Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PERKHEMAHAN PANDU PUTERI (2-4 DISEMBER 2011)

Pada 2 Disember hingga 4 Disember 2011 telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan bagi Persatuan Pandu Puteri bertempat di Rumah Pandu Puteri di Selangor. Kami telah berkumpul di hadapan Auditorium pada hari petang Jumaat bersama dengan alatan-alatan dan keperluan harian yang diperlukan sepanjang waktu perkhemahan. Setelah semua ahli persatuan tiba, kami pun memulakan perjalanan kami ke tapak kem dengan menaiki bas UPSI. Kami tiba di tapak kem pada pukul 7 petang. Setibanya kami disana, kami terus menunaikan solat maghrib dan mendapatkan makan malam. Kemudian, setiap kumpulan bekerjasama mendirikan khemah. Walaupun pada mulanya ianya agak sukar, namun dengan bantuan dan semangat kerjasama daripada setiap ahli kunpulan, kami berjaya juga mendirikan khemah kami. Selepas itu, kami diberikan taklimat mengenai aktiviti perkhemahan daripada pengarah program diikuti dengan aktiviti ice breaking oleh setiap peserta. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengenali setiap ahli pasukan yang lain dengan lebih rapat lagi selain dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara kami semua. Kami kemudian bersurai pada pukul 11 malam untuk menguruskan diri. Kami bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersiap dan menguruskan diri kami. Bagi yang beragama Islam, kami beramai-ramai menunaikan solat subuh secara berjemaah dan mendengar tazkirah pagi. Banyak ilmu dan input yang kami perolehi daripada tazkirah tersebut yang boleh kami jadikan sebagai manfaat dan tauladan hidup. Aktiviti pada hri kedua perkhemahan dimulai dengan acara senaman pagi dan diikuti dengan adat istiadat

panji-panji dimana kami beratur dalam bentuk ladam kuda dan berdiri tegak menghadap bendera. Pelbagai aktiviti yang yang bermanfaat yang dilakukan pada hari itu seperti aktiviti pertolongan cemas, teknik pengajaran dan pembelajaran Pandu Puteri, dan permainan luas. Melalui aktiviti-aktiviti ini, bukan sahaja kami dapat menimba pelbagai ilmu mengenai Pandu Puteri dan ikhtiar hidup, kami juga merapatkan dan mengukuhkan lagi semangat berkumpulan kami. Selepas selesai menguruskan diri, kami bersama-sama menjayakan malam kebudayaan di mana setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan. Pada malam itu pelbagai persembahan yang dipersembahkan seperti nyanyian dan tarian. Aktiviti malam kebudayaan ini memberikan kami peluang untuk menunjukkan bakat dalam persembahan dan berkongsi budaya dari pelbagai bangsa. Setelah malam kebudayaan berakhir, kami diberikan minum malam sebelum bersurai. Rutin pagi kami pada hari ketiga program perkhemahan ini adalah sama seperti hari sebelumnya dimana kami akan menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah dan kemudian diikuti dengan tazkirah dan adat isitiadat panji-panji. Aktiviti pada hari terakhir perkhemahan adalah mempersembahkan RPH yang kami rangka yang sesuai untuk dijalankan di sekolah. Aktiviti ini membolehkan kami untuk saling bertukar pendapat dan memberi input dan kritikan yang positif antara satu sama lain. Selepas itu, kami saling bergotong-royong menurunkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan sebelum bersiap untuk pulang. Kami bertolak pulang ke UPSI pada pukul 2.30 petang. Banyak pengalaman yang kami timba sepanjang program perkhemahan ini, selain dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara peserta dan juga dengan penasihat kami.