Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN Perang Dunia Pertama merupakan satu percubaan bagi menggantikan perimbangan kuasa lama pada awal kurun ke 20. Persaingan di kalangan negara Eropah untuk menegakkan kuasa masing-masing khasnya dalam membentuk linkungan ekonomi adalah antara faktor tercetusnya Perang Eropah. Negara-negara Eropah berebut-rebut untuk mendapatkan bahan mentah akibat daripada perkembangan perindustrian dan juga mencari tempat untuk memasarkan hasil pengeluaran industri mereka. Oleh kerana itu, sistem pertahanan dan perkapalan lebih diutamakan untuk melindungi ekonomi masingmasing. Angkatan laut British merupakan angkatan laut yang paling hebat pada masa itu. British mula menyekat perkembangan angkatan tentera laut Jerman kerana ia akan mengancam ketuanan Biritish di laut. Permusuhan antara Perancis dan Jerman juga tercetus kerana Perancis berusaha merebut kembali wilayah-wilayahnya yang jatuh ke tangan Jerman. Ketegangan jelas kelihatan di antara Negara-negara Eropah dan menunggu masa sahaja untuk mereka berperang. Akhirnya kerana pembunuhan Pewaris tahta Austria iaitu Archduke Ferdinand yang dibunuh oleh pemuda Serbia telah mencetuskan Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melibatkan keseluruhan rakyat dan bukannya dalam kalangan tentera sahaja. Penggunaan senjata baru mula diperkenalkan seperti kereta kebal, pelontar api serta gas beracun. Selain itu, penggunaan kapal-kapal terbang, kapal selam dan kapal perang besar telah menjadikan perang tersebut dilihat tiga dimensi iaitu dari darat, laut dan juga udara. Sememangnya dari segi sejarah, peperangan ini tidak setimpal dengan matlamat yang dicapai, ganti rugi yang dibayar serta kesan yang dirasai.1

Hebert L. Peacock M.A, Sejarah Eropah Moden, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, 1976, hlm.346.

2.0 DASAR PENGECUALIAN WOODROW WILSON

Thomas Woodrow Wilson ialah Presiden Amerika Syarikat. Beliau mendesak untuk mewujudkan satu polisi dasar berkecuali atau isolasi Amerika Syarikat. Amerika tidak pernah dan tidak akan campurtangan di tanah-tanah jajahan yang ada atau mana-mana jajahan takluk kuasa Eropah.
2

Sebenarnya dasar pengecualian ini telah

diketepikan sekian lama akibat pengembangan semangat imperialisme dan dasar perluasan ekonomi. Wilson menyarankan rakyat Amerika tidak mengambil bahagian semasa peperangan. Seruan tersebut telah disampaikan setelah dua minggu peperangan itu berlangsung dan mencapai tahap genting apabila Jerman menakluki Perancis serta Rusia pula telah menawan Jerman. Wilson mula menyuarakan pendapatnya itu setelah Jerman memulakan peperangan dengan kapal selam dan apabila Amerika mahu terlibat dalam perang besar itu.3 Bagi beliau, sikap orang tengah adalah satu langkah yang terbaik. Pada peringkat awal, seluruh rakyat Amerika tidak bersetuju menyelesaikan perang secara aman kerana rakyat tidak dapat menerima kekejaman Jerman. Namun begitu, Wilson tetap berkeras untuk tidak mahu membalas dendam. Kecenderungan beliau kepada tekanan diplomatik daripada menceburi kancah hal ehwal antarabangsa melalui misi ketenteraan telah membawa rakyat Amerika berbalik kepada dasar isolasinya.4

2 3

Weech W.N, Sejarah Dunia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, Jilid 11, Hal.408. David Thomson, Eropah Sejak Napoleon, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hal. 216. 4 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hal. 265.

3.0 BERAKHIRNYA DASAR PENGECUALIAN WOODROW WILSON

Perang Dunia Pertama tetap mendatangkan cabaran kepada dasar diplomasi Amerika yang neutral kerana sungguh mengelirukan. Ramai orang Amerika, keluarga atau nenek moyang mereka yang lahir di England, Ireland, Jerman, Austria atau Itali kebanyakan bersimpati terhadap salah satu pihak daripada mereka. Orang Amerika menghina Jerman apabila kerajaannya mencerobohi negara kecil Belgium. Perasaan simpati Amerika selanjutnya menular kepada Perancis dan British di mana mereka melihat rakyat Perancis cuba memandu Jerman daripada menyerang negara mereka. Malah, orang Amerika juga berasa sangsi terhadap kekuasaan pemimpin-pemimpin Jerman kerana kerajaan tersebut menolak konsep demokrasi secara menyeluruh. Oleh yang demikian, keadaan ini setidak-tidaknya telah menimbulkan kesukaran untuk mempertahankan dasar berkecuali yang diperjuangkan oleh Presiden Wilson. Faktor lain yang turut menyebabkan terbantutnya dasar berkecuali Wilson pada akhir Perang Dunia Pertama ialah sikap Wilson sendiri yang terlalu menyanjung tinggi budaya orang-orang British dan bersikap menyebelahi Britain. Begitu juga dengan perasaan simpati pegawai-pegawai tinggi kerajaan Wilson yang pro kuasa Bersekutu. Ini kerana pandangan dan perasaan anti-Jerman selalunya merupakan sifat penting dalam menggubal polisi-polisi yang pro Kuasa Bersekutu. Situasi-situasi ini telah menyebabkan dasar berkecuali yang diperjuangkan oleh Presiden Wilson sukar dipertahankan. Dasar neutralisasi Wilson telah menghadapi cabaran dan tentangan hebat terutamanya semasa Perang Dunia Pertama meletus sekitar tahun 1914-1917. Akhirnya dasar berkecuali Amerika mulai goyah dan terpaksa melibatkan diri dalam kancah peperangan ini.

4.0 PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia Pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Walaupun Itali adalah bersekutu dengan Jerman, tetapi ia tidak menyertai Perikatan Kuasa Tengah sebaliknya Itali menyertainya pada akhir peperangan. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi dan cita-cita pemimpin Jerman untuk mendapatkan kekuasaan ke atas negara Eropah Tenggara. Jerman menggunakan pasukan askar dan tenteranya untuk memperoleh kuasa kolonial dan membina satu empayar yang agung. Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, AustriaHungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.5 Namun begitu, semangat imperialisme baru ini mulai reda semasa pentadbiran Presiden Woodrow Wilson.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_I 4

Perang Dunia Pertama berbeza dengan perang yang terdahulu. Ini disebabkan ia adalah perang akibat jentera, makanan dan manusia. Kekuatan negara bergantung ke atas kilang-kilang dan ladang-ladang serta bilangan orang yang berperang. Penyertaan Amerika Syarikat dalam perang telah membawa satu kuasa perindustrian yang hebat daripada negara sekutunya. Kilang besi waja Amerika Syarikat yang gergasi mengeluarkan bahan-bahan besi waja yang digunakan untuk kereta kebal, kapal-kapal dan senjata api. Manakala industri automobil pula membekalkan gerabak-gerabak kereta api yang terbuka dan enjin untuk kereta kebal. Kilang-kilang pembuatan kelengkapan senjata menggunakan cara pengeluaran secara besar-besaran untuk menghasilkan senapang yang banyak, mesin senjata api yang berbarisan dan meriam yang mudah. Pada hakikatnya, kecetusan Perang Dunia Pertama berlaku akibat perselisihan antara kerajaan Austria-Hungary dengan rakyat naungannya Serbian. Kumpulan Serbian ini menduduki satu kawasan jajahan yang bersempadan dengan Serbia dan menuntut kemerdekaan supaya mereka boleh bergabung dengan negara Serbia. Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dan isterinya Kauntes Sophia telah membuat lawatan ke Sarajevo, ibu negeri Bosnia. Archduke adalah waris ke atas takhta Austria. Apabila kedua-dua orang pelawat diraja ini berarak melalui jalan raya Sarajevo, mereka telah ditembak hingga mati oleh seorang yang berbangsa Serbia bernama Gavrilo

Princip. Princip telah ditangkap dan didapati bahawa dia adalah anggota kumpulan Tangan Hitam. Kumpulan ini adalah sebuah pertubuhan haram Serbia yang bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Austria di Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan

sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia. AustriaHungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman. Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan Kuasa Tengah manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia. Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain campurtangan. Hampir kesemuanya memihak kepada Kuasa Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Kuasa Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Pada tahun 1917 pula, Amerika Syarikat memasuki peperangan dan memihak kepada Kuasa Bersekutu. Peristiwa ini memberi alasan kepada negara-negara Kuasa Tengah dan Kuasa Bersekutu bertempur di beberapa medan perang di Eropah. Bagaimanapun, hampir semua orang Amerika terkejut dengan tercetusnya Perang Dunia Pertama. Merekalah orang yang cinta kepada keamanan dunia. Malahan orang Amerika sukar mempercayai bahawa negara-negara yang dikatakan memimpin dunia ke arah kemajuan tamadun telah balik semula ke zaman barbarisme. Kesungguhan Presiden Wilson dalam mengamalkan dasar berkecuali sekurang-kurangnya telah berjaya mengelakkan Amerika daripada terlibat dalam peperangan sebelum tahun 1917 terutamanya dalam bidang perdagangan peperangan

sejajar dengan undang-undang antarabangsa. Kerajaan Amerika di bawah pentadbiran Wilson membenarkan rakyat Amerika berdagang dengan negara-negara kedua-dua blok kuasa Eropah. Amerika mengaut keuntungan lumayan dalam membekalkan makanan, kelengkapan senjata perang dan pinjaman kepada negara-negara yang berperang itu. Walau bagaimanapun, dasar berkecuali yang diamalkan oleh Wilson tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakyat Amerika sendiri yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Akhirnya, Amerika terpaksa mengubah pendirian dan turut melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama.

5.0 FAKTOR-FAKTOR PENENTU PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Walaupun Presiden Wilson mengemukakan dasar berkecualinya, namun Amerika di bawah pimpinannya terbukti menghadapi banyak masalah untuk menjadi betul-betul neutral dalam perdagangan dan hak-hak Amerika sejak meletusnya Perang Dunia Pertama. Fenomena ini terjadi kerana negara-negara yang berperang di Eropah terutamanya Britain berusaha mencari jalan untuk melumpuhkan perdagangan neutral lawannya, khususnya Jerman daripada memperoleh bahan-bahan makanan dan kelengkapan senjata walaupun dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa.6 Terdapat beberapa faktor luaran yang telah menggugat dasar berkecuali Amerika. Antaranya sekatan laut Britain, isu kapal selam, serangan Jerman ke atas Belgium dan pilihan raya 1916.

Azhar Hj. Mad Aros, Sejarah Amerika Syarikat Modul 1-4, USM : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, 2004, hal.222.

5.1

Sekatan Laut Britain Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan rakyatnya menjual makanan,

kelengkapan senjata, senjata api dan bekalan lain kepada kedua-dua pihak negara yang saling bertentangan. Kerajaan turut membenarkan mereka meminjamkan wang kepada negara-negara yang berperang di Eropah. Dalam perdagangan peperangan, negara Pakatan Bertiga memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dari Jerman. Ini kerana tentera laut Britain telah menahan kapal-kapal perdagangan Jerman dari laut. Negara Pakatan Bertiga membeli makanan, kelengkapan senjata dan senjata api dalam kuantiti yang banyak daripada orang Amerika dan ramai orang Amerika mendapat kekayaan hasil daripada perdagangan perang. Dalam pertempuran kejam menentang Kuasa-kuasa Tengah, kerajaan Britain dengan kekuatan tentera lautnya telah menghalang kesampaian bahan-bahan makanan dan kelengkapan perang ke Jerman daripada negara-negara berkecuali dalam apa-apa cara. Sekatan jalan laut ke atas kapal-kapal yang berdagang dengan Jerman termasuk kapal-kapal Amerika telah menimbulkan kemarahan pihak Amerika. Tindakan campurtangan ini telah melanggar hak-hak orang Amerika. Kemarahan Amerika dapat dikurangkan kerana dasar diplomasi yang diamalkan oleh Britain. Sebenarnya keredaan ini kerana sokongan yang diberikan oleh Amerika yang pro kuasa-kuasa Bersekutu yang simpati dengan kedudukan Britain. Namun begitu, secara keseluruhannya sekatan laut Britain tidaklah mengganggu-gugat ekonomi Amerika. Ini dapat dibuktikan sejak awal tahun 1915, kegiatan perdagangan dengan negara-negara Kuasa Bersekutu khasnya Britain terus meningkat berlipat kali ganda sedangkan bekalan barangan kepada negara-negara Kuasa

Tengah seperti Jerman telah merosot. Situasi ini menyebabkan Jerman merasa marah dan ragu-ragu tentang kedudukan berkecuali Amerika.

5.2

Isu Kapal Selam Kemarahan Jerman telah menyebabkan mereka telah mengambil

keputusan yang berani iaitu penggunaan senjata barunya dan bertindak mengarahkan kapal-kapal selamnya menyerang untuk mengatasi sekatan laut Britain. Untuk itu, pihak Jerman tidak lagi memperdulikan peraturan antarabangsa dengan memusnahkan dan menenggelamkan kapal-kapal dagangan tanpa amaran. Malah pada tahun 1915, Jerman telah memulaukan perairan Kepulauan Britain dan bertindak ganas kepada penceroboh. Jerman mendakwa sekatan laut Britain telah menyebabkan berlaku kebuluran di Jerman akibat sekatan terhadap bekalan makanan dari negara neutral. Presiden Wilson mengarahkan agar Jerman menghentikan perbuatan mereka sekiranya tidak mahu menerima balasan dari Amerika. Hak asasi orang Amerika tercabul apabila kapal selam perang Jerman telah menenggelamkan kapal Britain Falabo dan merosakkan kapal pengangkut Amerika Gulflight hingga menyebabkan kehilangan banyak nyawa. Pada 7hb Mei 1915, kapal selam Jerman telah menyerang dengan menggunakan torpedo dan menenggelamkan kapal laut Britain yang besar iaitu Lusitania. Apabila kapal laut itu tenggelam, seramai 1200 orang dan antaranya 128 orang rakyat Amerika turut terkorban. Presiden Wilson telah menghantar satu laporan kepada kerajaan Jerman untuk mendesak mereka menghentikan peperangan kapal selam dan mahu mengadakan perbincangan perdamaian

antara negara-negara Kuasa Bersekutu dan Kuasa Tengah sebagai mempertahankan dasar berkecualinya.

5.3

Serangan Jerman Ke atas Belgium Negara Jerman yang bercita-cita besar itu telah bertahun-tahun lamanya

menyediakan rancangan untuk menyerang negeri-negeri Barat. Rancangan ini telah dirangka oleh Count Von Schlieffen. Apabila Perang Dunia Pertama bermula, Jeneral Von Schlieffen mengatur langkah untuk melumpuhkan Perancis daripada bertindak untuk membantu Rusia. Untuk itu, Jeneral Schlieffen telah memilih jalan yang paling pendek dengan mengarahkan tentera daratnya menyerang Belgium. Serangan Jerman ke atas Belgium itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati orang Amerika sehinggakan Britain dan sekutunya terpaksa melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama. Ini kerana untuk menentang Jerman yang telah melanggar persetujuan kuasa-kuasa Eropah yang mengiktiraf Belgium sebagai negara berkecuali. Selain itu, surat khabar Amerika juga telah memaparkan laporan Britain mengenai keganasan tentera Jerman di Belgium. Orang Amerika tanpa usul periksa telah menerima segala tuduhan terhadap Jerman dan sungguh bersimpati atas kesengsaraan rakyat Belgium. Mereka sudah terpengaruh dan tidak dapat mempertahankan pendirian untuk tidak menyebelahi mereka. Namun, kerajaan Wilson tetap bertahan dengan dasar berkecuali mereka selama ini. 7

Ibid, hal. 224.

10

5.4

Pilihan raya 1916 Desakan parti pembangkang, Republikan turut memainkan peranan yang

penting dalam menggugat, mempengaruhi dan mengubah dasar berkecuali Amerika. Contohnya semasa kempen pilihan raya presiden pada tahun 1916, polisi dasar luar Amerika sering diperkatakan oleh rakyat Amerika. Parti Demokrat telah mencalonkan semula Woodrow Wilson untuk menentang Charles Evans Huges dari Parti Republikan. Isu yang sering dipertikaikan oleh parti pembangkang ialah mengenai isu kapal selam Jerman dan mengutuk dasar berkecuali Presiden Wilson. Walaupun mendapat tentangan yang hebat tetapi Woodrow Wilson berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan kemenangan yang tipis.8 Apabila Presiden Wilson memenangi pilihan raya pada tahun 1916, beliau mahu menyelesaikan masalah-masalah peperangan dengan melakukan perundingan perdamaian bagi negara-negara yang berperang dalan Perang Dunia Pertama. Beliau mendapati organisasi negara perlu ditubuhkan. Hasilnya pada tahun 1917, beliau telah menyarankan suatu perdamaian berkekalan dengan membentuk sebuah organisasi antarabangsa iaitu Liga Bangsa. Ia bertujuan memulihkan keamanan dunia yang demokrasi sebenarnya adalah salah satu daripada Empat Belas Petunjuk Wilson yang menuju kepada keunggulan keamanan ataupun tiada kemenangan dalam keamanan. Tetapi semua ini tidak mengubah pendirian Jerman. Mereka mahu melancarkan semula serangan kapal selam terhadap kapal-kapal yang melalui zon peperangan Eropah. Akibatnya, Amerika terpaksa melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama.

Koleksi Allahyarham Zaaba, Dari hal Seorang Presiden Amerika Syarikat, Kuala Limpur : Kee Meng Press, 1957, hal. 2.

11

6.0 FAKTOR-FAKTOR SEGERA PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Selain faktor-faktor yang dihuraikan di atas, terdapat juga dua faktor luaran yang turut menyumbang kepada penglibatan Amerika dalam Perang Dunia Pertama malah menyegerakan lagi proses penglibatan Amerika pada akhir peperangan.

6.1

Kapal Selam Jerman Terus Beraksi Presiden Wilson telah menghantar satu laporan kepada kerajaan Jerman

untuk mendesak mereka menghentikan peperangan kapal selam. Tetapi kerajaan Jerman tidak memberi jawapan selama beberapa bulan. Dalam tempoh masa tersebut, kapal selam Jerman terus menenggelamkan banyak lagi kapal dan menyebabkan ramai rakyat Amerika terkorban. Selepas itu, Jerman memberi jaminan kepada Amerika Syarikat di mana komander-komander kapal selam tidak akan menenggelamkan kapal-kapal tanpa memberi amaran atau memikirkan keselamatan para penumpang. Akan tetapi, jaminan itu tidak kekal lama. Kedegilan Jerman ini telah menyebabkan Amerika terpaksa melupakan pendiriannya dan bertindak dengan melakukan perang. Selepas kapal selam Jerman gagal memaksa British menyerah diri, kerajaan Jerman pada 31 Januari 1917 telah memaklumkan kepada Amerika bahawa mereka akan mewujudkan satu sekatan kapal selam di sekeliling pulau-pulau British. Amerika Syarikat hanya dibenarkan menghantar sebuah kapal melalui sekatan ini setiap minggu. Kapal berkenaan mesti memiliki satu tanda pengenalan atau cap manakala kapal-kapal lain akan dimusnahkan sekiranya

12

melanggar peraturan ini. Kapal selam Jerman juga telah menenggelamkan tiga buah kapal dagangan Amerika tanpa amaran dalam usaha menyekat penghantaran bekalan makanan dan alat kelengkapan senjata perang. Akibatnya, Presiden Wilson terpaksa memutuskan hubungan diplomatik Amerika dengan Jerman. Beliau telah membuat keputusan untuk merujuk kepada Kongres untuk mengumumkan peperangan. Pada 2 April 1917, Presiden Wilson menyampaikan mesej perangnya kepada Kongres dan Kongres mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 6 April 1917.

6.2

Nota Zimmerman Nota Zimmerman juga memainkan peranan yang penting dalam mengheret

Amerika ke kancah peperangan. Nota yang telah dihantar oleh Menteri Luar Jerman untuk menjemput Mexico menyertai mereka untuk melawan Amerika telah dapat dipintas oleh pihak Britain . Arthur Zimmerman menjanjikan pelbagai ganjaran seperti kewangan serta mendapat balik wilayah seperti Texas dan Arizona. Nota ini telah didedahkan kepada umum atas sokongan kongres yang menyebabkan kemarahan rakyat Amerika terhadap Jerman. Kesannya, Amerika mula terasa terancam dan mula mengatur strategi mengubah dasar berkecualinya serta bersedia untuk berperang. Presiden Wilson telah meninggalkan dasar berkecualinya dan mengisytiharkan penglibatan Amerika dalam kancah Perang Dunia Pertama. Bagi Woodrow Wilson, penyertaan Amerika dalam perang merupakan serampang dua mata untuk menamatkan peperangan dan secara tidak langsung memulihkan keamanan dunia yang demokrasi. Pada 2 April 1917, Presiden Woodrow

13

Wilson mula merujuk kongres untuk untuk mengumumkan peperangan dan kongres meluluskan usul tersebut empat hari kemudian. Maka dengan itu berakhirlah dasar berkecuali yang diamalkan oleh Amerika dan secara rasminya Amerika terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN Dalam tahun-tahun antara 1900 hingga 1914, banyak masalah telah wujud dan ia mengancam keamanan dan ketenteraan dunia.

BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Mad Aros, 2004, Sejarah Amerika Syarikat Modul 1-4, USM : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. David Thomson, 1978, Eropah Sejak Napoleon, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

14