Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, banyak yang saya telah pelajari. Banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi namun itu semua mengajar saya menjadi pelajar yang lebih baik. Kekuatan dalam membuat kerja kursus ini adalah pertolongan pensyarah yang sangat membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kami dikehendaki membuat kertas kerja latihan kecergasan fizikal, dengan ini kami dapat mempelajari cara membuat kertas kerja dengan lebih baik. Kertas kerja ini juga ada kaitan dengan permainan bola baling, oleh kerana kami telah belajar tentang bola baling sejak awal tahun, ia memudahkan kerja kami. Kelemahan ataupun cabaran yang saya hadapi adalah berkaitan sumber rujukan yang terhad. Kami hanya mencari sumber daripada internet di mana tidak semua sumber tidak boleh dipercayai. Sumber buku di perpustakaan kampus ini adalah terhad, oleh itu sukar bagi kami untuk membuat rujukan. Latihan kecergasan fizikal juga adalah sangat asing bagi kami, kami terpaksa melakukan banyak kajian tentang latihan kecergasan fizikal Cadangan saya untuk menambahbaikkan kerja saya pada masa akan datang ialah perbaiki sikap diri dan mengurus masa dengan baik. Kami juga haruslah melakukan banyak kerjasama ataupun kolaborasi bersama pensyarah dan rakanrakan untuk mengembangkan lagi idea. Kami berharap di masa hadapan, kami akan dapat melakukan yang lebih baik dari sekarang. Kesimpulannya, kerja kursus ini sememangnya membantu saya dalam berlatih membuat kertas kerja.. Oleh itu, kami akan berusaha untuk meningkatkan mutu kerja kami di masa akan datang

BIBLIOGRAFI

Dzulkifli Bin Ismail, Jamaliyah Binti Ahmad. (2004). Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan. Utusan Printcop Sdn.Bhd.

Helen Teng . (1996) Manual Olahraga : Junjuara Publication Sdn Bhd.

Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri Bistari .

Vasudevant T. Arasoo. (1987) . Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecergasan Jasmani. Selangor Darul Ehsan. Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. (2005). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor Darul Ehsan. Karisma Publication Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai