Anda di halaman 1dari 53

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.

com

KANDUNGAN
Bil.

Latar belakang, Kandungan Objektif

A. B.

Peralatan Asas Kaedah Memasang Bow


Memasang Bow string Bow setting Menentukan Nocking point

C.
D.

Penyediaan Arrow Langkah Keselamatan


1. 2. 3. 4. 5. Peralatan Memanah Lapang sasar Teknik Memanah yang betul. Jurulatih Penyelenggaraan

E. F.

Memanaskan Badan Dan Regangan Kemahiran Asas Memanah


Stance, Nocking Arrow, Drawing hand and Bow hand, Pre-draw, Full draw, Anchor, Holding and Aiming, Release, Follow through, Relaxing.

G. H.

Pembetulan Kemahiran / Kesalahan Program Pembangunan, Latihan Dan Pengurusan Pertandingan


1. 2. Program Pembangunan Dan Latihan Pengurusan Pembangunan Gambarajah Target Butt Gambarajah dan kedudukan Target Faces Gambarajah Pelan Padang Contoh Borang Markah Contoh Buku Log Peraturan Pertandingan Memanah MSSM

Lampiran
1. 2. 3. 4. 5. 6.

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

LATAR BELAKANG

Memanah merupakan salah satu sukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sukan Prestasi Tinggi Sekolah bermula 1 Januari 2008. Kecemerlangan sukan ini memerlukan satu perancangan yang teratur dan efisyen. Sebagai permulaan program pembangunan untuk tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2010 telah dirancang. Program ini adalah bertujuan mengenalpasti dan melatih bakat-bakat memanah yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh negara, untuk menjadi atlet memanah peringkat remaja, peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Bagi mencapai matlamat program ini, buku Manual Latihan Memanah SPTS ini disediakan sebagai asas sumber rujukan dan panduan untuk semua Panel Jurulatih Sekolah yang terlibat.

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

TUJUAN PROGRAM
Program Memanah SPTS adalah bertujuan untuk: 1. Menambahkan kuantiti atlet sukan memanah di kalangan pelajar sekolah di seluruh negara. 2. Meningkatkan kualiti pemanah-pemanah di peringkat sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua pelajar yang menceburkan diri dalam aktiviti sukan dengan perancangan yang sistematik dan berterusan. 4. Menggalakkan pelajar memperbaiki kemahiran dan meningkatkan kecemerlangan di dalam aktiviti sukan. 5. Menerapkan etika kesukanan yang tulen ke arah melahirkan atlet yang berdisiplin, dan berusaha mencapai kemenangan. 6. Melahirkan bakat-bakat dalam sukan memanah yang dapat mewakili negara di peringkat antarabangsa. 7. Mempertingkatkan kualiti dalam pengurusan sukan memanah di peringkat sekolah.

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

OBJEKTIF
Buku Manual Latihan secara umumnya mengandungi keseluruhan latihan sukan memanah yang bersistematik dan terancang serta contoh-contoh berbentuk latihan dan latih tubi. Jurulatih digalakkan memenuhi kehendak garis panduan yang diberi dengan sebaik mungkin.Sehubungan dengan itu, manual ini diharap dapat membantu jurulatih dalam melahirkan pemanah-pemanah yang seimbang dalam ciri-ciri berikut: 1. Berkemahiran tinggi dalam sukan memanah sehingga layak mewakili negara. 2. Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai atlet yang dapat dijadikan contoh oleh masyarakat. 3. Berkemampuan untuk mengukuhkan jalinan perpaduan antara semua kaum di Malaysia melalui pertandingan sukan yang diceburi. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharap dapat dijadikan panduan untuk: 1. Mengenal pasti jenis-jenis kemahiran, sistem latihan, konsep dan pengetahuan yang perlu diasuh dikalangan atlet mengikut keperluan dan keutamaan. 2. Merangka dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk sesi-sesi latihan sesuai dengan kemampuan dan kesediaan fizikal dan mental atlet. 3. Menjalankan ujian-ujian yang sesuai bagi tujuan menilai keberkesanan latihan dan objektif program.

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

A.

PERALATAN ASAS MEMANAH

Busar Panjang (Long Bow)

Long bow merupakan busar yang paling asas. Long bow Inggeris adalah seperti yang dipaparkan di sebelah. Bentuknya tidak berubah semenjak 9,000 - 6,000 SM. Ianya dibentuk dari sebatang kayu dan pemegangnya selalunya di perbuat dari sekeping kulit yang diikat di sekeliling busar. Satu lekukan di potong di sebelah kiri atau kanan busar bertujuan untuk meletakkan anak panah (arrow rest). Pejera (sight) tidak digunakan. Panahan di lakukan dengan cara membidik hujung anak panah semasa tarikan penuh. Titik bidikan akan berbeza bergantung kepada jarak sasaran. Busar Mongol (Mongol bow) Busar Ainu dari Jepun (Ainu bow)

Busar Jawa (Java bow)

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Busar Asas Recurve (sesuai untuk kategori 15 tahun dan kebawah) Busar Recurve mempunyai panjang yang berbeza iaitu 1220mm(48 inci) sehingga 1780mm (70 inci).Kebanyakan busar yang digunakan dalam pertandingan Target Archery biasanya adalah 1675mm (66inci). Sebagai panduan asas untuk memilih panjang busar yang sesuai , individu yang mempunyai jarak tarikan penuh yang kurang dari 710mm(28 inci) boleh menggunakan busar antara 1575mm1675mm (62 - 66 inci) sementara individu yang mempunyai tarikan penuh melebihi 710mm (28 inci) boleh menggunakan busar antara 1575mm-1780mm (66-70 inci). Kekuatan busar biasanya tertulis di belakang lengan bawah busar. Kekuatan busar berdasarkan kepada panjang limb. Kekuatan sesebuah busar ditulis dalam paun (lbs). Contohnya busar yang mempunyai kekuatan 28 lbs dan panjang 28 inci ditulis seperti berikut: #20 @ 28. Ini bermaksud tenaga yang diperlukan bagi tarikan penuh (28 inci) ialah 20 lbs (9 kg). Pemanah baru patut menggunakan busar yang mempunyai kekuatan 15-20 lbs (kanak-kanak) dan 20-25 lbs bagi orang dewasa. Kebanyakan busar asas diperbuat daripada kayu berlapis. Pemegang dan lengan dilapisi oleh fiberglass untuk ketahanan limbs. Busar yang di kenali sebagai "Take-Down Recurve" mempunyai poket di atas dan di bawah pemegang bertujuan untuk melekatkan limb busar. Jenis ini boleh di pisahkan supaya senang untuk dibawa ke mana-mana. Lengan yang dipisahkan boleh diganti dengan lengan yang sesuai untuk pemanah.

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Advanced Recurve Bow (untuk kategori 15 tahun ke atas) Contoh busar recurve seperti ditunjukkan di sebelah. Pemegangnya diperbuat dengan aluminium yang di mesin untuk mengurangkan beratdan mengekalkan keseimbangan geometri. Limbs adalah selari dengan tepat. Pemegangnya juga mempunyai poket untuk memasukkan limbs. Ia juga mempunyai poket untuk pressure button dan clicker. Tempat pemegang boleh ditanggalkan dan boleh diganti mengikut kesesuaian. .

Anak Panah

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite. Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat. Setiap anak panah ditanda dengan nombor, contohnya 2013 yang bermaksud anak panah tersebut mempunyai ukur lilit 20/64th inci(7.94mm) dan ketebalan dindingnya adalah 13/1000th inci(0.33mm) semasa pertandingan. Anak panah yang melebihi 9.3mm (2312, 2314, 2315 dan 2317) tidak boleh digunakan dalam pertandingan. Anak panah sepatutnya dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh (full draw) seseorang pemanah. Kesesuaian anak panah untuk setiap pemanah boleh ditentukan dengan merujuk kepada carta pemilihan anak panah Easton. ( lihat lampiran A)

NOCKS Nocks diperbuat daripada plastik keras dan digam di hujung belakang anak panah. Barisan atas adalah nocks untuk anak panah aluminium. Nocks mempunyai 6 saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan ukur lilit anak panah. Nocks yang mempunyai insert adalah untuk anak panah karbon atau karbonaluminium .

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

FLETCHERS ( SAYAP ) Fletchers diperbuat daripada plastik lembut dalam pelbagai bentuk dan saiz. Fletchers bulu ayam juga boleh digunakan tetapi tidak begitu tahan berbanding dengan fletchers plastik. Kebiasaannya terdapat tiga fletchers dilekatkan pada bahagian berhampiran dengan nocks. Ia biasanya dilekatkan pada sesuatu sudut supaya anak panah itu berputar dengan sempurna, lebih stabil dan lurus semasa terbang. Kedudukan fletchers mestilah sesuai dengan jenis arrow rest yang digunakan.

ARROW POINTS ( MATA ANAK PANAH ) Diagram di sebelah adalah mata anak panah yang digunakan dalam pertandingan (target archery). Tiga anak panah di barisan atas digunakan untuk anak panah aluminium. Mata anak panah yang bertanda 7% akan memberikan 7% keseimbangan di bahagian hadapan dan seterusnya. Mata anak panah yang lain adalah untuk anak panah karbon. Terdapat perbezaan berat mata anak panah, oleh itu keseimbangan anak panah dapat dikawal. Ini adalah sangat penting kerana sekiranya terdapat sedikit perbezaan dalam berat anak panah, ianya boleh mengubah penerbangan (flight) anak panah tersebut.

manual latihan memanah

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

FINGER TABS ( PELINDUNG JARI ) Pelindung jari digunakan untuk melindungi jari pemanah dari sebarang kecederaan dan juga memberikan permukaan yang licin untuk tali panah mengelungsur. Kebanyakan pelindung jari diperbuat daripada kulit ataupun bahan lain . Saiz pelindung jari tidak sepatutnya melebihi jari pemanah.

ARM GUARDS (

PELINDUNG LENGAN ) Pelindung lengan diperbuat daripada kulit yang dikuatkan atau plastik yang dipakai di sebelah dalam lengan yang memegang busar (bow arm). Ianya di pakai untuk mengelakkan kecederaan lengan pemanah.

QUIVERS ( KANTUNG ANAK PANAH ) Kantung anak panah digantung di pinggang. Ianya digunakan untuk membawa anak panah.

manual latihan memanah

1 0

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

CHEST GUARD ( PELINDUNG DADA ) Pelindung dada digunakan untuk mengelakkan kecederaan dada terutamanya bagi pemanah wanita. Tekanan berpanjangan dari tali panah boleh menyebabkan timbulnya satu kebengkakkan pada tisu lemah yang sukar untuk dibezakan dengan tisu kanser. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan baju besar daripada mengganggu tali panah. Pelindung dada diperbuat daripada nylon ataupun plastik.

Pressure Button (Plunger Button) Plunger button digunakan dengan dua tujuan iaitu : a. Untuk melaras kedudukan melintang semasa anak panah berada di atas arrow rest supaya panahan lebih tepat. b. Untuk menyerap lencongan semasa pelepasan anak panah. Pelarasan plunger button akan menjadikan penerbangan anak panah lebih lurus apabila busar telah diselaraskan.

manual latihan memanah

1 1

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

CLICKER Clicker merupakan sekeping logam nipis berspring yang dilekatkan di pemegang busar. Anak panah diletakkan di antara clicker dan pemegang busar supaya apabila anak panah ditarik dengan tarikan penuh ( full draw), ianya akan memetik pemegang busar dan menghasilkan bunyi. Semasa inilah pemanah akan melepaskan anak panah. Clicker juga boleh digunakan sebagai pengesan panjang tarikan. Sebelum pemanah boleh menggunakan clicker, tarikan penuhnya hendaklah konsisten. Untuk memasang clicker, ia sepatutnya dilekatkan pada kedudukan di mana separuh mata anak panah berada di bawah clicker semasa tarikan penuh (full draw).

SIGHTS ( PEJERA )

Sight digunakan bagi kedua-dua jenis busar Recurve dan Compound. Ianya diletakkan di tepi pemegang busar. Lengan penyambung melintang membolehkan sight dilaraskan ke dalam atau ke luar dari busar. Lengan membujur biasanya disertakan dengan sukatan bacaan bagi memudahkan pelarasan ketinggian.

FINGER SLING ( PENGIKAT JARI )

Pengikat jari diperbuat daripada seutas tali kasut ataupun sebarang tali yang kedua-dua hujungnya diikat bersama. Ianya diikat pada jari telunjuk dan ibu jari.

manual latihan memanah

1 2

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

STABILISERS ( PENGIMBANG) Pengimbang ditambah kepada busar dengan tujuan memberi lebih kestabilan semasa membidik ( aiming) dan melambatkan sebarang pergerakan tindakbalas selepas anak panah dilepaskan. Kebanyakan pengimbang merupakan batang aluminium kosong. Pangkal yang lebih besar dilekatkan pada pemegang busar dan hujung yang lebih kecil mempunyai pemberat yang boleh ditambah dan diubahsuai dari masa ke semasa. Tujuan lain ialah supaya busar akan menjadi lebih selesa untuk dipegang semasa tarikan dan pembidikan. Batang pengimbang yang lebih pendek di bahagian belakang bertujuan memberikan keseimbangan di sebelah kiri dan kanan. Selain itu ia juga digunakan untuk menyerap gegaran semasa pelepasan anak panah KISSER BUTTON 'Kisser Button' ialah sebuah piring plastik yang kecil (10 mm diameter) yang dilekatkan pada tali busar. Kedudukannya pada tali tersebut ialah apabila tarikan penuh dilakukan, ianya akan menyentuh bibir pemanah. Ia juga boleh diletakkan bagi menyentuh hidung pemanah juga, bergantung kepada pemanah. Tujuan kisser button adalah sebagai tanda tambahan untuk membantu pemanah.

NOCKING POINT LOCATORS (PENANDA TITIK NOCKING) Gambar di sebelah adalah penanda titik nocking yang diperbuat dari aloi.Ia mempunyai lapisan dalaman yang diperbuat daripada plastik untuk memberikan cengkaman dan melindungi tali busar. Ianya diletakkan pada tali busar dan diketatkan dengan menggunakan playar. Kebiasaanya dua nocking point digunakan. Nocking point ini tidak sesuai untuk Recurve bow.

manual latihan memanah

1 3

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

B. KAEDAH MEMASANG BOW


1. Pastikan kedudukan handle (upper part dan lower part). 2. Pasang limb atas (upper limb) dahulu. Upper limb mempunyai cop dimuka depan. Pastikan skru dikunci ketat jika ianya menggunakan skru. Terdapat limb yang menggunakan klip seperti jenis Hoyt GM. PSE dan Win & Win. 3. Lower limb mempunyai cop di muka belakang dan ada tercatat take down serta panjang limb dan juga foundage. Contoh 68 34lbs.

Bahagian bawah handle

Lower limb terdapat cop di muka belakang dan tertulis take down

Upper limb, terdapat cop di muka depannya

manual latihan memanah

1 4

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

2.1) MEMASANG BOW STRING

1. Tentukan dahulu kedudukan center serving. Tali dilipat jadi dua supaya dapat menentukan loop yang akan dipasang pada tip limb atas dan bawah. Loop bahagian limb atas biasanya lebih besar dari limb bawah. 2. Biasanya center serving pada bahagian limb atas adalah panjang sedikit bila tali dilipat dua. Rujuk rajah.

Bow string dilipat dua bagi menentukan loop yang akan dipasang pada tip limb atas dan bawah.

Center serving

Hujung loop pada bahagian string yang lebih panjang sedikit ini hendaklah dimasukkan ke limb atas

3. Salah satu loop adalah lebih besar saiznya. Ini bertujuan memudahkan pemasangan tali. 4. Sebelum tali dipasang tentukan dahulu panjang limb (64/66/68/70). Ini kerana panjang tali mestilah sesuai dengan panjang limb. Jika tali yang siap dibeli biasanya tercatat panjang tali dan bilangan lembarnya. Contoh PLY 16s Light 68 bermaksud 16 lembar dan panjang 68. Tali ini hendaklah dipasang pada bow yang mempunyai panjang limb 68. 5. Bilangan lembar bermula dari 12, 14, 16 & 18. Ketebalan tali bergantung pada bilangan lembar benang. Penggunaannya bergantung kepada jenis arrow, panjang dan saiz arrow, panjang limb dan foundage. Masukkan loop yang besar pada limb atas dahulu dan kemudian diikuti dengan loop pada hujung yang satu lagi pada limb bawah. Lihat gambar di bawah.

manual latihan memanah

1 5

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Masukkan loop yang besar pada limb atas terlebih dahulu.

Loop pada hujung yang satu lagi dimasukkan kepada limb bawah

6. Dengan menggunakan bow stringer seperti gambar di bawah, tolak loop ke hujung tip pada limb atas. Penggunaan bow stringer dapat menjamin keselamatan limb kerana kedua-dua limb menerima daya yang seimbang. Kaedah yang lain boleh digunakan tetapi tidak digalakkan kerana ini memungkinkan limb twist ( terpusing) atau patah.

Loop pada limb atas ditolak ke arah hujung limb agar tersangkut pada tip.

Bow stringer digunakan untuk memasang bow string. Kaedah ini adalah yang lebih selamat.

manual latihan memanah

1 6

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

2.2) BOW SETTING

1. Bow Setting bermaksud melaraskan busar / bow. Dalam proses ini kita perlu mengukur brest hight (jarak dari tali ke pivot point) jarak dari tiler ke tali dan menentukan nocking point. Jarak yang biasa digunakan bagi brest hight ialah 22cm. Apabila jarak ini digunakan , busar tersebut akan bertindak mengikut foundagenya. Tambahan brest hight akan mengubah 'foundage busar.Setiap tambahan 1cm pada brest hight akan meningkatkan 1lbs 2lbs foundage busar. Ini bermakna jika busar mempunyai foundage 34lbs, tambahan 1cm akan menjadikan foundagenya berubah kepada 36lbs. 2. Brest hight boleh diubah dengan cara memintal tali. Untuk menambah jarak, kita harus memintalnya mengikut arah lawan putaran jam dan sebaliknya. Semasa memintal perlulah dikira bilangan putaran yang dibuat. Ini memudahkah kita untuk melaraskan jika terlebih jaraknya.

2.3 MENENTUKAN NOCKING POINT

1. Kedudukan nocking pada bow string di center serving adalah penting kerana ianya akan mempengaruhi pelancaran arrow. 2. Kedudukan nocking point yang terlalu ke bawah atau ke atas akan menyebabkan arrow menggelepar apabila dilancarkan dan apabila mengenai sasaran ia akan terus menggelepar. Ini boleh merosakkan arrow. Ianya juga boleh menyebabkan arrow tersasar jauh dari target. 3. Kedudukan nocking point yang terbaik boleh ditentukan setelah brace height ditetapkan pada 22cm. 4. Dengan menggunakan pembaris T, letakkan di atas arrow rest. (Rujuk gambar).

manual latihan memanah

1 7

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

5. Dengan menggunakan pen penanda atau benang buatkan satu tanda mengikut skala 4.5 mengikut tanda pada skala pembaris T.

6. Dengan menggunakan benang , buatkan lilitan agar ianya kelihatan seperti biji kacang. Ada juga pemanah yang menggunakan nocking point logam yang dijual. 7. Setelah siap sapukan gam dan balut dengan menggunakan white tape agar ianya tidak mudah terbuka. 8. Jika nocking point dibuat pada tempat yang betul, anda akan dapati arrow akan membuat satu sudut tepat dengan tali apabila arrow dipasang dan diletakkan pada arrow rest.

manual latihan memanah

1 8

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

C.

PENYEDIAAN ARROW

1. Terdapat beberapa jenis arrow yang biasa digunakan. a. Aluminium :- contoh jenama Jazz ( pelbagai saiz ) b. Platinum c. Carbon:- contoh jenama Carbon Red Line , Cartel ( pelbagai saiz ) d. Aluminium/carbon :- contoh jenama Eston A/C/E ( pelbagai saiz ) e. X-10/X-7:- jenis aluminium yang lebih keras f. Fiber :- sesuai untuk permulaan(murah) 2. Saiz arrow hendaklah sesuai dengan pemanah kerana setiap pemanah mempunyai kekuatan dan draw length yang berbeza. Panjang limb dan foundage juga mempengaruhi saiz arrow. Rujuk carta arrow. 3. Dalam pertandingan, jenis yang biasa digunakan ialah dari jenis karbon aluminium/platinum/aluminium. 4. Bagi kategori 12 tahun ke bawah hanya jenis aluminium sahaja yang dibenarkan. Sementara bagi kategori bawah 15 tahun ke atas dibenarkan menggunakan semua jenis arrow. 5. Komponen yang perlu ada pada sebatang arrow ialah point/bullet head, fletchers dan nocks. 6. Point/bullet head dan nocks haruslah mengikut saiz arrow. Biasanya ia dihantar bersama dengan arrow kosong (shaft). 7. Fletchers ada beberapa jenis dan penggunaannya haruslah bersesuaian dengan arrow. a. Spin wing - pelbagai saiz b. Dimon - pelbagai saiz. 8. Bagi menentukan saiz arrow yang perlu digunakan oleh pemanah, perlulah diketahui panjang tarikannya (draw length). 9. Gunakan beberapa batang arrow tanpa bulet/point. Pemanah hendaklah menarik busar bersama arrow tersebut ( full draw ). Buat tanda pada jarak 1cm dari titik tengah plunger. 10. Ulang sebanyak tiga kali bagi beberapa batang arrow untuk mendapatkan purata panjangnya. 11. Setelah mendapat ukurannya rujuk carta apakah saiz yang sesuai digunakan oleh pemanah tersebut. 12. Potong arrow mengikut ukuran purata yang didapati. ** Ukuran diambil bermula dari nocks. 13. Setelah arrow dipotong, pasangkan bullet head. Semasa memasang bullet head, jangan panaskan shaft tetapi panaskan inserting atau bullet head. Jangan gunakan terlalu banyak gam kerana ia boleh mempengaruhi berat arrow. 14. Nocks hendaklah dilekatkan dengan menggunakan gam yang sesuai supaya tidak mudah tanggal ketika arrow digunakan. Tetapi bagi sesetengah arrow karbon, nocks tidak perlu digam. 15. Arrow yang telah dipasang dengan nocks dan point perlulah dipasangkan fletchers supaya ia dapat bergerak dengan lebih baik dan dapat mengenai sasaran dengan sempurna. 16. Terdapat beberapa jenis flecthers. Secara umumnya terdapat dua jenis yang biasa digunakan iaitu bentuk dimon dan Spin Vane. 17. Cara memasang bagi kedua-dua jenis flecthers ini adalah berbeza. 18. Rujuk carta yang disediakan. 19. Flecthers jenis dimon. 20. Dengan menggunakan flecthing jig, letakkan arrow pada tapaknya. 21. Pastikan tanda pada nocks sama dengan tanda pada tapak flecthing jig. (Rajah)

manual latihan memanah

1 9

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

22. Letakkan flecthers pada penyepit flecthing jig dan tentukan jarak melalui skalanya (2cm 3cm). Ini bertujuan, supaya jari tidak diganggu oleh flecthers ketika hendak memanah. 23. Biasanya flecthers yang digunakan untuk setiap arrow mempunyai warna yang sama. Ini bertujuan untuk memudahkan pemanah mengenali arrow kepunyaannya. Bagaimanapun ada juga pemanah yang memasang flecthers yang mempunyai warna yang berbeza (dua sama warna dan satu ganjil). Rujuk gambar.

24. Bagi arrow karbon cara memasang flecthers adalah berbeza. Anda hanya perlu membuat garisan dengan menggunakan pen silver / lain-lain pen yang mudah dilihat warnanya. (Rujuk gambar) 25. Setelah ditanda , lekatkan double sided tape mengikut garisan luar tanda yang dibuat. Kemudian lekatkan flectherc spin wing padanya. 26. Dengan menggunakan pemutar nocks, laraskan nocks dengan flecthers pertama. Ini perlu dilakukan agar fletchers tidak menganggu arrow rest dan merosakkannya.
manual latihan memanah

2 0

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

D. LANGKAH KESELAMATAN
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil : I. Peralatan Memanah Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda perlu selalu mengawal anak panah dan jangan sesekali hilang kawalan dari segi langkah-langkah keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu dipatuhi: JANGAN SAMA SEKALI : a. MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan kepada busar. b. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada target butt sahaja). c. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA. d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH. PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan dari pertandingan . Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki sebarang kerosakan sekiranya perlu. Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda sepatutnya tahu bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah rosak. Periksa nocks dan mata panah. Pastikan batang anak panah adalah lurus. Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan yang baik, selamat dan sesuai untuk digunakan. II. Lapang Sasar Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang hilang. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat. Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan lebih baik. Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang dengar dengan jelas dan faham.

manual latihan memanah

2 1

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

III. Teknik memanah yang betul Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas oleh tali panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana pemanah membuat kesilapan semasa memanah. Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan panahan. Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan pemanah MEMANDANG KE HADAPAN supaya tidak tertikam anak panah sendiri atau kepunyaan orang lain. Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak panah yang sedang terbang. Semasa mencabut anak panah dari sasaran, letakkan sebelah tapak tangan ke target butt dan sebelah lagi memegang anak panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut. Pemanah boleh menggunakan alatan mencabut anak panah. Pastikan muka pemanah tidak berada di belakang anak panah kerana ia mungkin terkena muka atau mata semasa cabutan dilakukan. Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm guard )semasa memanah bagi mengelakkan kecederaan. IV. Jurulatih. Pastikan tiada manusia atau binatang berada di hadapan shooting line. Jangan benarkan pemanah bermain-main dengan peralatan memanah. Tentukan jarak yang sesuai antara satu sama lain bagi mengelakkan pemanah bersentuhan. Jarak yang dicadangkan adalah lebih kurang 0.5 meter di antara pemanah.Ini memberikan ruang yang cukup untuk pemanah melakukan panahan. Pastikan semua orang berada dibelakang shooting line selepas arahan memanah diberikan. Jangan sama sekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik dengan tujuan untuk menunjuk cara atau membetulkan sesuatu.Jurulatih perlu berada di belakang pemanah. Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas oleh tali panah, gunakan ketulan ais atau sebarang air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan bengkak. Pemanah baru hendaklah memakai pelindung lengan pada setiap masa. Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang kesakitan ataupun ketidakselesaan pada bila-bila masa. Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua pemanah.

manual latihan memanah

2 2

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Penyelenggaraan peralatan Memasang mata panah ( point ) pada hujung batang anak panah aluminium ( shaft )

Shaft aluminium disertakan dengan point jenis masuk ( insert ). Cara memasukkan point jenis ini kebiasaannya dengan menggunakan gam ( hot melt glue ) yang dipanaskan terlebih dahulu.
Proses memasang point adalah seperti berikut : 1) Bersihkan kotoran pada shaft. 2) Menggunakan nyalaan api yang kecil, untuk memanaskan gam ( hot melt glue ). 3) Tekan mata anak panah lebih kurang 6 mm dalam batang shaft. 4) Panaskan gam ( hot melt glue ) dan lekatkan sedikit gam yang telah cair pada point. 5) Tekan perlahan-lahan point ke dalam shaft. Proses menanggalkan mata anak panah ( point ) dari shaft : 1) Panaskan sedikit hujung point. 2) Pegang hujung point dengan menggunakan playar. 3) Putar dan tarik keluar point. 4) Sekiranya point tidak dapat dicabut, ulangi langkah-langkah di atas.

Memasang point ke dalam anak panah karbon Gunakan hot melt glue. Perhatian : Anak panah karbon tidak boleh dipanaskan terlalu lama. Proses pemasangan mata anak panah adalah seperti berikut : 1) Bersihkan bahagian dalaman anak panah. 2) Panaskan hot melt glue sehingga cair dan lekatkan kepada batang mata anak panah. 3) Pegang hujung mata anak panah dengan sepasang playar. 4) Panaskan sedikit mata anak panah . 5) Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke dalam batang anak panah. Bersihkan lebihan gam. 6) Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu. PERHATIAN Kepanasan yang melampau boleh merosakkan anak panah.
manual latihan memanah

2 3

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Menanggalkan point dari anak panah karbon.


1) Panaskan sedikit point. 2) Gunakan sepasang playar untuk mencabut point. 3) Putar dan cabut point perlahan-lahan. 4) Sekiranya gagal, ulangi kembali proses di atas.

Menyapu lilin pada tali panah

Untuk melindungi tali panah daripada lusuh, ianya perlu disapu dengan lilin selalu. Lilin boleh dibeli daripada kedai peralatan memanah. Anda hanya perlu menyapukan lilin pada keseluruhan tali panah.JANGAN LILINKAN CENTER SERVING Tali panah patut dililin selalu, lebih kurang setiap tiga minggu.

E.

MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN

Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari tiga faktor utama: Kelembutan sendi-sendi badan dikawal oleh beberapa faktor : struktur tulang, otot, tendon dan ligamen. Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan. Untuk meningkatkan kadar pergerakan, latihan regangan berikut dicadangkan: Latihan regangan Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas anda kerana ia akan menjadikan anda pening.Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah.

manual latihan memanah

2 4

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan tahan selama 10 saat.Tangan keluar. Luruskan tangan anda .

Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah lengan. Bengkokkan satu tangan melepasi kepala dan dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari bawah ke atas.Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam keadaan tegak semasa latihan ini.

Melonggarkan bahu dan otot belakang. Kuncikan jari kedua-dua tangan bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan pelahan-lahan selama 10 saat. Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan merosakkan sendi-sendi tulang belakang.

manual latihan memanah

2 5

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Melonggarkan otot belakang dan bahu. Gunakan seutas getah, pegang kedua-dua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan.Biarkan bahu pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara mengembang dan menguncup otot belikat. Lakukan selama 10 saat.

Melonggarkan otot bahu. Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya, angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu.Tarik tangan separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6 kali.

Melonggarkan otot dada dan bahu. Gunakan seutas getah, pagang kedua hujung ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 6 kali.

Melonggarkan otot memanah. Gunakan seutas getah. Ikat kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seprti meanrik tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang sebelah lagi.

manual latihan memanah

2 6

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

F.

KEMAHIRAN ASAS MEMANAH DAN AKTIVITI SOKONGAN

F-1. KEMAHIRAN ASAS

10 langkah asas dalam aktiviti asas memanah adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 1. Stance (cara berdiri) Nocking the Arrow ( memasukkan anak panah) Drawing Hand (tangan penarik ) dan Bow Hand ( tangan pemegang busar) Bow Arm and PreDraw ( Tangan menarik dan tangan memegang ) Drawing the Bow Anchoring Holding and Aiming The Release Follow Through Relaxing

STANCE ( DIRIAN )

Pemanah berdiri tegak dengan keadaan selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah mengangkangi garisan panahan.Kaki pemanah sepatutnya lebih kurang sama jarak dengan bahu pemanah di mana berat pemanah sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kaki pemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil. Semasa memanah secara berturutan , kedudukan badan mestilah dikekalkan dalam keadaan stabil dimana tidak ada perubahan berat akibat dari bongkokkan badan.Sekiranya terdapat masalah dengan tali panah semasa pelepasan anak panah,pemanah harus menukar cara berdir kepada open stance. Apabila cara berdiri yang sesuai telah diperolehi, pemanah harus mengekalkan kedudukan ini bagi setiap panahan.

manual latihan memanah

2 7

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

2. NOCKING THE ARROW ( MEMASUKKAN ANAK PANAH )

Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara meletakkan nock anak panah ke tali panah di bawah penanda nocking. Pastikan Index Fletch menghala ke arah pemanah dan tolakkan ianya dengan lembut ke tali panah. Kemudian letakkan anak panah pada atas arrow rest.

manual latihan memanah

2 8

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

3. DRAWING HAND AND BOW HAND ( TANGAN MENARIK DAN TANGAN MEMEGANG )

Kebiasaanya tiga jari digunakan untuk tujuan menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari h antu dan jari manis. Jari telunjuk diletakkan di sebelah atas anak panah sementara jari hantu dan jari manis disebelah bawah. Bengkokkan jari supaya sendi ketigatiga jari tersebut sebaris dengan tali panah. Berikan sedikit ruang antara jari telunjuk dan jari hantu supaya kedua-dua jari tersebut tidak menyentuh anak panah. (Ini untuk mengelakkan dari anak panah itu dicubit (pinching)) Biarkan belakang tangan serata yang boleh.Be ngkokkan ibu jari ketapak tangan supaya dapat diletakkan pada pipi semasa tarikan penuh. Tarik sedikit tali panah untuk menyediakan jari-jari tersebut untuk tarikan penuh.Semasa menarik tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata kepada ketiga-tiga jari tersebut.

manual latihan memanah

2 9

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Letakkan tangan pemegang bow pada tempat pemegang dengan garis tengah berkedudukan di antara ibu jari dan jari telunjuk sebaris dengan pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah di atas. Tapak otot ibu jari hendaklah diletakkan pada garis tengah pemegang busar. Semasa menarik, tekanan sepatutnya diterima oleh otot ibu jari dan terus kepada pergelangan tangan (Kedudukan pergelangan tangan rendah). Jari dan ibu jari patut dibiarkan dalam keadaan relaks. Sekiranya pengikat jari atau pengikat busar tidak digunakan, hujung jari hendaklah dibengkokkan sedikit supaya menyentuh busar dengan lembut.Ini akan menghalang busar daripada terlepas semasa anak panah dilepaskan. Kedudukan tangan pada pemengang busar hendaklah konsisten pada setiap kali panahan dilakukan.

manual latihan memanah

3 0

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

4.

PREDRAW

Luruskan lengan pemegang busar untuk mendapatkan kedudukan tangan pada tempat pemegang busar. Kemudian angkat lengan pemegang busar dan lenganpenarik tali serentak pada kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Kekalkan bahu hadapan pada kedudukan rendah. (Bahu tidak boleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau ke belakang kerana ini akan mengubah jarak tarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana ini akan membantu menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh.

manual latihan memanah

3 1

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

5. FULLDRAW ( Tarikan penuh )

Pada kedudukan sebelum menarik( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik siku lengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena dagu pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka, bukan muka bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarik akan memberikan keseimbangan pada badan.

6. ANCHOR Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah menyentuh muka.Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari dibengkokkan ke dalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah menyentuh dagu dan hidung sekiranya boleh. Kaitan antara kedudukan-kedudukan ini adalah penting kerana ianya bertindak sebagai pandangan dari belakang,jadi adalah penting untuk mengekalkan kedudukankedudukan tersebut dengan konsistan. Ia juga untuk mendapatkan tarikan penuh yang konsisten.Sebarang perubahan terhadap kedudukan-kedudukan tersebut akan mengubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.

7.

HOLDING ( MENAHAN ) AND AIMING ( MEMBIDIK )

manual latihan memanah

32

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot belakang (belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight ( tempat membidik) dan ditengahtengah sasaran. Semasa sight digerakkan ke arah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa. Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah adalah selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari.Terdapat beberapa langkah yang perlu diperiksa untuk memastikan semuanya berada dikedudukan yang betul. Sekiranya sebarang bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran , adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar di sekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan. Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah dan apabila sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas.

manual latihan memanah

33

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

8. RELEASE ( PELEPASAN ) Melepaskan tali panah adalah langkah yang paling penting semasa memanah. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, semua langkah yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia. Untuk melepaskan anak panah dengan betul, tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan mengelongsor (slip) dari jari.Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak. Ini hendaklah dilakukan dengan biasan yang sedikit. Apabila pelepasan anak panah dilakukan dengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang kerana otot belakang (belikat) akan menarik tangan penarik ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di belakang leher 9. FOLLOW THROUGH ( IKUT LAJAK )

Ikut lajak (follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang pergerakan semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya. Kedudukan kepala dan badan patut dikekalkan, tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran. Menggerakkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk melihat anak panah juga akan menyebabkan tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.

manual latihan memanah

34

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

10. RELAXING ( REHAT ) Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otot-otot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dalam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten. Masa rehat juga digunakan untuk manganalisis keputusan panahan sebelumnya dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Adalah penting untuk memeriksa kesemua 10 langkah asas bagi setiap kali panahan dibuat. Sekiranya salah satu daripada 10 langkah itu mempunyai kecacatan, maka pamanah tidak akan dapat menghasilkan panahan yang tepat dan jitu.

manual latihan memanah

35

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

G. MENGESAN DAN MEMBETUL KEMAHIRAN DAN KESALAHAN


Anak Panah Ke Kanan/Kiri

Pembetulan
Sebelum memanah, periksa samada limbs berada dalam kedudukan yang sejajar atau berkedudukan yang sama dengan pandangan mata. Sebelum membidik, pastikan tali berada di tengah-tengah limbs dan sedikit ke kanan/kiri pandangan mata. Tahan bow hand dan pergelangan tangan semasa memanah sehingga selesai memanah. Tahan bow hand separas target sehinggalah selesai ikut lajak. Pastikan mata tetap memerhati Bulls Eye sehingga anak panah mengenai sasaran. Pastikan tekanan pada tapak tangan betul dan tepat pada handle grip semasa menarik tali.

Bow condong ke sebelah kanan atau kiri


Mata menjajarkan tali terlalu jauh ke kanan/kiri dari bowsight Pergelangan tangan patah ke kanan/kiri semasa melepas tali

Bow arm bergerak ke kanan /kiri semasa melepas tali


Meletakkan tangan lebih ke kanan/kiri pada handle grip.

Anak Panah Ke Kanan atau Kiri Jari memetik tali sewaktu melepas anak panah. Kegagalan menggunakan otot belakang semasa menarik dan menahan busar. Badan condong ke hadapan Cara berdiri yang tidak selari dengan sasaran. Angin bertiup dari kiri ke kanan Meletakkan tali terlalu jauh pada jari. Mengintai anak panah terbang.

Pembetulan
Melepaskan tali secara melembutkan jari dan tekanan belakang semasa membidik. Memulakan tarikan dengan menggerakkan siku ke belakang dan memastikan tangan relaks dan tiada tekanan. Agihkan berat badan sama rata, berdiri tegak tetapi relaks. Mengubah cara berdiri dengan membayangkan garisan lurus terus ke sasaran. Mengubah tetapan sight. Tunggu tiupan angin reda. Cangkuk tali pada sendi pertama jari sahaja, kekalkan tapak tangan rata. Tetap melihat sasaran bulls eye sehingga anak panah mengenai sasaran.

manual latihan memanah

36

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Anak Panah Ke Kiri Memasang anak panah dengan Index Fletcher di bawah Menahan anchor ke kanan dari anchor kebiasaan. Jari mengeras semasa menahan. Jari mengepit nock. Anak panah tergelincir dari rest. Tangan memegang handle terlalu kuat. Kepala ditekan kehadapan semasa draw Gagal mengekalkan form semasa melepaskan anak panah. Tali terkena bow arm atau baju semasa melepas anak panah

Pembetulan
Pasang anak panah dengan Index Fletcher mengadap anda. Turunkan bow dan melakukan draw semula. Rasa tali mengenai hidung dan dagu. Kekalkan belakang tangan rata dan relaks. Buat nocking point yang sempurna dan tahan jari dari terkena nock semasa melakukan draw. Jangan kepit anak panah, melepas dengan relaks. Tolak dan tahan handle tanpa memegang grip. Kepala kekal tegak, bawa tali kemuka semasa draw. Ikut lajak selepas memanah, kekal melihat bulls eye sehingga anak panah mengenai sasaran. Pusingkan siku sebelum draw. Pakai pakaian yang sesuai atau menggunakan chest guard. Buka sedikit kaki semasa berdiri ( Stance )

Arrow TINGGI / RENDAH Kedudukan anchor tinggi dari biasa Tidak guna otot belakang untuk draw/ hold. Condong ke belakang/ depan dari target Angin lintang

Langkah Pembetulan
Anchor perlulah konsisten/ guna kisser button Mula draw dengan draw siku ke belakang, lengan relaks Imbangi berat. Berdiri tegak.Guna otot belakang untuk draw Betulkan sight. Laraskan kedudukan aiming mengikut arah tiupan angin dan kesesuaiannya

manual latihan memanah

37

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Arrows TINGGI
Anchor dengan mulut terbuka Cuba intai penerbangan arrow. Tangan menggenggam bow Lengan tolak bow ke depan semasa Genggaman terlalu bawah pada bow ( handle ) Anchor tidak konsisten Drawing melebihi dagu/ tali tidak rapat ke hidung Menahan kepala jauh ke belakang ketika anchor Dagu ke bawah ketika anchor Siku naik ( tinggi ) ketika draw Siku turun ( ke bawah ) ketika draw Penggunaan tekanan yang tidak sekata pada jari

Langkah pembetulan
Pastikan gigi rapat dengan mulut tertutup Kekalkan focus pada bulls eye Pastikan bow hand relaks sewaktu shoot Tolak bow arm ke bulls eye sewaktu shoot Gerakkan genggaman tangan ke atas. Pastikan genggaman konsisten Gunakan kisser button Pastikan kedudukan tangan di bawah dagu dan tali mengenai hidung Luruskan kedudukan kepala dan tarik tali hingga ke hidung Tarik siku hingga paras bahu Tarik siku ke paras bahu dan tingkatkan back tension apabila menahan tarikan Draw guna otot belakang. Bahagianbawah siku berada pada paras bahu. Relakskan jari ketika release . Hock tali dengan jari-jari dan pastikan belakang tapak tangan rata

Arrows MENDATAR
Guna mata yang salah ketika aiming Tali tidak sejajar pada kedudukan yang sama setiap kali shoot

Langkah Pembetulan
Cari mata dominan. Jika mata dominan bukan pada draw, tutup mata yang tidak aim/ guna penutup mata Pastikan tali sejajar pada tengah limb dan kedudukan tali pada bahagian kiri atau kanan sight pin

manual latihan memanah

38

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Arrows ke BAWAH
Genggaman tangan pada handle tidak tetap Bow arm jatuh/turun semasa release Bow arm bengkok Pergelangan tangan atau bahu naik ketika menahan draw Kepala bergerak ke hadapan atau ke atas semasa release Draw tidak sampai ke dagu atau anchor point Tension/tekanan pada draw hand Siku menurun ketika release Draw dengan siku tinggi apabila menggunakan side anchor Menggenggam terlalu tinggi pada handle Release tanpa follow through

Langkah Pembetulan
Rapatkan gigi dan tutupkan mulut Kekalkan tumpuan bulls eye hingga arrow kena target Pastikan bow arm dalam keadaan relaks Panjangkan/regangkan bow arm ke arah bulls eye Gerakkan tangan ke atas dan pastikan kedudukan yang konsisten setiap panahan Tarik tali hingga kena dagu dan hidung Tingkatkan back tension ketika hold ( keep hand relax ) Tingkatkan back tension ketika hold Gerakkan siku ke belakang pada paras bahu Gerakkan tangan ke bawah ; semak ketepatan setiap panahan Tingkatkan back tension ketika hold supaya tangan bergerak ke atas bahu ketika release

Taburan MENDATAR Guna mata yang salah untuk aim Tidak selaraskan tali bow pada tempat yang sama setiap kali shoot

LANGKAH PEMBETULAN Semak semula mata yang dominan. Jika mata dominan bukan mata aim tutup mata bukan aim/ guna penutup mata Sebelum aim, selaraskan tali bow pada tengah limb pada kanan atau kiri sight

manual latihan memanah

39

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Arrows ke BAWAH Genggaman tangan pada handle tidak tetap Bow arm jatuh / turun semasa release Bow arm bengkok Pergelangan tangan atau bahu naik ketika menahan draw Kepala gerak ke hadapan Kepala terangkat semasa release Tak cukup draw ( anchor tidak sampai ) Tekanan pada draw hand Siku menurun semasa release Menggunakan siku tinggi untuk draw dengan anchor tepi.

LANGKAH PEMBETULAN . Tingkatkan back tension semasa menahan. Guna clicker Panjangkan/ regangkan bow arm ke arah bulls eye Relakskan bow hand, draw guna otot belakang Regangkan bow arm ke arah bulls eye, guna otot belakang untuk draw. Rapatkan kedua-dua tulang selangka Kekalkan posisi kepala atas, tarik tali ke bibir Kekalkan fokus kepada bulls eye hingga arrow mengenai sasaran. Tingkatkan back tension ketika menahan sementara tangan hadapan berada dalam keadaan rehat. Tarik siku selari ke arah bahu. Tarik siku selari ke arah bahu sehingga tali mencecah hidung dan bibir.

Kesilapan TEKNIK Punca arrow ke kiri Arrow jatuh dari arrow rest

PEMBETULAN Hock ( cangkukkan) jari semasa draw hand dengan belakang tapak tangan rata dan tenang. Elakkan mengepit arrow dengan jari. Pastikan kepala lurus/tegak. Tarik tali ke arah hidung dan bibir.

Kepala pemanah tertolak ke hadapan semasa aiming dan release. Punca arrow ke kanan Draw hand ditarik keluar dari leher sewaktu release :plucking Bow bergerak/goyang ke kiri/ kanan sewaktu draw penuh. Kepala bergerak untuk melihat penerbangan arrow.

Tenangkan draw hand, ketatkan otot belakang semasa proses shoot. Tenangkan jari-jari untuk release tali dan tangan follow through di atas bahu Pastikan limb sejajar dengan sight sewaktu atau sebelum aiming Kekalkan kedudukan kepala supaya proses draw, aim dan follow through. Kekalkan focus pada bulls eye sehingga arrow kena butt.

manual latihan memanah

40

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Punca arrow bawah Kedua-dua bahu tidak sama tinggi ketika release. Bow arm bawah atau ke tepi apabila arrow dilepaskan ke target Pinggang bergerak ke arah target, bahagian atas badan bongkok ke arah target Badan bergerak sedikit ke arah target Semasa melakukan draw, angkat dan tolak bow sebaris/lurus ke target. Kemudian gerakkan siku ( menarik ) ke aras bahu Kekalkan bow menghala ke bulls eye sehingga arrow kena butt, bow hand kekal tenang Berdiri tegak. Gunakan otot belakang untuk draw dengan cara menarik siku ke belakang . Gunakan bow yang lebih ringan untuk membetulkan form Melihat stance untuk membetulkan alignment/ jajaran kaki ( berdiri ). Mulakan dengan tepi badan dan bahu menghala ke target.

Tali bow di hadapan badan dan Berdiri tegak/ lurus, kekalkan kedudukan badan yang betul tidak selari dengan target ketika ketika melakukan draw selari dengan bow arm shoot Anchor dalam keadaan yang tidak stabil Tali ditarik ke muka , memaksa kepala digerakkan supaya hidung dan dagu mengenai tali Ketika release tali terkena pada bow arm Melakukan release sebelum full draw Jari-jari terasa sakit ketika menarik Mulakan draw dengan menggerakkan siku ke belakang pada paras bahu, bawa draw hand terus ke anchor. Gunakan otot belakang Tarik draw terus ke belakang di bawah dagu. Letakkan jari telunjuk di bawah dagu Tarik siku ke bawah/ luar sebelum tarik penuh. Pastikan bow hand tepat di belakang bow handle Pastikan berat bow sesuai dengan kemampuan pemanah. Kekalkan back tension ketika hold. Relaks jari untuk release. Pastikan tangan lurus dan draw hand relaks

manual latihan memanah

41

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Kesalahan BOW HAND Jari-jari terbuka ketika hold dan aiming Jari-jari ditegangkan dan keras

LANGKAH PEMBETULAN Relakskan jari-jari Relakskan jari-jari. Teknik nampak seperti mengelak daripada menggenggam bow tetapi sebenarnya berlaku ketegangan pada bow hand dan memudahkan pemanah menggenggam/pegang bow apabila release Tekan tapak tangan pada handle. Relakskan jari Relakskan bow hand supaya tidak menggenggam handle. Gunakan bow sling. Pastikan bow hand tidak lebih ke kanan pada handle Pastikan bow hand tidak lebih ke kiri pada bow handle. Elakkan menolak bow dengan bow hand apabila release

Muka bow bergerak ke kanan/ kiri semasa draw Arrow tertumpu pada sebelah kiri pada target butt Arrow tertumpu pada sebelah kanan pada target butt Arrow tertumpu pada atas target butt

KESALAHAN CARA BERDIRI Cara berdiri yang berbeza-beza setiap kali release Dalam dirian terbuka tekanan tertumpu pada draw arm Dalam dirian tertutup badan condong dari target Kepala bergerak ke belakang menyebabkan tarikan melebihi had overdraw

LANGKAH PEMBETULAN Gunakan tanda di tempat berdiri pada shooting line Pusing bahagian atas badan untuk kekalkan bahu supaya lurus dengan target Pastikan berat badan tertumpu pada kedua-dua tapak kaki. Badan mestilah tegak. Cuba buka sedikit kedua-dua belah kaki Kekalkan posisi kepala. Kalau dirian tertutup cuba buka sedikit kedua-dua belah kaki

manual latihan memanah

42

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

KESALAHAN ANCHORING Draw hand keluar dari dagu semasa release plucking Tidak melakukan follow through semasa release Membuka tiga jari pada waktu yang tidak sama Tarikan memintal tali semasa full draw Draw hand hanya menyentuh dagu pada hujungnya Tekanan dirasa pada otot biceps / lengan

LANGKAH PEMBETULAN Pastikan daya tarikan datang dari otot belakang dan draw hand sentiasa relaks. Semak tanda-tanda tekanan pada tangan seperti jari terbuka/ tegang Release dengan menenangkan tangan bukan memaksa jari-jari untuk dibuka Release dengan menenangkan tangan bukan memaksa jari-jari untuk dibuka. Pastikan ketiga-tiga jari dibuka serentak Pastikan belakang draw hand selari ke bawah Rapatkan draw hand apabila mencapai tarikan penuh supaya tangan menyentuh dagu dengan rapat Pastikan draw terus ke belakang pada anchor point. Bukan ke luar dan kemudian ke dalam. Gunakan otot dengan arm relaks.

manual latihan memanah

43

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

H . PEMBANGUNAN, PROGRAM LATIHAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN


H-1 PEMBANGANUNAN DAN PROGRAM LATIHAN

Pembangunan Secara amnya aktiviti sukan adalah terdiri daripada acara berpasukan dan individu .Sukan memanah adalah dikategorikan kepada acara individu . Dalam acara ini kekuatan individu akan menyumbang kepada kedudukan pasukan .Ini bermakna sekiranya pasukan tidak dapat meneruskan cabaran, ahli pasukan masih mampu meneruskan perjuangan dan masih berpeluang menjadi pemenang. Dalam Sukan Olimpik 2001 di Atlanta , pasukan Australia telah tewas tetapi dalam acara individu Simon Fearweather telah memenangi Emas . Begitu juga dalam Sukan Olimpik 2005 di Athens , pasukan Jepun tidak dapat mara tetapi pemain individu Shami Moto telah memenangi pingat Perak . Oleh itu pengurusan sukan diperingkat akar umbi masih berpeluang untuk membangunkan atlet memanah dan seterusnya menjadikan pesertanya mara jauh walaupun atletnya hanyalah cuma seorang .

Pemilihan Pemanah
Bilangan pemanah yang ingin dikembangkan bakat adalah bergantung kepada kemampuan pihak pengurusan . Pihak pengurusan mungkin menghadapi banyak kekangan seperti kekurangan jurulatih yang berpengalaman dan kemampuan kewangan yang terhad . Halangan dan kekangan ini akan mempengaruhi bilangan pemanah yang akan dilahirkan.

Kriteria Pemanah
Pada umumnya seorang ahli sukan mempunyai ciri diri yang berbeza dengan seorang ahli akademik atau orang awam yang menjadikan sukan untuk riadah . Ciri diri adalah aset atau perkara asas yang harus diambil kira oleh seorang jurulatih dalam mengesan individu . Berdasarkan aset inilah individu itu akan dibimbing, diasuh dan digilap . Walaupun pertimbangan seorang jurulatih akan berbeza dengan jurulatih yang lain namun jika dihalusi seorang ahli sukan yang terpilih akan mempunyai ciriciri yang memenuhi kriteria sebagai seorang ahli sukan. Berikut adalah antara ciri diri seorang pemanah: a. b. c. d. e. f. g. Tubuh gempal dan tidak terlalu langsing atau kurus . Berpotensi untuk mencapai ketinggian sederhana tinggi atau tinggi . Aras kecerdikan yang lebih baik dan munasabah . Peribadi tenang dan tidak terburu-buru. Mudah menerima teguran dan berfikiran terbuka . Sabar, tekun dan mempunyai kesungguhan aras tinggi . Lainlain ciri diri dan keistimewaan .

manual latihan memanah

44

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Latihan
Lazimnya seorang jurulatih memerlukan masa antara 12 tahun untuk menyediakan seorang pemanah. Masa yang panjang ini diperlukan kerana sukan memanah adalah sukan yang amat memerlukan kemahiran individu. Di samping kemahiran yang akan diterapkan, jurulatih memerlukan tempoh yang panjang untuk membina dan meningkatkan daya tumpu pemanah dari aras rendah kepada aras tinggi. Berikut adalah antara aktiviti asas dan kandungan sukatan dalam peringkat asas: Perkara / Aktiviti 1. Proses mengesan bakat : Pemerhatian Uji bakat Uji minat Uji paras kebosanan Kemampuan diri Kesesuaian fizikal 2. Pendedahan: Kelenturan anggota badan Mengenal alatan dan aksesori Latihan kemahiran asas memanah Teknik memanah dengan betul: Bow arm lurus Bow arm tidak bergerak Badan tidak senget Kepala tidak mendongak Tidak memuncungkan bibir Tidak menjatuhkan bow arm Merapatkan gigi Memetik tali (plucking) Draw hand bergerak ke hadapan semasa melepaskan anak panah Memasang dan membuka alatan Tarikan bow tanpa arrow ( mimicking ) Latihan menarik dengan getah Latihan mencabut arrow Memasang dan merawat arrow Ujian dan penilaian / maju dan gugurkan 3. Latihan memanah: Kemahiran memanah ansur maju Memanah jarak dekat: 10 15 meter Memanah jarak sederhana Memanah jarak jauh Memanah dengan kepersisan Memanah dengan kejituan Ujian dan penilaian/ maju dan gugurkan 60 jam ( 6 jam / bulan ) -padang -bilik darjah 18 jam ( 6 jam / bulan ) -padang -bilik darjah Tempoh 4 jam

manual latihan memanah

45

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

H-2. PENGURUSAN PERTANDINGAN


Pengurusan pertandingan merupakan himpunan segmen tugasan untuk menyediakan suatu menu/ tempat pertemuan yang sesuai bagi membolehkan pertandingan dijalankan dengan lancar dan tanpa gangguan. Dalam setiap kejohanan terdapat seorang Pengerusi Kejohanan. Pengerusi Kejohanan biasanya ialah Pengerusi Permainan yang digilirkan kepada penyandang berdasarkan lantikan oleh pihak yang melantik atau majikan . Pengurusan pertandingan secara amnya boleh dibahagikan kepada : i. ii. iii. Pengurusan atlet Kepegawaian Logistik dan Persiapan Padang

Pengurusan Atlet
Lazimnya segmen ini meliputi tugasan yang menentukan tempat penginapan untuk atlet, pengangkutan pergi dan balik ke tempat pertandingan, makanan, keselamatan, kemudahan, dan kesihatan. Segmen ini hendaklah dibahagikan kepada unit-unit kecil dan dikelolakan oleh jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab. Secara keseluruhannya bahagian ini adalah di bawah kelolaan urus setia. Dalam kejohanan memanah peringkat sekolah terdapat 3 peringkat kejohanan iaitu kejohanan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pegawai tertinggi bahagian ini ialah penyelia-penyelia sukan yang mewakili Setiausaha MSSD, Setiausaha MSSN dan Setiausaha MSSM .

Kepegawaian
Segmen ini meliputi tugasan menentukan pegawai yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang munasabah dalam sukan yang diwakili. Tugasan ini adalah merupakan bidang kemahiran Pengerusi Teknik Permainan ( PTPS ). Terdapat seorang PTPS yang bertanggunjawab untuk setiap permainan. Untuk bidang kepegawaian, pengerusi permainan boleh meminta bantuan, pandangan dan nasihat PTPS yang berkaitan.

Logistik dan Persiapan Padang .


Bahagian ini akan menghuraikan segmen teknikal, statistik, alatan, aksesori dan penyediaan padang untuk tujuan pertandingan. Dalam menganjurkan pertandingan memanah semua keperluan logistik dan persiapan padang adalah sama dan serupa. Perbezaan yang jelas adalah dari segi bilangan atau kuantiti. Sebagai contoh, pengelolaan peringkat MSSD akan berbeza dengan MSSN atau MSSM kerana bilangan peserta adalah berbeza.

manual latihan memanah

46

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Senarai semak alatan pertandingan adalah seperti berikut : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Alatan Target Buttresses Kaki target buttresses Target faces Paku zing Cat putih / minyak hitam Target / lane no. Papan Tanda Jarak Papan tanda : a. Waiting line b. Shooting line c. Equipment line Meja dan kerusi hakim Payung meja hakim Khemah peserta Meja dan kerusi khemah Bendera arah angin Tali pengikat target butt Khemah DOS Alatan PA Lain lain keperluan Catatan Maksimun 4 peserta / target 1 / target 122cm ( 1 ) , 80cm ( 1 ) , 40cm(4) 4 (min) / target Untuk membuat garis 2 / target 2 untuk setiap jarak 2 unit 2 unit 2 unit 1 unit / 6 target ( Maximum ) 1 unit / meja 1 khemah untuk 3 pasukan ( Max ) 2 meja/ khemah ( besar ) Untuk 1 target ( 1 biru, 1 kuning dan 1 merah ) 5 meter / target 1 ( dengan meja dan kerusi ) Sesuai untuk mengawal kejohanan Ikut kesesuaian

9 10 11 12 13 14 15 16 17

manual latihan memanah

47

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

AKTIVITI SOKONGAN
I. BASIC BOW TUNING ( ASAS PELARASAN BUSAR)

Pelarasan busar adalah untuk menyesuaikan busar dengan cara panahan seseorang pemanah untuk mendapatkan penerbangan anak panah dan keputusan yang terbaik. Melaraskan busar dan menentukan jenis anak panah sepatutnya seganding dengan cara panahan seseorang pemanah. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari pelarasan busar, cara panahan seseorang pemanah itu mestilah konsisten. Terdapat empat faktor utama yang memberi kesan kepada persembahan sesebuah busar: Bahan Tali busar Brace Height ( jarak antara tali panah dan pemegang busar) Arrow Nocking Point ( titik meletak anak panah pada tali panah) Pressure Button ( butang tekanan) 1.1 Bowstring Material (Bahan tali) Dacron B50 - (kekuatan bagi setiap helai = 22.5 kg. , regangan = 2.6%) disebabkan oleh ketahanannya, ia kebanyakkannya digunakan oleh pemanah baru. Ia senang dijaga dan boleh tahan sehingga beberapa tahun. Kevlar 7-11 - (kekuatan bagi setiap helai = 31.8 kg. , regangan = 0.8%) merupakan bahan yang mempunyai kepadatan yang tinggi, ukur lilit yang lebih kecil dan lebih ringan dari tali Dacron dan menjadikan penerbangan anak panah lebih laju. ( 2 meter per saat). terdapat dua masalah dengan jenis tali ini, iaitu oleh kerana daya reganganya yang kurang, ia akan memberikan tekanan yang lebih kepada lengan busar ( bow limbs). Masalah kedua adalah dari segi ketahanan. Ia hanya boleh bertahan sebanyak 1000 panahan sahaja. Fastflite - (kekuatan bagi setiap helai = 45.5 kg. , regangan= 1.0%) ia adalah bahan baru yang boleh digunakan. Ia mempunyai ketahanan yang sama seperti tali Dacron serta lebih ringan dan mempunyai kelajuan yang melebihi tali Kevlar dan lebih ringan. Ia diperbuat dari polyethylene dan kelihatan seperti plastik. Ia sangat licin, oleh itu apabila membuat ikatan sokongan (serving), pastikan ianya dilakukan dengan ketat agar ianya tidak menggelongsor. Terdapat tali serving yang khas bagi tujuan ini. Fastflite S4 - (kekuatan bagi setiap helai = 73 kg. , regangan = less than 1.0%) adalah bahan tali yang terbaru di pasaran. Diperbuat dari gabungan 50% Fastflite dan 50% Vectran menjadikan helainya lebih tebal. Oleh itu hanya separuh helaian diperlukan bagi mendapatkan kekuatan yang sama dengan tali fastflite. Perlu diingat, gunakan bilangan helaian yang dicadangkan oleh pengilang untuk kesesuaian tali dengan kekuatan busar atau ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada lengan busar ( bow limbs)

manual latihan memanah

48

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

1.2 Brace Height ( jarak tali panah dengan pemegang busar) Jarak tali panah dengan pemegang busar (Brace Height) diukur dari pusat pemegang busar sehingga ke tali panah pada 90 darjah. Kebanyakan busar menggunakan brace height yang dicadangkan oleh pengilang.Sekiranya brace height tidak diketahui, berikut adalah cadangan kasar brace height bagi busar recurve: Busar 70 inci = 8.50 sehingga 9.75 inci, Busar 68 inci= 8.25 sehingga 9.50 inci, Busar 66 inci= 8.00 sehingga 9.25 inci. Busar 64 inci= 7.75 sehingga 9.00 inci. Brace height yang paling sesuai ialah apabila ia menghasilkan bunyi yang paling senyap semasa panahan dilakukan.

Brace Height Tuning ( Pelarasan brace height)

Langkah 1.
Brace height yang dicadangkan oleh pihak pengilang adalah minimum. Oleh itu tali panah yang agak panjang mungkin terpaksa dipintal bagi mendapatkan brace height yang betul.

Langkah 2
Lakukan beberapa panahan pada jarak dekat dan perhatikan penerbangan anak panah.

Langkah 3.
Tambahkan jarak tali panah dengan pemegang busar dengan cara memintal tali panah sebanyak 5 kali.( Pastikan pintalan dilakukan pada arah yang sama kerana ini akan memendekkan lagi tali panah. Juga laraskan kedudukan nocking point.)

Langkah 4. Lakukan panahan beberapa kali lagi dan lihat cara penerbangan anak panah. Langkah 5
Ulangi langkah-langkah di atas beberapa kali sehinggalah jarak maksimum brace height yang dicadangkan diperolehi.
manual latihan memanah

49

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Langkah 6.
Di antara jarak minimum dan maksimum, prestasi yang paling senyap akan dijumpai dengan kadar gegaran yang paling kurang. Apabila ini berlaku, ini bermakna jarak tersebut adalah jarak yang paling sesuai bagi busar tersebut. Untuk membantu panahan anda, jarak tali panah dengan pemegang busar ( brace height) mestilah konsisten. Sebarang perubahan kepada brace height akan akan memberi kesan kepada penerbangan anak panah. ARROW NOCKING POINT ( TITIK MELETAK ANAK PANAH PADA TALI PANAH ) Untuk mendapatkan penerbangan anak panah yang betul, satu titik mesti didapati pada tali panah yang mana tenaga dari tali panah bertindak secara langsung dengan anak panah. Titik permulaan adalah antara 3 sehingga 10mm (1/8 sehingga 3/8 inci) 90 darjah lebih tinggi dari tempat meletak anak panah pada pemegang busar (arrow rest). Kedudukan ini adalah kerana pemanah menggunakan dua jari di bawah anak panah dan satu jari di atasnya untuk menarik tali panah dan mendapatkan tekanan yang seimbang pada tali panah. NOCKING POINT TUNING ( PELARASAN TITIK NOCK)

Langkah 1.
Cara yang paling cepat adalah dengan menggunakan cara paper tuning. Satu petak diletakkan pada jarak 2 meter (6 kaki) dihadapan sasaran. Sekeping kertas dilekatkan pada petak tersebut. Kemudian pemanah berdiri lebih kurang 1 meter (3 kaki) dari petak yang dilekatkan kertas tadi. Seterusnya lakukan panahan sehingga menembusi kertas tersebut. Dari kesan tembusan pada kertas tersebut, pelarasan titik nocking boleh dilakukan.

manual latihan memanah

50

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Koyakan di sebelah kiri menunjukkan yang titik nocking terlalu tinggi. Koyakan di sebelah kanan menunjukkan bahawa titik nocking terlalu rendah.

Langkah 2.
Laraskan titik nocking berdasarkan kepada kesan koyakan pada kertas di atas. Panah kepada kertas yang baru dan periksa kesan koyakan pada kertas. Ulangi langkah ini sehinggalah kesan koyakan yang paling kecil didapati. Kesan koyakan seperti tertera di sebelah boleh diterima, kerana kesan koyakan yang sempurna mungkin tidak boleh didapati kerana faktor-faktor lain.

Langkah 3.
Catatkan kedudukan titik nocking yang sesuai untuk anda sebagai rujukan pada masa hadapan. Selalu periksa titik nocking setiap kali panahan hendak dibuat. (Sekiranya anda tidak mendapat koyakan seperti gambarajah di atas, mungkin anak panah anda under spine ataupun terlalu kecil berbanding dengan kekuatan busar)

manual latihan memanah

51

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

I.

LAMPIRAN

1.

Gambarajah Target Butt

2.

Gambarajah dan kedudukan Target Faces

3.

Gambarajah Pelan Padang

4. 5.

Contoh Borang Markah Contoh Buku Log

6.

Peraturan Pertandingan Memanah MSSM

manual latihan memanah

52

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

PANEL PENGGUBAL MANUAL LATIHAN MEMANAH 1. IZHAM BIN MD. ISA 2. TENGKU MUHAMAD KHAIZUL ANUAR BIN TENGKU ZULKORNAIN 3. NORDIN BIN YUSOP 4. HASRUDIN BIN MOHD ZAIN 5. ABD MANAF BIN MOHD 6. JASNI BIN IBRAHIM 7. ABU BAKAR BIN ABD MAJID 8. MAT ZAKI BIN AHMAD 9. MOHD YUSOFF BIN ISHAK 10. NAZER BIN SENAFI 11. KAMAL ARRIFIN BIN HAMID 12. SAIFULLIZAM BIN IBRAHIM 13. MOHD HUSNEY BIN REDZUAN 14. MOHD LATIF BIN MAT 15. NAZRY BIN HASHIM 16. MEOR HASNAN SHAZALI BIN MEOR AMRI 17. MOHAMAD ROSLI BIN MD RASHID 18. ABDUL RASHID BIN MD REDZUAN 19. ARSELAN BIN ABDUL MAJID 20. ZAMZURI BIN MD DAUD

manual latihan memanah

53