Anda di halaman 1dari 10

AMALI 6

Menyediakan laporan dalam bentuk MS WORD mengenai Permainan Tradisional Masyarakat Malaysia yang telah dijalankan dengan melaporkan perkara-perkara berikut : a) Nama Permainan b) Asal Usul / Sejarah Permainan c) Peraturan Permainan d) Peralatan / Gelanggang / kawasan / permainan e) Cara permainan dilaksanakan f) Kekuatan g) Kelemahan h) Penambahbaikan

Nama : Nur Hidayah Mohamed, Nurafnie Adira Makhtar, Siti Noor Fatiah Mohamed Yusoff, & Wong Chiew Peng Kelas : PISMP 5 D Nama Pensyarah : Mr. Selvarathnam

A) Nama Permainan : o Pukul Lalat B) Asal usul permainan o Permainan tradisional yang dimainkan secara turun- temurun C) Peraturan o Tidak boleh meletakkan sapu tangan pada orang yang sama. o Tidak boleh mengelilingi bulatan terlalu lama ketika memilih mangsa. o Sapu tangan mesti dilatakkan berdekatan belakang pemain. o Pemain lain dilarang menghalang atau membantu orang yang sedang berlari. o Duduk dalam bulatan. D) Peralatan/kawasan o Sapu tangan o Kawasan yang luas/lapang /selamat seperti padang/gelanggang/laman dsb. E) Cara permainan 1. Kanak-kanak membuat bulatan dan duduk mencangkung ke arah dalam bulatan. 2. Seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupun dipilih untuk membawa sapu tangan. 3. Pemain yang dipilih berdiri (A) di luar bulatan sambil memegang sapu tangan. 4. Pemain akan meletakkan sapu tangan itu di belakang siapa sahaja yang berada di buatan itu tanpa disedari. Orang itu dikenali sebagai mangsa 5. Pemain lain perlu sentiasa peka dan meraba belakan bagi memastikan sama ada sapu tangan ada di belakang mereka atau tidak. 6. Apabila pemain B(mangsa) dapat menyentuh sapu tangan di belakang maka ia perlu bagun mengejar dan mencuit A. 7. A perlu segera berlari dan duduk di tempat B yang kosong sebelum dicuit oleh B.

8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dan terkena, maka A akan berpusing sekali mengeliling bulatan dan B boleh duduk di tempat asal. 9. Sebaliknya, jika A berjaya duduk dahulu pemain B akan berpusing sekali lagi dan mencari mangsa seterusnya. F) Kekuatan Aspek fizikal: Dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak;aktiviti berjalan ke depan,mengundur&berlari

Aspek sosioemosi: Memupuk ciri kepimpinan Kepekaan terhadap persekitaran sekeliling

Aspek kognitif: Mempelajari konsep masa dan nombor Mengatur strategi untuk menang Berfikir dan bertindak dengan pantas Kelemahan Sapu tangan mudah terjatuh Membosankan jika pemain yang sama tidak dapat mengejar mangsa berulang kali.

G) Penambahbaikan o Menggunakan bola getah kecil atau pundi kacang menggantikan sapu tangan o Menyelitkan nyanyian lagu kanak-kanak ketika menunggu sapu tangan dijatuhkan. o Pemain yang tidak dapat mengejar mangsanya lebih daripada 2 kali perlu duduk di tengah bulatan.

A) Nama Permainan o Selipar Tiga B) Asal-usul permainan Permainan ini dikenali sebagai permainan tiga selipar ataupun disesetengah tempat dikenali sebagai permainan tiga kayu iaitu merujuk kepada benda yang digunakan sebagai alat permainan. Permainan ini dipopularkan di Kawasan Kanibongan, Pitas sekitar era 1980-an. Tidak diketahui secara tepat asal-usul permainan ini. Apa yang diketahui ialah permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak sekolah rendah dan menjadi satu permainan yang sangat popular dikalangan mereka ketika itu. C) KEPERLUAN DAN PERALATAN PERMAINAN Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang berlawan. Ia boleh dimainkan secara 2 lawan 2, 3 lawan 3, 4 lawan 4 atau sebagainya. Walau bagaimanapun bilangan dalam pasukan yang amat sesuai ialah dari 3 ke 4 sepasukan.

Permainan ini memerlukan 2 pasang selipar . Sepasang selipar dicucukkan bersilang. Satu selipar digunakan untuk menyanggah selipar yang bersilang itu tadi agar selipar itu boleh berdiri. Satu selipar lagi digunakan sebagai pelempar ataupun pengumban. D) UNDANG-UNDANG PERMAINAN Permainan ini dimainkan di sebuah kawasan yang bersaiz sekitar 30 x 30 meter. . Semua pemain tidak dibenarkan keluar kawasan permainan. Jika pemain yang sedang menyerang terkeluar daripada kawasan permainan, maka ia dikira mati. Pemain bertahan boleh mematikan pasukan pihak lawan dengan cara menyentuhkan selipar pada pasukan lawan sama ada disentuh terus ataupun dilemparkan dan mengenai mana-mana bahagian badan kecuali bahagian kepala. 4. Jika dalam masa 20 minit pasukan menyerang masih gagal memperbaiki semula selipar yang dirobohkan itu tadi maka, tiada mata diberikan.

Setiap ahli yang kena sentuh (mati) akan dikenakan denda dengan

menolak 2 mata dari pasukan tersebut.. Setiap pasukan yang Berjaya memperbaiki kedudukan selipar kepada keadaan asal dikira menang dalam permainan tersebut dan mendapat 10 mata. E) CARA DIMAINKAN Fokus utama dalam permainan ini ialah untuk mendirikan kembali selipar pada keadaan asalnya selepas dilempar oleh pemain yang sedang bermain. Contoh, dua pasukan sedang berlawan iaitu pasukan A dan pasukan B. jika dalam undian pasukan A akan jadi pasukan bermain, maka pasukan B akan jadi pasukan bertahan. Pasukan A akan melempar selipar ke arah tiga selipar yang telah didirikan itu tadi supaya selepar itu akan jatuh. Jika semua pelempar itu tidak berjaya menjatuhkan selipar, maka pasukan B pula akan menjadi pasukan bermain dan Pasukan A akan jadi pasukan bertahan. Jika pasukan A Berjaya menjatuhkan selipar, pasukan A juga akan berusaha untuk membaiki kembali kedudukan selipar itu sehingga didirikan semula. Pasukan B sebagai pasukan bertahan akan berusaha mematikan ahli pasukan lawan dengan menyentuhkan selipar yang dilemparkan oleh pasukan A tadi kepada pasukan A. Jika pasukan A berjaya mendirikan semula selipar tersebut tanpa berjaya disentuh oleh pasukan bertahan, maka pasukan A dikira sebagai pasukan yang menang dalam set tersebut.

F) KEKUATAN Kanak-kanak yang menyertai permainan ini biasanya memiliki stamina yang tinggi atau daya tenaga yang kuat kerana mereka perlu berlari dan membaling selipar ke arah lawan secara serentak. Pihak lawan juga perlu peka dengan keadaan sekeliling sambil berlari laju untuk memastikan mereka tidak mati. Permainan ini juga menguji minda kanak-kanak secara tidak langsung kerana pemain perlu memikirkan strategi yang berbeza-beza dalam

mengawal pertahanan dan cara membaling selipar untuk memastikan pihak lawan tidak mudah bolos ke dalam kawasan. G) KELEMAHAN Permainan ini tidak dimainkan di negara-negara luar kerana keadaan fizikal mereka yang tidak memakai selipar tetapi memakai kasut. Ini tidak digalakkan kerana kasut yang berat dan agak besar boleh mencederakan pemain terutama di bahagian anggota tubuh badan atau kepala. Permainan ini kurang sesuai untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar. Ini kerana jenis rumah dan kawasan sekeliling yang rapat dan lebih terdedah kepada bahaya seperti jalan raya dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki kadangkala sukar dikawal kerana mereka menjadi lebih agresif apabila membuat balingan untuk mematikan pihak lawan. H) PENAMBAHBAIKAN PERMAINAN Medium yang digunakan (selipar) boleh ditukar kepada bola getah atau bahan yang lebih lembut atau selamat. Cara permainan mungkin boleh ditukar dari melemparkan selipar utk mematikan pihak lawan kepada menepuk bahu.

Nama permainan : Teng-teng

B) Asal Usul Permainan Teng-Teng juga dikenali sebagai Ketinting merupakan permainan yang sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Permainan ini lebih digemari untuk dimainkan oleh kanak-kanak perempuan kerana ianya tidak lasak, tetapi permainan ini menggunakan tenaga yang banyak. Permainan ini juga tidak memerlukan kawasan/ daerah yang luas. Teng-Teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang di dalam sesebuah gelanggang. Permainan Teng-Teng tidak mempunyai peraturan yang tetap di dalam jumlah bilangan pemain namun jika terdapat lebih daripada empat orang di dalam satu gelanggang ia akan mendatangkan masalah dan kesukaran kepada pemain untuk berteng-teng.

C) Peraturan Permainan Pemain menentukan giliran berdasarkan undian o..som Ceper / buah tidak boleh mengena garisan. Tangan dan kaki pemain tidak boleh memijak garisan semasa melompat atau mengambil batu. Tidak boleh memijak petak / rumah pemain lain sebaliknya harus melangkaui rumah tersebut.

D) Peralatan / Gelanggang / kawasan / permainan (gambarajah) 1. Peralatan i. ii. iii. Gandu / Buah Kawasan lapang Bilangan Pemain (sekurang-kurangnya dua orang pemain )

2. Gelanggang

3. Kawasan

E ) Cara Permainan Dijalankan. Pemain menentukan giliran dengan cara o...som. Pemain akan berdiri di tempat permulaan. Pemain akan melontarkan batu di petak pertama. Pemain pertama akan melompat terus ke petak kedua dengan menggunakan sebelah kaki. Kemudian diteruskan ke petak lain dengan menggunakan turutan nombor.

Tetapi sekiranya semasa mencampak ceper / buah dan ia terkena ataupun terkeluar daripada garisan, giliran akan diberikan kepada pemain seterusnya. Pemainan diteruskan sehingga ke petak keenam dan ketujuh. Pemain akan memusingkan diri dengan melompat secara mengangkang. Pada waktu tersebut, kaki kanan pemain akan berada di petak keenam dan kaki kiri pemain di petak ketujuh. Kemudian, pemain akan terus melompat menggunakan sebelah kaki ke kotak kelima sehingga kotak kedua. Pemain berhenti seketika dan mengutip ceper / buah pada petak pertama dan melompat di petak pertama lalu keluar ke tempat permulaan. Teruskan permainan dengan mencampak ceper / buah ke petak kedua, teruskan lompatan daripada petak pertama langkau petak kedua, terus ke petak ketiga. Apabila pemain berjaya melalui semua petak, pemain akan cuba membuat rumah. Pemain akan membaling ceper / buah ke petak bulan. Kemudian ia akan mengambil dengan cara membelakangkan petak bulan sambil mencangkung mengambil ceper / buah. Apabila sudah mendapat ceper / buah itu jatuh, petak itu akan menjadi rumah. Pemain akan meneruskan permainan dari awal sehingga akhir sehinggalah permainan tamat. Pemain yang mempunyai rumah yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

F ) Kekuatan Aspek fizikal: Mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki tanpa bantuan. Memerlukan pemain bergerak melompat dari petak ke petak yang lain. Kemahiran menganggar sewaktu membaling ceper / buah.

Aspek sosioemosi: Pemain perlu sabar menunggu giliran. Pemain perlu memahami peraturan

Aspek kognitif: Membantu kanak-kanak mengenal simbol dan turutan nombor. Membantu kanak-kanak memahami urutan menurun nombor iaitu 7,5,4,3,2, dan 1. G ) Kelemahan Permainan ini kurang sesuai untuk dimainkan di kawasan bertar kerana mungkin mendatangkan kecerderaan kepada kanak-kanak. Permainan ini kurang menitikberatkan aspek keselamatan. Bilangan pemain untuk teng-teng tidak digalakkan melebihi 6 orang pemain, dan ia akan mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kanakkanak. Permainan ini kurang sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai kawasan lapang yang luas, kerana mungkin mendatangkan kecelakaan. Permainan ini kurang digemari untuk dimainkan oleh kanak-kanak lelaki kerana ia kurang memberikan cabaran kepada mereka.

H) Penambahbaikan o Kawasan gelanggang yang digunakan mestilah mempunyai kawasan yang khusus dan sesuai. o Aspek keselamatan diri haruslah dipertimbangkan, contohnya, kanak-kanak diwajibkan memakai alas kaki yang bersesuaian sewaktu bermain. o Pakaian yang dipakai oleh pemain haruslah bersesuaian dengan situasi. o Bilangan pemain haruslah fleksibel dengan gelangang yang digunakan.