Anda di halaman 1dari 20

a) Berdasarkan bahan-bahan bacaan di atas, anda dikehendaki menulis

satu ”Critical Review” berkaitan isu-isu disiplin di sekolah. Analisis


anda perlu merujuk kepada teori-teori pembelajaran dan masalah
tingkah laku.

Critical Review :

1) Masalah Buli Di Sekolah.

Pengenalan

Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan
bukan sahaja kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor
dan pihak pentabir sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa pelajar yang melakukan kes buli ini mempunyai masalah terutama dari
pada segi persekitaran, keluarga atau emosi.
Wawancara pihak utusan Malaysia dengan Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammudin Tun Tun Hussein merungkai permasalahan buli yang berlaku di
sekolah-sekolah seluruh negara ekoran kejadian seorang pelajar tingkatan satu
Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-diniah Padang Tengku, Kuala Lipis
yang dibelasah hingga parah oleh senior sekolah tersebut. Artikel tersebut
menerangkan langkah-langkah yang akan dan sedang digunakan oleh
Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah buli di sekolah.

Definisi Buli
Menurut Kamus Dewan, Edisi ketiga – buli ditakrifkan sebagai;
1. Perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat
menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.
2. Mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan
untuk menggertak / menakutkan orang yang berkenaan.
3. Menurut The American Heritage ® Dictionary mengatakan “bully (noun); A
person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker
people”
Buli merupakan salah satu masalah tingkah laku yang berlaku atau
dilakukan oleh pelajar. Menurut Kenneth S Trump dalam bukunya Classroom
Killers? Hallway Hostages?: How Schools Can Prevent and Manage School
Crises, buli akan melahirkan sekumpulan orang muda yang bertindak sebagai
penyerang.
Buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang
pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal
atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang. Tingkah laku ini berlaku
berkali-kali (Hazler & Hoover, 1993). Buli merupakan salah satu daripada
masalah tingkah laku negatif pelajar.
Secara umumnya masalah tingkah laku pelajar ini dapat di kelaskan
kepada dua kategori iaitu:
a) Tingkah laku bermasalah negatif.
b) Tingkah laku bermasalah positif.

a) Tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti menggangu,


pergantungan berlebihan, agresif, buli, kebimbangan, distruktif, ponteng
sekolah, mencuri, pengasingan diri dan banyak lagi.
b) Tingkah laku bermasalah positif pula adalah seperti sifat ingin tahu yang
berlebihan, pintar cerdas, dan proaktif.

Perilaku membuli menurut teori perlakuan adalah tindakan yang


mekanikal. Tingkah laku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak
balas yang tertentu. Gerak balas ini pula bergantung pada satu cara rangsangan
yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. Sebagai satu pendekatan yang
mekanistik dan kuantitatif, teori ini menggunakan kaedah yang melibatkan
pengukuran dan penilaian yang sangat objektif. Individu dalam proses interaksi
sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling
membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu
tingkah laku. Antara pengasas teori ini, Ivan Pavlov dan Joseph Wolpe
mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik; manakala teori perlakuan
pelaziman operan dipelopori oleh B. F. Skinner dan J. B.Watson. Teori ini juga
mempunyai pengaruh dalam aspek sosialisasi dengan teori pembelajaran sosial
yang dikemukakan oleh Bandura. Fahaman perlakuan berpendapat bahawa
neurosis dipelajari melalui proses pembelajaran. Ciri empirikal dipentingkan dan
tingkah laku bergerak dengan sistem peraturannya yang boleh ditentukan.
Model analisis penerapan tingkah laku yang diguna pakai melihat bahawa
tingkah laku sebenarnya adalah akibat daripada suatu rangsangan.
Teori pembelajaran sosial pula mengatakan bahawa tingkah laku
ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan
dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkah laku mula difahami dengan
menumpukan pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan
dalam masyarakat.
Para ahli psikologi Behavioris berpendapat perubahan tingkah laku
semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan
(stimuli) dengan tindak balas (respon) organisma. Berasaskan perlaziman
conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu
perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud
maka proses pembelajaran boleh dimulakan.

Jenis-jenis Buli

Menurut Dr. Noran Fauzan – Universiti Pendidikan Sultan Idris, beliau


mengkategorikan jenis-jenis buli kepada:

Buli Fizikal Ekstrim

1. Pukul-memukul: menggunakan tangan atau objek kepada mangsa dilakukan


secara berseorangan dan paling kerap dilakukan beramai-ramai. (Rujuk kes:
kematian Mohamad Zulkarnain b. Abd. Rahim – tahun 1998, Tampoi, Johor
Bahru) – Laporan bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan
bahagian dalaman abdomen akibat kesan tumbukan.
2. Sepak-terajang: menggunakan kaki sebagai instrumen untuk mencederakan
mangsa. Instrumen pukul-memukul dan sepak-terajang merupakan pasangan
instrumen yang paling kerap digunakan oleh pemangsa.
3. Menggunakan senjata seperti pisau (rujuk kes seorang pelajar tingkatan 6
menikam teman wanitanya yang mengandung 8 bulan sehingga menyebabkan
kandungan bayi meninggal dunia)

Buli Psikologi
1. Mengejek / mencerca: ianya berlaku bukan sahaja dikalangan pelajar senior
terhadap pelajar junior, malah dikalangan rakan sebaya turut berlaku. Mangsa
yang diejek biasanya mempunyai kelainan pada nama yang pelik, fizikal yang
kecil, rupa paras yang kurang menarik dan sebagainya.
2. Memaki hamun: kata nista yang lucah atau sebutan yang menghina dan jika
dibalas akan membawa kepada buli fizikal pula.

Mengenali Ciri-ciri Pembuli (Pemangsa)

1. Terdiri daripada pelajar senior lelaki dan perempuan iaitu pelajar tingkatan
enam, lima dan empat.
2. Bertubuh tegap, saiz fizikal yang menampakkan kekuatan fizikal.
3. Pernah mengalami peristiwa pahit menjadi mangsa buli semasa bergelar
pelajar junior dan ingin membalas balas perbuatan itu.
4. Menurut Sigmund Freud mereka yang mengalami tekanan, deraan fizikal dan
psikologi semasa zaman kanak-kanak kemudian apabila dewasa untuk
menghilangkan tekanan dan perasaan (peristiwa) pahit
itu maka ubatnya dengan membalaskan balik kepada orang lain.

Mengenali Ciri-ciri Mangsa (orang yang kena buli)


1. Terdiri daripada pelajar junior lelaki dan perempuan iaitu pelajar tingkatan
satu, dua dan tiga.
2. Mempunyai saiz fizikal yang kecil yang dilihat sebagai lemah dan tidak kuat.
3. Mempunyai nama yang agak pelik / ganjil bukan sahaja kepada diri mangsa
tetapi kepada keluarga mangsa, ataupun di kampungnya mempunyai gelaran
yang lain.

Faktor-Faktor / Punca-Punca Yang Mendorong Kepada Kejadian Membuli

1. Terlalu mengikut gelodak jiwa, yang menyebabkan tekanan perasaan / naluri


ingin membalas dendam akibat perbuatan/peristiwa yang pernah pemangsa
alami sabelum ini.
2. Tekanan / desakan rakan sebaya untuk bersama-sama membuli dan ingin
mengurangkan risiko sekiranya perbuatan mereka diketahui.
3. Pemangsa kerap merasa tidak selamat, cemburu dan rasa tidak dihormati
oleh pelajar junior, di mana mereka merasakan peranan mereka sebagai
pemegang (ketua) mulai kurang (tidak di “respect”).
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa
keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung,
mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode,
hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah
keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa
sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan
anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.
James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah
keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan
diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar.
Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang penting
sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing,
memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini
akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis. Kadangkala bolehlah
dikatakan permasalahan buli di kalangan pelajar ini wujud adalah disebabkan
budaya sekolah itu sendiri . Hal ini ditegaskan oleh seorang ahli sosiologi barat
iaitu Bantock.
Menurut Bantock (1973) budaya yang wujud di sekolah adalah akibat
daripada dua faktor yang besar. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di
sekolah. Semenjak dahulu lagi , pelajar yang nakal dan melanggar peraturan
sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh kepada peraturan akan
diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu bentuk
budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan.
Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah
peranan peperiksaan. Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di
kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan , dan
akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal . Pelajar mempunyai
nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumba-lumba
menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah, dan ketinggalan dalam pelajaran
mereka. Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif.
Mereka menimbulkan ‘budaya pelajar’ yang tidak sihat di sekolah .
Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran di bawah
Bahagian Sekolah, Unit Hal Ehwal Murid mendapati, rakan sebaya berpotensi
mempengaruhi lebih daripada 60 peratus sikap dan kelakuan rakannya hasil
daripada pergaulan seharian. Sudah terang lagi bersuluh, pengaruh rakan
sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah buli dalam
kalangan pelajar.
Masalah tingkah laku pelajar yang suka membuli dapat dilihat dengan
jelas melalui Model Klasik Rangsangan-Gerak Balas. Pendekatan ini menerap
prinsip pelaziman klasik dan penghindaran yang mula diasas oleh Ivan Pavlov.
Prinsipnya menggunakan paradigma pembolehubah perantara bagi
menghasilkan perubahan tingkah laku.

Rajah 3 menunjukkan kaedah mudah prinsip rangsangan dan gerak balas.


R -------------------> GB ----------> P

Rangsangan Gerak Balas Peneguhan

Rajah 3

Dalam model ini, tingkah laku (GB) terhasil dari rangsangan.Tingkah laku
tersebut diperkukuh dengan wujudnya peneguhan (P) selepas terhasil tingkah
laku yang baru. Contohnya, seorang pelajar senior yang suka membuli akan
mendapat rangsangan untuk membuli apabila terlihat pelajar junior bersaiz kecil
melintasinya di kawasan tertutup atau kawasan sunyi di sekolah. Pelajar senior
mendekati pelajar junior dan akan melakukan buli seperti memeras ugut pelajar
junior tersebut untuk mendapatkan duit dalam keadaan dia tidak dapat melawan.
Perkara ini berulang setiap masa yang berkesempatan. Akibatnya, setiap kali
bertembung dan persekitaran yang mengizinkan, pelajar senior akan mengulangi
perbuatan membuli. Pada mulanya membuli merupakan rangsangan tidak
terlazim kerana ia bersifat sekali sekala.
Pelajar junior yang dibuli adalah gerak balas. Pelajar senior dapat
sentiasa merasa seronok melakukan buli merupakan peneguhan ke atas gerak
balasnya membuli. Pelajar senior tetap akan mengingati serta gambaran imej
pengalamannya dapat membuli pelajar junior. Pada masa yang lain, semua
pelajar junior yang bersaiz kecil sudah mencukupi bagi pelajar mengingati
perilaku membuli. Membuli sudah berubah menjadi rangsangan terlazim. Pelajar
akan sentiasa tergerak melakukan buli pada persekitaran yang sesuai.
Masalah disiplin pelajar yang berkaitan buli ini berlaku adalah
disebabkan oleh ciri-ciri personaliti yang ada pada seseorang manusia. Menurut
tokoh ilmuan islam Al-Ghazali (1058-1111) bahawa nafsu, hati dan akal
seseorang merupakan faktor penting yang mempengaruhi individu. Hal ini
disokong kuat oleh tokoh barat Sigmund Freud. Freud mengelasifikassikan
personaliti kepada tiga komponen utama iaitu id, ego dan superego. Id
merupakan bahagian personaliti tak sedar manusia yang berfungsi sebagai stor
simpanan dan didorong oleh tenaga libido. Id mempunyai nafsu yang mengarah
manusia melakukan sesuatu yang tidak bermoral seperti buli. Ego pula bahagian
personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun dan
mengawal id. Superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral
kepada ego untuk bertindak mengawal id.

Kesan buli

a) Pembuli

Kesan luaran:

• Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.


• Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau
menjadi seorang pendera terhadap isteri.

b) Dibuli

Kesan luaran

• Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk


mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.

Kesan dalaman

• Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup


melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke
sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan
diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Kesimpulan

Usaha mengatasi masalah disiplin pelajar umumnya dan buli khasnya


hanya akan berjaya jika ia dilakukan secara ikhlas, konsisten dan membabitkan
semua pihak secara sedar dan terancang. Sama ada disedari atau tidak
kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh
tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Bak kata
pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar
bagi masyarakat dan pihak berkuasa, sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk
mencari punca bagi masalah jenayah yang sedang melanda remaja kita dan
menyelesaikan segala permasalahan sosial remaja kini.

B) Dengan merujuk kepada isu-isu di atas, bincangkan bagaimana cara


untuk mengatasi masalah disiplin atau masalah tingkah laku di
kalangan murid.

b) Menangani masalah disiplin / masalah salah laku buli di kalangan


pelajar.

WACANA mengenai masalah disiplin pelajar sekolah sering diperkatakan


sejak akhir-akhir ini. Pelbagai langkah dan strategi diambil pihak
bertanggungjawab, tetapi masalah itu belum diatasi sepenuhnya hingga turut
membimbangkan kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Kementerian Pelajaran juga amat prihatin dengan profesional perguruan dalam
menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa setiap sekolah mempunyai pelajar
bermasalah dan tidak berdisiplin. Persoalannya, apa sudah jadi dengan institusi
sosial dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini? Mengapa kita sering
melatah apabila guru menjalankan tugas mereka mendisiplinkan pelajar? Adalah
menjadi tanggung jawab semua pihak untuk menangani masalah buli ini
terutamanya hingga ke akar umbi bak kata pepetah Melayu, ” kalau melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Di sini akan dibincangkan mengenai beberapa
langkah yang disokong oleh beberapa teori pembelajaran dan modifikasi tingkah
laku untuk mengatasi masalah disiplin pelajar dengan tumpuan kepada masalah
buli di sekolah.
Langkah utama yang seharusnya digunakan adalah melalui didikan
agama dalam keluarga. Keluarga merupakan unit asas kehidupan kerana
daripadanya terbentuklah masyarakat. Seharusnya asas utama perlu ditekankan
sejak kecil lagi ialah pembinaan tahap sosialisasi anak menerusi aspek
keagamaan, bak kata pepatah Melayu, ‘kalau hendak melentur buluh, biar
daripada rebungnya’. Semua ajaran agama mementingkan kebaikan dan
menolak kejahatan. Tanpa ajaran agama bersifat fokus akan menyebabkan
individu gagal memahami tuntutan agama dalam kehidupan dan mulai
melanggar peraturan agama, sekolah mahu undang-undang negara. Inilah
masalah besar dihadapi oleh majoriti ibu bapa yang ‘terlupa’ untuk menerapkan
nilai agama yang murni ketika sosialisasi anak mereka dan akhirnya bila mereka
memasuki alam persekolahan mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan
kejahatan. Hal ini lantas akan menjerumuskan mereka dalam kancah buli yang
akan meruntuhkan institusi persekolahan.
Selain itu, peranan guru amat penting dalam menangani masalah buli ini.
Mengikut Teori Permodelan Bandura, unsur-unsur pembelajaran utama
seseorang adalah melalui pemerhatian dan peniruan. Bandura menerapkan
tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Proses
pembelajaran juga meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan
dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Jadi, di dalam bilik darjah,
keberkesanan pengajaran-pembelajaran dapat dicapai melalui penyampaian
guru yang cekap supaya menjadi role model kepada pelajar. Demonstrasi guru
hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan
mudah dan tepat. Guru juga boleh mengajar nilai murni serta meminta kerjasama
ibu bapa supaya anak-anak mereka tidak dibenarkan menonton filem berunsur
keganasan. Hal ini bererti sekiranya guru menjadi role model yang baik kepada
pelajar maka pelajar akan mencontohi segala perilaku guru tersebut dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya gejala negatif seperti buli.
Teori pembelajaran sosial pula menekankan bahawa tingkah laku
ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan
dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkah laku mula difahami dengan
menumpu pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan
dalam masyarakat. Di samping berupaya mengubah tingkah laku, mereka
mengikut matlamat dan ideal yang dikehendaki sealiran dengan usaha
memahami budaya alam sekelilingnya. Pendekatan modifikasi tingkah laku
kognitif. Pendekatan ini menumpukan kepada tingkah laku hasil daripada
pengstrukturan kognitif. Pengalaman seseorang digandingkan dengan cara
individu tersebut mentafsir tingkah lakunya. Pentafsir yang tidak rasional boleh
mengakibatkan tingkah laku yang bercelaru. Dalam pendekatan ini, manusia
tidak dianggap hanya sebagai objek. Interaksi dan tingkah laku antara insan
tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan dan pemikiran. Elemen ini merupakan
tumpuan induk dalam kefahaman modifikasi tingkah laku kognitif.

Model analisis penerapan tingkah laku yang diguna pakai melihat bahawa
tingkah laku sebenarnya adalah akibat daripada suatu rangsangan. Kawalan
peneguhan ke atas sesuatu rangsangan itu pula akan mengubah tingkah laku.
Pendekatan ini menggunakan prinsip pelaziman operan dan pengukuran sama
ada berkesannya aliran peneguhan dinilai daripada hasil kesan rangsangan yang
baru. Paradigma analisis perlakuan ini dapat dicerap dari rajah 2.

R --------------> P ----------> GB
Rangsangan Peneguhan Gerak Balas

Rajah 2

Tingkahlaku (GB) terhasil dari rangsangan (R). Rangsangan ditambah


dengan peneguhan. Akibat dari proses ini maka berlaku satu gerak balas.
Contohnya, seorang pelajar yang gemar membuli di dalam bilik darjah. Pelajar
melakukan sesuatu yang tidak disenangi guru X, seperti membuli dan memerass
ugut pelajar lain. Setiap kali pelajar tersebut membuli, beliau akan dimarahi guru
X dan dirotan bersama dengan pandangan serta mimik muka guru X yang
garang. Pelajar akan diam dan takut. Pada keadaan yang lain, apabila pelajar
membuli, dan pelajar melihat muka guru Y dengan mimik mukanya yang garang,
pelajar akan menukar tingkah lakunya menjadi diam dan takut. Membuli
merupakan rangsangan, dan bagi menghapuskan tingkah laku buat membuli
tadi, pelajar dimarahi bersama dengan gandingan muka marah. Pengalaman
dimarahi diingati oleh pelajar dengan gandingan muka marah. Pada keadaan
yang lain, mimik muka marah sudah mencukupi bagi mengubah tingkah laku
untuk pelajar diam.
Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku
(learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan
perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang
maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang
menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng
membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan
mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949)
pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman
operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim.
Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons
terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus
terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus
dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku
apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Dengan
kata lain teori behaviurisme yang dikaitkan dengan tingkah laku membuli ialah
melalui pembelajaran yang berkesan dapat mencegah kegiatan tidak bermoral
tersebut. Guru akan sentiasa mengulangi kata-katanya bahawa membuli adalah
salah di sisi undang-undang dan pelajar yang melakukannya didenda. Jadi
apabila perlakuan ini secara berulang terjadi, pelajar akan sentiasa mengingati
bahawa buli adalah salah dan akan dihukum. Mereka tidak akan melakukan buli
lagi.

Model-Model Pengurusan Tingkah Laku.

1) Psikodinamik
Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor
dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui
pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif ini, perkembangan personaliti terjadi
semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan
psikoseksual ( oral stage, anal stage, phallic, latenc, genital).

2) Biofizikal
Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model
ini melihat hunbungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan
penyakit dengan tingkah laku individu.
3) Persekitaran
Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusioa pada masa kini sangat
ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan
kanak-kanak daripada persekitaran yang menyebabkan berlakunya tingkah laku
itu, boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu terjadi.

Teknik-Teknik Modifikasi Tingkah Laku

1. Peneguhan positif dan negatif.


Mengikut Skinner, apabila gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan
memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.
Skinner juga menyatakan apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan
sesuatu peneguhan positif, sebagaiman yang disebut oleh Thorndike sebagai
sesuatu yang memuaskan maka kebarangkalian sesuatu gerak balas operan itu
akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang
mendorong individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Peneguhan
positif di sini adalah seperti pujian, ganjaran dan lain-lain.
Peneguhan negatif pula ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan
dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat dilakukan. Teknik
penghapusan adalah bertujuan untuk memberhentiakan atau menyekat murid-
murid daripada melakukan tingkah laku negatif seperti mendenda atau merotan
pelajar yang melakukan kesalahan. Teknik kejemuan pula dengan cara
membiarkan murid melakukan tingkah laku tersebut sehingga dia jemu
melakukannya dan berhenti sendiri.

2. Reverse Psychology
Teknik ini menggunakan kaedah psikologi untuk memodifikasikan tingkah
laku negatif kepada positif. Tujuan teknik ini adalah untuk membolehkan murid
melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi memupuk tingkah
laku yang diingini.

3. Shaping
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini
melalui beberapa peneguhan secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas
yang diharapkan. Teknik ini perlu digunakan apabila murid yang berkenaan tidak
melakukan secra sendiri tingkah laku yang diingini.

4. Kontrak (Lisan dan Bertulis)


Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak
merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku
negatif kepada positif, Menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang
yang disanjungi, misalnya guru besar akan menyakinkan murid berkenaan
bahawa dia akan memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan.

5. Token Ekonomi
Sistem ini digunakan untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik
yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguhan sebenar yang diinginkan.
Dalan token ekonomi, sistem merit digunakan dan ditentukan berdasarkan
kriteria respon terhadap tingkah laku yang diingini. Poin merit ini yang
dikumpulkan boleh ditukarkan dengan pelbagai peneguhan yang diidamkan
seperti barangan. Hal ini membolehkan murid mengubah tingkah laku negatif
mereka kepada positif demi mendapatkan ganjaran.

Langkah bendung masalah buli/ disiplin di kalangan pelajar


Masyarakat, terutama ibu bapa, tidak harus meletakkan tanggungjawab
mendidik pelajar serta menangani masalah salah laku kepada sekolah
semata-mata, sebaliknya perlu wujud kerjasama erat semua pihak.

Kokurikulum bersepadu dengan penerapan nilai moral dapat membentuk


peribadi mulia pelajar. Pelajar perlu memandang gurunya dengan penuh hormat.

Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan PIBG dalam menjalankan


aktiviti sosial. Pembabitan ibu bapa secara aktif dengan sekolah sekali gus akan
membawa banyak perubahan kepada pembelajaran dan disiplin anak di sekolah.

Peranan pihak kerajaan memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara


(PLKN) adalah satu langkah bijak dalam usaha menangani masalah sosial
pelajar.

Pihak Kementerian Pelajaran juga seharusnya mewajibkan semua pelajar


sekolah menengah menyertai pasukan beruniform/seragam.

Kerjasama berterusan diberikan PDRM dalam menangani jenayah di sekolah


dan luar sekolah seharusnya mendapat sokongan dan bantuan masyarakat
Malaysia. PDRM boleh menjadikan sekolah mempunyai kadar kejadian jenayah
yang tinggi ‘sekolah angkat’ dengan pegawai PDRM boleh keluar masuk demi
memastikan disiplin pelajar terkawal.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia,


Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani
masalah buli iaitu:

Tahap sekolah

1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku
di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini
boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik
berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang
telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini,
identiti pelajar perlulah dirahsiakan.
2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.
Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah,
tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca
bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini
merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa
yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-
800-884774.
3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya
kepada pembuli.
4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak
langsung dapat mengekang kejadian gengster.
5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah.
Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling,
guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus
program antibuli dan menilai keberkesanannya.

Tahap kelas

1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan


toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan
semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi
dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya.
2. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari
semasa ke semasa.

Tahap individu

1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa


penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan
masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga
ibu bapa atau penjaga mereka.
2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang
memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan
memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan
pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Kesimpulan
Konklusinya, masalah buli yang berlaku hari ini bukanlah hanya disebabkan
pelajar itu sendiri. Banyak permasalahan remaja berpunca daripada kecuaian
pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana kemelut masalah buli tidak boleh di
pandang enteng. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk
membendung masalah buli ini. Pelbagai kaedah, teknik, model pembelajaran
dan teori-teori berkaitan haruslah digunakan bagi menangani masalah yang
semakin meruncing di kalangan remaja kita terutamanya pelajar sekolah. Jika
tidak, usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 tidak akan tercapai
dengan jayanya.
RUJUKAN

1 Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan edisi kedua.
Tanjung Malim: Quantum Books.

2. Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur :


Fajar Bakti.

3. Kehadiran Kaunselor: Berkurangkah Masalah Pelajar? (6 April 1996).


MASSA.

4. Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam


Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

5. Sekolah harus berani dedah masalah buli. Berita Harian, 26 April 2004

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=menangani+masalah+tingkah+
laku+pelajar&btnG=Search&meta=

Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1990), Pedagogi Asas
Pendidikan, Kuala Lumpur, Kayazano Enterprise.
REFLEKSI

Subjek Ilmu Pendidikan (Pedagogi) adalah salah satu subjek wajib bagi
pelajar-pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subjek ini akan
membolehkan bakal guru mendapat pendedahan tentang kaedah-kaedah
pengajaran dan teori-teori pembelajaran yang menjadi satu teras penting dalam
menjayakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kepelbagaian pedagogi dan teori yang digunakan dalam P & P yang kreatif
mampu memberikan tumpuan pembelajaran kepada murid-murid. Pemikiran
para pelajar tidak harus disempitkan dengan penggunaan bahan pengajaran dan
kaedah tradisional kerana ia akan mengehadkan perkembangan minda untuk
terus berkembang dan melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan
kreatif.
Atas dasar tersebut, saya telah bertungkus lumus untuk menyiapkan
tugasan ini. Hal Ini merupakan cabaran baru sebagai seorang pelajar. Sebelum
ini saya tidak begitu didedahkan dengan pedagogi dan teori yang sesuai
walaupun saya pernah menjadi guru di bawah Yayasan Islam Kelantan selama 6
tahun.
Dalam peringkat permulaannya, saya mendapatkan penjelasan daripada
pensyarah pembimbing, En Mat Ali tentang prosedur untuk melaksanakan
tugasan ini. Saya diberikan pendedahan tentang apakah yang dimaksudkan
dengan pedagogi dan kepelbagaian teori yang hendaklah diaplikasikan di dalam
kelass mengikut kesesuain sesuatu situasi.. Saya diarahkan untuk menyiapkan
tugasan individu dan kumpulan serta menghantarnya pada masa yang telah
ditetapkan mengikut ISO.
Saya telah meneruskan proses pencarian bahan yang diperlukan dalam
menghasilkan tugasan ini dengan banyak melayari internet bagi mendapatkan
maklumat-maklumat penting di sanping mengunjungi pusat sumber IPSMB.
Setelah berpenat lelah, akhirnya saya mendapat bahan yang dikehendaki dan
terus membuat tugassan ini sedaya mampu. Terdapat beberapa kelebihan dan
halangan-halangan dalam melakukan tugasan ini.
Antara kelebihan yang saya peroleh semasa membuat assignment ini
adalah ia memberi pengalaman baru kerana sebelum ini saya tidak didedahkan
secara terperinci tentang kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran. Hal ini
membuatkan saya agar lebih berusaha tanpa mudah putus asa walaupun
kadangkala timbul perasaan jemu dan penat kerana dibebani banyak tugasan.
Selain itu, melalui penyelidikan yang telah dibuat, saya dapat mempelajari
pelbagai teori pembelajaran khususnya teori dari barat dan bakal
mempraktikkannya semasa menghadapi pelajar dalam kelas nanti. Hal ini
bertujuan membolehkan saya mencapai pengajaran yang bermakna dan
berkesan.
Halangan pertama yang dihadapi adalah untuk memahami kehendak
tugasan. Permulaanya saya tidak dapat memahami tugasan yang diberikan.
Namun setelah berbincang dengan rakan dan pensyarah, saya mendapat
gambaran yang lebih jelas.
Kemudiannya timbul pula kebuntuan untuk mencari idea bagi tugasan ini.
Maka berpenat lelahlah saya berhari-hari di cyber cafe dan pusat sumber serta
perpustakaan awam untuk mencari bahan yang diperlukan. Ketika membuatnya
pula, amatlah sukar pada permulaan kerana selalu kekurangan idea dan ada
saja hal-hal lain yang menghalang.
Akhir sekali, hasil dorongan isteri tersayang maka dapatlah saya
menyiapkan kerja ini walaupun banyak masa dihabiskan untuknya.
Alhamdulillah. Kepada semua yang terlibat terima kasih atas segalanya.