Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah lebih dikenali sebagai KBSR telah dilaksanakan disemua sekolah rendah di seluruh Negara pada tahun 1982. Tujuan pembelajaran matematik KBSR dalam tempoh selama enam tahun, adalah untuk membolehkan murid-murid mengembangkan kemahiran mengira dengan

menggunakan proses pemikiran dan mengikut langkah-langkah yang logis. Dengan penguasaan kemahiran kira-mengira itu, adalah diharapkan bahawa murid- murid di bawah rancangan matematik KBSR dapat menyelesaikan masalah kuantitatif, penyukatan, penghampiran, mentafsir data serta memahami bahasa matematik supaya dapat membolehkan mereka mempergunakan pengetahuan ini dalam perkara perkara harian yang melibatkan kira-mengira secara kuantitatif.

Untuk mencapai tujuan ini, murid- murid perlulah menguasai kemahiran asas matematik terlebih dahulu. Ini meliputi penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan penomboran dalam ke empat-empat operasi asas di samping memberikan latihan berfikir serta menyatakan idea dengan menggunakan simbol dan bahasa matematik.

Kementerian Pendidikan Malaaysia (1982,1993) menegaskan bahawa salah satu tujuan pengajaran matematik adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada corak dan ciri-ciri nombor dan pada masa yang sama memberi motivasi kepada murid-murid supaya berminat terhadap pembelajaran matematik. Kane,Burned an Hater (1974) dalam Jamaliah Kamal,(1993) menyatakan bahawa matematik itu difahami menerusi bahasanya sendiri. Masalah dalam bahasa itu timbul kerana cara mereka berkomunikasi dalam kefahaman bahasa matematik, psikologi yang terlibat dan kaedah pedagogi yang digunakan adalah berbeza.

Objektif pelajaran matematik KBSR yang ditentukan adalah berdasarkan tujuan dan maatlamat pembelajaran matematik. Objektif khusus bagi pelajaran matematik KBSR ini telah pun dikenal pasti dan ditetapkan. Antara objektif pelajaran matematik yang terkandung di dalam sukatan pelajaran matematik ialah murid dapat menguasai kemahiran menulis angka, membilang dan menyatakan nilai tempat
1

dengan betul. Diharapkan juga murid dapat menguasai kemahiran dalam keempatempat operasi iaitu tambah, tolak darab dan bahagi. Selain itu, murid diharapkan dapat membuat anggaran dan penghampiran.

2. NOMBOR BULAT

Nombor bulat adalah topik pertama yang dipelajari oleh murid dalam matematik KBSR. Konsep- konsep dan kemahiran kemahiran berkaitan dengan nombor bulat adalah asas kebanyakan daripada idea- idea matematik. Apabila mempelajari nombor bulat, murid akan didedahkan dengan kemahiran asas bagi nombor bulat iaitu : 1. Nilai- nilai tempat 2. Pembundaran nombor 3. Operasi operasi nombor (penambahan) 4. Operasi- operasi nombor (pendaraban) 5. Operasi- operasi nombor (penolakan) 6. Operasi- operasi nombor (pembahagian) 7. Operasi- operasi nombor ( operasi- operasi bercampur) 8. Pola- pola nombor

Kemahiran asas itu perlu dipelajari dalam empat peringkat iaitu peringkat konkrit, peringkat gambar, peringkat separuh maujud dan peringkat abstrak. Namun begitu, pelajar yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan menyebabkan bukan semua pelajar dapat menguasai kemahiran matematik.Sering ditemui kesilapan yang dilakukan oleh pelajar 2.1 KESALAHAN PELAJAR DALAM TOPIK NOMBOR BULAT.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam mempelajari nombor bulat ialah:-

2.1.1 Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau tertinggal sifar

Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar. Kesalahan ini paling banyak berlaku di dalam operasi bahagi. Pelajar tidak menyelesaikan operasi sehingga selesai apabila terdapat dua atau tiga sifar di hujung angka.

Contoh: 1 7 7 7 0 7 7 0 1 7 0

Bagi soalan di atas, jawapan sepatutnya ialah 110 tetapi pelajar menjawab 11. Ini kerana pelajar beranggapan sifar yang diakhir tidak mempunyai nilai hingga menyebabkan pelajar tidak menyelesaikan operasi tersebut. Pelajar tidak

menurunkan semua angka yang diberi. Begitu juga pelajar tidak menurunkan angka sifar sekiranya terletak di tengah tengah hingga menyebabkan jawapan yang diberi adalah salah.

Contoh: 1 7 7 7 0 7 7 0 0 1 7

2.1.2 Kesalahan menulis nilai tempat Masih terdapat pelajar yang tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, ribu dan puluh ribu. Pelajar melakukan kesalahan dalam menulis nilai tempat yang betul. Kesalahan ini bukan sahaja berlaku dalam operasi bahagi tetapi juga ditemui dalam operasi tolak, operasi tambah dan operasi darab.

Contoh 1:operasi bahagi

1 2 5 3 2 2 5 9 7 2 2

3 4

8 5 5

5 5 0 0 5 0 5

Pelajar menulis angka 5 di rumah ratus sehingga menyebabkan hasil bahagi 32455 25 ialah 138. Jawapan sepatutnya ialah 1298.

Contoh 2: Operasi tambah

0 0 0

2 5

Pelajar menulis angka secara selari dan tidak mengikut nilai tempat yang betul apabila memindahkan data dalam ayat matematik kepada bentuk lazim. Kesalahan ini juga sering berlaku apabila melibatkan pengumpulan semula.

Contoh 3:

7 2

8 5 13

+
4 6

Daripada contoh yang diberi, pelajar tidak memindahkan hasil tambah rumah sa kepada nilai tempat yang betul.

Contoh 4: Operasi darab

2 X 1 4 2 6

3 2 6 3 9

Daripada contoh di atas, pelajar akan mendarab nombor 23 dengan nombor dan menghasilkan jawapan 46 seperti contoh yang diberi. Namun masalah yang sering timbul dan mengelirukan pelajar lemah khususnya ialah hasil darab nombor 23 dengan nombor 1 puluh ditulis bermula pada rumah sa.

2.1.3 Keliru konsep simbol Dalam matematik sering digunakan simbol- simbol yang umum.seperti + , - . x dan Sering kali pengertian simbol ini tidak dijelaskan sehingga membuatkan pelajar menjadi keliru. sedangkan salah satu kekuatan matematik adalah terletak pada penggunaan simbol untuk mengekspresikan sesuatu. Operasi tambah ialah proses menjumlahkan dua atau lebih kuantiti dengan menggunakan nombor- nombor. Operasi tolak ialah proses untuk mencari beza atau baki. Operasi darab pula ialah penambahan berulang dan operasi bahagi ialah proses pengumpulan semula sama banyak dan pengongsian sama rata.Namun konsep ini sering disalah ertikan oleh pelajar ataupun mereka tidak faham akan konsep simbol tersebut. Maka kita sering melihat pelajar menambah nombor yang diberi dalam operasi tolak ataupun operasi darab. Contoh: 56 23 = 79. Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar yang lemah matematik. Perkara ini berlaku kerana pelajar tidak memahami maksud simbol tolak. Begitu juga bagi soalan operasi bahagi secara ayat matematik. Pada kebiasaannya pelajar mendarabkan hasil bahagi itu.

Contoh: 363 -:- 3 = 1089

3 -:1 0

3 3

2.1.4 Kesalahan dalam membundarkan nombor Membundarkan nombor atau pun menggenapkan nombor mengikut nilai tempat adalah satu kemahiran yang amat sukar difahami oleh pelajar. Pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Pelajar merasa amat keliru dengan kemahiran ini.
6

Kebanyakan pelajar dapat mengenal pasti nilai tempat tetapi apabila hendak membundarkan nombor tersebut mereka membundarkan nombor yang salah kerana keliru nombor mana yang perlu dilihat bagi menentukan samada ditambah 1 atau tidak. Selain itu terdapat juga yang bermasalah dalam mengenal pasti nilai tempat. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah kesilapan menulis angka bagi rumah puluh. Sebagai contoh bagi pembundaran nombor 245 kepada puluh yang hampir , pelajar sering menulis 240. Pelajar memahami nilai tempat yang hendak dibundarkan tetapi keliru untuk menambah 1 pada rumah puluh.

Kesalahan seterusnya ialah tidak meletakkan angka sifar bagi rumah sa. Pelajar sering kali hanya melihat kepada angka di rumah puluh sahaja dan mengekalkan angka di rumah sa di dalam menulis jawapan. Contoh: Bundarkan 4357 kepada ratus yang hampir. Pelajar sering kali menulis jawapan 4407. Pelajar memahami nombor mana yang perlu dilihat bagi menambah 1 tetapi mengekalkan angka di rumah sa. Pelajar tidak meletakkan angka sifar bagi rumah sa. Begitu juga sekiranya membundarkan kepada puluh yang hampir.

Contoh: Bundarkan 367 kepada puluh yang hampir. Pelajar menulis 377 sedangkan jawapan yang sepatutnya 370

Seterusnya, kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah merubah angka bagi rumah ratus. sebagai contoh bagi pembundaran nombor 448 , murid menulis 550. Jawapan yang sepatutnya ialah 400. Terdapat juga pelajar menulis jawapan 500. Pelajar juga sering terlupa untuk menambah 1 kepada nilai tempat yang hendak dibundarkan jika digit di sebekah kanannya bernilai 5 atau lebih.

Contoh : Bundarkan 437 kepada puluh yang hampir. pelajar terlupa untuk menambah 1 kepada nilai tempat yang hendak dibundarkan walaupun digit di sebalah kanan bernilai lebih daripada 5. Lantaran itu pelajar memberikan jawapan bagi soalan tersebut ialah 430.

Kesalahan seterusnya ialah membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah. Ini juga merupakan kesalahn yang sering dilakukan oleh pelajar di dalam tajuk pembundaran. Pelajar sering membundarkan nombor di nilai tempat yang salah.

Contoh: Bundarkan 457 kepada ratus yang hampir. Jawapan yang sering ditulis oleh pelajar 460. Ini menunjukkan pelajar melakukan kesalahan pembundaran nombor di nilai tempat yang salah. Pelajar tidak mebundarkan nombor di rumah ratus tetapi melakukan pembundaran di rumah puluh.

2.1.5 Kesalahan dalam operasi bahagi

Tahap pencapaian atau penguasaan pelajar dalam mempelajari operasi tambah, tolak dan darab dipengaruhi oleh kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Namun Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak, dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan. Antara kesalahan atau salah faham pelajar di dalam operasi ini ialah:

I.

Tidak tahu cara membina ayat matematik

Dalam hal ini, pelajar sering melakukan kesalahan memindahkan maklumat daripada ayat matematik kepada bentuk lazim. Pelajar tidak dapat mengenal pasti kedudukan nombor pembahagi dengan nombor yang dibahagi. Pelajar sering menukar kedudukan nombor tersebut.

Contoh: Ayat matematik : 6 -:- 3 = 6 ialah nombor yang dibahagi 3 ialah nombor pembahagi

Bentuk lazim : 3 6

Cara yang salah :

II.

Tidak dapat menulis dalam bentuk ayat matematik

Salah faham ini berlaku apabila guru mengemukakan soalan secara lisan. Murid tidak dapat menulis dengan betul ayat matematik bagi operasi bahagi yang dikemukakan. Ini berlaku kerana murid tidak memahami maksud atau kehendak soalan.

3. KESALAHAN DALAM TOPIK PERPULUHAN

Nombor perpuluhan merupakan salah satu topik yang dalam bidang nombor. Di peringkat sekolah rendah murid hanya diperkenalkan kepada nombor perpuluhan dengan pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu. Murid hanya diperkenalkan sehingga tiga titik perpuluhan. Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting untuk murid meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya. Salah faham yang berlaku di dalam perpuluhan boleh menjejaskan kefahaman murid dalam topik seterusnya. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:

3.1

Titik Perpuluhan Tidak Selari

Sering didapati pelajar menulis titik perpuluhan tidak selari terutamanya dalam operasi tambah atau tolak nombor perpuluhan. Ini disebabkan pelajar tidak memahami nilai tempat perpauluhan. Kesalah dalam menulis titik perpuluhan yang

tidak selari ini menyebabkan jawapan yang terhasil juga salah. Ini dapat dilihat dalam contoh 1 di bawah.

Contoh 1:

5.65 + 4.352 + 6.7 =

5 4 + 4 9

.6
5 6 8

5 2 7 4

3.2

Tidak tahu meletakkan nombor bulat yang tiada titik perpuluhan

Ini juga merupakan kesilapan dan salah faham yang sering dilakukan oleh pelajar. Pelajar tidak tahu cara menulis nombor bulat yang tiada titik perpuluhan. Ini menyebabkan kesalahan jawapan yang diberi oleh pelajar. Pelajar tidak memahami konsep perpuluhan di mana di akhir nombor bulat sebenarnya mempunyai titik perpuluhan. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dapat dilihat di dalam contoh 2 dan contoh 3.

Contoh 2:

2.56 + 10.5 + 12 =

2 1
+

5 5 1

2 8

10

3.3

Tidak menulis sifar

Kebanyakkan pelajar tidak menambah nilai sifar di belakang sesuatu nombor menyebabkan pelajar tidak menolak dengan tepat. Apatah lagi jika ianya melibatkan operasi menolak nombor perpuluhan dengan mengumpul semula. Sila lihat contoh 3 yang diberi. Justeru itu guru perlu menggunakan teknik latih tubi agar pelajar dapat memahami konsep ini.

Contoh 3:

4.5 - 2.56 =

4 -2 2

5 5 0 6 6

3.4

Tidak faham menyusun nombor perpuluhan dalam bentuk lazim

Pelajar boleh menambah nombor perpuluhan tetapi melakukan kesalahan apabila menulis penambahan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim. Kecuaian pelajar semasa menyusun nombor tersebut menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam hasil tambah. Kesalahan ini juga berlaku disebabkan pelajar tidak memahami nilai titik perpuluhan. Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dapat dilihat dalam contoh 4.

Contoh 4: 5.82 + 25.02 =

5 + 2 8

8 5 3

2 0 2 2 2

11

3.5

Tidak dapat menyebut nombor perpuluhan dengan bacaan yang betul

Pelajar tidak dapat menyebut nombor perpuluhan dengan bacaan yang betul. Kesilapan dalam membaca nombor perpuluhan memberi kesan kepada penulisan nombor perpuluhan tersebut semasa menyelesaikan masalah. Kesilapan murid ini dseperti contoh 5 di bawah.

Contoh 5:

35.624
Tiga puluh lima perpuluhan enam dua empat. Tiga puluh lima perpuluhan enam ratus dua puluh empat.

Bacaan betul : Bacaan salah :

2.03
Bacaan betul : Bacaan salah : Dua perpuluhan sifar tiga Dua perpuluhan tiga

Pelajar menganggap sifar selepas titik perpuluhan tidak mempunyai nila. Kesalahan ini menyebabkan pelajar akan menulis seperti berikut: 2.3. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia akan memberi kesan pada hasil kerja murid.

3.6

Tidak tahu nilai digit atau nilai tempat nombor perpuluhan

Kesalahan seterusnya yang dilakukan oleh pelajar dalam topik perpuluhan ialah pelajar tidak tahu nilai digit atau nilai tempat nombor perpuluhan. Kesalahan ini menyebabkan pelajar tidak memahami nilai nombor tersebut secara keseluruhan. Contoh kesalahan itu seperti yang tertera di bawah.

12

Contoh 6:

Nyatakan nilai digit 6 di dalam nombor 3.261

Jawapan salah: Jawapan betul:

3.261 = 60 3.261 = 0.06

3.7

Tidak dapat membuat perbandingan

Selain daripada kesalahan yang dinyatakan di atas, didapati pelajar juga tidak dapat membuat perbandingan di antara nombor perpuluhan. Pelajar sering beranggapan bahawa jumlah digit selepas titik perpuluhan mempunyai nilai yang lebih besar. Kekeliruan yang berlaku ini menyebabkan kesalahan di dalam operasi menolak nombor perpuluhan. Kenyataan ini dijelaskan lagi daripada contoh yang diberi.

Contoh 7.

0.6 - 0.34 =

Pelajar akan menyelesaikan operasi tolak tersebut dengan menolakkan 0.34 0.6. Ini berikutan pelajar berpendapat 0.34 lebih besar nilainya berbanding 0.6

3.8

Pelajar tidak dapat mengalihkan titik perpuluhan dengan betul

Pelajar sering

melakukan kesalahan dalam memindahkan titik perpuluhan

terutamanya dalam operasi darab perpuluhan atau pun operasi bahagi nombor perpuluhan. Pelajar hanya melakukan operasi darab tanpa mengalihkan titik perpuluhan dengan betul.

Contoh 8:

1.6 x 1.3 = 208.

Jawapan sepatutnya 2.08

Contoh 9:

1.16 x 1.3

= 15.08. Jawapan yang betul ialah 1.508

13

Kegagalan pelajar megalihkan titik perpuluhan juga menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pengiraan cekap dalam operasi darab nombor perpuluhan terutama melibatkan pekali 10 atau 100.

Contoh 10 : 2.3 x 10 = 230.

Pelajar tidak mengalihkan titik perpuluhan satu langkah ke hadapan di mana hasil darab dua nombor tersebut ialah 23.0 atau 23

4. KESIMPULAN

Secara dasarnya, matematik bukanlah satu mata pelajaran yang sukar. Ianya adalah mata pelajaran yang menyeronokkan kerana melibatkan angka di mana semuanya berkaitan dengan kehidupan. Setiap hari manusia terlibat dengan matematik. Cuma mereka tidak menyedarinya.

Namun begitu, masih terdapat kesilapan atau salah faham di kalangan pelajar dalam topik-topik matematik yang dipelajari. Kesilapan ini seharusnya tidak berlaku. Tetapi kita menyedari bahawa bukan semua individu mempunyai tahap kecerdasan yang sama. Ini selaras dengan kajian Howard Gardner, bahawa individu itu mempunyai kepelbagaian kecerdasan. Guru harus mengetahui kecerdasan pelajar mereka agar permasalahan yang timbul dapat diatasi mengikut kecenderungan pelajar. Di samping itu, guru juga harus mengetahui gaya pembelajaran pelajarnya agar aktiviti pembelajaran sesuai dengan minat dan kecenderungan pelajar.

14

15