ada. Nampak gaya tempatnya sesuai. Baju-baju pula kebanyakannya Si Mira bawa balik dari kedainya di KL tu saja. Dia dah bahagi dengan kawannya tu, dapatlah sikit-sikit bahagian dia. Nada suara Mak Salmah sedikit ceria. Baguslah kalau macam tu, cepat-cepat dia sibuk dengan kerjanya lagi cepatlah dia lupakan bekas suaminya tu. Eh mak ngah datang ni nak tengok Cha. Ha, kat mana sakitnya? Asyik pulak bercerita pasal Kak Mira kau. Tiba-tiba sahaja Mak Salmah teringatkan tujuan sebenar kedatangannya. Hah? Aaa tak ada apa-apalah mak ngah. Sikit saja ni. Balkis sedikit tersentak. Fikirannya tadi sempat

50

Wanis Soffya

melayang terkenangkan nasib kakak sepupunya yang kahwin muda itu dan kini baru berusia dua puluh lima tahun tetapi telah memegang status janda. Hmmm... kalau luka-luka macam ni, makan kenalah pantang. Ayam, telur apa-apa saja yang gatal jangan makan, nanti lambat sembuhnya. Baiklah Doktor Salmah, sebagai pesakit yang mendengar kata, saya akan ikut nasihat doktor. Balkis cuba bergurau. Dia mahu mengembalikan keceriaan mak ngahnya. Dan ternyata gurauan itu mencetus tawa mak ngahnya juga tawa Mak Kiah. Hesy Cha ni, pandai betul hiburkan hati mak ngah. Ucap Mak Salmah seraya merangkul tubuh Balkis erat. Ditepuk-tepuknya bahu Balkis dan tanpa segan silu, terus pula Balkis mencium pipi mak ngahnya. Terasa bahagia hidupnya walaupun hakikat sebenar hidupnya tidak pernah lengkap tanpa kehadiran mama dan papa kandungnya.

51

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 7
Tapi I rasa macam tak okey saja. Kakak you pandang I semacam aje, macam tak puas hati. Ya ke? Ke you yang tak selesa dengan kakak I? Emmm... ada la sikit. Kakak you tukan bertudung litup? Takkan dia suka I jadi wife you? You ni ada-ada sajalah. Kakak I okey. Eh! Makanlah dulu, dinner kita ni dah nak sejuk pun. Nanti tak sedap. Syahrain cuba menukar topik. Apa yang disangkakan oleh Tengku Julia memang benar. Kakaknya memang kurang berkenan dengan Tengku Julia. Bukan berkenaan rupa paras, pangkat atau darjat. Tapi berkenaan penampilan Tengku Julia yang langsung tidak berlandaskan perintah agama. Tengku Julia tak seperti orang Islam. Berpakaian seksi, bermake-up tebal, berkuku panjang dan yang paling kakaknya tidak berkenan, Tengku Julia berkuku merah. Pendek kata mewarnakan kuku. Entah

YAH, apa pendapat kakak you tentang I? Okey ke? Mestilah okey.

52

Wanis Soffya

kenapa, baru sejak akhir-akhir ini saja Syahrain perasan yang kebaratan Tengku Julia semakin menjadi-jadi. Mungkinkah kerana Syahrain tidak pernah menegur Tengku Julia tentang keterlaluannya akhir-akhir ini? Bingung. Bagaimana mahu membetulkan Tengku Julia? Syahrain buntu. Syah? Kenapa you ni? Lamunan Syahrain lenyap tika itu. Mata bertentang mata. Syahrain melemparkan senyuman, cuba melenyapkan kehairanan Tengku Julia. Hakikat sebenarnya, cuba menenangkan perasaan sendiri. Mencari ayat yang paling lembut untuk dipersembahkan pada Tengku Julia bagi memulakan teguran pertama sepanjang tempoh percintaan mereka. Ju you ni cantik sangat. Akhirnya ayat yang paling sedap untuk menyelinap ke telinga semua wanita pun berderetan terluah. I tahu dah. Berapa kali you nak cakap? Tengku Julia endah tak endah. Namun di dalam hati berbunga kembang semangkuk. Tapi. Tapi apa? soal Tengku Julia teruja ingin tahu. Akhir-akhir ni I nampak make-up you tu... Kenapa? Tak cantik? potong Tengku Julia pantas. Bukan tak cantik tapi kecantikan asli you hilang. You dah macam... Macam apa? sampuk Tengku Julia lagi seperti tidak sabar. Macam macam. Syahrain teragak-agak mahu meneruskan kata-kata tatkala bebola mata Tengku Julia sedang bersinar galak menikam anak matanya.

53

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Macam orang lain. Tak tergamak pula Syahrain hendak meluahkan ayat sebenar yang berlegar di fikirannya. Macam pelakon opera Cina terpaksa pula diganti dengan macam orang lain. Tengku Julia terdiam. Syahrain pula pura-pura tenang sambil menyedut minuman. So you tak sukalah ni? Tengku Julia bertanya setelah lama berdiam diri. You jangan salah faham. I cuma nak you kurangkan sikit, biar nampak natural. Tengku Julia mengangguk-angguk dengan wajah bersahaja mendengar jawapan Syahrain. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan, mencuri pandang ke arah pelanggan lain yang sedang menjamu selera berdekatan meja mereka. Let me guess. Tiba-tiba sahaja Tengku Julia bersuara perlahan, membuatkan dahi Syahrain berkerut. Yalah, apa pula yang hendak diteka-teka oleh Tengku Julia. Kakak you yang tak suka, kan? Bertambah berkerut dahi Syahrain dengan tekaan Tengku Julia yang hampir-hampir tepat itu. Woi, Ein!!! Buat apa lagi tu? Turun la! Bagaikan puting beliung, satu suara kasar menerjah ke gegendang telinganya membuatkan ingatan terhadap pertemuan akhir dengan kekasih hati lenyap serta-merta. Hilang wajah Tengku Julia dan hilang juga wajah kakaknya. Hesy! Mamat ni. Pantas Syahrain melangkah ke balkoni. Meninjau ke ruang parkir.

54

Wanis Soffya

Kelihatan Zaki sedang membelek-belek keretanya. Isy tak habis-habis dengan kereta, bebel Syahrain sambil melangkah menuruni tangga ke ruang parkir. Apa cerita kereta kau? Satu tepukan kecil hinggap di belakang Zaki. Kemik sikit aje. Tapi calar panjang tu semalam tak perasan pulak. Tu la lain kali berhati-hati. Jangan ingat kereta kau tu saja budak-budak berdua tu entah apa cerita? Eleh! Kau tu... mentang-mentang la budak-budak tu cute, nak membebel kat aku pulak hari ni. Ha kira nasib baik la pak cik semalam tu tak membebel kat kau. Kalau tak, bukan setakat masak saja, rentung kau semalam. Haah... yang tu memang nasib baik betul. Cool saja pak cik tukan? Kalau orang lain, mahu masak aku kena bambu. Ha tahu takpe lain kali bawa kereta tu beringatingat sikit! Ah! Kau tu nak berdating pergilah, nanti kau pula yang kena bambu dengan makwe kesayangan kau tu. Memang nak pergilah ni. Beleklah kereta kau tu sampai esok pagi. Lelaki berkaca mata hitam itu terus memandu keretanya keluar dari kawasan parkir Apartmen Damai Village. Emmm nasib baik tak naik kereta aku semalam. Kereta dipandu berhati-hati menuju ke destinasi. Peristiwa semalam banyak memberikan pengajaran kepadanya agar mengutamakan keselamatan di jalan raya.

55

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Setengah jam menghabiskan masa di atas jalan raya, akhirnya dia sampai di destinasi yang dituju. Kereta Proton Gen 2 berwarna merah hati diparkir di bawah pohon cemara yang agak rendang. Dia lantas keluar dari kereta dan mengatur langkah ke sebuah pondok rehat yang tiada berpengunjung. Matanya meliar mencari-cari kelibat sang kekasih, namun bayangnya pun tiada. Jam di tangan dibeleknya. Hmmm patutlah, awal lagi. Dia bercakap seorang diri sambil kakinya melangkah malas menuju ke anak sungai yang sedang mengalir perlahan. Terasa dingin udara di kawasan perkelahan Ulu Chenang. Sedap jugak kalau dapat tanah kat sini. Boleh buat rumah hinggap. Dia membebel sendiri. Punggungnya telah mendarat di sebuah batu yang bersaiz sederhana. Kakinya telah berendam dalam air. Kesegaran air yang dingin itu bagai menusuk hingga ke tulang hitam. Hmmm! Balkis Batrisyia. Tiba-tiba sahaja terpacul sebaris nama itu di bibirnya. Dia tersenyum sendiri terkenangkan peristiwa semalam. Terkenangkan wajah garang gadis comel yang langsung tidak senyum padanya semalam. Marah benar gadis kecil molek itu padanya. Hinggakan bertanyakan nama pun tidak dijawabnya. Mujur terdengar panggilan jururawat, dapat juga tahu nama gadis itu. Budak cute yang sombong. Dia tergelak sendiri tanpa menyedari ada seseorang sedang menghampirinya. Hai! Serentak itu dia menoleh, melemparkan senyuman

56

Wanis Soffya

buat si kekasih yang tiba tepat pada masanya. Tangan dihulurkan pada gadis itu. Pujukan melembutkan hati kekasih yang baru reda dari rajuk yang panjang harus diteruskan. Seminggu mereka tidak bersua gara-gara peristiwa tempoh hari. Hai! Tengku Julia how are you? Fine. Tangan mereka telah bertaut. Gadis manis yang dipanggilnya Tengku Julia itu telah pun duduk di sisinya. Dah lama you sampai? Taklah lama sangat. Tapi I tak lambat, kan? Taklah. I yang terawal. So apa mimpi you nak jumpa I kat sini? Selalunya kat shopping complex. Saja nanti you penat pula asyik ke hulu ke hilir ikut I shopping. I dah biasa pun. Jawapan itu membuatkan Tengku Julia tersenyum lebar. Kepalanya telah melentok ke bahu Syahrain, lelaki pujaan hati yang telah lama bertapak di sanubari. Sebenarnya... my mother ask me about our relation. Dia tanya bila lagi nak bertunang, and then kahwin. Kita pun bukan muda lagi ujar Tengku Julia lembut. Ya ke? So, you mengaku dah tua la ni? balas Syahrain mengusik. Belumlah kerepot lagi. Tengku Julia membalas dalam tawa. Syahrain mengerling wajah Tengku Julia yang masih bersolek tebal itu. Nampaknya tegurannya tempoh hari

57

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

tidak diendahkan. Tengku Julia langsung tidak pernah mengurangkan mekapnya. Kadangkala Syahrain terasa rimas juga dengan cara solekan Tengku Julia. Namun apakan daya, tuan punya diri memang suka. Apa lagi nak dikata? Terima sajalah. Lagipun salahnya juga. Semasa jatuh cinta pandang pertama dengan Tengku Julia dulu pun memang gadis itu sudah bermekap tebal walaupun belum ke tahap sekarang ini. Kenapa pula baru sekarang hendak ditegur? Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun dia melihat Tengku Julia tanpa solekan di wajah. Jatuh cinta pada Tengku Julia sebab agama, kekayaan, keturunan atau kecantikan? Teringat pula dia pada soalan kakaknya setelah pertemuan kali pertama mereka. Ketika itu, Syahrain memang tiada jawapan untuk soalan itu kerana dia sendiri bagaikan baru terfikir mengenainya. Kakak tak setuju kalau Syahrain tak boleh mengubah Tengku Julia jadi lebih beradab. Terngiang-ngiang suara kakaknya di telinga. Masakan kakaknya yang berkelulusan tinggi dalam bidang agama itu tidak terkejut dengan penampilan Tengku Julia. Sudahlah tidak bertudung, berpakaian tidak seperti wanita Melayu. Serba sedikit ceramah kakaknya hari itu bagai membuka mindanya yang telah lama dihanyutkan syurga dunia. Syahrain! Kenapa ni? Melamun pulak you ni. Syahrain tersentak dengan tepukan lembut oleh Tengku Julia di pahanya. Hilang bayang kakaknya yang bagaikan berada di depan mata tadi. Panaslah kat sini. Tak ada angin. Syahrain pantas bangun dari duduknya. Terasa tidak selesa pula bila perasan

58

Wanis Soffya

dirinya dan Tengku Julia menjadi tontonan beberapa pengunjung lain di situ. Mungkin kerana pakaian Tengku Julia menjadikan mereka tarikan yang tidak kena pada tempatnya. Panas? Tapi I Jomlah! Tak sesuai kat sini. Tangan Tengku Julia pantas ditariknya. Apa yang tak sesuai? Tengku Julia pantas menarik tangannya dari genggaman tangan Syahrain. You ni sejak I jumpa dengan kakak you I tengok emosi you macam tak stabil. Ada saja yang tak kena pasal I. Hari tu pasal mekap. Hah! Hari ni pasal apa pula? Tengku Julia tiba-tiba naik angin. Nada suaranya meninggi. Sememangnya dia telah perasan dengan perubahan Syahrain yang kebelakangan ini seolah-olah tidak selesa dengan dirinya. Setapak pun dia tidak melangkah menuruti langkah Syahrain, membuatkan lelaki itu kembali ke arahnya. Anak mata Syahrain kelihatan meliar ke kiri dan ke kanan, dan akhirnya terhenti di wajah Tengku Julia. Hari ni, pakaian you yang tak sesuai dengan tempat ni. Ini tempat perkelahan keluarga. Anak sungai dalam kawasan kampung. You tak boleh fikir nak berpakaian macam mana? Syahrain berbisik perlahan. Namun nadanya tegas. I dah agak dah... memang I dah agak. You ni dah kena hasut dengan kakak you yang kononnya alim sangat tu. Julia! Jangan babitkan kakak I. I tegur you atas rasional fikiran I sendiri. Ah pergi jahanam dengan rasional you tu! Lima

59

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

tahun dulu I bercinta dengan orang gila agaknya. Baru sekarang waras, boleh berfikiran rasional. Tengku Julia membalas kata-kata Syahrain dengan nada sinis dan terus melangkah laju meninggalkan Syahrain. Syahrain pula terpanar mendengar kata-kata Tengku Julia. Kakinya bagaikan terpaku di tanah. Hanya anak matanya yang menyoroti langkah kasar Tengku Julia yang akhirnya menghilang di celah deretan kereta di kawasan parkir kereta. Syahrain menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan satu keluhan berat. Dia kembali melabuhkan punggungnya di batu tempat dia duduk menunggu Tengku Julia tadi. Hatinya terasa panas dengan kata-kata sinis Tengku Julia tadi. Lima tahun bercinta dengan orang gila. Dia kata aku gila? Layakkah perempuan macam ni nak jadi isteri aku? Baru tegur pasal pakaian, dah dikatanya aku gila. Macam mana agaknya aku yang sememangnya tak ada ketokohan pembimbing ni nak memperbetulkan dia kalau dia salah? Macam mana? Syahrain bermonolog sendirian. Pandangan matanya jatuh ke arah beberapa anak gadis remaja yang sedang leka bermain air. Salah seorang daripadanya kelihatan sedang asyik bersyampu. Diamati wajah itu, hingga matanya sedikit mengecil. Balkis Batrisyia. Dahinya berkerut seribu. Tanpa sedar dia telah melangkah menghampiri gadis-gadis itu. Kata-kata Tengku Julia tadi padanya pula bagaikan hilang ditelan hiruk-pikuk suara kanak-kanak yang sedang mandimanda tidak jauh dari situ.

60

Wanis Soffya

Bab 8
dont mind spending some time, just hanging here with you, cuz I dont find too many guys, that treat me like you do. Lagu Stars Are Blind nyanyian Paris Hilton sedang meniti di bibirnya tatkala sepasang tangan gebunya sedang sibuk membina buih di kepala yang terlenggok-lenggok mengikut rentak lagu yang dinyanyikannya. Those other guys all wanna take me for a ride. Hah!? Sepantas kilat kepalanya menoleh ke arah si empunya suara yang tiba-tiba menyambung nyanyiannya. Bulat bersinar matanya sebaik sahaja terlihat seorang jejaka berkaca mata hitam yang telah pun duduk di sisinya di atas batu yang hampir ditenggelami air. Abang ni salah orang tak? Saya tak ada janji nak dating dengan sape-sape pun hari ni. Kelam-kabut dia bersuara. Tetapi lelaki itu hanya tersenyum melihat wajah

61

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

cuak gadis comel di depannya yang sedang menggosok-gosok matanya yang terasa pedih dek lelehan air sabun. Memang dia bisik hati kecil Syahrain. Dia tersenyum lagi, membuatkan dahi si gadis berkerut seribu. Ah! Tak ada masa la nak bersopan santun dengan mamat ni. Mata aku pedih ni kau punya pasal! Dia merungut dalam hati. Sedar tidak sedar tangannya pantas sekali menolak kasar lelaki yang tiba-tiba sahaja duduk di sebelahnya itu. Sakit hatinya melihat gelagat lelaki itu yang tidak berganjak walaupun sudah disuruh beredar secara baik. Padan muka! Nasib baik kaki aku sakit kalau tak, tak main la tolak dengan tangan, rungut Balkis sebaik sahaja matanya terasa lega disiram air. Beberapa kali dia memejam dan celikkan matanya, mahu menghilangkan saki-baki kepedihan yang terasa. Dalam pada itu, jelas juga di matanya lelaki yang ditolaknya tadi sedang terkial-kial bangun sambil menanggalkan cermin mata hitamnya. Cha! Serentak itu juga terdengar teman-temannya menjerit memanggil namanya. Kesemua mereka sedang meluru ke arahnya. Hah! Baru nak datang. Apa punya bala tentera la slow macam ni... bebelnya dalam hati sebaik sahaja menoleh ke arah teman-temannya yang semakin hampir kepadanya. Cha! Kau ni suka hati saja tolak anak orang macam tu. Azwati membebel. La? Anak orang ke? Ingatkan anak jin, tetiba aje tercongok sebelah aku. Cha, abang semalam la tu! Tiba-tiba Zalea

62

Wanis Soffya

menjerit setelah puas mengamati wajah yang dirasakan seperti kenal itu. Hah!? Balkis kembali menoleh ke arah lelaki yang ditolaknya tadi. Hai Balkis Batrisyia! Lelaki yang sedang bersila di dalam anak sungai itu mengangkat dua anak jari sambil menggoyang-goyangkan kepada Balkis tanda berdamai. Alamak! Tangannya spontan saja mahu menggaru kepala dan saat itu barulah dia tersedar yang kepalanya masih dipenuhi syampu. Serta-merta pipinya yang putih itu memerah. Dan tanpa menunggu lagi Balkis terus mengatur langkah perlahan-lahan. Kalau tak kerana kaki yang sakit mahu saja dia berlari. Balkis! Adik-adik oi! Sekejap la! kejar Syahrain. Bye! Zalea dan Azwati hanya melambai ke arah Syahrain dan segera pula menuruti langkah Balkis yang telah pun naik ke tebing. Adik! Sekali lagi Syahrain memanggil. Namun dia hanya mampu memanggil sambil matanya meninjau-ninjau ke dalam air. Sesekali dia meninjau jua ke arah belukar tempat ketiga-tiga gadis tadi menghilangkan diri. Anak orang ke anak bunian ni? Masuk belukar terus hilang. Dia merungut sendiri sambil berpusing-pusing di dalam anak sungai yang dipenuhi batu-batu kecil dan sedikit berpasir itu. Lagaknya mencari sesuatu. Hey... inilah yang dikatakan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mana handphone aku ni? Oi la handphone. Syahrain terus mencari walaupun sudah menggigil kesejukan.

63

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

BALKIS terus meredah denai yang menuju ke rumahnya itu. Langkahnya yang panjang-panjang memenatkan temanteman yang mengekorinya. Dalam kepenatan akhirnya sampai juga di halaman rumah Balkis. Cha, kami balik dululah. Basah ni. Azwati bersuara sedikit termengah-mengah. Okey. Jumpa esok. Balkis terus ke pintu belakang rumahnya. Namun pintu yang ditolak tidak berganjak. Kunci la pulak. Akhirnya Balkis menopang dagu di pangkin belakang rumahnya. Matanya tertumpu pada sebuah kereta Persona berwarna ungu gelap di hadapan rumahnya. Kereta yang menyebabkan dia tidak boleh masuk melalui pintu hadapan. Kereta yang menandakan di rumahnya sedang ada tetamu. Rumah mak long ni tak ada apa hari ni Mira. Kopi bujang sajalah nampaknya rezeki kamu petang ni. Tiba-tiba menyinggah di telinganya suara Mak Kiah. Ooo... Kak Mira. Ingatkan siapa. Balkis mengomel sendiri dalam kesejukan. Makkk! Terus sahaja Balkis menjerit memanggil Mak Kiah. Cha? Kenapa kamu ni? Mak Kiah bertanya hairan. Masakan tidak, orang bersyampu di bilik air, Balkis pula bersyampu di depan pintu belakang rumah. Kejadian di luar jangkaan, tapi mak jangan bimbang. Everything is under control. Hai, Kak Mira! Bila sampai? Duduk-duduklah dulu ya, Cha nak mandi sekejap. Balkis membebel panjang dan pantas.

64

Wanis Soffya

Dah lama dah Kak Mira kau sampai. Sakit-sakit pun pergi mandi sungai lagi, nanti luka kamu tu lambat sembuh. Dah, apa tersengih lagi tu? Cepat mandi! Kak Mira kau ada hal nak dibincangkan dengan kau. Mak Kiah memberi arahan setelah puas membebel. Hal? Hal apa mak? Sempat dia menjerit dari bilik air. Mandilah dulu! Sayup-sayup terdengar arahan daripada Mak Kiah. Apa hal pula Kak Mira ni? Baru aje balik dari KL terus ada hal dengan aku. Pelik ni dua tiga hari ni banyaknya perkara pelik yang jadi. Di luar jangkaan pulak tu. accident dengan abang hensem Kak Mira... rindu kat Firdauslah dan macam-macam ada. Eh? Eh macam Astro pulak! Ngomel Balkis sendiri yang sama laju dengan air yang sedang menyimbah ke tubuhnya saat ini.

65

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 9
ELESAI sahaja solat subuh, Syahrain terus menapak ke ruang balkoni dan melabuhkan punggung di kerusi rotan kemudian menyandarkan kepala ke kerusi sambil memejamkan mata. Seketika, mata yang masih diulit rasa mengantuk dijegilkan luas-luas. Ein, tak elok tidur lepas subuh. Teringat pula pesan arwah ibunya. Suara ibu yang penuh kasih sayang bagaikan sedang menerobos lembut di gegendang telinga. Sayangnya kini suara itu tak dapat lagi didengari di alam nyata. Ibunya telah lama meninggal dunia, meninggalkan dia membesar di bawah jagaan kakak sulungnya yang telah dianggap seperti ibu, tempat bermanja dan mengadu nasib. Dan kerana itulah, saat ini adalah saat yang paling sukar untuk dilalui dalam hidupnya. Kakaknya tidak sukakan kekasihnya, Tengku Julia. Sedangkan dia telah lama bermadu kasih dengan Tengku Julia. Seburuk-buruk perangai Tengku Julia pun dia telah biasa. Dia juga tahu,

66

Wanis Soffya

Tengku Julia sangat kasih padanya walaupun sesekali gadis itu keterlaluan. Tapi, benar juga seperti kata kakaknya. Sampai bila dia sanggup sentiasa beralah dengan Tengku Julia? Menurut segala kehendak Tengku Julia? Sedangkan dia yang akan menjadi ketua keluarga kelak. Buntu. Dia buntu. Bukan buntu dengan kata-kata dan leteran kakaknya. Tetapi buntu dengan sikap Tengku Julia yang langsung tak boleh ditegur walaupun secara baik-baik. Rajuknya pun panjang. Argh! Syahrain mendengus sendirian. Teringat dia perkataan gila yang dilemparkan oleh Tengku Julia terhadapnya. Melampau! desis hati kecil Syahrain. Sejak hari itu, Syahrain tidak langsung menghubungi Tengku Julia. Sengaja tidak mahu beralah kali ini walaupun sesekali hati digigit rindu pada gadis itu. Masuk hari ini telah seminggu mereka tidak berhubungan. Termenung pagi-pagi minggu ni apehal? Tersentak Syahrain dengan teguran Zaki yang telah pun duduk di kerusi rotan berdepan dengannya. Entahlah Zack. Aku serabut la. Pasal kakak kau dengan Julia? Zaki meneka. Pasal Julia. Apa masalah dengan Julia? Setahu aku, kau dengan dia okey aje. Yang tak okeynya lepas kau kenalkan dia dengan kakak kau, maknanya pasal kakak kau la. Zaki sedikit keliru. Masakan tidak? Syahrain dengan Tengku Julia telah lima tahun menyulam kasih. Sudah seperti belangkas lagaknya. Dari di universiti sehinggalah ke alam pekerjaan, Zaki tak pernah mendengar Syahrain merungut masalah dengan Tengku Julia. Tetapi jika dia sendiri di tempat Syahrain pasti akan

67

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

banyak masalah jika bercinta dengan Tengku Julia. Letih melihat Syahrain melayan Tengku Julia. Itu baru tengok, belum lagi memikul di bahu sendiri. Huh! Tak sanggup! Itu yang terlintas di hati Zaki satu ketika dulu bila melihat Tengku Julia merajuk ketika mereka sama-sama berkhemah di Ulu Yam. Puncanya bukan besar, hanya kerana Syahrain membetulkan khemah salah seorang teman perempuan yang ikut serta dalam perkhemahan itu. Julia bermasalah di mata kakak aku, jawab Syahrain setelah lama berdiam diri. Di mata kau? Soalan Zaki membuatkan Syahrain terdiam lagi. Terasa malu hendak berterus terang dengan Zaki mengenai Tengku Julia pada pandangan matanya kini. Takut pula Zaki beranggapan dia telah berubah hati setelah bertahun-tahun membutakan hati. Mudahnya mempermainkan hati seorang perempuan. Zaki menarik nafas panjang. Ein... aku ni berkawan dengan kau lebih sikit saja tempohnya dari kau bercinta dengan Julia. Sepanjang tempoh persahabatan kita, aku nampak kau memang penyabar, selalu mengalah tak kira dengan siapa pun. Tapi kau kena ingat, alam perkahwinan tak sama dengan alam percintaan ni. Kau fikir kau boleh terus sabar dengan sikap Julia? Sepasang mata Zaki merenung wajah Syahrain yang sedang menunduk. Kalau tak ada campur tangan orang lain, insyaAllah aku boleh, jawab Syahrain senang. Zaki beberapa kali menggeleng kepalanya apabila mendengarkan jawapan Syahrain. Campur tangan orang lain maksud kau, kakak kau?

68

Wanis Soffya

Syahrain mengangguk. Sekali lagi Zaki menghela nafas panjang. Ein... aku tak fahamlah. Tadi kau kata masalah kau adalah Julia, tapi sekarang ni aku nampak macam kau bermasalah dengan kakak kau. Mana satu ni? Zaki mula menggaru kepala. Mukanya sudah mula berkerut-kerut. Entahlah Zack! Aku pun keliru. Tapi apa yang kakak aku timbulkan mengenai Julia, maksud aku pakaian dia penampilan dia itu yang buat aku macam terfikir, adakah dia akan berubah selepas kahwin nanti? Ha this is the point. Problem kau memang kat sini. Sorry to say, Julia bukan perempuan yang mudah diubah. Tambah lagi oleh orang yang macam kau. Akhirnya Zaki tersenyum. Hilang kerut seribu di wajahnya tadi. Namun senyuman Zaki disambut pahit pula oleh Syahrain. Kau ni bercakap macam kau memang tak suka aku bercinta dengan Julia, ujar Syahrain yang sudah berwajah kelat. Bukan aku tak suka. Lagipun apa hak aku tak suka siapa yang kau pilih? Tapi sebagai kawan baik, aku kesiankan kau. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari sedangkan sekarang ni orang di sekeliling kau dah bagi peringatan pada kau. Terpulang pada kau untuk pertimbangkan baik buruknya masa depan yang kau pilih hari ni. Apa yang aku nampak setakat ni, kau memang tak boleh mengubah Julia. Bila dah berkahwin nanti terpaksalah kau tanggung dosa-dosa dia pula. Kau sanggup? Leteran panjang lebar Zaki diakhiri dengan soalan yang berat untuk dijawab oleh Syahrain.

69

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Kau ni sebiji macam kakak aku la, Zack. Terpulang aku cakap sebab aku sayang kau. Kakak kau pun macam aku juga. Syahrain ditinggalkan termangu sendirian. Biarlah Syahrain berfikir sendiri, fikir Zaki. Syahrain pula kembali bermenung. Wajah Tengku Julia kembali bertandang di ruang mata. Jatuh cinta pada Tengku Julia sebab agama, kekayaan, keturunan atau kecantikan? Kakak tak setuju kalau Syahrain tak boleh mengubah Tengku Julia jadi lebih beradab. Serentak itu terngiang-ngiang pula suara kakaknya. Bila dah berkahwin nanti terpaksalah tanggung dosa-dosa dia pula. Kau sanggup? Suara Zaki pula berpusar di cuping telinga. Julia... macam mana aku nak mengubah kau ni? Dua kali teguran aku, satu pun kau tak endahkan. Syahrain mengeluh sendiri. Matanya dipejam rapat-rapat. Mahu melupakan segala-galanya buat seketika. Kepalanya terasa telah sarat dengan pelbagai perkara mengenai Tengku Julia, mujur tidak ditambah dengan masalah kerja. kau

NAK ke tak nak? Betul ke Kak Mira ni? Nak ajak orang kerja dengan dia pula. Jadi tukang jahit manik pulak tu. Mak la ni pandai-pandai cakap orang pandai jahit. Balkis membebel-bebel sendiri. Semalam hari terakhir dia bekerja di Supermarket GillMart. Hari ini bermulalah hari pertama cuti panjang Balkis jika menolak tawaran sepupunya menjadi tukang jahit manik di butik pengantinnya.

70

Wanis Soffya

Kringggg kringggg! Deringan telefon di ruang tamu tiba-tiba membingitkan telinganya. Namun, jauh di sudut hati, dia rasa teruja juga dengan bunyian itu dan sempat berharap panggilan itu adalah untuknya. Deringan yang semakin kuat membuat Balkis berlari-lari anak ke ruang tamu, segera dia mencapai gagang telefon dan memberi salam. Firdaus!!! Dia hampir menjerit tatkala terdengar suara Firdaus sayup-sayup di corong telefon. Hai, Cha! Sihat ke? Tak kerja hari ni? Terdengar suara Firdaus riang. Sihat. Tapi aku dah berhenti kerja la. Balkis menjawab dengan nada sedih yang dibuat-buat. La ya ke? Kenapa pula? Nada suara Firdaus juga mula mendatar. Mahu menunjukkan simpati dengan kesedihan Balkis. Aku accident hari tu dengan Ha!? Accident? Teruk ke? Cepat sahaja Firdaus memotong. Terkejut besar dia mendengar cerita Balkis. Takde la teruk. Luka sikit-sikit aje. Accident dengan apa? Tu la orang nak cakap tadi, mencelah accident dengan kereta. Suara Balkis meninggi. La aku terkejut sangat tadi tu. Ingatkan kau teruk la sampai kena berhenti kerja. Cis! Kau ni imaginasi melampau betul. Ingat aku patah kaki patah tangan la tu balas Balkis dengan mulut sudah memuncung. Mana la tahu, bunyi pun accident, kan? Kau ni

71

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Cha janganlah marah, aku baru ni aje dapat cakap dengan kau, dah kena marah pula. Yalah! Sorry ya my friend. Aku tengah tension ni. Tension kenapa pulak? Pasal kerja baru yang ditawarkan kat aku. Fuyoh hebat tu! Baru berhenti kerja terus dah ada offer kerja baru. Tapi apesal pulak nak tension? Pasal kerja tu la. Kerja apa? Kalau aku cakap, kau jangan gelak pula. Apesal pula nak gelak? Cakaplah kerja apa? desak Firdaus tidak sabar. Jangan gelak tau! Okey, aku tak gelak. Tukang jahit manik. Serentak itu pecah tawa Firdaus di hujung talian. Hoi! Kau gelakkan aku ya? Balkis menjerit marah. Taklah! nafi Firdaus walaupun tawanya masih bersisa. Habis tu? Aku gelakkan mamat tu dengan makwe dia kena kejar orang gila. Ah! Bohong la kau ni Firdaus. Betul Cha! Orang gila tu minta air makwe dia, tu la kedekut sangat, kan dah kena kejar. Oi! Dah la tu telefon orang jauh-jauh nak cakap pasal orang gila buat apa? Kat sini pun banyak orang gila, ngomel Balkis tidak puas hati.

72

Wanis Soffya

Okey, okey Cha aku call ni sebab nak bagi nombor handphone aku. Dah banyak kali call sebenarnya tapi tak dapat cakap dengan kau pun. Ooo.. orang tu dah pakai handphone, ya? Ha berapa nombornya? Tangan Balkis pantas mencapai pen dan buku yang telah sedia ada di atas meja telefon rumahnya itu. Jemarinya pantas mencatatkan nombor-nombor yang disebutkan oleh Firdaus. Dapat? Dapat. Simpan baik-baik tau. Nanti kalau kau ada apa-apa masalah, nak lari ke KL ke, kau boleh contact aku. Apesal pulak aku nak lari ke KL? Aku mana ada masalah? Hmmm! Memanglah kau tak lari, paling-paling pun kau naik bas, kan? Ni siapa yang ada masalah ni? Aku ke kau tu? Tangan kiri Balkis pantas menggaru-garu hidung yang terasa gatal tiba-tiba. Dahinya berkerut, keliru dengan loyar buruk Firdaus. Kau, sebut Firdaus pantas menjawab soalan Balkis. Apa pulak masalah aku? Aku happy la dengan family aku. Takde masalah pun. Memang la kau takde masalah family tapi kau ada masalah lain, kan? Masalah apa pula? Kau ni pandai-pandai sajalah! Balkis bertambah hairan.

73

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Masalah rindu kat aku la! Ha ha ha! jerit Firdaus di hujung talian diakhiri ketawa panjang. Namun, derai tawa Firdaus itu bagaikan pengubat rindu di hati Balkis setelah sebulan tidak berjumpa dan mendengar suara. Balkis tersenyum sendiri dengan tekaan Firdaus. Ya! Memang dia rindukan Firdaus. Hoi! Senyum sorang-sorang la tu, rindu kat aku, kan? Firdaus bersuara lagi sebaik tawanya berakhir membuatkan Balkis tersentak. Isy! Perasannya anak Cik Senah Murai ni! Perkataan perasan ditekan dalam-dalam. Sengaja Balkis tidak mahu mengakui apa yang tersirat di lubuk hatinya walaupun rindu yang menyinggah sekadar rindu untuk seorang teman baik. Apa dia? Kau panggil mak aku murai? Ops! Sorry! Sorry! Pantas tangannya meluku kepala sendiri. Hmmm! Tak apalah, memang dah gelaran dia pun. Bukan kau sorang saja yang cakap dia macam tu. Tapi macam mana pun, dia tetap mak aku. Emmm mak aku tu ada kutuk kau lagi ke? Tak ada la! Dia dah senang hati pun kau dengan aku jauh-jauh macam ni. Apa nak risau lagi? Suara Balkis perlahan, sedikit sebanyak ada nada kecewa. Terasa ingin berkongsi kisah pergaduhan kecil ibunya dengan Cik Senah Murai tempoh hari dengan Firdaus tapi fikirannya menghalang. Seburuk-buruk Cik Senah, dia tetap ibu Firdaus, fikirnya. Kau tak rindu kat aku ke? Sayup-sayup terdengar lagi suara Firdaus.

74

Wanis Soffya

Sikit aje. Kedekut la kau ni. Rindu la lebih-lebih sikit, bukannya kena bayar pun. Suka hati aku la, balas Balkis selamba. Okey la Cha, memandangkan kau pun tak rindukan aku, buat apa aku habiskan kredit handphone aku ni ucap Firdaus bernada merajuk. La... merajuk ke? Taklah! He he he ha takut! Tu pun tak nak mengaku rindu kat aku. Eh, Cha nanti-nanti aku call kau lagi, abang aku dah balik ni. Bye! Hmph! Busynya orang kerja kat kedai komputer ni. Gagang telefon diletakkan perlahan ke tempat asal. Ada sedikit kecewa pada riak wajah Balkis. Baru sahaja terasa dekat dengan Firdaus sudah ada yang mengganggu. Dia melangkah malas menuju ke peti televisyen, kembali duduk di kusyen sambil jemarinya pantas memicit-micit punat pada alat kawalan jauh televisyen itu. Hampir kesemua rancangan ditukarnya. Namun tiada satu siaran pun yang menarik perhatiannya. Balkis Batrisyia nak buat apa hari ni yek? Boring boring. Kalau hari-hari macam ni boleh biol ni! Dia membebel sendiri sambil fikirannya ligat mencari idea untuk menghilangkan bosan. Ha. Dia tersenyum sendiri sambil memetik jari. Chiko mana Chiko ni? Sebaik sahaja teringatkan si kucing manja itu, Balkis terus meninggalkan ruang tamu dengan televisyen yang masih terpasang.

75

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bab 10
ANTIKNYA baju-baju pengantin ni Kak Mira! Kak Mira punya ke? Balkis teruja membelek-belek baju-baju yang terdapat di butik Hasmira. Setelah beberapa hari mempertimbangkan pelawaan Hasmira untuk bekerja di butiknya, akhirnya Balkis memutuskan untuk menerima tawaran Hasmira. Haah... kira butik kita punyalah. Baju-baju tu belum siap lagi tu, kira latest designlah ni. Yang dah out dated Kak Mira dah jual. Eh! Dah siaplah ni Kak Mira. Balkis masih lagi membelek baju-baju yang sedang bergantungan itu. Dibeleknya di kaki kain dan kaki baju. Semuanya berjahit kemas dan cantik. Apa lagi yang belum siapnya? fikirnya sendiri. Ha... kerja Cha la! Memang semua baju tu dah siap jahit, tapi manik-maniknya belum lagi. Tak berserilah bajubaju tu kalau kosong macam tu saja. Ooo. Muncung bibirnya menyebutkan sepatah

76

Wanis Soffya

kata tanda faham itu. Tangannya masih pantas menggantung pakaian-pakaian pengantin yang pelbagai warna dan masih berplastik. Terasa teruja pula dengan kerja baru yang padanya sangat menarik. Kerja yang satu ketika dulu pernah menjadi impiannya. Dan impian itu yang membuatkan dia telah pandai menjahit pada usia empat belas tahun. Impian yang sangkanya akan tinggal impian saja. Terkubur dek gelak tawa teman-teman sekolah bila dia menyatakan itulah cita-citanya bila tamat sekolah nanti. Cita-cita yang paling kerdil tika itu jika dibandingkan dengan kerjaya-kerjaya yang meluncur dari bibir teman-teman yang lain. Mana tidaknya? Kerjaya yang disebutkan mereka semua kedengarannya hebat. Jurutera, juruukur bahan, saintis, doktor, pakar matematik dan macam-macam lagi yang dia sendiri telah lupa. Tapi, yang dia ingat beberapa orang kawan sekolah rendahnya itu semuanya telah pun bertukar cita-cita lain pula ketika di sekolah menengah. Yang nak jadi penyanyi, pelakon pun ada. Balkis tersenyum sendiri. Yang pasti, mulai hari ini dia mahu membulat tekad. Biar apa pun yang orang kata dia akan pastikan cita-cita dulu kini selama-lamanya yang kembali mekar di lubuk hati akan tercapai. Mesti! Biarpun pada mulanya dia terasa berat hati, takut ditertawakan oleh teman-temannya.

BORINGLAH Cha aku sorang-sorang aje kerja kat GillMart tu. Pergi kerja sorang, balik pun sorang. Azwati meluahkan kesedihan sebaik sahaja melabuhkan punggung di anak tangga rumah Mak Kiah. Aku pun boring. Lagi boring, tak ada kerja. Zalea

77

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

turut meluahkan kesedihannya. Kedua tapak tangannya sudah menopang dagu. Semua ni sebab kemalangan malam tu la, kalau tidak taklah kita berpecah macam ni. Balkis menyambut kesedihan yang diluahkan oleh kedua teman baiknya itu. Ketiga-tiga mereka sedang duduk berderetan. Cha, ajak Zalea dengan Wati tu masuk. Malammalam ni kenapa bertenggek kat tangga rumah? Tak elok anak dara macam tu! Mak Kiah menjerit dari atas rumah sebaik sahaja menyedari ketiga-tiga anak gadis itu masih di luar rumah. Yalah mak. Jom masuk. Nanti panjang pulak mak aku membebel. Langkah Balkis diekori oleh Zalea dan Azwati. Seronok ke kau kerja kat butik tu, Cha? tanya Azwati teruja. Bolehlah daripada aku langsung tak ada kerja, jawab Balkis acuh tak acuh. Eh, jawab macam tak okey saja? Takkan tak best kut? Aku ingat lagi Cha, masa kita sekolah rendah dulu. Bukan kau cakap nak jadi tukang jahit ke? Zalea menguntum senyum penuh makna. Jahit baju bukannya jahit manik. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku dapat juga pengalaman tengok Kak Mira uruskan butik. Manalah tahu rezeki aku ada butik sendiri nanti, kan? balas Balkis memasang angan-angan. Eh Cha, kau dah tukar cita-cita pula ke? soal Azwati ingin tahu. Hmmm nak balik pada cita-cita asal aku. Sebenarnya impian aku nak jadi fashion designer tu tak

78

Wanis Soffya

pernah pun terpadam, cuma taklah semarak warna merah bunga semarak api kat tepi pagar rumah aku ni. Yalah tu! Jangan nanti lagi dua tiga hari bertukar lagi cita-cita kau, ya? Azwati mengusik. Tak kut. Insya-Allah! Cha, kalau kau tahu ada kerja kosong dekat-dekat dengan tempat kau kerja bagitahulah aku. Boring la tak kerja, pinta Zalea sedikit merengek. Balkis mengerutkan dahi, memandang ke wajah Zalea. Kalau ada kerja pun, kau kena pergi kerja naik motosikal juga. Jauh tu, bas tak lalu kawasan rumah kedai tu. Haji Mail bagi ke? tanya Balkis terus terang. Secara logiknya, tidak mungkin Haji Ismail akan memberikan kebenaran kepada Zalea untuk bekerja di tempat yang jauh. Itulah yang aku cakap suruh tengok kerja kosong dekat-dekat butik Kak Mira tu. Bolehlah aku tumpang Kak Mira. Kak Mira ambil kau hari-hari, kan? Zalea menjelaskan rancangannya yang sebenar. Ooo... pandai kau ya. Kau dah fikir awal-awal rupanya. Kalau macam tu, okey. Nanti aku tengoktengokkan. Ooo... sebab inilah kau ajak aku datang rumah Cha ya? Azwati menjegilkan mata ke arah Zalea yang sedang tersenyum simpul mendengar janji Balkis. Dia langsung tidak tahu-menahu rancangan Zalea. Terima kasih temankan aku ya Wati. Zalea mengaku dalam tersirat. Dah selesai kerja kau? Ha jom balik nanti bapa kau bising pula. Azwati sedikit merengus. Dalam hatinya

79

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

mulai tumbuh bibit-bibit cemburu tatkala membayangkan Zalea dan Balkis akan sama-sama ke tempat kerja. Sedangkan dia bersendirian juga nampaknya. Wati janganlah merajuk. Nanti aku tengokkan untuk kau sekali. Nak tak? Wajah Azwati yang tadinya mencuka bertukar jernih kembali. Betul? Betul. Okeylah kalau macam tu. Jom Zalea, balik. Aku nak kena hantar kau lagi ni. Dahlah kau gunakan nama aku. Kononnya aku yang ajak kau ke rumah Cha ni. Nanti balik lambat-lambat, nama siapa yang busuk? Ha aku juga. Bebel Azwati yang telah pun berada di atas motosikal, sedangkan Zalea masih terkial-kial mahu memakai seliparnya. Terkocoh-kocoh jadinya dek herdikan Azwati yang bertubitubi itu. Hilang sahaja bayang dua temannya itu, Balkis bergerak malas memanjat beberapa anak tangga yang menghubungkan halaman dan ruang beranda rumah Mak Kiah. Melintasi ruang tamu, terus kakinya melangkah ke dapur. Perutnya sedang berdendang lagu lapar.

TELAH seminggu Balkis dan Hasmira bertungkus lumus menyusun atur ruang dalaman butik pengantin yang dinamakan sebagai Pesona Cinta Bridal itu. Hari ini keduaduanya telah berpuas hati dan kelihatannya butik itu mampu menarik perhatian pasangan-pasangan yang bakal menjadi raja sehari untuk singgah menjamu mata, seterusnya akan terpikat dengan pakej-pakej yang ditawarkan.

80

Wanis Soffya

Balkis berazam tidak akan mensia-siakan peluang meraih pengalaman di depan mata. Saat ini jemari halusnya sedang tekun menjahit manik-manik kecil biru muda yang berkilauan di dada sehelai baju kebaya organza sambil mulutnya menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang sedang berkumandang dari radio yang terpasang. Kepalanya sekejap senget ke kiri sekejap lagi ke kanan pula. Dari meja yang terletak di penjuru kiri kedai itu, Hasmira tersenyum memerhati tingkah Balkis sambil menopang dagu. Fikirannya kini sedang ligat memikirkan mengenai promosi memperkenalkan butik pengantinnya dan yang paling utama model untuk memperagakan koleksi pakaian pengantin untuk dimasukkan ke dalam pamphlet dan juga album sebagai koleksi butik yang boleh dilihat oleh para pengunjung kelak. Puas otaknya berfikir dan mengingati semula teman-teman yang cantik sewaktu di alam persekolahan dulu. Sesekali jemari yang sedang menopang dagu itu, menggaru-garu perlahan pipinya yang masih gebu. Dila? Memang la cantik, tapi lama tak jumpa dia. Entah-entah dah gemuk ke? Liyana? Emmm Rita? Hmmm tapi semua dah tua macam aku ni. Nak cari siapa ni? Hmmm. Dia merungut sendiri. Dari menopang dagu, kini kepalanya telah mendarat di muka meja. Cha? Panggilan manja untuk Balkis terpacul tiba-tiba dan serentak itu kepalanya kembali tegak. Pandangan matanya terus menerjah sesusuk tubuh Balkis yang masih tekun dengan kerjanya. Yes! Ini barulah dikatakan model bergetah gitu! Bibirnya tersenyum lebar, sambil kakinya diayun penuh bergaya ke arah Balkis. Cha Kak Mira ada hal sikit nak bincang ni.

81

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Terus sahaja Hasmira memulakan bicara sebaik bersimpuh di sebelah Balkis. Ala Kak Mira ni, Kak Mira kan bos? Takkan minta kebenaran kut? Tahu takpe apa yang Kak Mira nak cakap ni, just for your information saja pada Cha tau. Cha kena setuju saja, sebab Kak Mira bos. Okey? tegas Hasmira serius. Dia sebenarnya sengaja mengusik Balkis. Yes boss! Balkis menjawab bersahaja. Dalam fikirannya pasti perbincangan itu berkenaan bidang tugas yang mahu diamanahkan kepadanya. Dia tidak kisah kerana semangat untuk berkecimpung dalam bidang ini sedang memekar. Jawapan Balkis membuatkan Hasmira tersenyum sendiri, sementara Balkis terus tekun dengan kerjanya. Kak Mira dah terfikir dah siapa yang Kak Mira nak jadikan model untuk pamphlet, album dan signboard besar butik kita ni. Hasmira memulakan bicara dengan penuh semangat. Balkis pula terus tekun menjahit manik. Siapa? soal Balkis tanpa memandang Hasmira. Ada sorang budak tu cute cantik dialah yang paling sesuai pada pandangan mata Kak Mira. Siapa? Balkis Batrisyia. Hasmira menyebut nama Balkis sepatah-sepatah. Ya Cha dengarlah ni. Dah dua kali pun Cha tanya siapa budak tu. Ha siapa? Cha kenal ke? Seluruh tumpuannya masih pada sebiji manik yang sedang dijahitnya. Melihat ketekunan Balkis hingga tidak perasan

82

Wanis Soffya

dengan maksudnya, Hasmira mencebikkan bibir sambil melepaskan nafas panjang. La Cha ni. Balkis Batrisyia siapa lagi? Cha la. Hah?! Saat ini barulah Balkis menjatuhkan pandang ke wajah Hasmira yang sedang mengangguk dengan senyuman terukir di bibir. Sedang wajah Balkis pula tercengang dengan mata yang berkedip-kedip.

SUASANA tenang yang disumbangkan oleh pemandangan kawasan landskap binaan yang menjadi tempat kegemarannya bersantai satu ketika dulu, hari ini langsung tidak dapat mendamaikan gelora di hatinya. Mengenangkan kekasih hati yang telah lama tidak menghubunginya semenjak pergaduhan kecil di perkelahan itu. Kenapa setelah lima tahun? Itu tak kena ini tak kena. Dia merungut sendirian. Hatinya memang cukup sakit dengan perubahan mendadak sang kekasih, yang tibatiba sahaja mahu dia berubah. Berubah? Berubah untuk siapa? Untuk dia atau kerana kakaknya? Argh! Tangannya pantas menepis pasu bunga yang tidak bersalah di sisinya. Berkecai pasu itu memuntahkan isinya yang sedang segar menikmati hidup. Julia! Terkocoh-kocoh seorang perempuan tua yang sedari tadi asyik memerhatikan tingkah lakunya mengatur langkah menghampirinya. Kenapa ni sayang? Perempuan tua itu bertanya lembut. Tangannya mengusap-usap bahu Tengku Julia yang kelihatannya sedang bermasalah. Dari raut wajahnya yang kelat itu, menjelaskan isi hatinya yang sedang marah.

83

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Nek Syahrain dah berubah. Julia rasa dia dah tak sayangkan Julia macam dulu lagi. Tengku Julia meluahkan rasa hatinya. Wajahnya mencuka. Tengku Juhara, perempuan tua yang dipanggilnya nenek itu menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Digosok-gosok jemari Tengku Julia. Kenapa pulak Julia cakap macam ni? soal Tengku Juhara ingin tahu. Sekarang ni apa yang Julia buat semuanya tak kena nek. Semuanya dia tak suka, dia lebih pentingkan kakak dia dari Julia. Jadi bergaduh la ni? Hmmm dah lama Syahrain tak call Julia, macam nak putuskan hubungan saja. Baguslah macam tu. Dari dulu lagi nenek dah cakap, kau berdua sebenarnya tak sesuai pun. Nenek! Kata-kata Tengku Juhara membuatkan Tengku Julia tersentak. Sangkanya Tengku Juhara akan cuba menyedapkan hatinya dari berprasangka buruk terhadap Syahrain tapi sebaliknya pula. Sudah la Julia. Dah lima tahun Julia buang masa bercinta dengan budak Syahrain tu. Akhirnya apa yang Julia dapat? Dapat kasih sayang yang kesepuluh selepas semua ahli keluarga dia? Macam tu? Tengku Juhara cuba memujuk lembut. Tengku Julia terdiam. Tidak sangka sama sekali yang neneknya masih tidak menerima Syahrain sebagai kekasihnya. Nampaknya Tengku Juhara memang tidak pernah berubah. Masih tetap mengutamakan darjat dan pangkat dalam soal pasangan hidup keturunannya.

84

Wanis Soffya

Julia ingat nenek dah berubah. Kan nenek kata dah boleh terima Syahrain dulu? Tengku Julia kembali bersuara, mengungkit janji Tengku Juhara. Nenek terima dia bukan sebagai calon suami Julia. Tapi sekadar sebagai kawan Julia. Itu saja. Tengku Juhara menjelaskan maksudnya. Nenek memang tak pernah berubah. Nenek tahu, kan Julia sayangkan Syahrain? Syahrain kekasih Julia bukannya sekadar kawan. Sudahlah Julia. Tak guna Julia nak bertikam lidah dengan nenek. Hubungan Julia dengan Syahrain pun boleh dianggap sedang retak menanti belah saja. Buat apa Julia nak mempertahankan dia lagi? bantah Tengku Juhara keras. Ah! Mungkin nenek yang berdoa supaya hubungan Julia dengan Syahrain jadi macam ni. Sebab tu Syahrain berubah. Tengku Julia sudah mula menyalahkan Tengku Juhara. Julia anggaplah hubungan Julia dengan Syahrain takkan ke mana. Nenek tak sukakan Syahrain dan kakak Syahrain tak sukakan Julia. Anggap saja kedua-dua pihak tak merestui hubungan kau berdua. Lupakan saja Syahrain. Tengku Juhara cuba memujuk lembut. Nenek! Nenek buat Julia kecewa dengan nenek. Bukan Julia saja... mama papa juga... patutlah papa lari tinggalkan nenek! Tengku Julia terus berlalu meninggalkan Tengku Juhara. Hati kecilnya sangat kecewa dengan sikap Tengku Juhara. Huh! Papa, mama dengan anak sama saja perangainya! Tengku Juhara merungut sendirian setelah ditinggalkan. Namun sebaris ayat terakhir yang keluar dari mulut

85

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Tengku Julia meninggalkan bekas juga di hati tuanya. Fikirannya kini melayang terkenangkan anak tunggalnya Tengku Zulhasnan yang lari ke luar negara setelah bercerai dengan Tengku Latifah Mariah, mama Tengku Julia. Sejak itu tinggallah Tengku Julia dengan Tengku Juhara. Tengku Latifah Mariah pernah berusaha menuntut Tengku Julia selepas Tengku Zulhasnan menghilang, namun akhirnya terpaksa mengalah setelah memikirkan kebaikan yang bakal diperolehi Tengku Julia jika membesar di bawah jagaan Tengku Juhara. Salah akukah memaksa mereka berkahwin sedangkan kedua-duanya mempunyai cinta masing-masing? Persoalan itu seringkali menghantui fikiran Tengku Juhara. Namun hati kecilnya sering menyangkal demi prinsip hidup yang dipegang.

86

No. ISBN:- 978-967-5067-94-5 Jumlah muka surat:- 344 Harga Runcit:- S/M: RM17, S/S: RM20 Harga Ahli:- S/M: RM13, S/S: RM16 Sinopsis:Pungguk rindukan bulan. Tiga patah perkataan yang bagaikan belati tajam menusuk ke jantung hati Balkis Batrisyia, seorang gadis remaja yang dibelenggu oleh kisah silam orang tuanya hingga meragui status diri. Persoalan yang tidak terjawab di minda menyebabkan dirinya takut menerima cinta walau di hati pernah berbunga sayang. Firdaus dan Fikri. Dua jejaka yang muncul menagih cintanya, namun hampa. Bukan dia menolak, tetapi takdir hidup yang menentukan segala keputusan yang wujud. Sedikit sebanyak tragedi cinta yang menimpa membuat dirinya terasa tidak layak untuk melayari hidup sebagaimana gadis lain. Memiliki kekasih hati dan melayari indahnya alam percintaan.

Jika pun cinta itu hadir, pasti banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi. Mampukah dirinya? Dan sanggupkah sang kekasih? Persoalan itu tiada jawapan dari lubuk hatinya. Yang pasti dia akan kecewa. Itu sangka hatinya. Dalam melayani kecelaruan takdir hidupnya itu, muncul Syahrain Sulaiman. Jejaka ketiga yang berusia jauh lebih matang dari dirinya cuba mendekatinya. Sedaya upaya Balkis Batrisya cuba mengelak, namun hati terpaut juga akhirnya dek keikhlasan si jejaka. Hadirnya Syahrain Sulaiman dalam hidupnya bukan sekadar sebagai kekasih tetapi juga membawa sinar lain apabila dirinya disatukan semula dengan ibu bapa dan keluarganya. Mendung yang selama ini menyelubungi hidupnya kini menghilang sebaik terbukti status sebenar dirinya yang diragui selama ini. Hidupnya bagaikan disimbahi sinaran mentari yang tiada akhirnya. Tetapi, langit yang disangkanya cerah hingga ke petang rupa-rupanya hanya seketika. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yang bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya yang baru dikenali, yang lebih dia sayangi kini. Relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lama? Tegarkan Balkis Batrisya melepaskan kekasih hati hanya kerana sayangnya dia kepada kakak yang baru dikenalinya itu? Kalau sudah ditakdir bersama, sampai masa, bulan sendiri akan mencari si pungguknya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan

BUKAN PUNGGUK RINDUKAN BULAN di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196