Anda di halaman 1dari 5

JENIS CERITA BONEKA Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang

boleh dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Antara boneka yang dicadangkan untuk peringkat prasekolah termasuk boneka sarung tangan, boneka tongkat, boneka wayang kulit dan boneka jari. Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanya dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubahsuai sewaktu pencerita menyampaikan cerita. Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. Pentas boneka tidak terikat kepada satu bentuk sahaja

PERSEDIAAN PENGAJARAN MELALUI BONEKA Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanya dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubahsuai sewaktu pencerita menyampaikan cerita. Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. Pentas boneka tidak terikat kepada satu bentuk sahaja.

TEKNIK PENYAMPAIAN Terdapat pelbagai teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggeraklakonkan boneka dan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-oleh boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas, jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan bunyi dan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. Teks cerita yang dijadikan skrip diletakkan di belakang pentas boneka bagi memudahkan pencerita membacanya. Pencerita tidak perlu terikat kepada skrip yang disediakan.

PERKAITAN DI ANTARA BONEKA DENGAN KEPERLUAN KURIKULUM Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pengalaman. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan komunikasi dan bahasa, sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan

pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruan hi kanak-kanak: a) Untuk menghubungkan dengan keseronokan. b) Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan. c) Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak. d) Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan bahasa simbolik.

Sebagai tambahan untuk meningkatkan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, penumpuan dan keupayaan untuk berfikir secara simbolik dan metafora perlu memasukkan; Membina sensitiviti kanak-kanak kepada pelbagai bentuk sintak, diksi dan retorik; Membantu kanak-kanak untuk mengenal corak dalam bahasa dan pengalaman manusia; Meransang kanak-kanak secara keseluruhan kuasa kreativiti; Menyediakan kanak-kanak dengan latihan penyelesaian masalah dan membuat keputusan; Mengukuhkan kapasiti kanak-kanak kepada bentuk objektif, rasional dan penilaian yang praktikal;

Membimbing kanak-kanak membina kemahiran dalam dialog dan berkerjasama perlakuan interpersonal; Membiasakan kanak-kanak dengan simbol, artifek dan tradisi yang merupakan sebahagian warisan budaya mereka; Memperkenalkan kanak-kanak kepada simbol, artifek dan budaya yang merupakan ciri-ciri warisan budaya orang lain yang mereka boleh kongsikan.

JENIS JENIS BONEKA Kebanyakan nama boneka adalah berasal daripada bahan yang dibuatnya selain namanya dicipta daripada penggunaanya. Terdapat pelbagai jenis boneka yang sesuai untuk peringkat prasekolah - boneka jari, boneka pinggan kertas, boneka sudu kayu, boneka beg kertas, boneka sarung kaki, boneka sarung tangan dan sebagainya. Berikut ialah jenis-jenis boneka: BONEKA JARI BONEKA PINGGAN KERTAS BONEKA SUDU KAYU BONEKA BEG KERTAS BONEKA SARUNG KAKI BONEKA SARUNG TANGAN