Anda di halaman 1dari 15

Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam IEEH 3316

Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Nor Syuhada binti Mohd Isa IEH080055

Bahasa

Definisi

Yakin ialah suatu pengakuan. Ketenangan dan kepastian pada hati akan hakikat sesuatu perkara. Sementara syak pula beerti keraguan dan bertentangan konsepnya dengan keyakinan.

Istilah Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan sahaja, kerana keraguan itu lebih lemah kekuatannya daripada keyakinan. Akan tetapi keyakinan itu hanya boleh dihilangkan dengan keyakinan sepertinya sahaja.

Sekiranya seseorang telah meyakini hukum sesuatu perkara, kemudian timbulnya keraguan terhadap keyakinan tersebut, maka keyakinan yang asal itu kekal tanpa berpegang pada keraguan yang timbul selepasnya.

Dalil Yang Berkaitan Al-Quran Dengan Kaedah


Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i`tiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. Sunah Apabila seseorang kamu syak pada masa menunaikan sembahyang dan ia tidak mengetahui berapakah rakaat yang telah dilakukannya samada tiga atau empat rakaat? Maka hendaklah ia ketepikan keraguan (syak) dan binalah di atas apa yang ia yakini Surah Yunus (10) : 36

Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Wahm


Yakin Sesuatu yang pasti bersandarkan pada bukti dan dalil qati. Perkara yang berdasarkan keyakinannditerima sebagai dasar hukum fiqh.

Zann Seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau mentarjihkan salah satu dari keduanya. Akan tetapi pihak yang tidak ditarjihkan itu pula tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam hati. Perkara yang bersandarkan pada zann harus dibina dan hukum diterima.

Syak Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara sehingga tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat. Perkara yang bersandarkan pada syak tidak diterima dalam hukum fiqh.

Wahm Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Perkara yang berdasarkan pada wahm tidak diterima dalam hukum fiqh.

Kaedah-Kaedah Furu

Kajian Kes: Kaedah Penentuan Harga Menurut Islam


At-Tasir dari sudut bahasa ialah menetapkan harga. Dari sudut istilah pula At-Tasir membawa maksud penetapan harga yang dilakukan oleh pemerintah atau kerajaan dan diwajibkan ke atas rakyatnya mengikuti kadar yang ditetapkan itu. Menurut Sayyid Sabiq pula At-Tasir itu adalah meletakkan kadar had harga ke atas sesuatu barang yang hendak dijual di mana penetapan tersebut tidak akan menzalimi pemilik barang dan pembeli

Penentuan harga dalam Islam pada asalnya ialah urusan Allah s.w.t. Hal ini dapat dikesan apabila usahawan Islam yang benar-benar beriman tidak mungkin mengkhianati orang lain semata-mata kerana mahu menghasilkan keuntungan sendiri. Akan tetapi penentuan harga yang pada asalnya tidak dibenarkan telah menjadi harus disebabkan beberapa perkara tertentu seperti berlakunya kezaliman kepada pengguna disebabkan oleh ketamakan para peniaga yang terlalu mengejar keuntungan.

Larangan Menetapkan Harga

Fuqaha Mazhab Hanafi, Syafi`i, Maliki dan Hanbali bersepakat mengatakan bahawa hukum menetapkan harga pada asalnya adalah haram. Keharusan penetapan ini datang kemudiannya atas beberapa sebab tertentu. Hujah pada awalnya mereka mengharamkan adalah berdasarkan

Hadis Seorang lelaki telah datang kepada nabi lalu berkata, Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga. Sebaliknya baginda menjawab. Sesungguhnya Allah sahajalah yang menahan, yang melapangkan,yang memberi rezeki dan menetapkan harga. Aku ingin menghadap ke hadirat Allah, dengan tidak ada seorang pun yang menuntutku kerana kezaliman yang aku lakukan kepadanya dalam darah mahupun harta.

Keharusan Menetapkan Harga


Imam Al-Ghazali memberi pendapat bahawa kerajaan Islam boleh menetapkan harga yang tinggi jika ia memberi faedah kepada masyarakat. Imam malik pula berpendapat pembatasan harga dibolehkan pada saat harga barang memuncak. Demikian juga menurut pendapat Imam Syafie. Beberapa tokoh Zaidiyyah juga membolehkan adanya penentuan harga jika kemaslahatan jemaah menuntut adanya hal tersebut.

Ibn Qudamah, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim membahagikan bentuk penetapan harga kepada dua jenis iaitu penetapan harga yang bersifat zalim dan penetapan harga yang bersifat adil.

Penetapan harga yang bersifat zalim menurut mereka adalah penetapan harga yang dilakukan oleh pemerintah tidak sesuai dengan keadaan pasar dan tanpa mempertimbangkan kemaslahatan pedagang.

Penetapan harga yang dibolehkan bahkan diwajibkan adalah ketika terjadinya pelonjakan harga yang cukup tajam disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh para pedagang. Apabila para pedagang terbukti mempermainkan harga sedangkan hal ini bersangkut dengan kepentingan orang ramai, maka pemerintah wajib mendahulukan kepentingan orang ramai.

Alasan membenarkan K kawalan harga a Kawalan harga yang

w melibatkan kepentingan al umum serta melindungi a kepentingan pengguna n termasuk pengeluar h ar B g Bila harga tidak diatur dan peniaga mengenakan il a harga yang tinggi kemudian memberi kesan y a a kepada pembeli. Maka berlaku kemudaratan pada h n pembeli. Memudaratkan org lain adalah dilarang a g m r dalam Islam, oleh itu mudarat mesti dihilangkan K el Kepentingan pengguna g e ib a umum masyarakat dan at p k ti kepentingan pengeluar e a melibatkan kebajikan d n n a sekumpulan kecil k ti

Kaedah-Kaedah Fiqh Yang Berkaitan Dengan Keharusan Al-Tasi`r


Tidak diingkari bahawa hukum (zonni) berubah menurut zaman dan tempat. Perubahan zaman yang berlaku pada zaman dahulu dan kini amat besar bezanya. Oleh itu, kaedah ini menerangkan mengenai keharusan berubahnya hukum disebabkan berubahnya masa dan mengikut `uruf dan adat pada masa itu. Antara faktor yang membolehkan perubahan hukum ialah disebabkan oleh dua perkara iaitu apabila berlakunya fasadu al-zaman dan perkembangan masa

Tindakan pemimpin terhadap rakyatnya harus dihubungkan dengan kemashlahatan umum

Mengikut kaedah umum dalam Islam pihak pemerintah boleh menentukan harga sesuatu barang dengan syarat ia dapat memenuhi kepentingan orang ramai dengan adil kerana ia menjadi asas yang utama dalam urus niaga Islam.

Penetapan harga sesuatu barangan yang dibenarkan dalam Islam bukan secara melulu dalam semua keadaan dan pada semua barangan tanpa memikirkan kepentingan orang ramai. Malah ia seperti penetapan syarak yang disyariatkan kerana ada sebab-sebab tertentu iaitu demi kepentingan umum dan menghindarkan kemudaratan kepada orang ramai.

Hukum itu bersama illah pada ada dan tiadanya Pada zaman nabi, penetapan harga oleh pemerintah tidak dibenarkan kerana tiada illah yang memerlukan harga dikawal.

Akan tetapi melihat pada masa kini, `illah tersebut wujud kerana berlakunya monopoli di kalangan peniaga, penyorokan barang dan menaikkan harga secara sengaja dengan tujuan untuk melipat gandakan keuntungan sematamata sehingga memudaratkan ramai pengguna.

Anda mungkin juga menyukai