Anda di halaman 1dari 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI/ 2011

HBML 4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN :

: : : :

700110135158002 700110-13-5158 0138004963 kdarakotot@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

5 3. 2.3 Faktor Sikap Pengguna Bahasa 3.700110135158002 HBML 4103 ISI KANDUNGAN: Abstrak 1. 3.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di Dunia.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu.1 Faktor Sejarah 2.5 Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS) 4.1 Persoalan Tugasan 2.4 Peranan Sektor Swasta 3.2 Faktor Pendidikan 2.2 Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka 3.3 Peranan Warga Pendidik 3.1 Peranan Pemimpin 3.0 Pengenalan 1.0 Kesimpulan Rujukan 2 .

faktor pendidikan dan faktor sikap penutur bahasa itu sendiri. Dalam pengenalan tugasan dimuatkan sejarah kewujudan dan penemuan bukti penggunaan bahasa Melayu pada zaman dahulu. Peranan golongan intelektual untuk menyelamatkan bahasa Melayu agar tetap utuh sehingga akhir zaman juga dinyatakan. 3 . Peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu juga dinyatakan. Juga dimuatkan tentang faktor-faktor penyebab kepada ketidakupayaan bahasa Melayu bersaing dengan bahasabahasa lain di dunia.700110135158002 HBML 4103 ABSTRAK Tugasan HBML 4103 ini telah dilaksanakan dengan memfokuskan kepada persoalan yang dikemukakan iaitu perbincangan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Faktor-faktor yang dinyakan adalah faktor sejarah.

istilah tersebut berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu malakurram atau malakolam yang merujuk kepada sebuat tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Ptolemy menulis dalam bukunya yang berjudul. Seberang Perai.700110135158002 HBML 4103 1.Para pengkaji berpendapat bahawa Mo-lo-yu ialah sebuah kerajaan yang terletak di Jambi.Pada peringkat awal istilah Melayu dikaitkan dengan kerajaan atau kawasan. Teluk Tourane. selatan Thailand.Ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang banyak merujuk kepada kerajaan atau kawasan tersebut. Istilah “Melayu” juga ditemui dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina yang ditulis pada zaman Dinasti T’ang. Menurut Gerini. Pada abad ke-4M.0 Pengenalan Bahasa Melayu adalah anggota terpenting dari kerabat Bahasa Austronesia yang memiliki batasan luas.Geographike Sintaxis. Kedah. Filipina.telah menggunakan istilah maleu-kolon. Asal-usul bahasa Melayu masih kabur lagi serta memerlukan kajian lanjut dan mendalam. Catatan yang ditulis dalam tulisan Cina antara tahun 644 hingga 645 Masihi mengandungi istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue.teks tertua dalam bahasa Melayu bertanggal 682 selesai ditulis di atas batu di Sumatera. Vietnam dan Kalimantan. bahasa Melayu purba dikatakan telah pun wujud iaitu di Champa.selatan Sumatera.iaitu Tanjung Kuantan. 4 . diluncurkan dari peradaban Asia Timur pada sepuluh ribu tahun yang lalu. Sejak abad ke-2M lagi.Penggunaan istiliah “Melayu” pada peringkat awalnya dapat dikesan sekitar 100 – 150 Masihi apabila M.daerah Palembang.Pada abad ke-8. Vietnam serta beberapa prasasti lagi yang ditemui di abad ke-7M di Sumatera. Catatan tersebut menyatakan terdapat utusan dari Mo-lo-yu dihantar ke Negara China untuk mempersembahkan hasil bumi mereka kepada raja China. Vietnam. beberapa prasasti atau batu bersurat dalam bahasa Melayu kuno ditemui di Dong Yen Chau. Jawa. ketika Bede menulis komentarnya dalam Caedmon’s Hymn to creator dan ketika teks pertama dari Beowulf ditulis dalam bahasa Inggeris Kuno.

John B. Di Indonesia.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di Dunia. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia.Kemboja. .1 Persoalan Tugasan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Bahasa Inggeris dan Bahasa Hindi atau Bahasa Urdu. mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. Selain daripada keempat-empat negara tersebut.Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke.000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka. Ia juga merupakan salah satu bahasa rasmi di Singapura.700110135158002 HBML 4103 1. Apakah peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu? 2.Vietnam. China. bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain itu. Jerman. Filipina.20 pula menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Faktor merupakan unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil. Indonesia. bahasa Melayu kini dipanggil Bahasa Indonesia. Amerika syarikat. terdapat radio dalam bahasa Melayu. . manakala di China. New Zealand dan beberapa tempat yang lain. bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan.Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman. Penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta bersama penutur Bahasa Indonesia dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasabahasa di dunia selepas Manderin. Dengan statistik yang dikemukakan berupayakah Bahasa Melayu bersaing dengan bahasa lain di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. manakala di Malaysia. Belanda. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom. dilaporkan seramai 70. Australia. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan5 . dan Brunei.Sri Langka dan Afrika Selatan.

Namun setelah banyak persaingan daripada pelbagai sudut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabakan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.British juga telah 6 . Pada zaman kedatangan Islam pula. Perkataanperkataan Arab telah diambil masuk ke dalam Bahasa Melayu. Mereka membawa masuk orang-orang Cina dan India yang mewujudkan perubahan daripada segi politik.social dan budaya. Pengaruh bahasa Arab pada Bahasa Melayu amat besar sekali. Faktor sejarah Faktor pendidikan Faktor sikap pengguna bahasa 2. jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Bahasa Melayu merupakan lingua Franca terutamanya di daerah Kepulauan Melayu apabila orang-orang Eropah datang ke nusantara. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah.Ini berlaku kerana pertembungan dengan pelbagai bahasa lain yang dibawa oleh pedagang-pedagang asing seperti pada zaman kedatangan agama Hindu Bahasa Melayu telah bertembung dengan bahasa Sanskerta yang mengakibatkan pengambilan banyak bahasa Sanskerta ke dalam Bahasa Melayu. Di antara fakto-faktorrnya adalah: i.Bahasa melayu telah bertembung dengan bahasa Arab.Manakala Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.1 Faktor sejarah Sejarah juga merupakan salah satu penyebab kepada Bahasa Melayu hilang upaya dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain di dunia.700110135158002 HBML 4103 urutan bunyi. Ini terbukti dengan catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka. Bahasa Melayu pernah mencapai zaman kegemilangannya yang tersendiri. iii. Berbagai perubahan telah berlaku dalam tempoh seratus tahun penjajahan British di Semenanjung Tanah Melayu. ii. Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah juga telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Sekiranya usaha-usaha ini dilakukan nescaya sekurang-kurangnya kelemahan-kelemahan dalam penggunaan bahasa dan sikap memandang rendah terhadap Bahasa Melayu dapat dibendung sejak peringkat sekolah lagi. Berbeza dengan sekolah Inggeris yang berkhir di peringkat universiti. Kedudukan dan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuan melalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secara langsung.Sekolah-sekolah Melayu juga dibuka tetapi hanya berakhir pada peringkat rendah dan memakan masa enam tahun sahaja. Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa perantaraan yang mutlak di kalangan perbagai kaum di Tanah Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu 7 . 2.Bahasa Cina dan bahasa Tamil mendapat sambutan yang tinggi semasa penjajahan British. Dalam zaman British. Sehingga kini bahasa Inggeris masih lagi disanjung oleh sebilanagn penutur Melayu sendiri.700110135158002 HBML 4103 membawa masuk sekolah sekular moden dan membuka sekolah-sekolah Inggeris yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris. Apatah lagi dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Bahasa Melayu telah disaingi bahasa-bahasa asing buat pertama kalinya. Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris telah mendapat penutur-penuturnya melalui sekolah-sekolah aliran Inggeris yang menjajnjikan peluang pekerjaan yang luas.Bahasa Cina dan bahasa Tamil telah bertambah bilangan penuturnya kerana British membawa masuk lebih ramai orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu. Bahasa Melayu telah jatuh taraf dan statusnya dalam zaman British.2 Faktor pendidikan Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini.

Kelunturan keyakinan ini akhirnya membawa kepada kelunturan rasa hormat terhadap bahasa sendiri.000 buah buku pelbagai judul. Akibatnya. dan sebagainya.700110135158002 HBML 4103 sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaan dasar ini. Semua mata pelajaran sains dan matematik dari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi telah diajarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah. Selain itu. 2. dan bahasa 8 . perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji. 200.000 istilah. termasuk orang Melayu sendiri terhadap bahasanya sendiri. banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta IPTS 1996. keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. pelaksanaan dasar ini menjadikan peranan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad.3 Faktor sikap pengguna bahasa Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan berhadapan dengan cabaran baharu pada awal abad ke-21. Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus IPT luar Negara. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa. khususnya bagi pendidikan tinggi sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Secara tidak disedari arus globalisasi turut melunturkan keyakinan masyarakat. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS. Ini dapat dilihat pada penggunaan bahasa rojak dalam situasi rasmi.

Walau bagaimanapun. Di samping itu. Ali Shariati dalam bukunya On Sociology of Islam menegaskan golongan intelektual bukan sekadar ilmuan tetapi juga bertanggungjawab untuk memperbaiki masyarakat untuk menunaikan cita-cita mereka. rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu. Bahkan media penyiaran turut merosakkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dengan menggunakan cogan kata yang separuh belut separuh ular.. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi dipersoalkan.700110135158002 HBML 4103 kebangsaan tidak lagi diutamakan di tempat awam. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia. Benarkah bahasa Melayu di IPT umpama Melukut di Tepi Gantang? Bahasa Melayu dan APM didakwa menjadi punca kegagalan UM untuk termasuk dalam senarai antara 100 universiti terbaik. iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Menurutnya 9 . Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan. majlis rasmi negara cenderung mengutamakan bahasa Inggeris walaupun khalayak yang hadir ialah orang Malaysia yang memang fasih berbahasa Melayu. memperlekehkan bahasa Melayu dan pelajar Akademi Pengajian Melayu (APM).Masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Masyarakat kurang yakin terhadap Bahasa Melayu sehingga ramai berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman. Kenyataan sedemikian diluahkan oleh Naib Canselor. Universiti Malaya (UM). Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca. 3.Syed Hussien al-Attas dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun menjelaskan bahawa intelektual hanyalah sekumpulan kecil masyarakat yang mampu mencapai taraf keintelektualan. Sifat cinta akan bahasa sendiri perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia.

Menteri Kesenian. amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu. Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989: 18) bahawa beliau menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia yakni Bahasa Melayu ketika membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka dalam lapangan pengadilan. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu. dan mahkamah tengah.700110135158002 HBML 4103 golongan intelektual adalah orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukannya kebendaan dengan menggunakan akal fikirannya.Kelangsungan daripada cadangan beliau itu. Justeru.2 Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka 10 . Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada tahun 1986 telah membuat keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. Kebudayaan dan Warisan. 3. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Datuk Seri Dr. Menurut Bekas Ketua Hakim Negara. selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. mahkamah majisterit. dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah. 3. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi “mengangkasakan” tamadun bangsa. Rais Yatim sebagai berkata Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP mendenda pencemar bahasa di negara ini.1 Peranan Pemimpin Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November.

hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan.700110135158002 HBML 4103 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak akibat perkembangan era globalisasi yang hanya mementingkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam rutin harian setiap masyarakat. Sulaiman Hj. Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Oleh hal yang demikian. Selain itu.Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk mencetak dan menerbitkan buku-buku. Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa Melayu terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan.Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. majalah-majalah. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk Membina Bangsa". Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia. Dalam bidang sains dan teknologi. risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu. pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha memperkaya Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi. "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Dato’ Dr. Kaedah pemantauan yang digunapakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri 11 .

3 Peranan Warga Pendidik Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu.700110135158002 HBML 4103 daripada 159 guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. 3.4 Peranan Sektor Swasta Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu amatlah dialualukan. Dengan cara ini. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia. dalam konteks sikap yang lebih luas. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Papanpapan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan katakata bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi. nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi. 3. Selain itu. sains.5 Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS) 12 . 3. Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa. dan teknologi.

Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa ini. Maka martabat Bahasa Melayu dapat diangkat semula selari dengan Wawasan 2020. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Selain itu. Timbalan Menteri Pelajaran.700110135158002 HBML 4103 Institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu. Institusi Pengajian Tinggi perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu. maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini. 13 . Malahan setiap perancangan tidak harus sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan efektif.Pendekatan secara tuntas perlu diambil setiap pihak berwajib sama ada pihak kerajaan mahupun masyarakat dalam memulihkan dan meneguhkan semula Bahasa Melayu dalam diri setiap masyarakat terutamanya bangsa Melayu. bangsa Malaysia juga dapat dimartabatkan melalui bahasa Melayu. Oleh itu. Ini dapat dilihat bagaimana langkah kerajaan membentuk Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya yang diumumkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia dalam Majlis Perasmian Seminar Pengajian Melayu (1989: 43). Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah. 4. inisiatif sebegini perlu diteruskan.0 Kesimpulan Bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini.

com/2007/07/31/sejarah-bahasa-melayu/ capaian pada 19. “Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi”. (8 – 9 Oktober).2007. 1997.gov.Bahasa Melayu. (8 – 9 Oktober 2005 . “Peranan Agensi-agensi Swasta dalam Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu”. 1. HBML 4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.2010.700110135158002 HBML 4103 JUMLAH PERKATAAN 2768 RUJUKAN Mohd Salleh Majid. Putri Roslina Abdul Wahid .2011 Mamaaina.2006. Bahasa Dunia. Musa Mohamad. ed.my/persada_bahasa) capaian pada 19. Arkib Negara. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.Nornajmah Narmuddin dan Rosdah Omar.6. 2005. Pembinaan Bahas Melayu. 1984. 1997.Perancangan Bahasa Di Malaysia. Kertas Kerja Kongres Bahasa &Persuratan Melayu keempat.2011 Sharifah Nor syed Abdul Rahman. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan PenakatanTamadun. “Persada Kegemilangaan Bahasa Melayu” (http://www. 2010. Datuk.STPM 14 . Awang Sariyan.1982.Sejarah Singkat/James T Collons.arkib. Mohd Salleh Majid. Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain. “Sejarah Bahasa Melayu” (http://bahasamelayutuisyen.6.Selangor Darul Ehsan. “Peranan Agensi-agensi Swasta dalam Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu”. Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan bahasa Melayu VIII.wordpress.Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan bahasa Melayu VIII.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Dr.

Teks Dan Rujukan Lengkap.google.my/books? id=prdmaniiPmYC&pg=PT26&dq=sejarah+bahasa+melayu&lr=&cd=12#v=onepage&q =sejarah%20bahasa%20melayu&f=false) Capaian pada 23.Jangan Malu Guna Bahasa Melayu: Berita Harian 17 April 2006 15 . (http://books.2011 Masyitah.6.Bahasa Malayu Kertas 1 dan 2.com.700110135158002 HBML 4103 –Pra U.