Anda di halaman 1dari 14

1. (obsiti) kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. 2.

Kesihatan Anak: Kanak-Kanak Obes Berisiko Gemuk Bila Dewasa 3. Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanakkanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. 4. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti? 5. Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang. 6. Contoh: 7. Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm 8. BMI = 80kg / 1.7X1.7 = 80/ 2.89 = 27.7 9. Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk 10. Kelas BMI 11.Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2 Normal 18.5-24.9 Berat berlebihan 25-29.9 1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9 2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9 3. Obesiti keterlaluan Lebih 40 12. Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan. 13. Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti? 14. Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. 15.Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan. 16. Apakah Punca Obesiti? 17. a) Genetik dan Keturunan 18. Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti. 19. b) Sebab persekitaran 20.Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti. 21. c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti 22. d) Sebab psikologi 23.Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

24. e) Masalah metabolisme 25. Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanakkanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin. 26. Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti 27. Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif Masalah jantung Darah tinggi Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur. Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain. 28. Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan? 29.Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. 30. Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat? 31.a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu. 32.b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah. 33.c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan. 34. Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih? 35. a) Kurangkan menonton TV 36. b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain 37. c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. 38. d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum 39.Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. 40. Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai. 41.Oleh YEO LI SHIAN Bilakah kali terakhir anda memperoleh bacaan ukuran keliling pinggang anda? Soalan ini mungkin kedengaran tipikal tetapi masih relevan. Bacaan ukur lilit pinggang biarpun memberi penilaian yang ringkas tetapi ia ada hubung kait dengan risiko kardiometabolik (CMR). Dalam satu pertemuan bersama Kosmo! di ibu negara baru-baru ini, Profesor Perubatan dari Universiti Antwerp, Belgium, Profesor Luc Van Gaal berkata, ukur lilit pinggang adalah kayu ukur yang tepat untuk menilai CMR jika dibandingkan dengan kaedah konvensional menggunakan indeks jisim tubuh (BMI).

"Sama ada bacaan BMI seseorang itu rendah atau sebaliknya, tetapi jika ukuran pinggangnya tinggi, maka ini bermakna risiko kardiometaboliknya turut meningkat," katanya. Biarpun kebanyakan individu obes lebih cenderung mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular dan hipertensi, Profesor Luc memberitahu, pertambahan berat badan bukanlah satu-satunya isu yang perlu diberi perhatian. "Apa yang lebih signifikan adalah di mana terkumpulnya lemak dalaman itu. Terdapat dua bentuk obesiti iaitu obesiti pada abdomen yang dikenali sebagai android (bentuk epal) dan obesiti pada bahagian bawah tubuh atau digelar gynoid (bentuk pir). "Tubuh berbentuk epal lebih tinggi risikonya dibebani penyakit kardiovaskular. Lebihlebih lagi apabila ia melibatkan amaun lemak yang terkumpul di sekitar organ-organ abdominal utama," jelas Ketua Jabatan Diabetologi, Metabolisme dan Nutrisi Klinikal Hospital Universiti negara tersebut. Bagi yang masih kurang faham tentang definisi obesiti abdomen dalam konteks ukuran lilitan pinggang, seseorang lelaki sihat biasanya memiliki ukuran keliling pinggang kurang daripada 90 sentimeter (cm) manakala 80 cm pula untuk kaum wanita. Menurut Profesor Luc, akumulasi kuantiti lemak berisiko tinggi yang berlebihan pada bahagian perut turut dikaitkan dengan faktor CMR yang lain seperti pemusnahan keupayaan tisu-tisu tertentu untuk bertindak balas terhadap insulin. "Kajian mendedahkan tisu-tisu adipos tidak hanya bertindak sebagai 'stesen penyimpanan lemak'. Tetapi, ia juga satu organ endokrin yang aktif dan mampu membebaskan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan sistem kardiovaskular dan metabolisme ke dalam tubuh," katanya dalam temuramah yang diaturkan oleh syarikat farmaseutikal, Sanofi-aventis. Pembebasan bahan-bahan kimia ini boleh menyumbang kepada perkembangan faktorfaktor CMR seperti paras trigliserid iaitu lemak dalam badan yang tinggi dan peningkatan tahap glukos dalam darah. Di Malaysia, kaji selidik Malaysian Shape of the Nation (MySon) yang dijalankan pada tahun lalu mendapati, 47.1 peratus lelaki dan 60.2 peratus wanita daripada sejumlah 1,893 peserta yang dikaji, mempunyai masalah obesiti dan berdepan dengan peningkatan CMR. Perubahan gaya hidup, gaya pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam adalah antara faktor penyumbang kepada masalah CMR. Tambahnya, kajian terperinci turut mengaitkan sistem endocannabinoid (sistem EC) yang terlampau aktif dengan obesiti abdomen. Sistem EC merupakan satu sistem yang mengawal selera dan keseimbangan penggunaan tenaga seseorang. Badan membebaskan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai cannabinoid dan apabila berhubung dengan reseptor CB1 yang terletak dalam sel-sel lemak dan hipotalamus otak, akan menghasilkan isyarat bahawa tubuh mahukan makanan dan terasa lapar.

Berita baiknya ialah perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh menyelaraskan semula sistem EC yang terlampau aktif. Namun, jika ada di kalangan anda yang menyangka pengurangan berat badan menerusi program melangsingkan tubuh boleh mengurangkan risiko kardiometabolik, anda silap. "Pelangsingan tidak akan membantu mengurangkan lemak badan. Begitu juga dengan pembuangan lemak menerusi kaedah liposuction. Liposuction hanya menyingkirkan lemak-lemak superfisial di bawah kulit tetapi bukan lemak dalaman yang lebih solid. Pendekatan pengurusan berat badan seharusnya dipantau oleh pakar," katanya. Amalan gaya hidup sihat yang ringkas seperti berhenti merokok dan kekerapan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu sudah memadai untuk mengurangkan kuantiti lemak dalaman pada tubuh. "Jika sel-sel lemak dalaman mula berkembang pada usia yang muda dan tiada usaha untuk membendungnya maka, ini bermakna risiko kardiometabolik termasuklah masalah obesiti abdomen juga meningkat," ujarnya. Ketua Jabatan Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali berkata, kadar kelaziman faktor CMR di Malaysia kian meningkat. Dr. Rosli dalam majlis pelancaran pil terbaru, Acomplia, baru-baru ini memberitahu, pada amnya lelaki di negara ini mencatatkan ukuran lilitan pinggang sekitar 87.8 sm manakala kaum wanita pula 83 sm. "Berbanding masyarakat Barat, penduduk Asia lebih cenderung mengalami pengumpulan lemak pada bahagian abdomen. "Masalahnya, paras adiponectin yang rendah sering ditemui di kalangan mereka yang obes dan berisiko tinggi mendapat serangan jantung. Adiponectin merupakan sejenis hormon protein yang dihasilkan dan dibebaskan oleh sel-sel lemak yang berfungsi menyelaraskan metabolisme lipid dan glukos selain mempengaruhi tindak balas tubuh terhadap insulin," kata pakar endokrinologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Chan Siew Pheng. Adiponectin turut memberi kesan antiradang terhadap sel-sel yang melapisi dinding saluran darah. Dianggarkan sekitar 17 juta orang di serata dunia meninggal dunia akibat penyakit jantung setiap tahun manakala jumlah kes kematian yang melibatkan diabetes pula menjangkau 4 juta kes. "Pemeriksaan secara kerap dan susulan terhadap faktor-faktor risiko kardiometabolik boleh membantu doktor menguruskan individu yang berisiko," kata pakar kardiologi dari Perancis, Profesor Dr. Jean-Pierre Bassand yang hadir pada majlis itu. Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/04/definisi-obesitiabdomen.html#ixzz1naWlSxWu

42.

Definisi obesiti Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badanseseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadiketerlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan danseterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatanfizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Siapakah yang tergolong dalam obesiti Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuranideal; Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badansepatutnya; y I ndeks Jisim Badan (BM I) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimanamengira BM I) ; y Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis ) ;dan y G agal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikutdiet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. M akanan dan kesesuaian P emakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihatsebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja denganlebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen.Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidakbagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dantidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin bolehmendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, andabolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan,mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuaidengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kitamenjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orangmempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikansebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini,anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlaparsehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makananberkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanantersebut. Pemakanan Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan danpenukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan,kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandungsemua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapatmembantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda Risiko kesihatan Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku,antaranya ialah: Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung) Strok (angin ahmar) Tekanan darah tinggi Batu hempedu Diabetes (kencing manis) paras kolestrol darah yang tinggi Sakit di bahagian bawah belakang badan Sukar bernafas Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut Gangguan pembuangan air kecil Penyakit hati Barah usus Senaman yang boleh dilakukan Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang,kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkanlagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan: Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.

Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa. Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy. Berjalan-jalan, berkebun. Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain

Definisi obesiti
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

Cara-cara mengurangkan berat badan


a) Pengurangan kalori harian : Kurangkan lemak dan makanan tinggi lemak. 1 gram = 9 kkal or 1 teaspoon = 45 kkal Kurangkan amaun makanan harian. Modifikasi resipi (jelaskan) b) Pengubahsuaian tingkahlaku : 1) Mengawal rangsangan makan - semasa pergi berbelanja atau belibelah - aktiviti sosial- keraian/jamuan. 2) Motivasikan diri 3) Ubahsuai tabiat makan - Ambil hidangan yang kecil. - Makan perlahan, tidak bertambah. - Kunyah 40 kali sebelum telan. - Makan hanya di ruang makan jangan sampai di sink mencuci.

Mengambil sarapan pagi. Minum atau makan sup sayur 20 - 30 minit sebelum makan Kurangkan makan semasa aktiviti kurang. Makan pada waktu makan yang ditetapkan.

4) Pilih makanan daripada bijirin dan kekacang - Bijirin penuh Kaya dengan fiber, karbohidrat kompleks, vitamin B dan mineral tertentu. - Kekacang Kaya dengan protin tumbuhan dan fiber yang baik. 5) Lebihkan memakan sayuran dan buahan Makan pelbagai sayuran terutama yang berwarna hijau dan kuning tua. Sediakan sayuran tanpa / kurang lemak. Sayuran segar dan ulam adalah digalakkan dalam sajian. Utamakan buahan sitrus, tembikai dan betik. Makan buah sebagai snek atau pencuci mulut. Minum air perahan buah tanpa gula.

Sumber : Http://web.utm.my

OBESITI DI MALAYSIA - APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN? Written by Administrator Thursday, 08 April 2010 10:10 Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ). Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti : 1. Diabetis, 2. Darah tinggi, 3. Penyakit jantung,

4. Kegagalan sistem pernafasan , 5. Kegagalan system perkumuhan 6. Kanser dan sebagainya. Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia. Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity Obesiti di kalangan kanak kanak & remaja Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008) Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti 1. Keturunan dan faktor genetik 2. Tiada senaman yang mencukupi 3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak 4. Hormon 5. Pengambilan ubat/ Rawatan 6. Virus Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes. Standard Pengiraan Obesiti Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards. Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar. Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negaranegara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut. Mohana Priya
BESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat dan menekan, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka. Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh. Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja

perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan. Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produkproduk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang ini, tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti merupakan salah satu masalah rumit yang seringkali dihadapi remaja, termasuk juga orang dewasa. Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan adipose (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya. Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubatubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Apa sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi penyebab obesiti. Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran. 1. GENETIK Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila

bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar. 2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut hipotalamus, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. Hipotalamus mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan&rsquo ; hipotalamus ventromedial (HVM) yang bertugas mengekang

nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang&rsquo . Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan. 3. POLA MAKAN BERLEBIHAN Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. 4. KURANG BERSUKAN Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu: 1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum; 2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh. Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut. Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal. 5. PENGARUH EMOSIONAL Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk dahaga akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya. Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya. Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya. Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan. Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan

kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan. 6. LINGKUNGAN PERSEKITARAN Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan. Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut. Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.

Anda mungkin juga menyukai