Anda di halaman 1dari 19

Pendekatan Konstruktivisme / 135

UNIT 9 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. 2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis.

PENGENALAN
 



 Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran

Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang ditunjukkan pada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah peranan guru dalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini?

Teori perkembangan kognitif Piaget adalah satu teori konstruktivis kerana beliau melihat perkembangan pemikiran manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai S 
 . kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita. kita mungkin menerima idea baru ini dan membuang idea lama atau membuang idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita. menggunakan situasi sebenar dan membolehkan murid memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang diajar. Dalam usaha ini. meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. S Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterima semasa pengajaran. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat semula (membuat refleksi) pengalaman tersebut. Pengetahuan baru dibina sendiri setelah murid menyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. unit ini akan membincangkan idea teoris utama paradigma ini. Premis asas konstruktivisme adalah: • • • Murid membina. meruntuh (deconstruct). Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. idea-idea teoris utama tentang konstruktivisme dibincangkan terlebih dahulu untuk memudahkan kita memahami konstruktivisme. apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baru. murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang merangsang murid melalui teknik-teknik pembelajaran yang aktif. Dalam apa situasi pun.136 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Jean Piaget (1896 – 1980) Piaget mengutarakan perkembangan kognitif sebagai satu proses perkembangan biologi. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 ISI KANDUNGAN Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara konstruktivis? ecara umumnya. Apa itu Teori Pembelajaran Konstruktivisme? ebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang pengajaran dan pembelajaran berasaskan paradigma konstruktivis. Sebagai contoh. dan membina semula pengetahuan mereka sendiri Membina. konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar.

Peralihan perkembangan kognitif dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi memerlukan kematangan. Keseimbangan merujuk kepada kawalan kendiri secara dalaman iaitu mengimbangkan apa yang berlaku di antara proses asimilasi dan akomodasi. pemahaman konsep hanya boleh diperolehi melalui penemuan dan pembinaan semula idea secara aktif. perubahan akan dilakukan dan modifikasi skema terjadi. Pada peringkat ini mereka boleh berfikir secara logik. mengasimilasikan maklumat dan mengakomodasikannya ke dalam skema kognitif mereka. Kanak-kanak dibekalkan dengan struktur biologi seperti sistem saraf untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Kematangan dan keseimbangan kognitif adalah faktor dalaman yang tidak boleh dikawal. boleh menyelesaikan masalah hipotetikal dan verbal serta boleh berhujah secara saintifik. Penglibatan aktif ini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu. Menurut Piaget lagi. Struktur ini menyediakan penyesuaian kepada persekitaran mereka ketika melalui proses pembelajaran. Apabila pengetahuan baru tidak bertepatan dengan skema sedia ada. Melalui proses ini individu belajar dengan mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah sedia diketahui dan mengintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada. Menurut Piaget perkembangan mental kanak-kanak melalui empat peringkat penting iaitu sensorimotor. Proses akomodasi pula adalah proses dimana skema sedia ada individu berubah akibat penerimaan pengetahuan baru. Struktur kognitif kanak-kanak dikatakan mempunyai skemata yang sentiasa mengalami perubahan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Menurut Piaget. pengetahuan dan struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran dalam usaha untuk mencari makna. pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui berinteraksi secara aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman tersebut. 1971). Kerangka kognitif berkaitan kefahaman yang terbentuk ini sering kali dikenali sebagai skema. Kefahaman yang dibina akan seterusnya memandu kelangsungan penerokaan pengetahuan di dalam persekitaran yang berkaitan. Dua asas penting dalam konstruktivisme Piaget ialah pembelajaran adalah aktif dan autentik. Jika pengetahuan baru yang diterima tidak serasi atau tidak bertepatan dengan skema asal. Apabila kanak-kanak mencapai umur 11-15 tahun mereka akan beralih ke era operasi formal. Ketiga-tiga proses ini adalah penting dalam menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan ia berlaku melalui proses pembelajaran. Melalui pengalaman individu mencari makna menggunakan skema kognitif. konkrit dan operasi formal. Proses kawalan kendiri secara dalaman akan mencari keseimbangan baru supaya maklumat baru yang diterima berpadanan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya. pengalaman fizikal. Asas ini mencadangkan dua prinsip pengajaran yang utama iaitu pemahaman hanya berlaku melalui interaksi 
 .Pendekatan Konstruktivisme / 137 pengalaman. Dengan sebab itu. maka berlaku ketidakseimbangan atau disonans kognitif. Kanak-kanak seterusnya membina pengetahuan dalam struktur kognitif mereka melalui gambaran dan interpretasi yang mereka lakukan. pra-operasi. Assimilasi adalah proses dimana individu menggunakan skema sedia ada untuk menerima maklumat baru. sementara pengalaman fizikal dan interaksi sosial adalah situasi luaran yang boleh diwujudkan dan distruktur melalui sistem persekolahan (Wadsworth. interaksi sosial dan keseimbangan kognitif. Modifikasi terhadap struktur kognitif kanak-kanak berlaku secara berterusan melalui proses asimilasi dan akomodasi dan keseimbangan (equilibration).

Tiga konsep asas yang dikemukakan oleh Vygotsky. adalah zon perkembangan terdekat (zone of proximal development atau ZPD). Apakah implikasi Teori Perkembangan Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah? Daripada penerangan di atas senaraikan lima fakta asas tentang Teori Piaget. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 bersama persekitaran dan konflik kognitif yang berlaku merupakan stimulus kepada pembelajaran (Elliot. Beliau berpendapat bahawa pengajaran harus meliputi aktiviti pada aras perkembangan mental yang lebih tinggi sedikit daripada yang dipunyai oleh murid sebagai rangsangan kepada murid untuk bertindak mencapai aras tersebut. menyokong pendirian Vygotsky melalui kajiannya yang mendapati bahawa faktor-faktor yang menghalang perkembangan kemahiran penaakulan adalah disebabkan oleh persekitaran sosial yang tidak mencabar intelek. menumpukan kajiannya terhadap psikologi pendidikan dan perkembangan serta psikopatologi. 
 . 2000).138 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. et al. Kajian Lawson (1985).. yang mempunyai implikasi secara langsung terhadap pembelajaran. Vygotsky (1978) percaya bahawa pembelajaran pada kanak-kanak berlaku di dalam satu zon perantara ZPD ini iaitu satu ‘kawasan’ di antara aras perkembangan sebenar kanak-kanak yang diukur berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara bersendirian dengan aras potensi perkembangan yang diboleh dicapai berdasarkan penyelesaian masalah berbantukan orang dewasa mahupun rakan sebaya. Lev Vygotsky (1896-1934) Lev Vygotsky (1896-1934). perancah (scafolding) dan konteks sosio-budaya pengetahuan (Elliot. 2000). keupayaan mental yang rendah dan stail peribadi yang impulsif. murid bersifat menyendiri. Hasil kajiannya mempengaruhi kefahaman pendidik berkaitan perkembangan kognitif dan berbahasa. Konsep Vygotsky berkaitan ZPD adalah sangat penting kerana ia membantu guru membuat keputusan tentang apa yang berupaya dilakukan murid pada peringkat tertentu dan juga mengenalpasti ‘zon’ di mana murid akan berupaya menguasai bahan baru.

Kumpulan individu yang lebih heterogenous akan melebarkan ZPD kerana lebih banyak perspektif dan hubungan pengetahuan dapat digunakan dalam penyelesaian masalah. 
 . pentafsiran dan pengubahsuaian terhadap apa yang diperhatikan. Perkongsian makna berlaku melalui interaksi membina ini menuju ke arah pembentukan pengetahuan umum untuk semua. senaraikan tiga fakta penting dalam rajah yang diberikan. Oleh itu pembelajaran haruslah dijalankan sebagai satu proses sosial di mana pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan pengetahuan ke situasi baru. Ia berlaku secara berterusan melalui pembinaan. Bagaimana anda boleh menggunakan kefahaman anda tentang ZPD Vykotsky untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Dari penerangan tentang teori Vygotsky. Konteks dan persekitaran di mana pembelajaran berlaku menentukan bagaimana pengetahuan digunakan. Vygotsky menekankan bahawa sokong mereka yang lebih dewasa seperti guru dan bantuan rakan sebaya boleh membantu murid menguasai konsep-konsep yang sukar dikuasai secara bersendirian. persekitaran pembelajaran yang berstruktur atau strategi yang membantu murid mengorganisasikan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Sokongan boleh diberikan dalam bentuk gerakerja kolaboratif bersama rakan sebaya. Pembelajaran adalah satu proses mengintepretasi apa yang boleh dipindahkan dan dikawal sendiri oleh murid berkenaan. 2000).Pendekatan Konstruktivisme / 139 Vygotsky juga mencadangkan konsep perancah (scafolding) di mana ZPD individu yang belum mencapai keupayaan mental aras tinggi akan mendapat sokongan keupayaan mental seseorang yang lebih berkemampuan. Selain itu Vygotsky juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalam menentukan bagaimana murid berfikir dan belajar. bagaimana ia diaplikasikan dan oleh siapa ia digunakan. Sokongan ini akan berkurangan setelah individu berjaya melakukannya sendiri dan mengambilalih tanggungjawab pembelajarannya (Elliot. pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Implikasi pengajaran berkaitan perencahan adalah menyediakan sokongan dalam menyelesaikan masalah dan boleh dilakukan melalui Penyusun Awal atau Advance Organizer. Menurut beliau pembelajaran merupakan konstruk sosial yang diolah melalui penggunaan bahasa.

Walaupun kurikulum yang disediakan adalah standard bagi semua. pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. pendidik bertanggungjawab untuk menyediakan pengalaman yang berguna untuk membolehkan murid menyumbang kepada masyarakat. Apabila seseorang mempelajari sesuatu. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina mestilah mengambil kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu. Memandangkan setiap murid membawa pengalaman lampau yang berbeza. pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat utama iaitu kepada masyarakat dan individu. Dari perspektif Dewey. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 John Dewey (1859 – 1952) John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi yang berkait rapat. Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Dengan itu. Seorang pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang individu adalah berbeza dari segi genetik dan pengalaman lampau. setiap peristiwa pembelajaran akan menghasilkan pengalaman baru yang berbeza kepada setiap murid. Oleh yang demikian pengalaman merupakan sesuatu yang kaya dengan kebenaran dan pengetahuan. Individu menggunakan pengalaman lampau samada positif atau negatif untuk mengatur strategi supaya bejaya dalam hidup. Kesinambungan merujuk kepada keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya. setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza apabila melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan seharusnya membantu individu memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif. Beliau menekankan bahawa kualiti pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk jangka masa yang pendek atau panjang. Dengan kata lain. Beliau menentang corak pendidikan sehala atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh menjadi model pendidikan yang baik untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik. Untuk mencapai tujuan ini pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi pengalaman manusia. pendidikan seharusnya mempunyai matlamat sosial yang lebih meluas. pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran subjek yang serupa. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu situasi. Oleh yang demikian nilai sesuatu pengalaman harus dilihat 
 . Berlandaskan pemikiran beliau. sama ada baik atau buruk. Adakah pembelajaran subjek matematik yang anda lalui ketika anda berada di sekolah rendah mempengaruhi pembelajaran anda semasa anda berada di sekolah menengah? Mengapa? Menurut Dewey lagi. pengalaman timbul akibat interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi.140 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Menurut Dewey. Menurut Dewey. nilai sesuatu pengalaman berbeza untuk setiap individu. Pengalaman yang mendatangkan faedah kepada seseorang individu mungkin tidak berfaedah kepada individu lain. Sebagai contoh. kefahaman yang dibina daripada peristiwa pembelajaran itu bersifat peribadi kerana ia merupakan hasil interaksi antara pengalaman murid dengan peristiwa pembelajaran tersebut.

di mana dunia kanak-kanak diwakili melalui objek (2) ikonik . Kerangka kognitif inilah yang memberikan makna dan mengorganisasikan pengalaman serta membolehkan individu melampaui maklumat yang diberi (go beyond the information given). bagaimana kita membina kefahaman dan kebenaran. Kurikulum 
 . Beliau menerangkan bahawa soalansoalan lampau seperti perkaitan antara minda dengan proses.melibatkan penggunaan imej mental yang mewakili objek atau peristiwa tertentu dan (3) simbolik – keupayaan mengubah tingkah laku dan imej ke dalam sistem simbol untuk mengkod pengetahuan. 1997). Bruner (1990) menyatakan bahawa tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh usahausaha sosial untuk memberi makna kepada persekitarannya. Pengalaman pembelajaran yang diperolehi daripada pengajaran ini seharusnya membolehkan individu menggunakan potensinya untuk kesejahteraan masyarakat. membina hipotesis dan membuat keputusan berpandukan kerangka kognitif mereka. Implikasi teori pembelajaran Bruner terhadap pengajaran adalah guru perlu menggalakkan murid mencari atau membina pengetahuan sendiri dan proses ini memerlukan dialog secara aktif antara guru dengan murid (pembelajaran sokratik). Tugas utama guru lebih dilihat sebagai menterjemah maklumat yang akan dipelajari ke dalam kerangka yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. masa depannya dan bagaimana pengalaman tersebut boleh diguna untuk menyumbang kepada masyarakat. Pandangan Bruner berbeza dengan Piaget. murid memilih dan mentransformasikan maklumat. dari sudut sokongan Bruner terhadap intervensi guru. kita sebagai pendidik boleh merangka pengajaran sesuatu subjek secara progresif dengan mengambil kira pengalaman lampau murid yang dapat mengembangkan lagi pengalamannya dan meningkatkan keupayaannya untuk menyumbang kepada masyarakat. Bruner berpendapat guru boleh mendorong murid untuk mengambil peranan aktif di dalam proses pembelajaran. Jerome Bruner (1915) Idea Bruner tentang teori pendidikan adalah berlandaskan pemikiran Piaget dan Vygotsky dengan memberi penekanan terhadap perolehan dan penggunaan pengetahuan. Menurut pandangan beliau. bagaimana minda dibentuk oleh sejarah dan budaya adalah relevan pada masa sekarang. Menurut teori Bruner (1966) kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod perwakilan yang selaras dengan tahap perkembangan iaitu persembahan (1) enaktif . Apabila kita memahami teori tentang pengalaman. Edwards & Havriluk. Dewey amat menekankan tentang kualiti pengalaman yang dilalui oleh murid semasa pembelajaran dan keperluan seseorang pendidik untuk memahami pengalaman lampau untuk membolehkannya merekabentuk pengajaran yang berkesan.Pendekatan Konstruktivisme / 141 dari segi sejauh mana pengalaman tersebut membawa kebaikan kepada situasi terkini individu. Asas utama di dalam kerangka teori pembelajaran Bruner adalah melihat murid sebagai individu yang aktif membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan terkini dan sedia ada mereka. Penglibatan guru yang menggalakkan penerokaan membolehkan murid mencari beberapa alternatif serta mengenali hubungan antara alternatif-alternatif tersebut (Roblyer.

Ini bermaksud murid bukanlah individu pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja.142 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran.1 Jadual 9. Isikan pandangan anda pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 9. Untuk membolehkan proses ini berlaku. murid memerlukan aktivitiaktiviti yang dapat membantu mereka membina pengetahuan. Sebagai contoh. pada masa yang sama kita memahami maksud istilah kronologi. Pembelajaran bukan hanya melibatkan pembinaan pengetahuan tetapi juga pembinaan sistem pembelajaran di mana makna yang dibina untuk sesuatu konstruk membolehkan kita memberi makna kepada perkara lain yang berkaitan. mari kita lihat pula huraian prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme: Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana murid menggunakan input sensorinya dan membina pengetahuan melaluinya. A
 Kenal pasti perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional. apabila kita mempelajari jujukan peristiwa sejarah berdasarkan tarikh ia berlaku.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional Elemen Pengajaran dan pembelajaran konstruktivis Pengajaran dan pembelajaran tradisional Strategi/aktiviti pengajaran Peranan Murid Peranan Guru Penilaian/ penaksiran Apakah prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme? S elepas kita membincangkan dengan terperinci idea daripada teoris yang banyak mempengaruhi pembelajaran melalui pendekatan ini. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 juga perlu dibina dalam bentuk berpilin supaya murid dapat membina pengetahuan secara berterusan dengan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang telah terdahulu dibina. 
 . Individu belajar bagaimana untuk belajar ketika melalui proses pembelajaran.

ibu bapa dan keluarga. Peranan bahasa dalam pembelajaran amat ditekankan oleh Vygotsky dalam teori sosial konstruktivisnya. Pengajaran secara tradisional lebih terarah kepada mengasingkan individu sewaktu pembelajaran. Bahasa yang kita gunakan mempengaruhi pembelajaran. Guru yang dilihat sebagai autoriti akan memastikan murid berada di tempat masing-masing dan tidak berinteraksi dengan murid lain sewaktu pengajaran berjalan. murid harus menjalani pembelajaran secara aktif melalui aktiviti hands-on. Proses ini tidak boleh berlaku dalam jangka waktu 10 atau 15 minit. rakan. Pembelajaran dipengarauhi oleh individu lain disekeliling kita seperti guru. Lebih banyak pengetahuan yang kita miliki lebih banyak yang kita boleh belajar. ia mempunyai nilai yang tinggi dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya. Jika murid merasakan sesuatu pengetahuan itu adalah relevan kepada kehidupannya. Menyedari perkara ini penting kerana guru akan bersifat lebih terbuka dengan kadar penerimaan murid yang berbeza-beza. Dengan itu adalah sangat penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran baru dapat diasimilasi secara bermakna dengan pengetahuan sedia ada murid. Kajian empirikal menunjukkan bahawa individu bercakap dengan diri sendiri ketika belajar. Pembelajaran kita amat berkait rapat dengan persekitaran sosial dimana kita berada. diuji dan digunakan. Motivasi ialah salah satu kunci pembelajaran. Untuk menyokong proses mental ini. Keadaan ini mungkin dapat mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah namun ia tidak membantu proses pembelajaran murid. Salah satu aspek motivasi adalah menyedari kegunaan pengetahuan yang dipelajari. idea baru yang diterima perlu dilihat kembali. Misalnya. Pembelajaran memerlukan masa. Sebagai perbandingan. Apa yang kita pelajari berkait rapat dengan apa yang kita tahu. Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Untuk pembelajaran yang signifikan. pengajaran menggunakan bahasa ibunda lebih banyak membantu pembelajaran berbanding bahasa asing. apa yang kita lalui.Pendekatan Konstruktivisme / 143 Pembinaan makna melibatkan aktiviti mental. Kita tidak belajar fakta atau teori secara terasing dan yang tidak berkait dengan kehidupan sebenar. Dewey merujuk aktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti reflektif. pendekatan konstruktivis menitik beratkan interaksi sosial di antara guru dan murid atau sesama murid dalam mencari makna dalam membina pengetahuan. Manusia memerlukan pengetahuan untuk belajar. Kita tidak boleh pisahkan apa yang kita belajar dan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana pembelajaran adalah satu aktiviti sosial dan interaktif. 
 . Asimilasi pengetahuan tidak akan berlaku jika kita tidak mempunyai sesuatu kerangka awal pengetahuan yang boleh dijadikan pautan untuk pengetahuan baru. Elemen motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dalam sesuatu konteks. apa yang kita suka atau tidak suka. minds-on dan hearts-on. Ini amat ketara jika kita memerhatikan kedudukan murid di bilik darjah. Pembelajaran melibatkan penggunaan bahasa.

murid tidak datang ke bilik darjah dengan pemikiran yang kosong. Interaksi murid dengan peralatan dan rakan semasa proses 
 . Antara elemen yang perlu ada dalam persekitaran konstruktivis adalah: Pengetahuan dibina Seperti yang telah disebut. Pembelajaran berlaku secara aktif Menggunakan senario pembelajaran di atas. Pada akhir aktiviti ini murid akan sedar bahawa ukuran panjang boleh dinyatakan dalam bentuk unitunit tertentu seperti ‘panjang sebatang pensil adalah 6 unit klip kertas’ dan sebaginya. Beliau lebih menekankan persekitaran pembelajaran dan bukan persekitaran pengajaran untuk mengetengahkan idea terhadap pembelajaran yang lebih fleksibel di mana penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti autentik dan bermakna untuk membantu murid membina pemahaman dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Contoh: Seorang guru yang ingin mengajar konsep ukuran panjang tidak akan terus memberikan muridnya satu pembaris.144 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. adalah jelas bahawa murid diberi peluang belajar secara aktif. Murid akan mencari idea bagaimana untuk mengukur benda-benda yang diberikan. pencungkil gigi atau mancis. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Apakah elemen persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivis? S etelah mendalami prinsip-prinsip asas konstruktivisme. Berasaskan pengalaman ini guru boleh membina pengetahuan murid dengan pengajaran tentang unit-unit ukuran yang standard seperti millimeter. Murid mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk mereka menentukan panjang setiap barang yang diberi guru. Sediakan satu aktiviti bagaimana anda dapat menyediakan pengalaman pembelajaran murid sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Menurut Wilson (1996) persekitaran pembelajaran konstruktivis merupakan tempat di mana murid bekerja bersama dan menyokong antara satu dengan yang lain dan menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi mencapai matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah. pensil. Apa yang penting adalah guru menyediakan beberapa ‘tools’ yang boleh dijadikan alat mengukur seperti klip kertas. bagaimanakah anda boleh menterjemahkan prinsip ini ke dalam bilik darjah? Salah satu aspek adalah membentuk persekitaran pembelajaran yang menyokong paradigma konstruktivisme. Nyatakan konsep apa yang ingin anda ajar dan perincikan pengalaman pembelajaran yang anda ingin murid anda lalui. Setiap murid mempunyai satu set pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang unik dan kompleks. Dalam situasi pembelajaran ini murid mengeksperimen secara handson dan minds-on dengan peralatan yang diberikan untuk mendapatkan ukuran paling tepat untuk menerangkan panjang sesuatu benda. Elemenelemen ini akan menjadi asas kepada apa yang akan mereka pelajari. sentimeter dan sebagainya. Pembinaan makna akan berlaku dengan lebih berkesan kerana murid telah meneroka makna panjang atau pendek berdasarkan pengalaman pembelajaran yang diberikan oleh guru. Guru tersebut seharusnya membenarkan muridnya meneroka cara mengukur sesuatu benda mengikut cara yang boleh difikirkan oleh murid.

Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa anda menjalankan aktiviti pengajaran secara kolaboratif? Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mempastikan keberkesanan pembelajaran secara kolaboratif? Pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penemuan Contoh yang diberikan di atas jelas menunjukkan aktiviti penemuan yang dijalankan. Aktiviti secara kolaboratif ialah satu aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis. Langkah ini akan memahirkan mereka belajar. Guru boleh membantu proses ini dengan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan tentang sebarang keraguan tentang pembelajaran. langkah awal yang perlu guru jalankan adalah meminta murid untuk berbincang dalam kumpulan untuk menentukan bagaimana mereka ingin meneroka konsep yang diberikan. Contoh: Guru meminta murid menyediakan buku log di mana murid boleh merekod bagaimana perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti. Guru juga perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang dilalui dan kaitannya dengan pengalaman lampau atau pengetahuan sedia ada murid. mereka boleh mempelajari strategi atau kaedah pembelajaran daripada rakan-rakan. Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektif Murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri secara menjalankan refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sama ada melalui fasa penerokaan atau pengajaran guru. Semasa murid meneroka konsep panjang. Untuk contoh yang diberikan di atas. minds-on dan hearts-on yang anda ingin murid anda jalankan. Aktiviti penemuan yang dijalankan memberi andaian bahawa benda boleh diukur dengan peralatan yang mempunyai panjang tetap yang boleh digunakan berulang kali untuk mendapatkan 
 . Melalui aktiviti ini murid hanya belajar secara sendiri tetapi mereka juga belajar daripada rakan-rakan sekumpulan. Untuk aktiviti yang telah anda bina kenalpasti apakah aktiviti hands-on. mereka cuba mencari penyelesaian untuk mengukur panjang sesuatu benda. Pembelajaran berlaku secara kolaboratif Apabila guru memberikan aktiviti penerokaan. Langkah ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. interaksi sesama sendiri membolehkan murid ‘merunding makna’ (negotiate meaning) panjang dan bagaimana ukuran boleh dilakukan. Bina dua soalan berbentuk reflektif yang boleh anda berikan kepada murid setelah mereka selesai menjalankan aktiviti pembelajaran yang anda sediakan. Apabila murid melihat kembali dan membuat refleksi secara berkumpulan.Pendekatan Konstruktivisme / 145 penerokaan ini menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan bagi menwujudkan suasana hearts-on.

Contoh: Seorang murid beranggapan bahawa hanya tumbuhan hijau sahaja yang menjalankan proses fotosintesis sehinggalah beliau menguji kehadiran kanji pada tumbuhan yang berdaun merah. • Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau menolak maklumat baru ini. menggunakan arang dan mencipta formula berasaskan struktur molekul air dan sebagainya. Maklumat yang ditolak tidak akan tersemat pada mana-mana kerangka pengetahuan murid dan ‘terapung’ di dalam minda sehingga murid berkenaan dapat membina makna terhadap maklumat ini. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 ukuran panjang. • Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau berusaha menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat yang baru diterima. salah satu perkara berikut mungkin terjadi: • Maklumat baru yang diterima adalah sepadan atau konsonan dengan pengetahuan sedia ada membuatkan ia mudah diterima sebagai kefahaman barunya.146 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. murid itu akan membandingkan maklumat baru diterima dengan pengetahuan dan kefahaman sedia ada beliau. 
 . Murid mempunyai idea yang mungkin mereka dapati tidak benar. menjalankan kajian. Penerokaan pelajaran menghasilkan beberapa contoh kaedah yang boleh dijalankan seperti menggunakan alat penuras. Anda telah mempelajari teori-teori yang mendasari pendekatan konstruktivisme. Berdasarkan kefahaman dan contoh-contoh yang telah diberikan kenalpasti ciri yang diberikan dalam Jadual 9. Semasa proses ini berlaku. Apakah yang akan berlaku apabila murid mempelajari sesuatu konsep baru? Menurut pandangan konstruktivis. Nyatakan kemungkinan penyelesaian yang dicadangkan murid. proses sulingan. menggunakan sumber yang ada untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi. Ciptakan satu aktiviti penemuan untuk murid anda. Pembelajaran sentiasa berkembang Penerokaan yang berterusan akan menimbulkan lebih banyak soalan pada murid. Idea-idea ini wujud secara sementara sehingga penyepaduan pengetahuan berlaku. Kebanyakan aktiviti pembelajaran konstruktivis adalah berasaskan penyelesaian masalah. Murid akan menggunakan proses inkuiri untuk bertanya soalan. Anda juga telah diberi penerangan tentang persekitaran konstruktivis yang boleh dijalankan di bilik darjah. Contoh: Sekumpulan murid tingkatan empat diberikan aktiviti untuk menyiasat bagaimana menulenkan air.2 dengan menandakan / (Ada) atau X (Tiada) pada kotak yang berkaitan. Guru seharusnya merangsang murid memikirkan penyelesaian sama ada di peringkat konkrit atau pun abstrak. salah atau tidak mencukupi untuk menerangkan penegtahuan baru yang mereka tempohi. Dapatan ujian ini akan mengubah kerangka pengetahuan beliau untuk menyepadukan konsep bahawa tumbuhan berdaun merah juga mampu menjalankan proses fotosintesis.

Jonassen (1999) mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong proses pembelajaran konstruktivis: Guru bertindak sebagai model peranan (role model) Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk memperagakan situasi pembelajaran yang berkaitan. konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan sebagai sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman murid dengan dunianya. menganalisis dan memantau M 
 . Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkan pengetahuan. Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal seperti demonstrasi kerja amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan diskusi atau memainkan rakaman dialog dengan pakar dalam bidang berkenaan.Pendekatan Konstruktivisme / 147 Jadual 9. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha mewujudkan pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan. pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkil keluar untuk dimanfaatkan murid. Guru berperanan sebagai jurulatih.2 Ciri persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Ciri Memanjangkan tanggung jawab pembelajaran ke atas murid Memberi peluang murid menentukan apa yang perlu mereka pelajari Membantu murid mengurus aktiviti pembelajaran Membantu murid menyumbang ke arah pembelajaran bersama Mewujudkan persekitaran pembelajaran ‘tanpa ancaman’ (nonthreatening) Membantu murid mengembangkan kesedaran metakognitif mereka Membentuk pembelajaran bermakna Menggunakan pengetahuan sedia ada secara maksima Mengukuhkan pengajaran dalam situasi realistik Mengadakan pelbagai cara mempelajari bahan Merangsang pembinaan pengetahuan secara aktif Menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti untuk merangsang aras pemikiran tinggi Menggalakkan tinjauan dari pelbagai perspektif Menggalakkan cara penyelesaian masalah yang kreatif dan luwes Menyediakan mekanisme untuk murid mempersembahkan hasil pembelajaran mereka / X Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis? enurut Jonassen (1999).

Guru juga memandu murid melalui maklum balas serta nasihat berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi atau menimbulkan pemikiran refleksi murid terhadap apa yang telah dibelajar. Tulis sebuah laporan berdasarkan dapatan anda. Di samping itu guru berperanan sebagai jurulatih dalam membetulkan andaian salah. menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaian alternatif.htm dan baca artikel ‘CLES: An instrument for monitoring the development of constructivist learning environments’ Muat turun soal selidik CLES dari MyGuru2 dan perbanyakkan. T 
 erdapat beberapa jenis model pengajaran yang mengambil kira pendekatan konstruktivis. Antaranya ialah model 5E (Engagement. Explanation. Model pengajaran konstruktivisme Fasa.com/cles/papers/CLES_AERA94_Award.moodle. Apakah ciri murid yang dihasilkan melalui pendekatan konstruktivis? Pelajar yang melibatkan diri secara bermakna dalam proses pembelajaran dilihat sebagai mereka yang: • • • • • • bertanggung jawab ke atas pembelajaran mereka sendiri mempunyai kawalan kendiri dan menentukan matlamat pembelajaran mereka berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri berupaya menyelesaikan masalah tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi baru belajar di antara satu dengan yang lain secara kolaboratif dan berinteraksi secara generatif dengan guru. Antara usaha guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalah menyesuaikan darjah kesukaran masalah. Exploration.148 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran. Aktiviti perancah memerlukan guru kadang kala mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu masalah supaya proses pembelajaran yang tergendala dapat diteruskan. Rajah 9. Guru berperanan sebagai perancah. Evaluation) dan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Enhancement. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 perkembangan murid dari segi perolehan kemahiran-kemahiran yang tertentu. murid-murid lain dan persekitaran. Selain tiga peranan yang diberikan di atas. Tadbir soal selidik ini di kelas yang anda ajar. Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan masalah. bolehkah anda memikirkan peranan lain yang boleh dimainkan oleh guru dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis? Adakah anda seorang guru konstruktivis? Lawati URL ini: http://surveylearning.2 menunjukkan Model Kitar Pembelajaran 4- .

Pendekatan Konstruktivisme / 149 Rajah 9. Penaksiran dan penilaian pembelajaran tidak dijadikan sebagai satu fasa terasing kerana kedua-dua proses ini berlaku dalam setiap fasa pengajaran dan pembelajaran. menyusun semula. Berikut merupakan huraian setiap fasa pengajaran: Fasa 1: Permulaan/Mencungkil Idea • Guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru • Guru mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang mempersembahkan dan menyatakan idea dan pengetahuan sedia ada mereka • Langkah pertama ke arah memurni.2 Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa ini sangat mudah diikuti dan diaplikasi kerana model ini menunjukkan urutan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas tanpa ada pertindanan antara satu fasa dengan satu fasa yang berikutnya. dan/atau mengatasi miskonsepsi jika ada • Menyediakan murid dan guru untuk berinteraksi dengan idea murid secara bermakna ke arah pembinaan pengetahuan baru • Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar murid Fasa 2: Menstruktur/Menstruktur semula idea • Membina idea dan kefahaman baru • Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid supaya lebih bertepatan dengan idea/kefahaman yang hendak dibina • Menyelesaikan masalah miskonsepsi murid • Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman murid • Menaksir kefahaman murid secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran) 
 .

Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Fasa 3: Aplikasi idea Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi. Pengajaran juga harus tertumpu kepada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran pembelajaran berasaskan kes di mana murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan • Melakukan penaksiran untuk pembelajaran • • • • Fasa 4: Refleksi/Penutup • Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi murid dengan pengetahuan baru yang dibina • Meringkaskan apa yang telah dipelajari • Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil pembelajaran tersebut • Meminta murid membuat kesimpulan dan membuat refleksi keseluruhan pengalaman pembelajaran mereka • Mengaitkan dengan pelajaran akan datang RUMUSAN J onassen (1994) membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran konstruktivis kepada beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui pengajaran boleh dilakukan. Beliau menyarankan persembahan keadaan sebenar dipelbagaikan dan keadaan ini boleh mewakili kerencaman semula jadi dunia sebenar. 
 . membolehkan pembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke atas pembinaan pengetahuan secara kolaboratif. Fokus pengajaran haruslah kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya hasil pembelajaran. Selain itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan pembelajaran.150 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran.

Mengaplikasi idea 9. Adakah pendekatan konstruktivisme mempunyai impak terhadap kemahiran komunikasi dan sosial murid? Bincangkan. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘membina pengetahuan’ atau ‘membina kefahaman’? 5. 5. Autentik 10. Hands-on. Apakah kelebihan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivis? 2. Mencungkil idea 7. Pendekatan Konsruktivisme Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Reflektif Kolaboratif Pengetahuan sedia ada 6. 2. minds-on. Terangkan perbezaan diantara idea pengajaran secara tradisional dan konstruktivis. 
 . Terangkan bagaimana pendekatan konstruktivisme mengembangkan kemahiran berfikir murid. 6.Pendekatan Konstruktivisme / 151 PETA MINDA KATA KUNCI 1. Menstruktur idea 8. Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh murid dan guru yang mengadaptasikan pendekatan konstruktivis? 3. hearts-on PENILAIAN KENDIRI 1. 3. 4.

.). MA: Harvard University Press. Minds in society.). Reigeluth (ed. (2010). MA: McGraw-Hill.). 8. (2000). & DeRosa. J. J. Dalam C. S. Reka bentuk satu rancangan mengajar berteraskan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Jonassen. Effective Learning. A new paradigm of instructional theory. Teaching children science. New York: Pearson International Edition. NJ: LEA Publishers. (2009). Bincangkan beberapa aktiviti yang bersifat konstruktivis dan mampu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Vol II. B. 9. D.. A. Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 7. (Eds. (1971). & Carin. Educational Psychology: Effective Teaching. A. teknologi boleh meningkatkan keberkesanan pendekatan RUJUKAN Abruscato. Piaget’s theory of cognitive development. Jonassen.) Instructional design teories & models. Bass. A. Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran. al. Pendekatan konstruktivis memberi focus terhadap penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi. E... (1978). Mahwah. S. Boston. (1994). (2011). 34-37. Bincangkan bagaimana konstruktivisme. L. Elliot. J. (1999). 
 . Cook. Designing constructivist learning environments. J. T. L. dan Penaksiran. T. Teaching science as inquiry. D. (7th Ed. (3rd Ed. et. Educational Technology. Contant. UPSI Vygotsky. H. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Thinking Technology: toward a constructivist design model. (11th Ed. Kratochill. M. Wardsworth. J. dan Travers.) New York: Pearson International Edition. A. New York: Longman. Littlefield. Nurulhuda Abd Rahman. J.152 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran..H.

1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional Elemen Strategi/aktiviti pengajaran Peranan Pelajar Pengajaran dan pembelajaran konstruktivis Berpusatkan pelajar Pengajaran dan pembelajaran tradisional Berpusatkan guru Pembina pengetahuan Penerima pengetahuan Peranan Guru Pemuda cara pembelajaran Pemberi maklumat Penilaian/ pentaksiran Penilaian berterusan. secara holistik Penilaian tradisional melalui ujian dan dan autentik peperiksaan (pensil dan kertas) setelah pengajaran dan pembelajaran. 
 .Pendekatan Konstruktivisme / 153 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A
 Jadual 9.