Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH GASING Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu

u titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

GASING TOYOL  Gasing Toyol berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg.  Mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm.  Banyak dimainkan di Melaka.  Pusingan gasing ini digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain.  Mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain.  Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau

GASING JANTUNG  Gasing jantung adalah gasing berbentuk jantung dan biasanya dimainkan di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.  Gasing jantung ini juga dikenali sebagai gasing lundu.

GASING LEPER  Berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm.  Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama.  Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar.

Anda mungkin juga menyukai