Anda di halaman 1dari 10

Didik Isteri Perlu Strategi

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya


sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan
kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional,
tidakterlalu emosional atau mudah didorong oleh
perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung
berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini
dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,
ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani
untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi
pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman
Allah yang bermaksud:

"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung)


bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang
satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah
menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila


suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta
kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam
isteri - makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah


makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa.
Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan
suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam
menghadapi wanita,lelaki hendaklah banyak
menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri
sedang berduka, suami perlu merancang untuk
mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di
sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan
nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu
nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan
bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang
menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar,
mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam
berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya.
Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya
pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu
dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh
daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu
persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah
wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar
segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan
semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan


kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan
rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat.
Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit
sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau
psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan
ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan
kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun
adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar
kesabaran kita.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran.


Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami.
Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami
menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar
kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran
akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya
sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh
membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran
seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak
dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang.
Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu
diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.

Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan


nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang
perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah
saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya
dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw.
Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan
kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh
Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling
najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya.
Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda
Rasulullah saw.

Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan


tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik
dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah
yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid,
baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-
rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke
rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah
bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air
untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya
perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah
sanggup menziarai dan membantunya tatkala ia
sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah
menghadapi kerenah perempuan tua itu
menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.

Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi


sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi
salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam
baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka
masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali
Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab
salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka
tidak menyahut salam yang pertama dan kedua
mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah
saw mendoakan untuk kami."

Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita.


Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya
tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan
akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila
berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek
akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang
tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil
masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita
kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa
kaum perempuan memang sediakala lemah
pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah
bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih
sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa
yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa
Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas.
Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain
percaya yang sudah dikasturikan lalu berwuduk
dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana
tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia
mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya
hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah
mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan
yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu
Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya
menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti
Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang
bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu
tetap putih tanda haid sudah berhenti,"

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam


mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara
dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu.
Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah
mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang
pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila
suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan
sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh
Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu
Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur
baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam
tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah
berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti
Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti
kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari.
Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya
Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut.
Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya
Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa
menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami
yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan
bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti
pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai
terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas
dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas
tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan
sampai kerana hendak melayan kehendak isteri,
syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah


rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan
menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya.
Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut
perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran
terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu
kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan
diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu
dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan
marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar
sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah.
Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan
lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil
dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia,
Ariel, Angela dan lain-lain).
Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk
mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut
taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai
kemarahannya reda kemudian baru diterangkan
dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu
diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka
isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang
sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah
syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya.
Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal
kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik
didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya
kendur. Ada kalanya demi keharmonian
rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang
tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu
disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan
sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan
suami mengambil kesempatan melakukan perkara
yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri.
Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak
bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya
disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu
perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga


Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang
menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili
mereka semua, bertanya,"Wahai Rasulullah, di
antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang
paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum
mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus
menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua
isterinya pulang dahulu dan berjanji akan
memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu


oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan
perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama
adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah
pandai memainkan peranannya supaya jangan ada
dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya
kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri
yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa


Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut
giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak
menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan
itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan
isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk
cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak
memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari
yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh
isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak
memberi jawapan kepada persoalan yang
dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk


mengetahui siapakah di antara mereka yang paling
disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti
jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang
termuda di antara mereka. tetapi dengan
kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata,
"Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang
diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-
isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka
dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah
sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan
kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka


berleter atau setengah orang kata macam mulut
murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak
menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami
mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang
sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus
dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah
tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah
dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter,
jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya
menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan
nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka
barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang
disirami embun pagi pada kala panas terik.
Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah
perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak
menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang
kepada perempuan tersebut meluahkan
ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah
diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau
pun memaafkan saja dan melupakan perkara
tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak
kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri
yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan
anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan
seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami
dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai
penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu
kepada perjuangan suami sekiranya suaminya
seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini
bukan sahaja tidak membebankan suami dengan
masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha
untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka


sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari
agamanya."

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah


memiliki isteri yang solehah."

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia


dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat
kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi
akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian
tangan wanita yang solehah akan membahagiakan
seluruh isi alam.