Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SBLM3033 Sosiolinguistik

TAJUK:
Bahasa Tinggi vs Bahasa Rendah

Disediakan Oleh :

NAMA

: Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen

(201400)

PENSYARAH

En. Phat a/l Awang Deng

Kandungan

1.

Pengenalan Sosiolinguistik

3 4

2.

3.

Etimologi

4. 5. 6.

Bilingualisme dan Diglosia Kesimpulan Rujukan

12 13 14

Pengenalan

Dalam linguistik, diglossia merujuk kepada keadaan dimana dua dialek atau bahasa digunakan secara seiring oleh komuniti bahasa tunggal. Di samping bahasa seharian yang bersifat vernakular (dilabelkan sebagai bahasa rendah), terdapat bahasa kedua dengan tatabahasa dan struktur bahasa yang betul (dilabel sebagai bahasa tinggi) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu seperti pendidikan formal kesusasteraan atau keadaan formal yang lain,tetapi tidak digunakan dalam perbualan biasa.

Variasi bahasa yang tinggi mungkin berada di tahap yang lebih tua dalam bahasa yang sama seperti Latin di peringkat awal Zaman Pertengahan. Ia mungkin berbeza tetapi menyerupai bahasa yang biasa digunakan, seperti bahasa Norway dengan Bokml dan Nynorsk, atau China dengan Mandarin sebagai bahasa rasmi yang menjadi standard dan kolokial dengan pelbagai dialek yang digunakan seharian. Bahasa Tamil adalah contoh bahasa diglosik kerana mempunyai dua variasi untuk perbualan dan pertuturan.

Sosiolinguistik

Sebagai satu aspek kajian hubungan antara kod dan struktur sosial, diglosia adalah satu konsep penting dalam bidang sosiolinguistik. Secara sosial, setiap dari dua tahap bahasa mempunyai lingkungan interaksi sosial yang tersendiri. Dalam lingkungan sosialnya, hanya tahap bahasa tersebut yang diterima pakai. Secara tatabahasa, perbezaan mungkin melibatkan sebutan, intonasi dan struktur ayat. Perbezaan dalam diglosia mungkin sehingga diaggap sebagai dua bahasa berbeza.

Dialek yang mana adalah bahasa ibunda hampir selalunya dianggap bahasa rendah. Lingkungan penggunaannya melibatkan komunikasi interpersonal yang tidak formal, seperti perbualan di rumah, antara kawan dan di pasar. Dialek vernikular seperti ini, biasanya tidak bertulis dan hanya berbentuk lisan semata-mata. Penulis yang cuba mengetengahkannya ke bidang kesusasteraan sering dikritik hebat kerana ia dianggap inferior.

Dialek yang satu lagi diterima sebagai berstatus tinggi dan dikhaskan untuk komunikasi bertulis dan lisan yang formal seperti laras pengajaran, khutbah dan ucapan pegawai kerajaan. Adalah hampir mustahil untuk menguasai dialek tinggi yang formal ini tanpa mempelajarinya secara formal. Oleh yang demikian, masyarakat diglosik yang juga dipisahkan kelas sosial yang ekstrem, kebanyakan orang tidak mahir menggunakan dialek tinggi. Bentuk dan kosa kata dialek tinggi yang tiris ke peringkat bawah masyarakat biasanya telah berubah bentuk.Apabila dialek tinggi tersebut juga berbeza dari segi tatabahasa seperti diglosia Arab, maka masyarakat yang kurang berpendidikan sering tidak mampu memahami ucapan-ucapan para pemimpin mereka yang disiarkan melalui radio dan televisyen. Apabila Maharaja Hirohito menyampaikan ucapan menyerah kalah di akhir perang dunia kedua, majoriti rakyat baginda tidak dapat memahami ucapan tersebut.

Di kebanyakan tempat diglosik, timbul kontroversi dan perbezaan pendapat tentang status dan hubungan antara dua dialek ini. Dalam kes dimana dialek tinggi tidak mampu difahami oleh golongan masyarakat yang hanya terdedah kepada dialek vernakular yang rendah, ada yang berkeras menegaskan bahawa kedua dialek tersebut adalah bahasa yang sama.

Perintis pengkajian diglosia, Charles A. Ferguson (Chaer dan Agustina, 2004:92) telah membuat pemerhatian bahawa kebanyakkan penutur jati yang cekap berbahasa dialek tinggi akan menggunakan dialek tinggi dan cuba sedaya upaya mengelak dari menggunakan dialek vernakular terutama apabila berkomunikasi dengan orang asing. Namun begitu, mereka tiada pilihan sedemikian apabila berkomunikasi dengan kaum keluarga sendiri.

Etimologi Diglosia berasal dari perkataan Greek iaitu (digl ssia), biasanya merujuk kepada bilingualisme tetapi telah pertama kali digunakan dengan makna seperti di atas oleh Emmanuel Rhoides dalam prolog kepada karangannya bertajuk Parerga pada tahun 1885. Istilah berkenaan telah diadaptasikan oleh para penulis Peranchis sebagai diglossie.

Pada tahun 1959, Charles A. Ferguson telah memperkenalkan istilah diglossia dalam bahasa Inggeris melalui satu artikel yang mendefinisikannyaa sebagai, satu situasi bahasa yang stabil dimana disamping kewujudan pelbagai dialek sesuatu bahasa, terdapat juga satu dialek yang standard dan bercirikan :

y y y y y y

Amat berkodifikasi yang tinggi Tatabahasa dan nahu yang kompleks Merupakan wahana kesusasteraan bertulis. Dipelajari melalui pendidikan formal Digunakan dalam penulisan dan bahasa lisan yang formal Tidak digunakan untuk percakapan seharian (Chaer dan Agustina, 2004:93).

Menurut Ferguson, diglosia mempunyai sembilan ciri iaitu: 1. Fungsi merupakan kriteria yang paling penting. Dalam suatu masyarakat diglosis terdapat dua variasi dari satu bahasa, variasi pertama disebut dialek tinggi (H) dan yang kedua disebut dialek rendah (L). Fungsi untuk dialek H biasanya formal dan terikat dengan tatabahasa yang ketat, manakala fungsi dialek L biasanya untuk situasi informal, kekeluargaan, dan santai. Seperti bahasa Arab, dimana dialek H adalah bahasa Arab yang ada pada al-Quran dan dialek bahasa L-nya adalah bahasa Arab

seharian yang biasa digunakan oleh bangsa Arab. Perbezaan dalam bahasa Arab alQuran dan bahasa Arab yang umum adalah amat ketara.

2.

Prestij (Martabat) Prestij berhubungan dengan sikap penutur terhadap dialek H dan L. Masyarakat biasanya beranggapan dialek H lebih berprestij, lebih utama, dihormati dan dialek L yang dianggap sebaliknya. Seperti terlihat dalam bahasa Melayu, ada pihak yang mengatakan bahasa Melayu Standard yang diajarkan di sekolah merupakan dialek H sedangkan bahasa daerah lainnya merupakan dialek bahasa L.

Aslinda dan Syafyahya (2007 : 27) menerangkan bahwa naik dan turunnya prestij bahasa ditentukan oleh beberapa perkara, iaitu 1. Tahap kemampuan bahasa sebagai saluran komunikasi, terutama dengan dunia luar. 2. Tingkat peradaban masyarakat pendukungnya. Contohnya, Bahasa Inggeris British yang disanjung tinggi sewaktu empayar British di kemuncak kekuasaannya sudah diganti dengan Bahasa Inggeris Amerika Syarikat.

3.

Warisan dan tradisi penulisan Warisan tradisi penulisan kesusasteraan merujuk kepada karya-karya kesusateraan terdahulu yang ditulis dalam dialek H dan ini mencerminkan kekayaan dan kebesaran tradisi penulisan pada masa dahulu. Dialek H juga digunakan dalam ritual keagamaan seperti bahasa Latin dan Sanskrit.

4.

Pemerolehan bahasa Ragam dialek H diperoleh dengan sistem pendidikan yang formal dan teratur. Manakala, dialek L diperoleh dari pergaulan dengan rakan sebaya, keluarga, dan dipelajari secara normal dan tanpa sedar. Dalam sebilangan masyarakat diglosis ramai di antara orang terpelajar yang menguasai dengan baik dialek H, tetapi tidak lancar dalam menggunakan dialek tersebut, kerana dialek H tidak selalu digunakan, dan dalam mempelajarinya para pelajar selalunya terikat dengan kaedah dan aturan tata bahasa yang ketat. Sebaliknya dialek L yang selalu digunakan setiap hari dalam pergaulan.

5.

Pembakuan Atas sebab prestij dan lain-lain hal, dialek H sering lebih diutamakan dalam usaha pembakuan sesuatu bahasa dan membolehkan standarisasi terhadap dialek H ini untuk digunakan dalam penyusunan kamus, tatabahasa, petunjuk, buku-buku mengenai penggunaan bahasa yang betul ditulis dalam dialek H.

6.

Kestabilan Kestabilan dalam sesuatu masyarakat diglosis biasanya akan bertahan sekiranya sebuah variasi bahasa yang dipertahankan kewujudannya dalam masyarakat itu. Diglosia akan wujud apabila ada dua dialek bahasa dipertahankan dalam masyarakat.

7.

Tata bahasa Ferguson berpendapat bahawa dialek H dan L dalam diglosia merupakan variasi dari bahasa yang sama; namun, dalam peraturan nahu dan tatabahaasaa terdapat perbezaan yang jelas.

8.

Kosakata Sebahagian besar kosakata dalam bahasa H dan L adalah sama. Walaupun begitu, terdapat kosakata dalam dialek H yang tidak ada pasangannya pada dialek L, dan sebaliknya. Ciri yang agak menonjol dalam diglosia adalah adanya kosakata yang berpasangan, satu untuk dialek H dan satu dialek L, yang biasanya untuk konsepkonsep yang sangat umum. Contoh dalam bahasa Arab, apa untuk dialek H adalah ma sedangkan untuk dialek L eh.

9.

Fonologi Ferguson menyatakan bahwa sistem bunyi dialek H dan dialek L sebenarnya merupakan satu sistem tungal; namun fonologi H merupakan sistem dasar, sedangkan fonologi L yang pelbagai ragam merupakan subsistem atau parasistem. Fonologi H lebih dekat dengan bentuk umum yang menjadi dasar bahasa secara keseluruhan. Fonologi L bersifat lebih jauh dari bentuk yang menjadi dasar sesuatu bahasa.

Menurut Ferguson, diglosia yang terdapat di dalam masyarakat adalah pada pembezaan fonologi antara dialek H dan L dalam sebuah bahasa. Namun ada pakar lain yang mengemukakan pendapat berbeza tentang diglosia seperti Fishman yang mengemukakan ...diglosia exists not only in multilingual societies which officially recognize several language, and not only in societies which employ separate dialects, registers, or functionally differentiated language, varieties of whatever kind.

Menurut Fishman (1972:92 dalam Chaer dan Agustina, 2004:98), diglosia tidak hanya berlaku dengan danya pembezaan dialek H dan L dalam bahasa yang sama, atau bahasa serumpun, tetapi juga pada dua bahasa yang berlainan.

Fasold (1984:92 dalam Chaer dan Agustina, 2004:98) telah memperkembangkan konsep diglosia ini menjadi apa yang disebut diglosia luas (broad diglosia). Konsep broad diglosia, perbezaan itu tidak hanya antara dua bahasa atau dua dialek sematamata biner, malahan boleh lebih dari dua bahasa atau dialek. Seterusnya, Fasold membahagikan diglosia kepada tiga iaitu:

1.

Double overlapping diglosia adalah adanya pembezaan darjat dan fungsi bahasa secara berganda. Contoh: di Tanzania ada digunakan bahasa Inggeris, Swahili, dan bahasa-bahasa daerah yang lain. Pada satu segi bahasa Swahili merupakan dialek H dan bahasa-bahasa daerah yang lain menjadi ragam L-nya. Namun demikian, ada kalanya bahasa Swahili menjadi dialek L dan bahasa Inggeris menjadi dialek bahasa H-nya.

2. Double-nested diglosia adalah keadaan dalam masyarakat yang multillingual, di mana terdapat dua bahasa yang diperbezakan; satu sebagai bahasa H, dan yang lain sebagai bahasa L. Akan tetapi kedua dialek H dan L tersebut juga masing-masing diberi status sebagai dialek H dan L. Contohnya dalam masyarakat Sunda terdapat dua bahasa iaitu bahasa Sunda dan bahasa Indonesia. Bahasa Sunda dipelajari dan diperolehi di rumah dan dipergunakan dalam urusan seharian. Sedangkan bahasa Indonesia dipelajari di sekolah. Oleh yaang demikian, dalam masyarakat Sunda dapat

10

dikatakan bahawa bahasa Indonesia merupakan dialek H dan bahasa Sunda dialek L. Namun begitu, kedua-dua bahasa Sunda dan Indonesia juga memiliki dialek H dan L.

3. Linear polygosia merujuk darjat bahasa tidak dalam double-nested diglosia. Di sini darjat tersusun dari yang paling tinggi hingga ke yang paling rendah. Susun atur darjat tersebut dibuat berdasarkan sikap pengguna bahasa ittu sendiri. Contohnya, kecenderungan penggunaan bahasa di kalangan masyarakat Cina di Malaysia, yang menggunakan bahasa mengikut keaadaan tertentu. Masyarakat Cina di Malaysia memiliki verbal repertoire yang terdiri dari bahasa Cina, yang ada di antaranya dominan mengikut kawasan, bahasa Inggeris, bahasa Melayu standard, dan bahasa Melayu mengikut daerah-daerah.

11

Bilingualisme dan Diglosia

Diglosia adalah adanya pembezaan fungsi atas penggunaan bahasa (terutama fungsi H dan L) dan bilingualisme adalah keadaan penggunaan dua bahasa secara bergilir mengiikut keadaan dalam masyarakat. Fishman (dalam Soemarsono, 2010:195) menekankan perbezaan antara Bilingualisme dan diglosia. Dalam konteks ini, Bilingualisme merujuk kepada penguasaan atas dialek H dan L yang terdapat dalam masyarakat, manakala diglosia merujuk kepada pembahagian fungsi dialek H dan L dalam keadaan-keadaan tertentu.

Fishman membahagikan hubungan diglosia dan Bilingualisme kepada empat jenis iaitu:

1. Bilingualisme dan diglosia; Penggunaan dua bahasa tersebut adalah menurut fungsinya masing-masing.Contohnya, negara Paraguay, dimana bahasa Guarani iaitu bahasa asli peribumi berstatus sebagai bahasa L, dan bahasa Sepanyol yang merupakan bahasa Eropah berstatus sebagai bahasa H.

2. Bilingualisme tanpa diglosia; Dua bahasa yang wujud seiring dan digunakan untuk pelbagai tujuannya masing-masing Contohnya, masyarakat Montreal di Kanada, yang berbahasa Jerman. Peralihan ke bahasa Perancis dari bahasa Jerman berlaku seiring dengan Bilingualisme yang meluas.

3. Diglosia tanpa bilingualisme; Pada zaman pemerintahan Czar di Rusia, para bangsawannya menggunakan bahasa Perancis sedangkan masyarakat biasa Rusia menggunakan bahasa Rusia dengan pelbagai dialeknya adalah contoh terbaik diglosia tanpa bilingualisme.

12

4. Tidak bilingual dan tidak diglosik. Pada masa kini, kemungkinan hanya masyarakat yang primitif atau jauh terpencil di pedalaman yang mengalami keadaan sebegini.

Dari keempat pola bahasa masyarakat ini, yang paling stabil adalah diglosia dengan Bilingualisme dan diglosia tanpa Bilingualisme. Keduanya bersifat diglosia dan perbezaannya hanya terletak pada sifat Bilingualismenya.

13

Kesimpulan Oleh yang demikan, dapat dirumuskan bahawa Bilingualisme dan diglosia adalah dua hal yang berbeza. Bilingualisme merujuk kepada penguasaan atas dialek H dan L yang terdapat dalam masyarakat, manakala diglosia merujuk kepada pembahagian fungsi dialek H dan L dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dalam realiti kehidupan, manusia sebagai makhluk sosial saling berinteraksi antara satu saama lainn. Dalam interaksi ini peranan bahasa adalah sangat besar dan dominan dalam komunikasi satu sama lain. Proses komunikasi dan interaksi tersebut berlangsung dan seterusnya akan menghasilkan keadaan yang akan memungkinkan wujudnya Bilingualisme dan diglosia.

14

Rujukan

Hendra Sastratmaja Bilingualisme dan diglosia, dicapai pada 13 Februari 2012 http://foraagustina.wordpress.com/2008/04/10/perkembangan-kognitif-anak/ http://fatchulfkip.wordpress.com/2008/10/08/kedwibahasaan/ http://anaksastra.blogspot.com/2009/03/kedwibahasaan-dan-diglosia/ http://yahamim.wordpress.com/2009/02/14/bahasa-melayu-tinggi/ http://eskapisminda.blogspot.com/2008/09/bahasa-tinggi.html http://dwnbahasa.dbp.my/?p=505 http://zamrimohamad.com/blog/penulisan-berkualiti-tinggi-ejen-pembinaanbangsa/

15