Anda di halaman 1dari 13

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP sungai terap 2010 anjuran PERSATUAN BELIA KAMPUNG SUNGAI TERAP (BESTRAP) dengan kerjasama

JKKKP KAMPUNG SUNGAI TERAP

1. NAMA PERTANDINGAN 1.1 Nama pertandingan ini dinamakan Kejohanan Futsal Tertutup Sungai Terap 2010 anjuran Persatuan Belia Kampung Sungai Terap 2010 dengan kerjasama JKKKP Kg. Sg Terap. 1.2 Dijalankan secara terbuka kepada semua kaum warga kampung Sungai Terap . 2. RASIONAL FUTSAL antara sukan paling popular dan amat diminati di semua lapisan

masyarakat tidak mengira jantina dan peringkat usia. Sehubungan itu dengan mengambil kira kemasyhuran sukan ini, pihak penganjur sengaja merangka program ini sebagai satu kaedah untuk meningkatkan perpaduan dan hubungan silaturahim di antara warga kampung berbilang kaum di samping meningkatkan kemahiran pemain serta mutu permainan itu sendiri.

3. OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang dan menarik minat warga kampung dalam sukan ini. 3.2 Mewujudkan semangat kesukanan dan hormat menghormati di kalangan pemain. 3.3 Mewujudkan satu pasukan FUTSAL yang terdiri daripada berbilang bangsa dan peringkat umur yang boleh mewakili kampung didalam kejohanan Sukan Komuniti, Sukan antara kampung dan sebagainya. 3.4 Menaikkan nama kelab dan kampung di mata pemimpin dan masyarakat di Negeri Selangor. 3.5 Mewujudkan satu lagi alternatif untuk kegiatan riadah di masa lapang.

4. MATLAMAT Melalui kejohanan ini diharapkan para pemain dapat memupuk semangat

kekitaan, kesukanan dan silaturahim di pelbagai peringkat usia dan bangsa serta mewujudkan hubungan yang harmoni di antara warga kampung.

5. PENGURUSAN 5.1 Penganjur : persatuan belia sungai terap (bestrap) dan jkkkp kampung sungai terap

6. TARIKH, TEMPAT DAN MASA PERTANDINGAN. 6.1 KATEGORI WANITA TERBUKA y y y Tarikh Masa Tempat : 14 Februari 2010 : 8 pagi hingga 12 Tengahari : Gelanggang FUTSAL Terbuka Kg. Sg. Terap.

6.2 KATEGORI KANAK-KANAK y y y Tarikh Masa Tempat : 14 Februari 2010 : 2.30 petang hingga 6.30 petang : Gelanggang FUTSAL Terbuka Kg. Sg. Terap.

6.3 KATEGORI VETERAN y y y Tarikh Masa Tempat : 14 Februari 2010 : 8.00 malam hingga 9.00 malam : Gelanggang FUTSAL Terbuka Kg. Sg. Terap.

6.4 KATEGORI BELIA y y y Tarikh Masa Tempat : 13, 14 DAN 15 Februari 2010 : 8.00 malam hingga 12.00 malam : Gelanggang FUTSAL Terbuka Kg. Sg. Terap

7. JAWATANKUASA PELAKSANA Penaung : 1. Tuan Haji Sulaiman bin Abd Razak Yang Berhormat ADUN Permatang 2. Tuan Haji Abd Majid bin Asmuri Pengerusi JKKKP Sungai Terap

Pengerusi : Timbalan Pengerusi/Penyelaras : Setiausaha : Bendahari : Teknikal/Peralatan :

En. Zulkiflee bin Ismail En. Mohd Samsol bin Basiron En. Zulnizam bin Zainuri En. Mohd Salim bin Jaar 1. En. Azhar bin Sayuti 2. En. Ahmad Izzat bin Maskuri 3. 1. En. Jamaludin bin Saidon 2. En. Alias bin Sapuan En. Sharuddin bin Sarman En. Zulkarnain bin Ismail 1. En. Redza Redzuan bin Abu Bakar 2. Puan Siti binti Sayuti 3. Puan Norlelawati binti Jamil 4. En. Zulnizam bin Zainuri 1. Puan Norlelawati binti Jamil 2. Norazian binti Salleh 3. Juliah binti Yusak 1.En Alias bin Sapuan 2.En. Razali bin Alias 3.En. Nordin bin Ahmad 1. En. Mohd Salim bin Jaar 2. En. Sharuddin bin Sarman 3. Puan Junaidah binti Mohd Imran 4. Puan Noraida binti Daud

Sekretariat Kejohanan

Pengadilan : Pencatat Keputusan : Juru Acara : Pengelola Pertandingan :

Buku Aturcara : Hadiah dan Cenderamata :

Pertolongan Cemas dan Kebajikan :

Pengelola Peserta :

8. BAYARAN PENYERTAAN 8.1 Yuran penyertaan pertandingan ialah sebanyak RM 2.00 seorang. 9. HADIAH PERTANDINGAN (Bagi setiap Kategori) 9.1 Johan - Wang Tunai dan Medal Naib Johan - Wang Tunai dan Medal Ketiga - Wang Tunai dan Medal Keempat - Wang Tunai dan Medal 10. KATEGORI PERTANDINGAN 10.1 FUTSAL VETERAN 10.2 FUTSAL BELIA 10.3 FUTSAL WANITA TERBUKA 10.4 FUTSAL KANAK-KANAK 11. PENYERTAAN ,PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PASUKAN 11.1 Penyertaan ini terbuka kepada warga kampung Sungai Terap sahaja. 11.2 Borang penyertaan boleh diambil DAN diserahkan semula kepada:1. En. Mohd Samsol bin Basiron 2. En. Mohd Salim bin Jaar 3. En. Zulkiflee bin Ismail 4. En. Redza Redzuan bin Abu Bakar 5. Puan Norlelawati binti Jamil 6. En. Jamaludin bin Saidon 7. Puan Noraida binti Daud 8. Puan Siti binti Sayuti 11.3 Tarikh tutup penyertaan pada 9 Februari 2010 jam 9.00 malam. Taklimat Pengurusan pertandingan dan undian pasukan akan diadakan 11 Februari 2010 pada jam 9.00 malam bertempat di Balairaya Kampung Sungai Terap. Setiap pemain hanya boleh mendaftar sekali sahaja. Setiap pemain tidak dibenarkan bermain lebih dari satu kategori.

11.4 11.5

11.6

11.6

11.7

Penyertaan adalah terhad kepada 80 pemain untuk belia, 10 pemain untuk veteran, 30 pemain untuk wanita dan 80 pemain untuk kanakkanak. Pemain diwajibkan menghadiri sesi taklimat dan undian. Pemain yang gagal menghadiri sesi taklimat dan undian, pihak pengurusan tidak akan melayan segala bantahan dan rayuan yang melibatkan mereka sebelum,semasa dan selepas pertandingan . Wakil dibenarkan. Pihak Penganjur berhak menjemput mana-mana pemain, sekiranya terdapat kekurangan pemain

12.

Undang-Undang Permainan Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan FUTSAL sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FAM dan FIFA. Segala perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan mengikut Keputusan Jawatankuasa Pertandingan atau Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad.

13 Format/Cara Bermain -bergantung kepada penyertaan 13.1 Bagi menentukan pasukan pemain, pemain akan diasingkan kepada 2 kategori mengikut tahap kemahiran, stamina, fizikal dan pengalaman sebelum undian rojak bagi setiap kategori dijalankan. Setiap pasukan akan mempunyai 5 pemain. Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan. Juara dan Naib juara kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.  Bagi kategori belia dan kanak-kanak terdapat 4 kumpulan (A,B,C dan D). Setiap kumpulan terdapat 4 pasukan di dalamnya.  Bagi kategori Veteran, tiada kumpulan tetapi pemain akan dibahagi kepada 2 pasukan(A dan B).  Bagi kategori Wanita terbuka terdapat 2 kumpulan (A dan B). Setiap kumpulan terdapat 3 pasukan di dalamnya.  Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai juara kumpulan dan seterusnya naib juara kumpulan.  Pemberian mata adalah seperti berikut : Menang - 3 mata, Seri 1 mata, Kalah 0 mata.  Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak hadir atau melapor diri lewat dari 15 minit dari waktu pertandingan,

13.2 13.3

maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu sekurang-kurangnya 4 pemain akan diberi kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan 2 jaringan. Jika didapati dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, kiraan pemenang akan ditentukan seperti urutan berikut: y Perbezaan jumlah jaringan gol(jumlah gol dijaring ditolak jumlah gol kena jarring) y Jika masih lagi seri, kiraan akan dibuat berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan. y Jika masih lagi seri pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut dikira sebagai pemenang. y Jika masih lagi seri , lambungan syiling akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

13.4

Peringkat 2- Pusingan Suku Akhir   Hanya Kategori belia dan kanak-kanak akan melalui peringkat ini. Juara Kumpulan A akan bertemu Naib Juara Kumpulan B manakala Naib Juara kumpulan A akan bertemu Juara kumpulan B. Juara kumpulan C akan bertemu Naib Juara Kumpulan D manakala Naib Juara kumpulan C akan bertemu Juara Kumpulan D. Perlawanan di peringkat ini dijalankan secara kalah-keluar. Sekiranya perlawanan tersebut berkesudahan seri setelah masa sebenar tamat maka kemenangan akan ditentukan dengan Sepakan Penalti(Sudden-death 3 sepakan)..

Peringkat 3 - Pusingan Separuh Akhir   Kategori Belia, Wanita Terbuka dan Kanak-kanak akan melalui peringkat ini. Bagi kategori belia dan kanak-kanak, pemenang antara Juara kumpulan A dan Naib Juara Kumpulan B akan menentang pemenang Juara kumpulan C dan naib Juara Kumpulan D untuk tempat ke perlawanan akhir. Manakala pemenang antara Juara Kumpulan B dan Naib Juara Kumpulan A akan menentang pemenang Juara Kumpulan D dan Naib Juara Kumpulan C untuk satu lagi tempat akhir. Bagi kategori terbuka Wanita, Juara kumpulan A akan menentang Naib Juara kumpulan B untuk tempat ke perlawanan akhir.

 

Manakala Juara Kumpulan B akan menentang Naib Juara Kumpulan A untuk satu lagi tempat akhir. Perlawanan peringkat ini akan menentukan bergu bagi perlawanan tempat 1 / 2 dan juga 3 / 4 Perlawanan di peringkat ini dijalankan secara kalah-keluar. Sekiranya perlawanan tersebut berkesudahan seri setelah masa sebenar tamat maka kemenangan akan ditentukan dengan Sepakan Penalti(Sudden-death 3 sepakan)..

Peringkat 4 - Perlawanan Akhir / Perlawanan Tempat Ke-3/4 Semua kategori melalui peringkat ini. Bagi kategori belia, wanita terbuka dan kanak-kanak, pemenang peringkat separuh akhir akan menentang satu sama lain untuk penentuan Johan dan Naib Johan kategori masing-masing. Manakala pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir akan bertemu untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.  Bagi kategori veteran, pemenang akan dikira sebagai johan manakala pasukan yang kalah sebagai naib johan.  Perlawanan di peringkat ini dijalankan secara kalah-keluar. Sekiranya perlawanan tersebut berkesudahan seri setelah masa sebenar tamat maka masa tambahan akan diberikan. Sekiranya masih seri kemenangan akan ditentukan dengan Sepakan Penalti. Semua permainan akan dimainkan mengikut undang-undang dan peraturan FUTSAL kecuali diadakan peraturan khas oleh penganjur Setiap pemain tidak boleh digantikan dengan pemain lain. Setiap pasukan tidak mempunyai pemain simpanan. Jumlah pemain minimum untuk setiap pasukan adalah 4 pemain. Sekiranya kurang daripada 4 pemain (diarah keluar padang, tidak hadir,cedera dll) pasukan itu tidak layak bermain dan pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma dengan tiga mata dan dua jaringan.  

13.5 13.6 13.7 13.8

14. Kelayakan pemain dan pasukan 14.1 Semua pemain layak mendaftar untuk satu kategori sahaja 14.2 Bagi kategori veteran, pemain adalah lelaki dan berumur sekurangkurangnya 40 tahun atau lahir sebelum/pada tahun 1970. 14.3 Bagi ketegori belia, pemain adalah lelaki dan berumur di antara 15 hingga 39 tahun atau lahir di antara tahun 1971 hingga 1995. 14.4 Bagi kategori terbuka wanita, pemain adalah wanita dan berumur 15 tahun ke atas atau lahir sebelum/pada 1995.

14.5 14.6 14.7

14.8

Bagi ketegori kanak-kanak, pemain adalah lelaki dan berumur 12 tahun ke bawah atau lahir selepas/pada 1998. Jika perlu, pemain akan diminta untuk membuktikan mereka layak bermain untuk kategori yang didaftarkan. Pemain yang pernah/sedang bermain dengan pasukan negeri/kebangsaan atau bermain mewakili mana-mana pasukan di dalam liga/kejohanan bertaraf negeri/kebangsaan/antarabangsa tidak layak bermain. Pihak penganjur berhak menolak pendaftaran pemain tanpa apa-apa alasan.

15. Persetujuan 15.1 Setiap pemain yang mengambil bahagian haruslah mematuhi undangundang permainan FUTSAL FIFA dan peraturan pertandingan yang diputuskan oleh Jawatan kuasa Penganjur. 16. Masa Permainan Kategori Belia  Bagi kategori Belia masa bagi permainan pusingan liga dalam kumpulan ialah 7 minit separuh masa tanpa rehat. Masa permainan pusingan kedua atau suku akhir ialah 7 minit separuh masa tanpa rehat. Masa permainan separuh akhir dan akhir ialah 10 minit setiap separuh masa dan 1 minit masa rehat.  Bagi perlawanan pusingan akhir, jika kedudukan seri. Setelah masa tamat , maka masa tambahan ( Sudden death) akan dijalankan selama 5 minit setiap separuh masa tanpa rehat. Jika masih juga seri 5 tendangan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenangnya dan Jika masih seri tendangan penalti sudden death dijalankan. Kategori Wanita Terbuka, Kanak-kanak dan Veteran  Masa bagi permainan pusingan liga dalam kumpulan ialah 5 minit separuh masa tanpa rehat. Masa permainan pusingan kedua atau suku akhir ialah 5 minit separuh masa tanpa rehat. Masa permainan separuh akhir dan akhir ialah 5 minit setiap separuh masa dan 1 minit masa rehat.  Bagi perlawanan pusingan akhir, jika kedudukan seri. Setelah masa tamat , maka masa tambahan ( Sudden death) akan dijalankan selama 3 minit setiap separuh masa tanpa rehat. Jika masih juga seri 5 tendangan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenangnya dan Jika masih seri tendangan penalti sudden death dijalankan.

16. Penggantungan  Pemain yang menerima kad merah atau diperintah keluar padang oleh pengadil dengan automatik digantung 2 minit perlawanan.  Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang sama dengan sendirinya digantung 2 minit perlawanan.  Jika terdapat pergaduhan yang melibatkan lebih dari 3 orang pemain pada sata-satu perlawanan maka pemain ATAU pasukan tersebut akan digantung terus dari pertandingan.- merujuk Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Disiplin 17. Jadual Pertandingan 17.1 Jadual Pertandingan hendaklah ditetapkan dan disahkan di dalam Taklimat Pertandingan dan undian dan dihadiri oleh pemain pada hari tersebut (11/02/2010). Pihak penganjur berhak membuat pindaan kepada mana-mana bahagian Jadual Pertandingan jika perlu. Keputusan pindaan tersebut perlu dipatuhi. Semua jadual pertandingan akan disusun oleh Jawatankuasa Pertandingan pada hari pertandingan 17.2 Jawatankuasa berhak meminda mana-mana jadual perlawanan jika difikirkan perlu. 18. Penangguhan Perlawanan 18.1 Jika keadaan tidak mengizinkan pada hari perlawanan yang ditetapkan , maka perlawanan itu akan dimainkan pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan. 19. Pengadil 19.1 Pengadil-pengadil akan disediakan oleh urusetia pertandingan. 20. Kelewatan 20.1 Setiap pemain hendaklah bersedia sebelum perlawanan dimulakan dan sekiranya pemain lewat lebih daripada 15 minit kemenangan walk-over akan diberikan kepada lawan. 21.Pemain Tarik Diri 21.1 Jika terdapat mana-mana pemain yang menarik diri pada masa kejohanan berlangsung maka pihak penganjur akan membatalkan semua perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut dan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.

21.2 22. T-shirt 22.1 22.2

Pihak Penganjur berhak menentukan pasukan pemain yang tinggal

Pihak Penganjur akan menyediakan hanya 50 t-shirt untuk 50 pendaftaran pertama. Pemain digalakkan memakai t-shirt kejohanan semasa bermain.

23. Makanan dan Minuman 23.1 Pihak pengajur akan hanya menyediakan minuman kepada setiap pemain tidak termasuk makanan. 24. Pakaian Pasukan Serta Alatan Pemain 24.1 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas, lengkap dan mengikut peraturan pakaian pemain yang dikuatkuasakan oleh FAM dan FIFA. Bagi kategori wanita, pemain hendaklah berpakaian kemas , sopan dan bersesuaian. 24.2 Pemain dikehendaki memakai kasut yang sesuai mengikut peraturan yang ditetapkan. 25. Perlawanan Yang Dihentikan 25.1 Sekiranya pengadil menghentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman, maka pengadil perlawanan tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat keputusan. Jika Jawatankuasa Pertandingan membuat keputusan bahawa sesuatu pemain itu bersalah atas tindakan yang telah dibuat maka kemenangan kan diberikan kepada pihak lawan. 26. Etika Pegawai dan Pemain 26.1 Pihak Penganjur hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen. 26.2 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau pemain yang diturunkan semasa perlawanan sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah dianggap sebagai kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan FUTSAL. 26.3 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar gelanggang adalah juga satu kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan FUTSAL

10

27. Peraturan Khas 27.1 Sekiranya ada sebarang perkara berbangkit, yang mana tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan ini, Jawatankuasa Pertandingan akan merundingkan sekiranya perlu dan keputusannya adalah muktamad. 27.2 Sebarang permasalahan rujuk kepada jawatan kuasa pertandingan. 28. Hal-Hal Yang Tidak Diperuntukan 28.1 Segala hal yang tidak diperuntukan dan segala tafsiran mengenai peraturan dan syarat yang terkandung hendaklah diselenggara oleh Jawatankuasa Pertandingan. Sebarang keputusannya adalah muktamad kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Pengelola.

29.Bantahan 29.1 Sebarang bantahan atas perkara-perkara yang bukan berkaitan undangundang permainan atau keputusan pengadil perlawanan mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada 30 minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat . Bantahan bertulis mestilah ditandatangani oleh Pemain dan berserta dengan bayaran RM100.00. Wang bayaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.

11

29. ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN

29.1 PIALA KEJOHANAN 29.2 Wang Tunai 2.1 Johan (RM 300 x 4 Kategori) 2.2 Naib Johan (RM 200 x 4 Kategori) 2.3 Ke-3 (RM 100 x 4 Kategori) 2.4 Ke-4 (RM 50 x 4 Kategori) JUMLAH 29.3 HADIAH ( Medal) (Kategori Belia) 3.1 Johan (RM 7 x 5 pemain x 4 Kategori) 3.2 Naib Johan (RM 5 x 5 pemain x 4 Kategori) 3.3 Ke-3 (RM 4 x 5 pemain x 4 Kategori) 3.4 Ke-4 (RM 4 x 5 pemain x 4 Kategori) JUMLAH 29.4 29.5 29.6 29.7 29.8 29.9 29.10 29.11 PERALATAN PENGADILAN (RM 50 x 4 pengadil) PENGURUSAN KAIN RENTANG (1 helai) KHEMAH KANOPI (2 Buah) MAJLIS PERASMIAN/JAMUAN BAJU PEGAWAI & T-SHIRT PEMAIN (RM 20 x 80) MAKAN MINUM PEGAWAI

RM

150.00

RM 1200.00 RM 800.00 RM 400.00 RM 200.00 RM 2600.00

RM RM RM RM RM

140.00 100.00 80.00 80.00 400.00

RM 600.00 RM 200.00 RM 400.00 RM 100.00 RM 150.00 RM 600.00 RM 1600.00 RM 200.00

JUMLAH

KESELURUHAN

RM 7,000.00

12

30. PENUTUP

Di harapkan program yang dirancang dan disusun dengan teliti ini dapat mencapai objektif dan seterusnya berjaya mencapai matlamatnya. Penganjur amat

mengharapkan program ini mendapat perhatian dan sokongan tidak terhingga daripada warga kampung pelbagai bangsa dan peringkat umur, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan pelbagai pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Penganjur turut merakamkan tanda perhargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB TUAN HAJI SULAIMAN BIN ABDUL RAZAK selaku ADUN PERMATANG, JKKKP KG SUNGAI TERAP, PERSATUAN BELIA SUNGAI TERAP (BESTRAP), semua jawatankuasa, individu dan penyumbang yang sama- sama menjayakan program ini.

Disediakan oleh :

_________________________ (ZULNIZAM BIN ZAINURI) Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan FUTSAL Tertutup Sungai Terap 2010

Disemak oleh :

____________________________ (ZULKIFLEE BIN ISMAIL) Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan FUTSAL Tertutup Sungai Terap 2010

13