Anda di halaman 1dari 12

PERMAINAN TRADISIONAL Pengenalan

Masyarakat Melayu sememangnya mempunyai pelbagai warisan yang tiada ternilai dan ia telah menjadi sebagai satu warisan budaya bangsa yang sangat unik dan terpelihara. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Permainan rakyat bermakna permainan yang dimainkan oleh semua golongan iaitu dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. Permainan rakyat yang

begitu unik jika kita hayati, mempamerkan warisan budaya masyarakat dan mempunyai nilai-nilai keindahan, kognitif dan gambaran minda masyarakatnya. Sebagaimana yang kita semua maklum, masyarakat dahulu tidak akan membiarkan masa senggang mereka berlalu dengan begitu sahaja. Jika kita benar-benar

memahami setiap jenis permainan tradisional yang ada dan kekal sehingga ke hari ini, sebenarnya mempunyai maksud dan tujuannya yang tersendiri serta dapat memupuk semangat bekerjasama sesama mereka.

Jenis-jenis Permainan Tradisional Banyak permainan rakyat yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini. Diantara permainan-permainan tersebut ialah:a) b) c) d) e) f) Wau Gasing Jala itik Congkak Aci sorok Konda-kondi

g) h)

Galah panjang Batu Seremban

Berdasarkan permainan-permainan di atas, kumpulan ini telah memilih permainan batu seremban. Kumpulan ini memilih permainan batu seremban kerana ia adalah satu permainan yang unik. Ini kerana dalam permainan ini banyak menggunakan minda dan mengira. Kerjasama dalam kumpulan juga boleh dilihat dalam permainan ini.

BATU SEREMBAN
Asal Usul Batu Seremban Terdapat satu cerita disebalik nama permainan ini. Kononnya pada suatu masa di Seremban sebuah bandar di Negeri Sembilan. Terdapat dua beradik perempuan yang bernama Embun dan Senja yang suka berkelahi. Mereka selalu bertindak membaling batu sesama sendiri apabila bergaduh. Sehingga pada suatu ketika Embun dan Senja luka tangan dan muka masing-masing akibat terkena balingan batu. Bapa mereka menjadi berang dan hilang sabar. Dua beradik itu diheret ke halaman rumah. Bapa mereka menyuruh mereka mengutip batu-batu yang terdapat di halaman dan mereka didera dengan cara melambung batu itu selagi terdaya. Mereka dikehendaki mengira batu yang dilambung. Tindakan Embun dan Senja itu menjadi ikutan rakan-rakan sekampung. memungut batu

Apabila mereka duduk berkumpul di halaman mereka pasti akan

untuk dilambung sebagai permainan. Mereka menamakan permainan itu sebagai Batu Seremban sebagai mengingati peristiwa Embun dan Senja yang berlaku di Seremban.

Teknik- Teknik Bermain Batu Seremban Permainan batu seremban mempunyai sepuluh teknik. Setiap pemain bebas untuk memilih mana-mana teknik permainan yang digemari. Mereka mestilah

sepakat untuk memilih teknik permainan supaya semua pemain berasa seronok dan puas hati. Teknik 1 Terlebih dahulu pemain akan mengumpulkan semua batu itu di dalam genggaman yang kemas. Setelah itu batu-batu itu diserakkan ke lantai. Pemain akan memilih sebiji batu untuk dilambung. Sebaik sahaja batu dilambung, sebelum batu-batu itu jatuh pemain akan memungut batu yang lain dan harus dilambung batu-batu itu dengan pantas. Pemain harus menggunakan tangan yang sama pada permulaan permainan. Pemain akan meletakkan ke tepi batu yang telah dipungut dan meneruskan permainan mengutip sebiji demi sebiji batu yang tinggal tiga biji seperti cara yang sama pada awal permainan ini. Teknik 2 Cara permainan ini hampir sama dengan teknik 1. Perbezaannya apabila pemain memunggut dua buji batu sekaligus dan bukannya satu demi satu seperti yang dilakukan pada teknik 1.

Teknik 3 Permaianan ini serupa seperti teknik 1, iaitu pemain perlu melambungkan sebiji batu ke atas. Pada teknik ketiga ini lambungan pertama pemain akan hanya mengutip sebiji batu sahaja. Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan yang kedua.

Teknik 4 Pada teknik keempat, kaedah bermain adalah sama seperti seperti tahap pertama, cuma yang membezakan teknik keempat dengan teknik pertama ialah pemain dikehendaki memungut keempat-empat biji batu pada sekali lambungan batu. Teknik 5 Pada teknik yang kelima pula, pemain akan mengambil tiga batu dengan menggunakan satu tangan dan dua dua biji batu lagi akan diambil dengan menggunakan tangan yang lain pula. Setelah itu, pemain kemudiannya akan

melambungkan salah satu biji batu tadi lalu dengan segera meletakkannya ke lantai kedua-dua belah tangannya. Setelah proses permainan ini dibuat maka, pemain hendaklah menyambut semula batu yang telah dilambungnya dengan tangan yang melambung batu tersebut dan memunggut batu-batu yang berada di atas lantai agar sebelah tangan mempunyai tiga biji batu sementara tangan yang sebelah lagi pula hanya mempunyai dua biji batu sahaja. Teknik 6 Kaedah bermain adalah sama seperti tahap pertama, Cuma pada tahap ini pemain hanya perlu menyentuh satu biji batu sekali sahaja dan pemain itu tidak akan memungut batu tersebut.

Teknik 7 Pada teknik ini pemain dikehendaki mencekupkan sebelah tangannya ke

lantai dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya untuk membentuk lubang. Tetapi perlu diingatkan ketika proses ini berlaku pemain tidak dibenarkan menggerakkan tangannya ini. Setiap kali batu dilambung, maka sebiji batu akan

dikuiskan dan dimasukkan ke dalam lubang yang dibentuk oleh pemain yang sedang bermain iaitu dengan menggunakan ibu jari dan juga jari telunjuk. Teknik 8 Pada teknik ini setiap kali lambungan yang dihasilkan oleh pemain yang sedang bermain, sebiji batu akan dipungut dan akan diletakkan ke telapak tangan sebelah lagi sebelum batu yang dilambung tadi disambut. Teknik 9 Pemain akan memastikan batu yang mula-mula diambil itu dipegang ditangan yang digunakan itu juga. Setelah itu sekali lagi batu itu batu itu dilambung dan ditukar pula dengan batu yang lain. Kesemua batu yang ada hendaklah ditukartukar. Sebaik sahaja kesemua batu yang terletak di atas lantai itu akan dipungut dengan sekali lambungan sahaja. Teknik 10 Pada teknik batu-batu akan diselerakkan di atas lantai. Kemudian dua biji batu akan dipilih dan diletakkan berasaingan ke atas sebelah telapak tangan. Setelah itu lambungkan kedua-dua biji batu itu dan dengan pantas, pemain akan memungut sebiji batu yang dilambung tadi disambut balik setiap satunya dengan sebelah tangan. Batu yang dipungut dari atas lantai tadi pula akan diletakkan ke

tepi dan permainan batu seremban ini akan diteruskan. Kedua-dua biji batu yang tinggal di dalam tangan pemain akan disambungkan semula satu demi satu dan akan disambut dengan tangan yang sebelah lagi. Kesepuluh teknik ini perlu dilalui oleh setiap pemain yang ingin bermain batu seremban.

Kepentingan Bermain Batu Seremban dari Segi Perkembangan Intelek a) Pandai menganggar jarak

Murid dapat menganggar jarak apabila membuat lambungan supaya batu yang dilambung tidak sempat jatuh sebelum pemain dapat mengutip berselerak di atas lantai. b) Berupaya menyusun strategi seremban batu yang

Murid perlu bijak menyusun strategi iaitu semasa bermain batu

contohnya apabila batu seremban yang berada di atas tapak tangan tidak stabil, maka murid perlu membuang batu itu sehingga apabila di timbang tidak ada batu yang jatuh yang boleh menyebabkan akan berkurang jumlah mata yang dapat dikutip. Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah murid perlu bijak memilih batu mana yang akan diambil dahulu supaya murid tidak menyentuh batu yang lain yang boleh menyebabkan dia dianggap mati. c) Kemahiran menconggak dan mengingat

Setiap kali mata yang dapat dikutip akan dikira oleh murid tanpa menggunakan kertas mahupun alat tulis. Setiap mata yang dapat dikumpul akan ditambah dengan hanya mencongak. Oleh itu murid perlu mengingat mata terakhir yang dapat pada pusingan yang

dikumpul supaya dia dapat menambah jumlah mata seterusnya. d) Meramal masa

Untuk menjangka masa batu seremban jatuh dan kecekapan tangan untuk menyambut batu yang dilambung.

Perkembangan Sosioemosi a) Mengeratkan hubungan Semasa bermain batu seremban murid akan berinteraksi sesama ahli kumpulan. Oleh itu akan berlaku semangat bersaing untuk mendapat jumlah yang tertinggi supaya dia boleh diisytiharkan sebagai pemenang. Murid akan bersaing dengan cara positif supaya hasrat mereka tercapai. Semasa murid berinteraksi mereka dapat menambah pengguasaan bahasa. b) Berdisiplin Disiplin diri yang tinggi perlu ada dalam diri murid. Sikap tergopoh-gapah boleh mengakibatkan banyak kesalahan yang dibuat oleh murid. Murid

yang dianggap mati boleh menyebabkan lambat mata untuk dikumpul. c) Jujur Hanya murid yang bermain dapat mengingat jumlah mata yang terkumpul

pada pusingan sebelumnya. Oleh itu murid perlu jujur apabila menambah mata yang terkumpul pada pusingan seterusnya. d) Meningkat Kendiri yang positif Murid dapat mengingkat keupayaan diri sendiri tanpa perlu pertolongan orang lain. meminta

Perkembangan Fizikal a) Permaianan batu seremban tidak memerlukan pemain itu bertindak agresif Ini kerana

dan juga permainan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak.

permainan ini tidak memerlukan kita bergerak banyak. Murid dapat meningkatkan koordinasi mata dan kecekapan tangan semasa bermain batu seremban.

Peringkat Perkembangan Main Terdapat 2 pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dibuat kajian: Kategori Main Sosial Mengikut Mildred Parten ( 1932 ) Meldred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau telah sosial

mengkategorikan main sosial terbahagi kepada 6 peringkat pembentukan kanak-kanak menerusi main iaitu:a) Main sendirian ( Solitary Play )

Kanak-kanak bermain secara perseorangan tanpa melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. b) Perlakuan tidak menentu ( Unoccupied Behavior ) Kanak-kanak akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melihat kanak-kanak lain bermain tanpa melibatkan diri. c) Main Pemerhati ( onlooker play) Kanak-kanak memerhati kanak-kanak lain bermain tanpa secara langsung. d) Main Selari ( Parallel Play) Kanak-kanak bermain secara sendirian dengan objek yang sama serupa tanpa berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. atau melibatkan diri

e) Main Gabungan ( Associative Play) Kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi

peralatan mainan. Dan mereka juga bergabung tenaga dan memberi sumbangan masing-masing.

f) Main Koperatif ( Cooperative Play ) Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti tersebut diberi peranan dan objek

khusus mereka juga perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Dalam model ini ia direka untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Ia adalah untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang yang lain. Kanak-kanak juga dapat bekerjasama dengan individu lain secara produktif terutamanya apabila bermain di dalam kumpulan. Model ini juga membantu memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelaskan dan mengembangkan idea-idea. Pemikiran seseorang itu juga lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Contohnya, permainan batu seremban akan mengajar seseorang itu tentang cara bertanding secara sihat. Ia juga dapat mengajar mereka supaya bertolak ansur sekiranya kalah atau perlu memberi peluang kepada giliran bermain yang seterusnya. Model ini juga dapat membantu pelajar mengenalpasti pelbagai perspektif sesuatu masalah serta memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran berbanding diri sendiri. Menurut Joyce (2001) model ini melatih pelajar supaya menggunakan kemahiran mendengar, memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk menyelesaikan masalah.

Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky ( 1968 ) Menurut Sara Smilansky ( 1968 ) , main dilihat dari aspek kognitif. Main dapat membina dan meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Keupayaan kognitif kanak-kanak diukur dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau

peralatan itu sendiri. Perbezaan pandangan Smilasky dan Parten dianggap pelengkap kepada pengkelasan yang dibuat oleh Parten. Kategori main mengikut Smilansky ialah: a) Main Fungsian ( Practice Play / Functional play ) Kanak-kanak menggunakan tubuh mereka untuk berlari, melompat atau memanipulasi objek agar dapat belajar mengenai dunia sekeliling. b) Main Konstruktif ( Constructive Play ) Kanak-kanak menggunakan objek-objek untuk mencipta struktur atau bentuk, misalnya bermain dengan blok, lego dan sebagainya. c) Main Fantasi ( Fantasy Play ) Kanak-kanak mencipta aktiviti-aktiviti baru yang berada di luar dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka. d) Main Dramatik ( Dramatic Play ) Kanak-kanak main peranan misalnya menjadi seorang jururawat, guru, atau haiwan seperti kucing, harimau dan sebagainya.

e) Main yang Berperaturan (Games with Rules) Aktiviti di mana kanak-kanak menentukan atau menggunakan peraturan bagi perjalanan aktiviti main tersebut.

Bagi model personal, ia bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Ia juga cuba untuk menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab serta belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum. Model ini juga menekankan kepada pelajar

untuk berdikari secara produktif dan mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Contohnya, setiap murid akan berdikari untuk menguasai permainan tersebut. Mereka juga akan berfikir dengan membuat pengiraan sendiri serta dapat menguasai kemahiran dari segi fizikal dan kognitif. Tujuan model personal adalah untuk membentuk personality yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama model ini adalah untuk pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu. Maka model ini member pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personality yang seimbang.

Implikasi Permainan Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru terlebih dahulu perlu menunjukkan minat terhadap perkara yang akan diajarnya agar murid juga akan berminat terhadap pengajarannya. 2. Guru perlu menggalakkan penyertaan yang aktif dari semua murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 3. Guru perlu kenalpasti latar belakang murid, masalah, kekurangan dan kelebihan yang ada pada seseorang murid agar pemerhatian diberikan kepada murid yang betul-betul memerlukannya. 4. Guru perlu sentiasa memotivasikan murid untuk terus belajar, bukan secara langsung ( di dalam kelas) atau tindakan mereka seharian ( di luar kelas). 5. Guru dicadangkan untuk menggunakan permainan sebagai salah satu kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid untuk belajar. Gunakan

permainan yang dapat merangsangkan perkara positif dalam diri seseorang murid.

6.

Guru harus mendedahkan murid dengan risiko kegagalan agar mereka sentiasa bersedia dan menganggapnya sebagai perkara biasa dalam proses kehidupan.

7.

Guru berperanan sebagai fasilitator dan perlu bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran bagi mewujudkan persekitaran positif semasa berlaku proses pembelajaran dan pengajaran.

8.

Guru mestilah tidak terlalu menyekat imginasi murid kerana akan menyekat perkembangan kreativiti mereka. Fokus perlu pada keseluruhan perkembangan diri kanak-kanak dari segi mental, emosi, sosial dan fizikalnya.

9.

Apabila diberi kebebasan mesti ada sekatan.

Had-had tertentu perlu ada

kerana di dunia sebenar nanti wujud kebebasan namum ada batas-batas tertentu yang perlu diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai