Anda di halaman 1dari 4

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 83000 BATU PAHAT, JOHOR

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM) TUGASAN PENDIDIKAN MORAL SEMESTER: JUN NOVEMBER 2011 PPISMP AMBILAN JUN 2011 SOALAN TUGASAN Jawab satu sahaja dari soalan-soalan berikut. Anda dikehendaki membuat rujukan dari sumber-sumber media cetak dan elektronik, mengumpul maklumat dan membuat analisis untuk melahirkan kepekaan dan pemahaman anda terhadap pemahaman nilai-nilai moral dalam masyarakat. 1. Adat tradisi memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang kaum, berbagai bangsa dan pelbagai agama seperti di Malaysia. Oleh itu setiap orang perlu memahami, menghayati serta menghormati adat tradisi kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Ini penting dalam usaha untuk mencapai persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. (Peranan Sosialisasi) a. Jelaskan peranan adat tradisional dalam pembentukan tingkahlaku moral seseorang individu. (Bhg 1 individu) b. Jelaskan adat-adat tradisional salah satu dari kaum-kaum Melayu, Cina atau India yang terdapat di Malaysia. (Bhg 2 kumpulan) 2. Menurut Kee Peng (1993) Isu Penyalahgunaan Dadah banyak membawa kesan buruk ke atas pelakunya. Banyak lagi isu isu moral dalam negara yang boleh membawa kesan yang tidak baik bukan sahaja ke atas individu, malah melibatkan kesan buruk ke atas masyarakat dan negara. (Isu-Isu Moral) a. Jelaskan implikasi dan kepentingan menangani isu-isu moral dalam masyarakat di Malaysia. (Bahagian 1 individu)

b. Kenal pasti beberapa isu-isu moral yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia masa kini. Huraikan punca-punca ianya berlaku dan cadangkan cara-cara bagaimana mengatasinya. (Bahagian 2 kumpulan).

3. Ketokohan, sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh moral tempatan dan antarabangsa khususnya dari aspek moraliti dan kemanusiaan amat perlu dihormati. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan serta organisasi tempatan dan antara bangsa banyak memberi sumbangan kepada kemakmuran dan kemajuan negara. (Apresiasi Moral) a. Kenal pasti beberapa orang tokoh-tokoh moral dari Malaysia dan luar negara. Jelaskan jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh tersebut. (Bahagian 1 individu) b. Kenal pasti beberapa pertubuhan dan organisasi tempatan dan luar negara dan jelaskan peranan dan sumbangan terhadap kemakmuran dan kesejahteraan dalam masyarakat. (Bahagian 2 kumpulan)

PANDUAN DAN ARAHAN AM: o Tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian - Bahagian 1 (tugasan individu) dan Bahagian 2 (tugasan berkumpulan 3 atau 4 orang setiap kumpulan). o Bahagian 1 hendaklah ditaip menggunakan font arial saiz 12 dengan langkau baris (line spacing) 1.5, saiz kertas A4 dengan nombor muka surat (page number) dinyatakan. o Bahagian 2 hendaklah dalam bentuk persembahan power-point yang mengandungi maklumat serta dibantu dengan bahan-bahan lain seperti gambar-gambar, grafik, audio, video dan lain-lain bahan yang difikirkan perlu. (bilangan slaid adalah antara 40 50 slaid sahaja). o Setiap pelajar perlu menghantar kedua-dua bahagian tugasan (hard copy dan soft copy) kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan o Tugasan anda akan dinilai berdasarkan keupayaan anda menjawab dan memberikan maklumat yang diperlukan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan

o Sila tunjukkan draf tugasan kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan mengikut kumpulan o Sediakan jadual kerja pelaksanaan tugasan. Contoh:
Bil Proses Tarikh Tanda Tangan

1 2 3 4 5 6 7 8

Terima tugasan Perbincangan dalam kumpulan agihan tugas Mengumpul maklumat Memproses dan susun maklumat Menghasilkan draf tugasan Tunjuk draf kepada pensyarah Mengemaskini tugasan Hantar tugasan yang lengkap

14 Julai 11

8 Sept 2011

o Panduan untuk menyiapkan tugasan keseluruhan: a. Kulit depan tajuk; nama penuh; k.p.; opsyen; ambilan; ... b. Biodata diri pengenalan diri c. Jadual kerja proses kerja dan tarikh pelaksanaan d. Pendahuluan tentang PM, kuliah, tugasan, dsb e. Peranan adat tradisi Melayu, Cina, India, dll... f. Rumusan / kesimpulan tentang tajuk tugasan 1 g. Bahagian 2 juga perlu dicetak dalam format hand-out dengan 6 slides per page h. Refleksi refleksi tentang tugasan, mata pelajaran Pendidikan Moral, tajuk-tajuk kuliah, dsb... i. Rujukan nyatakan semua sumber (buku; artikel; internet; ...

j. Serah tugasan anda pada atau sebelum: 11.00 pagi hari Khamis, 8 September 2011 o Setiap pelajar harus menghantar Bahagian 1 (essay), Bahagian 2 (CD dan hand-out printed), refleksi dan senarai rujukan bersamasama. o Wajaran markah penilaian mengikut % adalah seperti berikut: Tugasan Bahagian 1 tugasan individu Bahagian 2 tugasan kumpulan Refleksi (individu) Jumlah Wajaran 20 % 20 % 10 % 50 %

Anda mungkin juga menyukai