Anda di halaman 1dari 3

Kisah Nabi AYUB AS ( perempuan) ( z0n Timur )

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran
iaitu Kisah Nabi AYUB AS.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi Ayyub adalah putra dari Aish bin Ishaq bin Ibrahim. Nabi Ayub AS ialah salah seorang 25
Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam, Allah telah menceritakan dalam Al-Quran dan
memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji dan sifat sabar atas ujian dari Allah swt.
Ayyub alaihissalam adalah seorang yang mempunyai banyak kekayaan, binatang ternak dan tanah
yang luas. Disamping itu dia mempunyai anak dan anggota keluarga yang sangat ramai.
Nabi Ayub as yang kaya sentiasa bersifat pemurah dengan memberikan sebahagian hartanya
kepada rakyatnya. Nabi Ayub as juga sentiasa istiqamah dalah beribadah kepada Allah swt.
3=79 &/ i :# f9# <) i {# {# NW9# 3 e0 99#

Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.Surah Al-
Baqarah ayat 155.

Kawan-kawan semua, kita mesti bersyukur kepada Allah swt atas segala nikmat pemberianNya
dengan cara besedekah, membayar zakat dan sebagainya. Kita, harus menolong mereka yang
susah seperti di Pelastin dan Somalia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
$7 &! &#& =V Zq $i . <`{ =79{#
Dan kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada
mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai
fikiran. Surah As Sod ayat 43

Nabi Ayub as telah menerima ujian dari Allah swt. Iblis datang mahu menyesatkan Nabi Ayub as
supaya imannya rosak, Iblis mengarahkan bala tenteranya untuk menghancurkan keimanan Nabi
Ayub as.
Iblis dengan penuh tipu daya dan godaan memusnahkan anaknya, keluarganya dan hartanya,
kemudian dengan tubuhnya. Ini sebenarnya ujian dari Allah . Ujian yang tidak pernah ditimpakan
kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus
bertaubat kepada-Nya.
Iblis menyamar sebagai lelaki tua untuk memesongkan akiqah Nabi Ayub as tetapi tidak berjaya.
Bermacam-macam lagi dugaan dan ujian ke atas Nabi ayub as namun baginda tetap bersabar dan
bertaubat kepada Allah swt.
Kawan-kawan sekalian, dunia sekarang memaparkan bermacam-macam bencana seperti gempa
bumi, taufan dan sebagainya. Kita sebagai umat Islam mesti mempunyai sifat sabar dan tabah
menghadapi semua ujian Allah swt.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Selain kemusnahan harta benda dan anak-anaknya, Nabi Ayub juga diuji dengan penyakit kulit
yang tiada penawar dan ubatnya. Nabi Ayub as disisihkan oleh masyarakatnya. Isterinya seorang
saja yang masih bersamanya. Isterinya tetap setiap kepadanya.

.# $7 >& ) $ / o& _ 9# 5=/ A>#
Dan ingatlah akan hamba kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya Aku diganggu syaitan
dengan kepayahan dan siksaan". Surah As-Shod ayat 41.

Kawan-kawan, ketahuilah bahawa Syaitan sentiasa membisikkan perkara kejahatan kepada kita termasuklah
dengan penyakit berbahaya seperti AIDS, leukimia dan sebagainya. Syaitan menanamkan sifat mazmumah
dalam diri kita supaya membenci Allah swt Maka, marilah berusaha daripada menjadi mangsa godaan
syaitan. Tanamkan sifat sabar dan kasih sayang dalam diri dan masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sesungguhnya iblis tidak jemu mengoda Nabi Ayub as supaya tidak beribadah kepada Allah swt.
Namun , nabi Ayub as sentiasa bertakwa kepada Allah swt. Mulut dan bibirnya sentiasa berzikir
kepada Allah swt.
Pada satu hari isterinya terleka dan lambat menguruskannya. Nabi ayub as bersumpah akan
memukul isterinya kerana kelekaan isterinya itu. Nabi ayub berdoa kepada Allah swt supaya
disembuhkan.
.# 7=_/ ( # F $/ >#
(Allah berfirman): "Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum". Surah As- Shod ayat
42

Allah swt mewahyukan agar Nabi Ayub as menghentakkan kakinya ke tanah. Maka dengan izin
Allah swt, maka terpancut air dan Nabi Ayub mandi dan minum dengan air tersebut.
Dengan kuasa Allah swt yang Maha Menyembuhkan, Nabi Ayub as menjadi sihat seperti sediakala
malah menjadi lebih kuat dan bertenaga.
Kawan-kawan semua, pada masa kini terjadi masalah rumahtangga hingga memecahbelahkan institusi
keluarga. Anak-anak menjadi terbiar kerana masalah keluarga. Sebagai umat Islam, kita mesti kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar. Jika kita berdosa, minta ampun kepada allah swt.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah bertahun-tahun Nabi Ayub as diuji oleh Allah swt, maka Allah swt yang Maha Kaya
mengembalikan segala harta benda dan kekayaan Nabi Ayub as yang musnah malah lebih baik dari itu. Iblis
kecewa dan mengakui ketabahan Nabi Ayub as.
{ 8/ $ZW >$ n/ ]tB 3 $) ` #\/$ 4 o 79# ( ) >#&
Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), Maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat
(kepada Tuhan-nya). Surah As-Shod 44.
Sesungguhnya, Nabi Ayub as adalah salah seorang nabi yang sabar. Kawan-kawan semua, Aceh telah
dilanda tsunami besar yang memusnahkan dan membunuh ramai manusia. Namun, dengan kuasa Allah swt
Acheh berjaya membangun dengan jayanya. Inilah janji Allah swt.

Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt dan mengamalkan
ajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Moga kita menjadi insan yang masuk ke dalam
syurga Allah swt kelak. Bersabarlah segala apa ujian yang ditimpakan kepada kita.

Wasalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.