Anda di halaman 1dari 3

Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya ( perempuan)

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim
yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang
dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah
kisah al-quran iaitu Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi Nuh merupakan Nabi yang ketiga sesudah Nabi Adam dan Nabi Idris. Nabi Nuh
menerima wahyu ketika masa kekosongan di antara dua Rasul di mana pada waktu itu
manusia kembali menyembah berhala dengan melupakan ajaran Nabi sebelumnya dan
melakukan amalan syirik. Nabi Nuh berdakwah kepada mereka supaya meninggalkan
amalan terkutuk itu dan kembali menyembah Allah swt. Malangnya dakwah Nabi
Nuh langsung tidak diendahkan oleh umatnya pada ketika itu. Pelbagai cara telah
digunakan oleh Nabi Nuh tetapi hanya sedikt yang mempercayai dakwah Nabi Nuh.
Selama 950 tahun Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya untuk menyembah Allah swt
dengan sabar.
)9 != l> <| % | 39 " ,
Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (Dia berkata):
"Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, (Surah Hud
ayat 25.)
Kini, bermacam-macam jenayah dilakukan manusia kerana hilang sabar contohnya
membunuh dan lain-lain lagi.
Marilah kita semaikan sifat sabar seperti Nabi Nuh.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kaum Nabi Nuh menentang ajarannya. Mereka tidak percaya dengan ajarannya.
Mereka mengejek, menghina, menuduhnya gila malah diugut untuk
mencederakannya. Kaumnya yang melampaui batas itu dengan lantang mencabar agar
Allah swt menurunkan azab kepada mereka. Alangkah angkuh dan sombong kaum
nabi Nuh.
9!% _` % !.9> ,.2! !9> !.! !, !-. | 2
%.9
Mereka Berkata "Hai Nuh, Sesungguhnya kamu Telah berbantah dengan kami, dan
kamu Telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, Maka datangkanlah kepada
kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang
benar". Surah Hud ayat 32

Kita dapati pada masa kini terdapat kes pelajar yang memukul malah mencederakan guru.
Sifat ini tidak disukai oleh agama Islam. Kita sepatutnya sentiasa hormat menghormati
khususnya guru yang mengajar kita ke jalan yang benar.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah dakwah nabi Nuh dipersendakan dan dihina oleh kaumnya, Nabi Nuh berdoa
kepada Allah swt agar kaumnya yang melampaui batas itu diturunkan azab. Maka
Allah swt memerintahkan supaya Nabi Nuh menamam pokok untuk membina kapal.
Setelah beberapa tahun berlalu kapal tersebut siap dibina dan Allah swt menuruh Nabi
Nuh dan pengikutnya naik ke atas kapal dan membawa bersama binatang ternakan
dan tumbuhan. Nabi Nuh tetap sabar menjalankan perintah Allah swt.
.> | l> !' ! '.9 !=% - ! 2 > . = |
,, =s `)9 ! - | =%

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan
mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan
taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-
tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah
ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-
orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya,
melainkan sedikit sahaja. Surah Hud ayat 32

Pada tahun yang lalu kita dapati terdapat manusia yang membuat karikatur menghina nabi
kita. Kita umat Islam wajib menjaga diri kita dari menghina nabi terdahulu kerana kita akan
diazab oleh Allah swt.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Allah swt telah menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh berupa banjir besar dan
menenggelamkan kaum yang sesat. Mereka juga di azab dengan sambaran petir yang
meyeksakan. Isteri dan anak nabi Nuh yang tidak beriman turut menerima azab ini. Semua
manusia yang beriman kepada ajaran Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah swt dan mereka
mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
!% ,2 ! `., < !1> !8` | "-9 >
Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di
waktu berlayar dan berlabuhnya." Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang. Surah Hud ayat 41
Kawan-kawan pasti mengetahui bahawa, kini, beberapa buah negara dilanda bencana alam
yang dahsyat adalah tanda kekuasaan Allah swt. Berlaku anak derhaka kepada ibu bapa. Kita
umat Islam harus taat kepada ajaran Islam sepenuhnya. Kuatkan iman dalam diri agar kita
masuk ke dalam syurga Allah swt kelak.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi Nuh sentiasa berdakwah di dalam kapalnya malah sempat menyeru anak dan kaumnya
supaya bertaubat dan naik ke dalam kapal. Namun mereka tidak menerima dakwah Nabi Nuh.
Akhirnya , selamatlah orang yang bersama Nabi Nuh dalam bahteranya. Setelah beberapa hari
berlalu, bahtera itu mendarat di Bukit Judi.
% _` 1, =., ! ., 7=s ?s - " `-.`
. . ! ,s '9
Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari kami
atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. dan ada (pula)
umat-umat yang kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), Kemudian
mereka akan ditimpa azab yang pedih dari kami." Surah Hud ayat 48.

Kawan-kawan semua, kita tahu pada masa kini, terdapat agensi yang berperanan memulihkan
jiwa mereka yang tersesat jalan seperti PEMADAM dan PENGASIH. Nasihat saya kepada
semua, kembalilah ke ajaran Islam agar berjaya selama-lamanya.

Saya sudahi cerita saya ini dengan kalimah suci.

Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatuhlahi wabrakatuh.