Anda di halaman 1dari 4

W ITHOUT IMAGES PRINT

Pakej rangsang ekonomi RM7b diumum


Nov 4, 08 5:01pm

Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha
mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam
menghadapi
persekitaraan global yang semakin mencabar.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di peringkat


dasar di Dewan Rakyat Petang ini, Timbalan Perdana
Menteri, yang juga menteri kewangan berkata peruntukan
tersebut akan disalurkan seperti berikut:

Pertama:

Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk


memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi
membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Dengan peruntukan tambahan ini, 6,500 unit rumah akan


dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak
4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan
Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000 unit rumah yang
bernilai diantara RM30,000 hingga RN35,000 sebuah untuk Semenanajung dan di antara RM35,000
hingga RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak. Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan
Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara
purata, sebanyak 100 rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.

Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan
Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka
dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program yang mula dilancarkan pada awal
tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah yang dianggar melibatkan peruntukan
sebanyak RM40 juta. Pada tahun 2009, Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara
Khazanah Nasional akan menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program
Sejahtera yang melibatkan pembaikan 5,000 rumah.

Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai
pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan
Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Semenjak dilancarkan,
sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman
berjumlah RM35 juta.

Kedua:

Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak RM500
juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis
serta kem dan kuarters tentera iaitu RM250 juta untuk polis dan RM250 juta juga untuk tentera.

Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan anggota
pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

Ketiga:

Sebanyak RM600 juta diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan
Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan
kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan
masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih
sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.

Keempat

Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam;
antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

Kelima:

Sebanyak R500 juta akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar,
jalan-jalan kampung dan dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor pembinaan yang
mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya penyelenggaraan dijadikan amalan.
Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat
diperbaiki.

Keenam:

Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, maka
kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah, iaitu RM50
juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk "mission school", RM50 juta untuk SJK
Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.

Ketujuh:

Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan
kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di
Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor
pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor
yang akan diberi tumpuan untuk latihan tersebut adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan
dan "business process outsourcing".

Kelapan:

Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung
kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi menyelenggara dan
memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di
bandar-bandar utama.

Seperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk meperluaskan
sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama
seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang,
memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan mengujudkan satu aliran baru dari Kota
Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.

Kesembilan :

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih
banyak pelaburan sektor swasta;

Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan akan
diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai
pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".

Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada
pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan
berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor
pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan
komponen kapal terbang.
Kesepuluh:

RM400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan
Tinggi.

Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara
pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti
ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi.
Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menjadi
pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan menyumbang
kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang akhir 2009,
perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di Lembah Klang dan
juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika kita
lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus kepesatan
teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.

Kesebelas:

Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang
berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta. Ini adalah peruntukan bagi membiayai
program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan
beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih boleh dikemukakan oleh kementerian yang
berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber
Manusia serta Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Keduabelas:

Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan
memperuntukkan RM100 juta. Antara program yang terlibat ialah rakan muda sekolah, rakan muda
sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung orang asli dan kaum
pribumi di Sabah dan Sarawak.

Ketigabelas:

Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik


terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM200 juta. Projek ini akan
diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Keempatbelas:

Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan-pekan kecil


yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta ringgit. Ini akan dapat
menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran
tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi.

Kelima belas:

Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, RM200 juta diperuntukkan untuk
pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini termasuk program seperti
PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah.

Menurut Najib lagi, bagi langkah untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah
liberalisasi berikut akan diambil:

Pertama:

Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel
products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Permit (AP) bagi
eluaran besi keluli panjang akan dikecualikan. Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan
untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang
kompetitif alam industri bekalan bahan binaan negara;

Kedua:

Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau
lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk egunaan
sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor
hartanah negara;

Ketiga:

Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge


worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung
epada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti pekerja demikian dalam
pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan masing-masing.

Timbalan perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha menyediakan lebih
banyak peluang latihan dan pekerjaan, melalui langkah-langkah berikut.

Pertama:

Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan “Graduate
Employability Management Scheme” (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang
telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk
menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur
ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka
sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran
program ini ialah untuk melatih sehingga 2,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan
yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping
memberi pengalaman yang berharga kepada graduan erlibat.

Kedua:

Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam
sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000.
kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap.
Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi
meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak
bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana
dilaporkan dalam media.

Anda mungkin juga menyukai