Anda di halaman 1dari 21

Sistem Swing Forex 4H

Sistem Swing 4H Bantuan Penyelesaian Perdagangan Tukaran Matawang Asing

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 1

Sistem Swing Forex 4H

Kandungan Muka Surat

Pengenalan..................................................................................3 Sistem Swing 4H ..........................................................................5


Setup........................................................................................................................................................5 Persediaan Untuk Open Position.............................................................................................................6 Short/Sell.................................................................................................................................................6 Long/Buy..................................................................................................................................................7

Pembentukan Candlestick...........................................................9
Doji..........................................................................................................................................................9 Engulfing................................................................................................................................................10 Inside Candle (Inside Bar)......................................................................................................................10 Hammer & Hanging Man......................................................................................................................11

Contoh .......................................................................................13
EU 4H dengan Candlestick ....................................................................................................................13 EU 4H Candlestick dan Bollinger Band...................................................................................................14 EU 4H Candlestick, Bollinger Band & Stochastic....................................................................................16

Penutup......................................................................................20

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 2

Sistem Swing Forex 4H

Pengenalan
Selamat datang ke Sistem Swing 4H. Sistem ini bukanlah ciptaan saya tetapi saya membuat alihbahasa dari sebuah e-book Powerband yang pernah dibaca dan dijalankan di Demo dan Live Account. Penulis asalnya menceritakan bahawa sistem ini amatlah mudah, ringkas dan menguntungkan kepadanya di dalam perdagangan tukaran matawang asing. Saya membuat beberapa penerangan tambahan bergambar untuk membantu melihat dengan jelas. Sistem ini bukanlah akan menjadikan anda kaya dalam semalaman atau pun sebulan dua tetapi memerlukan banyak latihan dan pemerhatian. Banyakkan latihan di demo account untuk memberikan keyakinan dan kefahaman yang lebih dalam sistem ini. Tidak perlu terkejar-kejar untuk menjalankan di Live Account. Ingatlah seperti yang sering saya tekankan .. Takkan Lari Pips Dikejar.. Tertinggal hari ini, esok ada banyak lagi. Peringatan kepada diri saya sendiri di dalam menggunakan sistem ini .. Jangan keterlaluan kerana ini akan memusnahkan dan membunuh diri anda. Sekiranya anda was-was dengan trade itu, jangan masuk sehinnga keyakinan anda tinggi.

Sekiranya anda telah kalah dalam satu pertarungan, jangan sesekali berniat untuk membalas dendam dan mengambil semula wang dan pips yang hilang. Kekalahan adalah satu adat dalam
Page 3

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Sistem Swing Forex 4H forex dan kita kena mengambil sikap positive kekalahan itu dengan mengkaji di mana silapnya.

Kita harus melihat forex untuk satu tempoh yang agak lama. Mungkin hari ini kita loss tetapi untuk tempoh seminggu, sebulan dan setahun, hasil kita akan meningkat dengan konsisten dan stabil Sistem ini menggunakan beberapa indicator yang sedia ada tanpa diubahsuai. Ramai yang suka melihat carta yang berwarna-warni, lebih menarik bersama dengan berbagai-bagai confirmation untuk OP. Sekiranya anda sukakan carta yang berwarna-warni, ini bukanlah sistem yang anda cari. Sekiranya anda dapat memenuhi syarat-syarat di atas, barulah kita mulakan pembelajaran Sistem Swing 4H ini. Ikhlas

~warhead~

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 4

Sistem Swing Forex 4H

Sistem Swing 4H
Penulis asal telah memerhatikan dan melihat hasil yang memberangsangkan dengan menggunakan teknik ringkas ini. Saya sendiri berasa yakin menggunakan sistem ini seperti yang ditunjukkan di thread FXOpen dan ramai juga sahabat-sahabat yang telah mencuba di Real Account dan berjaya mengutip purata 120250 pips dalam sesuatu trade. Mengapa kita menggunakan 4H? Saya merasakan ramai di kalangan kita ingin trade tetapi tiada masa yang sesuai. Jadi, saya berpendapat bahawa dengan menggunakan 4H, kita akan mempunyai masa yang lebih banyak untuk membuat tugasan harian. Apabila kita bermain dalam 4H, kita hanya perlu melihat setiap 4H apabila CS baru muncul. Bagaimanapun setiap orang mempunyai cara dan kesesuaian yang berlainan. Maka ikutlah selera.

Setup
Sistem 4H ini menggunakan indicator standard yang ringkas. Buka carta 4H di MT4 Broker masing-masing. Gunakan MT4 yang bermula dengan GMT00 (jam 5 pagi Malaysia Daylight Saving atau 6 pagi Standard Time) Indicator yang digunakan Candlestick

Bollinger Band (16,2)


Page 5

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Sistem Swing Forex 4H

Stochastic (9,3,3) o Letakkan Level 80 dan 20

Stochastic menganggarkan Over-Bought apabila melepasi 80 dan bersedia untuk Sell dan Over-Sold apabila menjunam ke 20 dan bersedia untuk Buy.

Persediaan Untuk Open Position


Perkara utama yang perlu diperhatikan adalah kedudukan CS menyentuh Bollinger Band (Upper/Lower). Apabila CS telah berada berhampiran dengan Upper BBand (samada telah menyentuh atau memotong), kita harus bersedia (ingat ya .. bersedia sahaja, sebab ianya kita bermain dalam 4H. Market boleh berada di dalam ketidak tentuan sehingga berakhirnya 4H tersebut). Kemudian, perhatikan pula kedudukan Stochastic untuk menentukan samada Stochastic telah pun berada di sekitar 80/20.

Short/Sell
Sekiranya Stochastic sudah melebihi puncak 80 dan menunjukkan pemusingan arah, kita akan bersedia melakukan Short pada 4H tf yang baru. Sekiranya Stochastic sudah melebihi puncak 80, telah pun bersilang dan keluar dari 80 ke bawah, kita sedia untuk melakukan Short pada CS yang sama.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 6

Sistem Swing Forex 4H

Long/Buy
Sekiranya Stochastic sudah menjunam ke dalam lembah 20 dan menunjukkan pemusingan arah, kita akan bersedia melakukan Long pada 4H tf yang baru.

Sekiranya Stochastic sudah menjunam ke dalam lembah 20, telah pun bersilang dan keluar dari 20 ke atas, kita sedia untuk melakukan Long pada CS yang sama.

Apabila kedua syarat telah dipenuhi, kita akan perhatikan bentuk CS sebelum membuat Open Position. Sekiranya terdapat bentuk CS yang menunjukkan pertukaran trend, maka kita akan membuat trade. Bentuk-bentuk seperti Doji, Hammer, Inverted Hammer, Hanging Man dan Shooting Star meyakinkan kita bahawa pembalikan arah akan berlaku. Pembentukan CS untuk menentukan keadaan psikologi market, biasanya dengan ketepatan yang tinggi. Stop Loss diletakkan di tahap Hi/Low yang terakhir dan anjakkan ke Break-Even setelah mendapat 50 pips. Tetapi saya lebih suka meletakkan SL +10 pips dari Hi/Low terakhir dan Break-Even +5 pips. Sekiranya saya kena SL setelah profit, saya masih lagi menang sebanyak 5 pips.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 7

Sistem Swing Forex 4H Jangan gunakan lebih dari 5% dari equity akaun anda untuk sesuatu trade. Malah ramai supertraders mencadangkan hanya 3% sahaja dari keseluruhan akaun anda.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 8

Sistem Swing Forex 4H

Pembentukan Candlestick

Terdapat beratus-ratus jenis pembentukan CS tetapi kita hanya akan memilih beberapa jenis CS sahaja yang boleh menunjukkan ke arah mana price akan bergerak seterusnya.

Doji

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 9

Sistem Swing Forex 4H Doji biasanya ditunjukkan oleh pembentukan CS di mana Open Price dan Close Price adalah sama (perbezaan 1-2 pips juga diterima). Sekiranya Doji terbentuk setelah sesuatu price berubah dengan banyak, ianya adalah satu tanda yang kuat bahawa pembalikan arah akan berlaku. Semak keadaan di mana Stochastic berada di keadaan OverBought atau Over-Sold. Jika ini dapat disahkan, kita berada di dalam keaadan yang baik untuk bersama-sama dengan arah pasaran selepas itu.

Engulfing

CS Engulfing merujuk kepada perubahan momentum yang kuat disebabkan Support/Resistance telah dipecahkan. Untuk Buy, CS yang sebelumnya adalah Bearish dan CS yang berikutnya adalah Bullish yang lebih besar dari yang sebelumnya. Sebaliknya adalah untuk Sell.

Inside Candle (Inside Bar)

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 10

Sistem Swing Forex 4H Pembentukan Inside Candle adalah berlawanan dengan Engulfing di mana CS yang terbentuk adalah berada di dalam Candle yang pertama (lebih kecil Hi/Low tidak melepasi CS yang pertama). Pembentukan CS ini menunjukkan sesuat trend itu semakin kehilangan kekuatan dan berkemungkinan berlaku perubahan arah. Kita hendaklah memerhatikan pergerakan CS yang selapas itu sebelum membuat keputusan kerana Break-Out akan berlaku selepas ini.

Hammer & Hanging Man


Pembentukan CS ini merupakan kesukaan ramai yang menggunakan Candlestick untuk trade.

Hammer dan Hanging Man dapat juga dijadikan penunjuk pembalikan arah trend seperti terlihat pada gambar di bawah. Petunjuk ini haruslah ditentukan dengan CS yang terjadi selepasnya. Syarat Hammer dan Hanging Man adalah Shadow harus lebih panjang dibandingkan body. Petunjuk yang ditunjukkan oleh CS dapat dijadikan sebagai petunjuk awal pergerakan harga tetapi tidak boleh dijadikan sebagai acuan trend

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 11

Sistem Swing Forex 4H utama kerana ianya menunjukkan pergerakan untuk beberapa CS ke depan.. (tapi cukup makan 100-200 pips) Secara keseluruhannya, pembentukan Engulfing dan Hammer memang banyak membantu memerangkap pips.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 12

Sistem Swing Forex 4H

Contoh EU 4H dengan Candlestick


Mari kita lihat carta CS EU

Carta 1: EU 4H Candlestick Carta di atas adalah berdasarkan CS sahaja. Ianya mungkin tidah banyak membantu untuk membuat trade, tetapi kita boleh mengagak ke mana CS selepasnya sekiranya kita mahir melihat pattern CS berdasarkan sedikit panduan Candlestick di muka sebelumnya.
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 13

Sistem Swing Forex 4H

Mari kita lihat pula bagaimana jika kita gabungkan CS dengan Bollinger Band.

EU 4H Candlestick dan Bollinger Band

Carta 2: EU 4H Candlestick & Bollinger Band

Carta di atas jelas menunjukkan pergerakan CS apabila menemui Upper BBand, Mid Bband dan Lower Bband.
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 14

Sistem Swing Forex 4H


1.

Apabila dalam keadaan Uptrend (UT) di mana CS telah menyentuh Low BBand dan bentuk CS adalah berkeadaan pembalikan arah :a.

CS akan bergerak dari Low Bband menuju ke Mid Bband. Sekiranya gagal melepasi Mid Bband yang bertindak sebagai Resistance, ianya akan turun ke bawah sebelum menguji lagi kekuatan Resistance tersebut.

b. Sekiranya CS berjaya menembusi Mid Bband, ianya akan menuju ke Upper Bband. c. Jadi, Mid Bband dan Upper BBand menjadi T1 & TP2

2. Apabila dalam keadaan Down Trend (DT) di mana CS telah menyentuh Upper BBand dan bentuk CS adalah berkeadaan pembalikan arah :a. CS akan bergerak dari Upper Bband menuju ke Mid Bband. Sekiranya gagal melepasi Mid Bband yang bertindak sebagai Support, ianya akan naik ke atas sebelum menguji lagi kekuatan Support tersebut. b. Sekiranya CS berjaya menembusi Mid Bband, ianya akan menuju ke Upper Bband. c. Jadi, Mid Bband dan Lower BBand menjadi T1 & TP2

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 15

Sistem Swing Forex 4H

EU 4H Candlestick, Bollinger Band & Stochastic

Carta 3: EU 4H Candlestick, Bollinger Band & Stochastic

Mari kita perhatikan bagaimana hubungan CS, Bollinger Band dan Stochastic. Hampir keseluruhan pergerakan CS seiring-sejalan dengan Stochastic dan Bollinger Band. Apabila Stochastic sudah melebihi 80, CS telah berada di atas Upper Band dan menghasilkan tanda penolakan (CS
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 16

Sistem Swing Forex 4H mencucuk jarum ke atas - Hang Man, Shooting Star dan sebagainya), CS yang berikutnya menunjukkan bearish dan mula bertukar trend.

Upper Band Mid Band Lower BBand


o

Upper Band Mid Band Sekiranya gagal melepasi Mid Band, akan retrace ke atas sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika berjaya, akan menuju ke Lower Bband

Mid Bband Lower BBand Sekiranya gagal melepasi Lower Band, akan retrace ke atas sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika berjaya, akan menuju ke Lower Bband Proses ini akan berterusan sehingga CS berjaya melepasi Mid Band untuk menyentuh Upper BBand

Lower Band Mid Band Upper BBand


o

Lower Band Mid Band Sekiranya gagal melepasi Mid Band, akan retrace ke bawah sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika berjaya, akan menuju ke Upper Bband Sekiranya gagal melepasi Lower Band, akan retrace ke atas sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika berjaya, akan menuju ke Lower Bband

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 17

Sistem Swing Forex 4H Proses ini adalah Swing yang tak akan habisnya.

Lihat carta di bawah

Carta 4: Penjelasan EU 4H Seiring Sejalan

Lihat CS-1 menunjukkan jarum tajam ke atas tanda kegagalan melepasi Resistance. CS selepasnya ada Bearish CS diikuti persilangan Stoch-1 dan bergerak keluar dari 80 (dari atas ke bawah). OP selepas Stoch
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 18

Sistem Swing Forex 4H bersilang memberikan 300++ pips apabila CS-2 menyentuh Mid BBand dan naik ke atas kerana gagal membolosi Mid BBand. Kali kedua berjaya bolos dan sangkut di CS-3 dan Stoch-2 bersilang. Pada kedudukan OP CS-3 sebanyak 480 pips diperangkap.

CS gagal sentuh Lower Bband, retrace ke Mid Bband sehingga CS-4. Gagal di situ, Stoch-3 bersilang kembali dan CS terjunam menuju CS-5 dengan 300++ pips.

Lihat CS-5 setelah beberapa kali penolakan (ada support di situ), CS terbang ke atas. Stoch-4 bersilang dan CS menuju ke Mid Bband dan Upper BBand dengan 450++ pips.

Pada CS-6 terdapat tanda Doji CS jatuh menuju Mid BBand dengan 180++ pips.

Begitulah sebenarnya cerita Swing yang tak akan ada kesudahannya.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 19

Sistem Swing Forex 4H

Penutup
Akhirnya, berjaya juga E-book Panduan Swing 4H disiapkan. Saya merasakan sistem ini sangat ringkas dan mudah dan sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang sesuai menggunakannya. Saya tidak pernah dan tidak akan mengatakan bahawa sistem ini kebal, zero-loss dan sebagainya. Sekiranya anda temui sistem yang mengakui tidak pernah tewas, sila beritahu saya. Tiada satu pun sistem yang lengkap, 100% perfect. Pengajaran yang paling berharga ialah apabila loss dalam sesuatu trade. Dari situ kita belajar apa erti kekalahan dan membuat kajian di mana silapnya. Jika tidak, kita tidak akan belajar dari kesilapan. Kami yakin dan pasti setiap orang akan membuat kesilapan tanpa disedari atau tidak. Paling penting, setiap hujung minggu dan hujung bulan, kita lihat adakah akaun kita berkurang atau bertambah. Kaji dan kaji. Sekali lagi, cubalah di Demo Account untuk satu jangka masa sehingga anda yakin dan berjaya menggandakan wang demo secara berdisiplin. Semakin lama anda membuat latihan, semakin mantap trading saudara semua. Akhir kata, kita telah berusaha yang termampu dan akan sentiasa berusaha dan terus belajar. Sekiranya ada kesilapan dan kekurangan, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf. Mungkin di masa hadapan, kami boleh memperbaiki kelemahan dan memantapkan lagi sistem ini.
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 20

Sistem Swing Forex 4H Perlu saya ingatkan bahawa semua sistem ada kelemahannya. Janganlah diyakini 100% sistem ini memberikan kemenangan, tetapi jika ianya dapat memberikan 75%-85% kemenangan, ianya adalah sudah cukup membanggakan kerana kita ada banyak masa lagi untuk membuat lain-lain urusan kehidupan. Semoga kita semua akan mendapat kejayaan, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.

Wasalam Ikhlas

~warhead~

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead

Page 21