Anda di halaman 1dari 3

Model Air Terjun (Waterfall) 1. Satu proses rekabentuk yang berturutan aliran ke bawah seperti air terjun. 2.

Contohnya: Proses pembangunan perisian. 3. Melalui 8 fasa iaitu: Keperluan Spesifikasi Seni bina Rekabentuk Perlaksanaan Pengujian Pembangunan Penyelenggaraan 4. Berikut ialah bentuk model air terjun yang belum diolah, proses berturutan dari atas ke bawah:

5. Berasal dari corak industri pembuatan atau pembinaan 6. Teknik yang sama digunakan oleh Herbert. D. Benington sewaktu menerangkan kaedah pengaturcaraan moden (SAGE) untuk komputer pada 29 Jun 1956. 7. Walau bagaimanapun pada tahun 1983, Benington menjelaskan bahawa fasa tersebut tidak semestinya dari atas ke bawah (seperti air terjun) tetapi lebih bergantung kepada prototaip. 8. Penerangan rasmi yang pertama berkaitan model ini diterangkan oleh Winston W.Royce (1970) tetapi tidak menggunakan perkataan waterfall.

9. Fasa yang digunakan oleh Royce: Spesifikasi keperluan Rekabentuk Pembinaan Integrasi Pengujian Pemasangan Penyelenggaraan 10. Model ini memastikan setiap fasa diselesaikan dengan sempurna sebelum beralih ke fasa lain. 11. Bagaimanapun terdapat banyak bentuk model seperti ini yang diubah (termasuklah Royce) melibatkan sedikit perubahan dalam aliran proses. 12. Kelemahan model air terjun: Jangkamasa bagi setiap fasa berbeza (tidak tetap) Sukar untuk mengetahui keperluan pengguna Pembangunan yang sentiasa berubah-ubah / berkembang

Model Dick & Carey 1. Diperkenalkan pada 1978 oleh Walter Dick dan Carey Lou dalam buku bertajuk The Systematic Design of Instruction. 2. Dick dan Carey menggabungkan elemen-elemen seperti pendidik, pelajar, bahanbahan, aktiviti pengajaran, sistem penyampaian, dan persekitaran pembelajaran yang berkait antara satu sama lain untuk memberikan pelajar hasil pembelajaran yang sempurna. 3. Fasa Model Dick & Carey melibatkan 10 fasa seperti berikut:

a) Mengenalpasti Matlamat Pengajaran: Menetapkan matlamat bagi menjelaskan kemahiran, pengetahuan atau sikap yang akan diperolehi seseorang pelajar. b) Menjalankan Analisis Pengajaran: Kenal pasti apa yang pelajar perlu ingati dan mengenal pasti apa yang pelajar mestilah mampu lakukan untuk melaksanakan tugas tertentu. c) Menganalisis Pelajar: Kenal pasti ciri-ciri umum pelajar sasaran terlebih dahulu termasuklah kemahiran, pengalaman dan demografi asas. Mengenal pasti ciri-ciri secara langsung berkaitan dengan kemahiran yang hendak diajar dan melaksanakan analisis prestasi dan rancangan pembelajaran. d) Menulis Objektif Prestasi: Objektif terdiri daripada perihal kelakuan, keadaan dan kriteria. Komponen objektif yang menghuraikan kriteria yang akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar. e) Membangunkan Instrumen Penilaian: Tujuan ujian kelakuan kemasukan tujuan prapercubaan, tujuan posttesting, tujuan barang practive / masalah practive yang f) Membangunkan Strategi Pengajaran: Pra-aktiviti pengajaran, persembahan kandungan, penyertaan pelajar, penilaian g) Membangunkan dan Pilih Bahan Pengajaran h) Mereka Bentuk dan Menjalankan Penilaian Formatif Arahan: Pereka cuba untuk mengenal pasti bahan pengajaran yang memerlukan peningkatan. i) Menyemak Arahan: Untuk mengenal pasti ujian yang lemah j) Mereka Bentuk dan Menjalankan Penilaian Sumatif 4. Dengan model ini, komponen dilaksanakan secara selari berbanding linear.