Anda di halaman 1dari 10

dilema pekerja sosial

1.0 PENGENALAN

Etika dalam kerja sosial memainkan peranan penting untuk membantu pekerja sosial menjalankan amalan profesiananya dengan baik dan berkesan. Dalam konteks ini pegangan etika yang betul boleh memandu arah kelakuan pekerja sosial dan pada masa yang sama dapat memastikan pekerja sosial benar-benar komited dan berintegriti dalam menjaga kebajikan klien . Pekerja sosial seharusnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang etika dan prinsip kerja sosial serta matlamat yang jelas. Ini kerana ianya mencerminkan kredibiliti pekerja sosial sebagai seorang Profesional. Klien memerlukan perkhidmatan etika yang cekap daripada pekerja sosial. Oleh itu, pekerja sosial perlu bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan klien dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan profesion kerja sosial adalah perkhidmatan yang berintegriti dan terus di yakini oleh klien. Dengan adanya pengetahuan tentang etika dalam kerja sosial pekerja sosial dipercayai boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu meningkatkan kefungsian dan kesejahteraan hidup klien dalam kumpulan dan ahli-ahli kumpulan yang lain.

1.1

ETIKA

Etika menurut Pojman (2002), istilah etika berasal daripada baha Latin dan Greek iaitu ethos yang mendefinisikan etika sebagai domain moraliti dan falsafah moral kerana kedua-duanya mmpunyai ciri-ciri persamaan. Pendapat ini telah disokong oleh oleh Reamer (1993), yang turut melihat etika sebagai falsafah moral ini kerana kedua-duanya menitikberatkan tentang nilai, kebaikan, prinsipprinsip dan praktis walaupun mengunakan cara yang berbeza. Namun berlainan pula dengan Fox dan DeMarco (2001), yang telah mendefinisikan etika sebagai peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang menjadi pegangan atau dinyatakan dengan jelas oleh seseorang aau kumpulan. Selain itu, etika juga didefinisikan secara umum sebagai satu pernyataan yang berurusan dengan persoalan apakah yang baik dan buruk dan apakah yang betul atau salah dalam kelakuan manusia (Moore,1903 dalam Fox dan deMarco, 2001). Menurut Aristotle mengatakan dalam etika, kita cuba untuk mencari apakah yang baik dan apakah yang patut kita buat untuk mencapai kebaikan (Fox dan DeMarzo, 2001). Etika juga menitikberatkan pekara yang asas moralnya betul atau salah dan baik atau buruk (Reamer, 1993). Terlalu banyak definisi etika yang diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke

semasa. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, kajian filosofikal terhadap moraliti. Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai prinsip-prinsip

bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesien dan sebagai satu standard

tingkahlaku . Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isustandard moral yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesien mereka. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.

1.2

DILEMA

Pekerja sosial sering kali berhadapan dengan dilema etika dalam amalan profesionnya. Pekara ini berlaku kerana terdapat isu-isu etika yang jalas dan mudah untuk diselaikan oleh pekerja sosial dan ada juga yang rumit dan kompleks untuk diselesaikan sehingga mewujudkan pertelingkahan dan salah faham tentang etika. Reamer (1995:4 dalam Kenyon, 1998) telah mendefinisikan dilema etika sebagai satu situasi apabila tugas dan obligasi profesional yang berpaksikan nilai-nilai teras, berkonflik. Apabila situasi ini wujud, pekerja sosial perlulah menentukan nilai manakah (sebagaimana dinyatakan dalam pelbagai tugas dan obligasi) akan menjadi keutamaan. Manakala menurut Kenyon (1998), pekerja sosial mestilah menyeimbangkan tugas-tugas yang berkonflik dan berkemungkinan akibat tindakan dan seterusnya memilih tindakan yang terbaik yang memberikan manafaat kepada individu yang terlibat.

1.3

KUMPULAN

Kumpulan adalah dua orang atau lebih yang mempunyai hubungan dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan kefungsian masing-masing.

1.4

KELUARGA

Menurut Dural keluarga merupakan sekumpulan orang yang mempunyai hubungan dengan ikatan perkahwinan, adopsi, kelahiran yang bertujuan untuk meningkatkan dan mempertahankan budaya yang umum akan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional dan sosial dari setiap anggota keluarga itu. Pendapat ini telah disokong oleh Bailon dan Maglaya yang menyatakan keluarga adalah sekumpulan dua orang atau lebih yang bergabung kerana hubungan darah, perkahwinan, atau adopsi,

hidup dalam satu rumah tangga, yang saling berinteraksi antara satu sama lain dalam menjalankan kefungsian dan menciptakan serta mempertahankan sesuatu budaya.

2.0

CONTOH KES

Masalah Kerahsiaan antara pekerja sosial dan klien terhadap keluarga penghidap HIV/AIDS

Kebanyakkan isu-isu atau masalah-masalah dalam kumpulan dan keluarga bermula pada peringkat individu (mikro) yang melibatkan pemahaman sebab munasabab. Terdapat isu-isu yang menjadi masalah etika ini memerlukan pemahaman yang kompleks untuk memahami interaksi nilai (iaitu semua nilai, diri sendiri, terhadap perbuatan yang dilakukan, profesion dan nilai orang lain (kumpulan dan keluarga). Ini dapat di perjelaskan lagi dengan menggunakan masalah yang dihadapi oleh keluarga penghidap HIV/ AIDS sebagai contoh permasalahan kes. Kes ini di perolehi daripada buku Congress iaitu Social Work Values and Ethics yang di terbitkan pada tahun 1999, untuk menunjukkan bagaimana Model Ethic boleh di aplikasikan oleh pekerja sosial (halaman 133-137). Kes ini telah di ubahsuai mengikut konteks Malaysia bagi memudahkan pemahaman kes. Kes ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang menghadapi masalah rumah tangga berpunca daripada masalah penagihan dadah.

Ahmad merupakan seorang bekas penagih dadah yang sudah pulih dan bebas dari pusat serenti lebih kurang enam bulan yang lalu. Ahmad telah mendapat kerja sebagai pembantu kedai dan baru mendirikan rumah tangga dengan Fatimah. Ahmad dan fatimah telah berjumpa dengan pekerja sosial yang berkerja di Agensi Perkhidmatan Keluarga kerana menghadapi konflik rumah tangga yang teruk. Pada awalnya keluarga ini tidak menghadapi masalah tetapi, setelah Ahmad berhubungan semula dengan kawan-kawan lamanya dia kembali terjebak dalam penagihan dadah. Semasa ditahan di pusat serenti, Ahmad telah menjakani pemeriksaan perubatan dan mendapati ia telah menghidap HIV positif. Pada mulanya Ahmad tidak mempercayainya dan menafikan keputusan doktor. Walaupun doktor memberikan bukti bertulis yang mengesahkan dia penghidap HIV positif. Dalam masa itu ia tidak memberitahu isterinya kerana bimbang isterinya akan meninggalkannya

.Walaubagaimanapun semasa berjumpa dengan pekerja sosial ahmad mendedahkan tentang keadaannya dan meminta pekerja sosial menjaga kerahsiaan penyakitnya daripada pengetahuan isterinya. Pada masa yang sama pekerja sosial mengalami dilema sama ada ingin menjaga kerahsiaan Ahmad atau mendedahkannya kepada fatimah kerana bimbang fatimah akan di jangkiti HIV.

Penyelesaian bagi dilema etika yang dihadapi oleh pekerja sosial adalah berpandukan Model Ethic oleh Congress. 3.0 MODEL PEMBUATAN KEPUTUSAN ETIKA : CONGRESS

Model pembuatan keputusan Congress ini (1999:31-33), telah memperkenalkan model ini dan dikenali sebagai model etika yang khusus untuk membantu pekerja sosial membuat keputusan etika dengan cepat dan berkesan. Menurut model ini ianya merangkumi pertimbangan tentang nilai-nilai pekerja sosial, kod etika dan juga dalam konteks kerja sosial. Butiran lanjut model ini adalah seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.

Jadual 1.1 Model Pembuatan Keputusan Etika: Congress 1.Kaji 2. Fikir 3.Hipotesis 4. Kenal pasti 5. Runding Kaji nilai peribadi,sosial,agensi,klien dan profesional Fikir tentang piawai etika Andaian pelbagai tindakan dan kemungkinan akibat Kenal pasti siapa yang mendapat manafaat dan siapa yang akan mendapat kemudaratan Berunding dengan penyelia dan rakan sekerja bagi menentukan tindakan yang wajar di pilih.

Sumber: Congress, (1999)

4.0

PENYELESAIAN DILEMA ETIKA

4.1

KAJI (KAJI NILAI PERIBADI, SOSIAL, AGENSI, KLIEN DAN PROFESIONAL)

Pekerja sosial sangat berhati-hati tentang reaksinya terhadap individu yang menghidapi HIV / AIDS kerana biasanya kumpulan (Komuniti, Masyarakat dan Keluarga) termasuklah pekerja sosial yang mempunyai sikap negatif atau pandangan negatif terhadap penghidap HIV/AIDS (Ahmad). Pekerja sosial juga teringat seseorang iaitu saudaranya yang sering menimbulkan kacaun bilau akibat pengaruh dadah dan telah meninggal dunia selepas menghidap penyakit tersebut. Pekerja sosial tahu agensi dia berkerja tidak mempunyai dasar secara bertulis tentang AIDS. Pekerja sosial juga tahu yang profesion kerja sosial percaya individu yang menghidap HIV/ AIDS sering distigma, disisih dan didiskriminasikan oleh kumpulan. Oleh itu, menjaga kerahsiaan klien adalah penting bagi mengelak

klien daripada disisihkan oleh kumpulan. Walau bagaimanapun, pekerja sosial sedar yang dia mempunyai tanggungjawab terhadap kedua-dua kliennya, iaitu Ahmad dan Fatimah. Oleh sebab itu, sekiranya perlu, dia akan mendedahkan untuk melindungi pihak ketiga (Fatimah).

4.2

FIKIR (FIKIR TENTANG PIAWAIAN ETIKA)

Berdasarkan Kod etika NASW yang menyatakan pekerja sosial perlu menghormati hak privasi klien. Pekerja sosial tidak seharusnya mendedahkan maklumat pribadi klien melainkan ianya penting untuk memberikan perkhidmatan atau mengendalikan penilaian atau penyelidikan kerja sosial. Apabila maklumat peribadi di kongsi bersama, piawai kerahsiaan perlulah di aplikasikan .

Walubagaimanapun, pendedahan boleh dilakukan seandainya, pada penilaian profesional pekerja sosial, klien boleh mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri dan orang lain iaitu kumpulan.

4.3

ANDAIAN

(ANDAIAN

TENTANG

KEPELBAGAIAN

TINDAKAN

DAN

KEMUNGKINAN AKIBAT)

Seandainya, pekerja sosial menjaga kerahsiaan Ahmad, Ahmad akan meneruskan intervensinya dengan pekerja sosial. Selain itu, dia boleh membantu Ahmad dan menyokong Ahmad untuk berhadapan dengan penyakitnya. Pekerja sosial juga boleh menggalakkan Ahmad agar memberitahu isterinya Fatimah tentang status kesihatannya tetapi, sekiranya pekerja sosial tidak mendedahkan maklumat pribadi Ahmad kepada isterinya berkemungkinan Fatimah akan di jangkiti HIV. Dalam hal ini, dia memudaratkan keadaan Fatimah serta tidak melindungi bahaya. Selain itu, pekerja sosial boleh mendedahkan status kesihatan Ahmad dan berkemungkinan Fatimah boleh menerima keaadaan Ahmad dan menyokong suaminya itu bagi meneruskan kehidupan.

4.4

KENAL PASTI (KENAL PASTI SIAPA YANG MENDAPAT MANAAFAAT DAN

SIAPA YANG AKAN MENDAPAT KEMUDARATAN)

Seandainya, pekerja sosial menjaga kerahsian ini bermakna Ahmad akan mendapat manafaat kerana kerahsiaannya terjaga. Fatimah pula mendapat kemudaratan kerana tidak menyedari suaminya penghidap HIV dan mungkin di jangkiti. Kod etika NASW menitikberatkan tanggungjawab utama pekerja sosial adalah terhadap klien yang terdedah. Oleh itu, dalam kes ini Fatimah merupakan klien

yang lebih terdedah kepada bahaya .Oleh itu bagi menjaga kebajikan, Fatimah lebih di utamakan dan lebih penting terhadap pekerja sosial .

4.5

BERUNDING ( BERUNDING DENGAN PENYELIA DAN RAKAN SEKERJA

TENTANG TINDAKAN YANG PERLU DI PILIH)

Rakan sekerja pekerja sosial berpendapat kita perlu memanggil Fatimah dan berbingcang tentang keadaan Ahmad kerana Fatimah juga merupakan kliennya. Sementara itu rakan sekerja pekerja sosial yang lain menyatakan pekerja sosial sepatutnya menitik beratkan hal Ahmad kerana

seandainya pekerja sosial mendedahkan kerahsiaan Ahmad berkemungkinan besar dia tidak akan mempercayai Pekerja sosial itu lagi dan akan menamatkan intervensinya. Keadaan Ahmad juga akan menjadi semakin buruk. Setelah mengambil kira pelbagai pandangan pekerja sosial telah membuat keputusan untuk berbincang tentang kerahsiaan dan HIV/AIDS dengan kedua-dua kliennya. Ahmad dan Fatimah ialah sepasang suami isteri, oleh itu, mereka harus di ajak berbincang bersama-sama dan pada masa itulah pekerja sosial akan menggalakkan Ahmad memberitahu isterinya tentang status kesihatanya yang telah di sahkan menghidap penyakit HIV positif.Hal ini kerana berkemungkinan besar Fatimah boleh menerima keadaan suaminya dan turut sama membantu suaminya menghadapi penyakitnya.

Dengan menggunakan Model Pembuatan Keputusan Etika Congress ini pekerja sosial dapat menyelesaikan dilema etika yang dialami oleh pekerja sosial berkaitan dengan permasalahan kerahsiaan dan HIV/AIDS secara rasional dan sistematik mengikut piawaian prinsip kerja sosial sepertimana yang di tetapkan oleh NASW.

5.0

PENUTUP

Ini dapat di simpulkan etika sebenarnya memainkan peranan penting dalam menbantu para profesional dan pengamal kerja sosial untuk memahami bagaimana keadaan itu berlaku. Selain itu etika dapat juga membantu pekerja sosial menstrukturkan kehidupan yang tidak bernilai harganya ini. Pengetahuan tentang etika dan dilema boleh memperbaiki amalan pekerja sosial dan pada masa yang sama memberikan panduan dan mengawal tingkahlaku mereka agar lebih beretika. Dengan adanya pengetahuan ini maka di harapkan pekerja sosial lebih prihatin terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada klien kerana klien merupakan tanggungjawab utama pekerja sosial. Kesimpulannya, pekerja sosial hendaklah memastikan kesejahteraan klien terjaga dan kebajikan klien dan kumpulannya terbela dengan memberikan perkhidmatan etika yang efektif dan efisien.

6.0

RUJUKAN

Congress, E. , 1999 . Social Work Values and Ethics : Identifying and Resolving prefessional Dillemmas . Chicago : Nelson-Hall publisshers.

Fox, R . M . dan De Marco, J.P. , 2001 . Moral Reasoving : A Philosophy Approach to Applied . Edisi ke-2 . Orlando : Harcourt, Inc .

Kenyon, P. , 1998 .What would you do? An Ethical Case Workbook for Human service profesionals . Parcific Group ( A:Brook/ Cole Publishing Company.

Pojman , L . P . , 2002 . Ethics : Doscoveving Right or Wrong . Edisi ke-4 . Belmont CA : Wadsworth.

Reamer , F.G . , 1993 . The Philosophical Foundations of Social Works. New York : Colombia University Press.

Reamer , F.G . The evolution of social work ethics dlm. Social Work 43 : 6 hlm . 488500 , 1998 .

Nilai dan Etika Pekerjaan Sosial Definisi Nilai (value) berasal dari bahasa Latin, yaitu valere yang artinya, menjadi kuat, atau menjadi terhormat (Reamer, 1999:10). Pada dasarnya, nilai memiliki pengertian yang berbeda-beda disesuaikan dengan konteksnya. Soetarso (1968:32-33) mengatakan bahwa nilai adalah kepercayaan, pilihan, atau asumsi tentang yang baik untuk manusia. Nilai bukan menyangkut keadaan dunia ini atau apa yang diketahui pada saat ini, tetapi bagaimanakah seharusnya atau sebaiknya dunia ini. Sarah Banks (2001:6) mengungkapkan dalam kehidupan sehari-hari, nilai dapat berarti agama, politik atau prinsip-prinsip ideologi, keyakinan atau sikap. Namun, apabila dihubungkan dengan pekerjaan sosial, maka nilai yang dimaksud disini adalah seperangkat prinsip etik/moral yang fundamental dimana pekerja sosial harus berkomitmen. Misalnya, dalam pekerjaan sosial ada nilai untuk menghargai keunikan dan perbedaan, privacy, menjaga kerahasiaan, dan perlindungan (dalam Huda, 2009:135-136). Jika nilai berbicara tentang sesuatu yang baik dan buruk maka etika (ethics) terkait benar (right) atau salah (wrong). Jadi, etika bersifat eksplisit dan konkret. Secara bahasa, etika memiliki pengertian yang sama dengan moralitas. Menurut Keraf (1998:14), moralitas berasal dari kata Latin mos, (jamaknyamores) yang artinya adat istiadat atau kebiasaan. Sedangkan etika sendiri berasal dari kata ethos (jamaknya ta etha) yang juga berarti adat istiadat atau kebiasaan. Perbedaannya adalah dalam konteks tertentu etika dapat dipahami secara lebih luas daripada moralitas. Sebab etika dapat dipahami sebagai filsafat moral, yaitu suatu ilmu yang membahas dan mengkaji nilai dan norma. Magnis (1987:14) menyebutkan bahwa etika adalah sebuah ilmu dan bukan ajaran. Sebagai sebuah ilmu, etika mempunyai bidang kajian yang luas dibandingkan dengan moralitas. Etika berisikan nilai dan norma-norma konkret yang menjadi pedoman dan pegangan hidup manusia dalam seluruh kehidupannya. Pedoman dan penganhan hidup tersebut dapat berupa perintah maupun larangan yang bersifat tegas dan konkret. Karena itulah dalam konteks profesi (seperti halnya pekerjaan sosial) ada sebuah aturan dan norma yang mengikat yang disebut sebagai kode etik (dalam Huda, 2009:136-137). Sejarah dan Perkembangan Dalam sejarah dan perkembangannya, nilai dalam pekerjaan sosial menapaki beberapa tahapan perkembangan (Reamer, 1999:5; dalam Huda, 2009:138-141): Pertama, dimulai pada akhir abad XIX (Abad 19) suatu masa ketika pekerjaan sosial belum resmi disebut sebagai profesi. Selama masa ini pekerjaan sosial cenderung fokus tentang apa yang dianggap bermoral dan tidak bermoral dari seorang klien ketimbang fokus kepada moral atau etika profesi dan praktisi. Kedua, tahapan ini dimuali pada awal abad XX suatu era progresif dalam pekerjaan sosial yang ditandai dengan berdirinya settlement house pada akhir abad XIX. Settlement house adalah suatu organisasi sosial yang bergerak lebih humanis untuk mereformasi lingkungan dan sistem daripada melakukan perbaikan terhadap manusianya. Nilai yang berkembang dalam tahapan ini pun bergeser dari masalah moral menyangkut klien kepada kebutuhan untuk melakukan reformasi sosial yang disesain untuk mengurangi berbagai permasalahan sosial. Misalnya, berkaitan dengan perumahan, perawatan kesehatan, sanitasi, pengangguran, kemiskinan, dan pendidikan.

Ketiga, tahapan ini dimulai pada akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an. Nilai yang berkembang pada masa ini cenderung mengedepankan nilai-nilai atau etika yang berkaitan dengan profesionalisme pekerjaan sosial. hal ini berbeda jika dibandingkan dengan masa sebelumnya yang cenderung menonjolkan nilai dan moralitas yang berkaitan dengan klien. Ini adalah pergeseran penting yang terjadi dalam sejarah perkembangan nilai dalam pekerjaan sosial. kondisi ini dapat dimengerti karena pada masa ini pekerjaan sosial telah menjadi profesi tersendiri, sehingga aktivitas pertolongan dilakukan dengan memegang pronsip-prinsip profesionalisme tertentu. Pada masa ini juga pekerjaan sosial muali mengadopsi kode etik, yaitu sebuah prinsip-prinsip nilai dan etika yang harus di pegang dan dipatuhi oleh para pekerja sosial. adapaun nilai-nilai yang berkembang pada periode ini misalnya, martabat dan kehormatan, keunikan, harga diri seseorang, self-determination, keadilan, dan persamaan. Terakhir, pada tahun 1960-an nilai yang berkembang pada masa ini menonjolkan konstruk etik tentang keadilan sosial, hak, dan reformasi. Setting kehidupan sosial dan ekonomi global yang makin kompleks menuntut pergeseran nilai yang harus ditegakkan oleh profesi pekerjaan sosial. Maka dari itu, nilai tentang persamaan sosial, hak kesejahteraan, hak asasi manusia, diskriminasi, dan penindasan menjadi tema-tema nilai dominan yang berkembang pada masa ini. Tetapi bukan berarti pergeseran nilai ini menghapuskan nilai-nilai yang ada pada tahapan sebelumnya, sebab sifat perkembangan nilai dalam hal ini adalah saling melengkapi satu sama lain. Peran Nilai dan Etika dalam Pekerjaan Sosial Pentingnya peranan nilai dan etika dalam pekerjaan sosial menjadikan keduanya sebagai salah satu fondasi pengetahuan mendasar yang harus dimiliki oleh pekerja sosial. tidak mungkin aktivitas pertolongan dapat menjadi suatu profesi spesialis tanpa adanya pengetahuan bahwa menolong orang adalah nilai yang baik. Ketika menolong orang dianggap sebagai suatu nilai yang baik, maka secara etis perilaku digerakka untuk menolong seseorang yang membutuhkan karena itu adalah kebenaran. Keyakinan-keyakinan tentang sesuatu yang baik menuntut pekerja sosial untuk melakukannya karena perbuatan tersebut adalah benar. Sebaliknya, keyakinan-keyakinan mengenai sesuatu yang buruk mencegah pekerja sosial sehingga menghindarinya karena perbuatan tersebut adalah salah. Nilai dan etika pada akhirnya menjadi kunci petunjuk terhadapa perbuatan baik buruk atau benar salah. Keyakinan tentang nilai yang benar juga berperan sebagai petunjuk bagi pekerja sosial untuk memutuskan suatu perkara ketika terjadi dilema etis dalam melakukan intervensi sosial (dalam Huda, 2009:141-142). Bentuk Nilai dan Etika dalam Pekerjaan Sosial Ada bermacam-macam nilai dan etika dalam pekerjaan sosial. Namun, secara umum dapat dilihat dari kode etik NASW (National Association of Social Worker) antara lain (Reamer, 1999:26-27; dalam Huda, 2009:142-145): Pelayanan (nilai) Prinsip etiknya adalah pekerja sosial harus mengutamakan tujuan untuk membantu masyarakat yang membutuhkan dan memusatkan pada permasalahan sosial. prinsip pelayanan diletakkan diatas kepentingan pribadi maupun kepentingan golongan. Melayani klien baik individu, keluarga, kelompok, maupun masyarakat merupakan kewajiban dari pekerja sosial yang harus diutamakan. Tanpa prinsip pelayanan, pekerjaan sosial tidak memiliki aktivitas profesional

Keadilan Sosial (nilai) Prinsip etik dari nilai ini adalah pekerja sosial wajib untuk menentang ketidakadilan sosial. Tujuan inti pekerjaan sosial adalah menuju perubahan sosial yang lebih humanis dan mengarah kepada kesejahteraan sosial. ketidakadilan sosial maupun penindasan yang terjadi dalam masyarakat menjadi tanggung jawab pekerja sosial untuk mengubah keadaan tersebut. Harkat dan Martabat Seseorang (nilai) Prinsip etik dari nilai ini adalah pekerja sosial menghormati harkat dan martabat seseorang. Pekerjaan sosial merupakan profesi yang melibatkan diri langsung baik dalam setting individu, keluarga, kelompok maupun masyarakat. Oleh sebab itu, setting keterlibatan langsung ini menuntut dari para peker sosial untuk memiliki modal nilai yang menghargai orang lain dalam melakukan interaksi sosial. Mementingkan Hubungan Kemanusiaan (nilai) Prinsip etik dari nilai ini adalah pekerja sosial mengakui dan mengutamakan hubungan kemanusiaan. Hubungan kemanusiaan (human relationship) adalah unsur yang sangat penting di dalam proses perubahan sosial. maka dari itu, menjunjung tinggi hubunga kemanusiaan dan kemasyarakatan harus dilakukan untuk mendukung perubahan sosial agar berjalan secara positif. Hubunga kemanusiaan adalah bagian dari proses pertolongan. Integritas (nilai) Prinsip etik dari nilai ini adalah pekerja sosial harus mempunyai perilaku yang dapat dipercaya. Dalam batas tertentu, profesi pekerja sosial adalah seperti dokter, mengobati dan menyembuhkan individu, keluarga, kelompok atau masyarakat yang sedang sakit. Tanpa adanya perilaku yang dapat dipercaya, pekerja sosial tidal dapat menjalankan profesi tersebut dengan baik. Integritas setidaknya ditunjukkan dengan konsistensi pekerja sosial dengan misi profesional, nilai, dan prinsip etika, dan standar etika dalam aktivitas pertolonga yang dilakukannya. Kompetensi (nilai) Prinsip etik dari nilai ini adalah pekerja sosial harus mempraktikkan keahlian profesionalismenya dalam proses pertolongan yang dilakukan. Dalam hal ini pengetahuan dan skill yang memadai harus dimiliki oleh pekerja sosial untuk menunjang kompetensi dari pekerja sosial. tanpa adanya kompetensi tersebut menjadikan pekerja sosial tidak dapat profesional dan mencapai tujuannya dengan baik. Sehingga adanya pengetahuan dan keahlian yang memadai juga menjadi dasar kepemilikan yang sangat penting dalam profesi pekerjaan sosial. Sumber: Huda, Miftachul. 2009. Pekerjaan Sosial dan Kesejahteraan Sosial: Sebuah Pengantar. Cetakan Pertama. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.