Anda di halaman 1dari 11

SINOPSIS

Menjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang

Tujuan menjahit kancing

Jenis-jenis kancing

Cara-cara memilih kancing

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing Kelim

Cara-cara menjahit- Butang lubang butang dua/empat - Cangkuk dan palang/mata

Tujuan menjahit kancing


Kancing dijahit pada pakaian ialah untuk: mengancingkan belah. sebagai perhiasan. Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tndih bawah belah. Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih.

Jenis-jenis kancing
Terdapat dua jenis kancing yang utama:

Jenis kancing yang tersembunyi Butang katup Butang cangkuk dan matanya Butang cangkuk dan rumah Butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat.

Jenis kancing yang nampak Butang dan rumah butang. Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan. Pita dan simpul hias. Reben dan bow zip (sila rujuk bab36:belah pakaian.) Gancu Cara-cara memilih kancing. Pilihan kancing bergantung kepada:

1. Jenis kain yang digunakan - .Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang
a. lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain.

2. Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit - .Pakaian kanak-kanak biasanya a. tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanakkanak yang lembut.

3. Jenis belah dan kedudukan kancing .Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah a. yang bertempat di kelim rusuk skrit daripada yang dijahit pada belah kelepet
sama lebar di hadapan pakaian.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjehit kancing 1. Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut.

2. Kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu kancing i. dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga.
b. Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan: 3. belah pakaian daripada berkedut.

a. b.

belah pakaian itu tidak tertutup rapat. pakaian kelihatan tidak kemas.

4. Jenis dan saiz butang mestilah sesuai dengan rumahnya dan gaya pakaian
i. supaya pakaian kelihatan lebih elok.

5. Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak,baju tidur dan pakaian
i. dalam.

6. Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan semasa
i. jenis belah untuk pakaian itu dipilih.

3.5.1 Butang lubang butang dua/empat Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. Butang diperbuat daripada plastik, logam ,tulang, kayu dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat dan butang bertangkai

Butang lubang dua

Butang lubang empat

Butang bertangkai

Butang bertangkai

Lubang butang pada pakaian wanita biasanya dijahit di sebelah kanan belahan pakaian.

3.5.2 Butang dan lubang butang Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian itu siap. Dijahit di atas dua lapisan fabrik Kancing ini teguh ,kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik. Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga. Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh diubah-ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya. Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang butang berkun Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak 3.5.3 Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang. Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik. Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain ,kukuhkan sebelah dalamnya dengan sehelai kain pengukuh ,pita atau reben. Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis kain yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis. Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar. Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas. Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu. -

3.5.4 Langkah-langkah menjahit lubang butang Langkah 1 Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti

Tepi belah GTH

Langkah 2 -

butang

Ukuran lubang butang ukuran garispusat butang+ 3mm(1/8 inci ) Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang

Langkah 3 Gunting lubang butang mengikut urat benang .Lubang butang boleh digunting dengan : Sepasang gunting kecil yang tajam

Langkah 4 Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain. Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan jelunjur halus.Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit. Tarikkan kedua-dua benag dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum. Tarik benang ke atas sehingga simpul terjadi.

Langkah 5

Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat. Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.

Langkah 6 Pusingkan kain supaya sebelah lubang Yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit. Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.

Langkah 7
Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat ,masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir. Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat.

Langkah 8 Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat. Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam baju.

Lubang butang melintang yang telah siap

Rajah 3.1 Rajah 3.8

Rajah 3.9 Contoh-contoh jahitan butang empat lubang

. 3.5.5 Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua


Langkah 1 Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang. Masukkan jarum melalui satu daripada lubang butang

Langkah 2
Letakan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakang fabrik. Ulang jahitan/teruskan sehingga kukuh.

Langkah 3
Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dan butang Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk Keluarkan jarum ke belakang fabrik Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Butang berlubang dua Butang yang mempunyai dua lubang untuk dijahit pada pakaian Di perbuat dari plastik atau besi.

Butang bertangkai
Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang Terus menjahitkan butang pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali. Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit ulat-ulat. Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm.

Rajah 3.10 Rajah 3.15 3.5.6 Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang Langkah 1
Mulakan dengan jahitan kis Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali Matikan dengan jahitan kia

Langkah 2
-

Mulakan jahitan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang. Jahit jahitan lilit kemas 4 5 kali Susup jarum ke lubang kedua pada palang. Teruskan proses menjahit sehingga siap Matikan jahitan dengan jahitan kia

Rajah 3.16 Rajah 3.17

Aktiviti 1. Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian 2. Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan dua contoh kancing setiap satu. 3. Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang berlubang dua.

4. Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang.

BIBLIOGRAFI

1. ASRA SHAMSUDIN, BETTY LIM , FOZIAH BUANG(1999). EKONOMI RUMAHTANGGA


FOKUS JINGGA SPM . PELANGI KUALA LUMPUR. 2. AZMAWATI BINTI ABDUL AZIZ, ZAITUN ZAKIAN BINTI MOHD. NOOR DAN LAMAH BINTI ABDUL GHANI (2002). PENGURUSAN PAKAIAN TINGKATAN 4: BAHAN SUMBER PENGAJARAN KUALA LUMPUR: EDU SYSTEM BHD

3. COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK READERS Digest 1979

4. G.N.LOW, S.SAMSIAH,HG. CHEAH W.NG, A.ZAINAL DAN G.S. TAN. PANDUAN


DINAMIK PILIHAN MALAYSIA. EKONOMI RUMAHTANGGA(1990) DELTA PETALING JAYA

5. LINDA HETZER, SUSAN C. HOE, THERESE L.HOEHLEN,GAYLAVISALLI (1979), COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK. READER S DIGEST.UNITED STSTES AMERICA

6. NG SAU YAN DAN YONG FONG CHOON,(1988) SAINS RUMANTANGGA. DELTA


PETALING JAYA KUALA LUMPUR.

7. NOOR HABABIAH HASSAN BT OTHMAN, FAUDZIAH BINTI MD DIN DAN ZAHRAH BINTI
ESA, (2002). PENGAJIAN PAKAIAN TINGKATAN. KUALA LUMPUR; EDUSYSTEM SDN. BHD 8. MARIAM ABU BAKAR (2004) PANDUAN MEMBUAT PAKAIAn, PANDUAN LENGKAP LANGKAH DEMI LANGKAH TEKNIK MENJAHIT . KUALA LUMPUR: 9. MELITA M NEAL(1961) NEEDLEWORK FOR SCHOOL. BLACKIE & SON LIMITED. GLASGOW 10. PUAN R.ARULANANTHAN DAN NORAZIAH BTE MOHD RUMAHTANGGA PRAKTIK PRESTON TIMES SDN.BHD. KUALA 11. ROBAAYAH HJ RUMAHTANGGA ABD. WAHAB, SUSAN MANIKAM, (1978). NOH (1975),SAINS SAINS

PANDUAN

12. SARIMAH BINTI ABD. RAZAK, ZAHARAH BINTI ESA(2003). BLUE-T COMMUNICATION
SDN. BHD. SELANGOR. 13. WONG SIEW FOONF, FATIMAH JAILANI,VICKNESWARY SITHAMPARAPPILA(2002). EKONOMI RUMAHTANGGA TINGKATAN 4. ENTERPRISE BATU PAHAT JOHOR. A/P ZETI

14. ZAITUN ZAKIAH BINTI MOHD NOOR, NORZAINI BINTI ABDUL GHANI DAN NAWAWI
BIN MOHD JAN.(2006) KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PAKAIAN TINGKATAN 4 DAN 5. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.