Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS GAYA PETI SURAT 10491, 88805 KOTA KINABALU, SABAH

TELEFON: 088-210646, 088- 210979, 088- 219530 FAKSMILI: 088- 217124 E-MEL: mpg@po.jaring.my LAMAN WEB: http://www2.moe.gov.my/~mpgaya

NAMA PENUH GURU PELATIH DAN NOMBOR TELEFON BIMBIT

RUSNAH BINTI MOHD HAN 0178153821 SRAI.AL-LAMUDIN KG.SG.BEDAUN

NAMA,ALAMAT &NOMBOR TELEFON SEKOLAH BERTUGAS

PETI SURAT 80924,87019 WP LABUAN. KDPM/PLPS-JAWI-NOV10 (34)

NO.MATRIK / NO.MYKAD 611210-12-5518

NAMA PROGRAM / KUMPULAN /OPSYEN

KDPM PLPS JAWI PENGAJIAN ISLAM( AMBILAN NOV. 2010 )

NAMA MATA PELAJARAN/TAJUK

TARANNUM AL-QURAN MOHD ZULKIFLI BIN SAARI

PENSYARAH MENGAJAR

TARIKH SERAH

SEBELUM 30 JANUARI 2012

TARANNUM BAYYATI
1. Jelaskan Tarannum Bayyati dari sudut definisi dan perkembangannya,sifatsifat dan peranannya di dalam persembahan bacaan al-Quran. Definisi dan perkembangannya.

Tarannum bayyati dari sudut bahasa Bayyatiadalah berasal dari bahasa Arab yang di ambil dari wazan(asas pertimbangan asal perkataan). Manakala dari sudut istilahnya pula,Bayyatibermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir. Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri.Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar,Mesir.Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana,sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulangdengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran.Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat umum.Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang. Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya,ia menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan alQuran tidak memasukkan tarannum ini,maka dirasakan seumpama masakan yang tidak cukup perisanya.Oleh itu,keistimewaan tarannum Bayyati ini adalah seumpama menu utama dalam bidang ilmu tarannum dan ia boleh diibaratkan sebagai pembuka selera bagi pencinta tarannum al-Quran.

SIFAT-SIFAT ALUNAN TARANNUM BAYYATI

Mempunyai kelembutan di samping ketegasan

Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah sederhana

Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan

Mempunyai kesesuaian dengan tarannum pembukaan dan penutup

Mengenal sifat-sifat alunan tarannum Bayyati adalah suatu perkara yang amat penting.Ini kerana kekurangan ilmu dalam mengetahui selok belok bacaan ini akan mengundang kesukaran mengawal dan menyusun harakah-harakahnya dengan baik dan berkemungkinan besar akan kehilangan punca yang akan menyebabkan terkeluar daripada asas bacaan tarannum ini.

Umumnya,setiap tarannum mempunyai misi sebagai alat penyampai bagi menghayati isi kandungan al-Quran.Justeru,kepentingan mengetahui peranan tarannum Bayyati juga adalah salah satu daripada misi dalam sesuatu persembahan bacaan al-Quran.

Di antara peranan tarannum Bayyati dinyatakan dalam Rajah 1.1.

PERANAN PERSEMBAHAN TARANNUM BAYYATI

Memantapkan persembahan bacaan

Menjadikan tarannum pembukaan dan penutup

Menjadi pengukur kepada tarannum yang akan dipersembahkan sesudahnya

Memantapkankan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan


4

2. Nyatakan dua perbezaan di antara tarannum lahjah Arab hijazi dan tarannum lahjah Arab Misri. Ilmu seni tarannum al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum lahjah arab hijazi dan tarannum lahjah arab misri. Jadual menunjukkan dua perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab Hijazi dan Misri.

Bil. Lahjah Arab Hijazi 1. Popular sebelum tahun 1940-an 2. Irama dan rentaknya lebih lincah dengan nada suara yang tinggi.

Lahjah Arab Misri Popular selepas tahun 1940-an Irama dan rentaknya lebih lembut dengan nada suara yang sederhana.

3.Terangkan secara ringkas berkaitan sejarah perkembangan tarannum,falsafah dan peranannya dalam bacaan al-Quran. Mengikut sejarah,tarannum atau muzik adalah merupakan sebahagian daripada budaya sesebuah masyarakat setempat.ia juga diilhamkan melalui beberapa unsur seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.2 berikut.

Bunyian daripada geseran kayu

Bunyian daripada tiupan angin

ASAL-USUL TARANNUM(MUZIK)

Bunyian air yang mengalir

Bunyian kicauan burung

1.2:Asal usul tarannum al-quran atau muzik

Hasil daripada bunyi-bunyian tersebut,maka diambil istifadah atau manfaat oleh ahliahli muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut selera masingmasing.Dengan itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat. Setelah kedatangan islam dan penurunan al-Quran,umat islam ketika itu disarankan supaya menukar budaya tersebut kepada membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak.Ia bertujuan untuk menarik masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk mengisi keperluan rohani dan memperdengarkan di telinga-telinga mereka tentang isi kandungan al-Quran alMukjiz. Dalam kebanyakan Hadis-hadis Sahih,di antaranya adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Jamial-Sahih yang menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum atau berlagu.Ini dibuktikan oleh hadis berikut:

Maksudnya:Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda:Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran. Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-Qari pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan pengaruh Yunani.Kemudian dipopularkan oleh pakar pakara muzik tempatan iaitu Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim. Justeru,berdasarkan beberapa Hadis Sahih ,sejarah tarannum al-Quran ini sebenarnya ialah bermula seawal turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu pertama di GuaHira kira-kira seawal tahun 610 Masihi.Di bawah,merupakan perbahasan lanjut mengenai sejarah tarannum al-Quran yang bermula sejak zaman Baginda s.a.w:

Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua asset yang tidak boleh dipisahkan.Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah s.w.t,penyampai risalahNya,penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya.Oleh sebab itu,menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam sunannya seperti berikut:

: :

Maksudnya:Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata:Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah,sedang menunggang unta,beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu baginda melakukan tarji(Bacaan lambat dengan memahami isi kandungannya) Dalam satu riwayat yang lain pula,Baginda s.a.w pernah suatu ketika membaca surah al-Tur dalam solat maghrib.Perkara ini didengari oleh Muhammad ibn Jubayr ibn Matam maka beliau menyifatkan bahawa tiada sorang pun yang lebih lunak suara bacaannya selain Rasulullah s.a.w. Keunikan kegemaran Rasulullah s.a.w terhadap bacaan al-Quran dikongsikan bersama para sahabatnya di mana sebagaimana termaktub dalam banyak Hadis Nabawi,Baginda s.a.w sangat suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan para sahabatnya bahkan memujinya.Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya,Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan memuji Abdullah ibn Masud yang membacakan al-Quran ketika solat.

:
7

Maksudnya:Rasulullah s.a.w bersabda:Barangsiapa yang ingin membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd(iaitu gelaran kepada( Abdullah ibn Masud). Saydatina Aishah r.a pernah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau bersama Rasulullah s.a.w mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh salah seorang sahabat Baginda s.a.w iaitu Salim,hamba kepada Abu Huzayfah r.a.setelah selesai bacaan tersebut,Baginda s.a.w kelihatan gembira dan bersyukur sambil berdoa dengan pujian kehadrat Ilahi kerana menjadikan di kalangan umatnya yang baik dalam bacaan al-Quran.

FALSAFAH TARANNUM DAN PERANANNYA Menurut kajian Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah,definisi falsafah adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek,iaitu philein dan sophos yang bermaksudmenyintai dan hikmah.Menurut Plato,falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar,baik dan cantik.Manakala al-Kindi,seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu(Tuhan)yang berada dalam kemampuan manusia untuk mencapainya. Jelasnya,falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu bidang.Dalam bidang tarannum al-Quran,falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha pencipta.oleh itu,bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu sendiri. Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum,peranannya juga merupakan aset yang perlu diketahui oleh setiap Qari dan Qariah,di antaranya dapat kita lihat dalam jadual 1.3

Jadual 1.3:Peranan Tarannum Bil 1 2 3 4 5 Peranan Tarannum Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar. Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran

Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran dan mempopularkannya seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.4 berikut. Jadual 1.4:Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Bil 1 2 3

Jenis Lagu/Tarannum Bayyati-Soba-Hijaz-Nahawand dan Rast Bayyati-Hijaz-Nahawand-Rast dan Sikah Bayyati-Nahawand-Rast-Sikah dan Jiharkah

Bayyati-Soba-Nahawand-Rast dan Sikah

Bayyati-Iraqi-Hijaz-Sikah dan Rast

50% Qari dan Qariah mengamalkan kedua-dua bahagian ini. 30%Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini. 15% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini. 5% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini.

Di Malaysia,system persembahan tarannum yang diperkenalkan adalah terdiri daripada komponan-komponan yang dapat kita lihat dalam Rajah 1.5 yang seterusnya.

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM DI MALAYSIA


Mengandungi beberapa jenis tarannum yang berlainan tanpa berulang-ulang

Mengandungi beberapa tabaqah suara yang disusun mengikut tekniknya

Tarannum pembukaan dan tarannum penutup hendaklah dari jenis yang sama(Keutamaan/Bayyati)

4(a).Jelaskan definisi suara . Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat komunikasi sesame manusia.Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara oleh paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi dalam memperdengarkan bacaan al-Quran.Dalam hal ini,Islam menggalakkan umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat member kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya.Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout.Ini sejajar dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaI dalam sunannya,babMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara:

Maksudnya:Daripada al-Barrae berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu. 4(b).Bandingkan kategori suara yang ideal dan tidak ideal untuk mempelajari tarannum Al-Quran. Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia boleh diproses,dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati.Contohnya,suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan,pelbagai jenis bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan(loghat).

Bil 1

Sifat SUARA TERBAIK SUARA BAIK SUARA KURANG BAIK

Catatan Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada,tinggi,rendah,garau,lembut,manis,licin,bersih,terang,lantang dan tajam. Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,sederhana,rendah,garau,lembut,manis,licin,bersih,terang dan lantang. Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada,tinggi,kecil,lembut,manis,licin,bersih,terang dan tajam.

10

SUARA TIDAK BAIK

Ia mempunyai sifat-sifat sumbang,nipis,lembab,lemah,keras,serak,pecah,parau,terketarketar,tenggelam,tersepit,terputus,tercekik,dan sebagainya. Jadual 2.1:Kategori suara

Adapun kategori pertama,kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran.Manakala,kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk bertarannum.Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini,ia akan mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk bertarannum.

11