Anda di halaman 1dari 3

SK PINGGAN PINGGAN , PITAS MINIT MESYUARAT KECERIAAN DAN TANDAS KALI KE-2 2011

Tarikh Hari Tempat Masa

: 6 April 2011 : Rabu : Bilik Akses SK. Pinggan-pinggan Pitas : 9.40 pagi

Kehadiran 01. Pn. Saloma Sambion 02. Pn. Jeneh Binti Emang 03. En. Syed Azman Bin Syed Anwar Penolong Kanan HEM Guru Guru

Agenda 01. Aluan Pengerusi 02. Pengesahan Minit Mesyuarat kali ke-2 2011 03. Laporan Guru dan Cadangan Penambahbaikan Tandas 04. Hal-hal lain

No.

Perkara yang dibincangkan

Tindakan

1.

ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir. Semua

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KE 1/2011 Minit mesyuarat 1/2011 disahkan dengan beberapa pembetulan. Makluman semua

3.

LAPORAN GURU 3.1 Pn Jeneh bt Emang melaporkan bahawa pemantauan tandas sekitar sekolah didapati dalam keadaan kurang memuaskan. Beberapa pembaikan kecil perlu dilakukan keatas beberapa tandas murid . Terima kasih atas kegigihan guru dan pengawas bertugas kerana sentiasa memantau kualiti kebersihan tandas. 3.2 Pn Jeneh mencadangkan bahawa pekerja-pekerja Am yang dikontrak menjalankan tugas pembersihan setiap hari ( dua kali sehari ). 3.3 Pn Jeneh juga mencadangkan Panduan Penggunaan tandas dipamerkan di sekitar kawasan tandas sekolah dan pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kebersihan tandas dapat dijaga. 3.4 En Syed Azman mencadangkan agar sekolah tidak lagi menggunakan perkataan tandas, sebaliknya menggantikannya dengan bilik BMW. BMW ini tiada kaitan dengan jenama kereta mewah atau Bas Mini Wilayah. Sebaliknya BMW membawa maksud Bersih, Menawan dan Wangi. Nama BMW dirasakan lebih sesuai agar usaha untuk memastikan tandas sekolah sentiasa bersih, menawan dan wangi tidak dipandang remeh dan dimomokkan. 3.5 En Syed Azman menerangkan lagi Bersih bermaksud tiada contengan, tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang, tidak berhabuk/berdebu, tidak berbau busuk, sentiasa dinyahkuman, dan mengekalkan warna asal. Menawan pula bermaksud ceria, dihias dengan bunga , dipenuhi mutiara kata, gambar. Sementara Wangi pula pula bermaksud tiada bau busuk, berbau wangi, pengguna berasa selesa menggunakan tandas.

4.

HAL-HAL LAIN 4.1 Pengerusi mencadangkan agar kebersihan tandas dapat ditingkatkan agar murid selesa menggunakannya. 4.2 Pengerusi juga mengutarakan akan memaklumkan kepada Pekerja Kontrak untuk tindakan lanjut.

Makluman

5.

PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_______________________ ( SYED AZMAN SYED ISMAIL ) Setiausaha Kebersihan Dan keceriaan Tandas, SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

___________________________ ( PN. SALOMA SAMBION ) Penolong Kanan HEM SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

PENGESAHAN MINIT Minit mesyuarat ini disahkan pada : __________________________ Pencadang : __________________________________________ Penyokong : __________________________________________