Anda di halaman 1dari 11

Topik

Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat : 1. Mengaplikasikan Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa; dan 2. Menerapkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan.

X PENGENALAN
Sebelum anda mengajarkan bahasa di dalam bilik darjah, sangatlah penting anda ketahui dan fahami konsep huraian dan pemerolehan bahasa. Bagi seseorang guru, pemahaman tentang kedua-dua konsep tersebut merupakan sesuatu yang mencabar. Oleh itu, perbincangan dimulakan tentang perkara yang terdapat dalam disiplin psikolinguistik dengan menaakul maksud teori huraian bahasa dan pemerolehan bahasa. Sebelum itu, cuba anda jawab soalan-soalan yang berikut: (a) (b) (c) Apakah yang dimaksudkan dengan psikolinguistik? Apakah teori-teori huraian bahasa? Apakah teori-teori pemerolehan bahasa?

Perkataan psikolinguistik terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu psikologi dan linguistik. Justeru, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia. Seterusnya, telitilah pula maksud dan konsep teori huraian dan pemerolehan bahasa dengan membaca nota yang berikutnya.

1.1

TEORI HURAIAN BAHASA TRADISIONAL

Susahkah untuk memahami sesuatu teori Huraian Bahasa? Sesetengah orang menganggap teori sebagai perkara yang membosankan. Hal ini demikian kerana kita terpengaruh dengan tanggapan bahawa teori susah untuk difahami dan dikuasai. Berikut ialah empat aliran pemikiran teori huraian bahasa: (a) Teori Tradisional oleh Panini (i) (ii) Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit.

(iii) Bahasa boleh berkembang. (iv) Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk. (v) Tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. (vi) Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam. (vii) Kajian bahasa bersifat deduktif- mementingkan hukum-hukum sesuatu (viii) bahasa. (ix) Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat, dan kata kerja. (b) Teori Struktural oleh Bloomfield (i) (ii) Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan.

(iii) Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat. (c) Teori Transformasi Generatif oleh Chomsky (i) Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan.

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

(ii)

Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.

(iii) Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. (iv) Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental. (v) Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi. (vi) Bahasa bersifat sejagat dan kreatif. (d) Teori Fungsional oleh Halliday (i) (ii) Struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.

(iii) Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual. (iv) Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

1.1.1

Teori Tradisional Panini

Teori Tradisional oleh Panini (tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di samping itu, semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh huraian. Pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan.

1.1.2

Teori Struktural Bloomfield

Teori ini yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, De Saussure dan Otto Jespherson menyetujui bahawa bahasa adalah sistematis, mempunyai tatabahasa sendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian tentang nahu pula, mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai satu sistem yang mempunyai ciri peraturan, satu sistem, arbitrari dan untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi. Morfologi dan

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Golongan ini berpendapat huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.

1.1.3

Teori Transformasi Generatif Chomsky

Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang baru. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan penutur natif. Chomsky dalam kajiannya juga mendapati bahawa penguasaan bahasa adalah berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat bisaanya mempunyai hubungan erat (antara elemen) dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.

1.1.4

Teori Fungsional Halliday

Teori Fungsional yang dipelopori oleh Holliday dan Wilkins berkembang pada tahun 60 70-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Mereka menumpukan kajian pada bentuk dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan (perhubungan). Oleh yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur tetapi juga memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ciri-ciri bahasa fungsional dapat dinyatakan adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) Sistem bahasa digunakan oleh masyarakat untuk berhubung atau berkomunikasi dan bukannya satu sistem yang tertutup dan statik; Asas elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya sintaksis; Terdapat beberapa variasi dalam penggunaan bahasa yang timbul akibat tekanan sosial; dan

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

(d)

Bahasa ialah alat perhubungan dan melalui bahasa penutur boleh menggambarkan fikiran dan diri atau identiti penutur yang berkenaan.

Ada pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa untuk mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa.

AKTIVITI 1.1
Cikgu Zainal mengajarkan Bahasa Melayu murid Tahun Dua. Beliau mengajarkan muridnya tentang peraturan membina dan menulis ayat penyata. Cikgu Zainal memuji murid-murid yang dapat membina ayat penyata dengan betul. Semasa pengajarannya juga beliau menjalankan aktiviti lakonan dan perbincangan sesama murid. Mengapakah cikgu Zainal melakukan demikian, iaitu dengan memperkenalkan peraturan, memuji, dan menjalankan aktiviti? Bincangkan bersama rakan sekelas anda.

1.2

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan empat teori pemerolehan bahasa iaitu teori behaviourisme, teori kognitivisme, teori interaksionalisme dan teori konstruktivisme.

1.2.1

Teori Behaviourisme

Pelopor teori ini ialah Bloomfeild, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli psikologinya ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan ini berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Dengan kata lain, proses penguasaan bahasa melalui latihan memerlukan mekanisme yang bersistem. Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini juga berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya, cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul.

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya (Rajah 1.1). Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa.

Rajah 1.1: Tingkah laku bahasa

Berdasarkan Rajah 1.1, seseorang penutur memerlukan rangsangan untuk membolehkan mereka bertutur. Contohnya seseorang kanak-kanak yang baru belajar bercakap jika dirangsangkan dengan pelbagai benda, kanakkanak tersebut akan mudah bercakap. Jika mereka diberikan pendedahan yang berulang-ulang maka konsep peniruan akan wujud dan faktor ini akan mempercepatkan mereka untuk mempelajari bahasa. Analogi ini jika diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, implikasinya adalah sama; iaitu murid-murid akan memahami apa-apa yang diajarkan oleh guru mereka. Di samping itu, dalam pengajaran bahasa aspek pengukuhan amat dipentingkan supaya ilmu yang diperoleh murid akan mudah diingati oleh mereka. Walaupun berlaku kesalahan bahasa yang berpunca daripada kegagalan mereka membentuk biasaan bahasa, perkara ini boleh diperbetulkan oleh guru mereka. Sebagai contoh, jika ada murid gagal membuat ayat dengan betul maka guru boleh membetulkan kesalahan itu. Hal ini demikian kerana mengikut fahaman golongan ini, pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan penekanan induktif atau kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.

1.2.2

Teori Kognitivisme

Pelopor teori ini ialah Chomsky. Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat. Perkembangan bahasa kanak-kanak pula mengikut tahap umur mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu Zainal.

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Namun demikian, kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Selain itu, tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif.

1.2.3

Teori Interaksionalisme

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh, cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

1.2.4

Teori Konstruktivisme

Teori ini mementingkan pembelajaran yang diperoleh murid semasa berinteksi dalam bilikk darjah sama ada dengan rakan mahu pun dengan guru. Sebagai contoh dalam pengajaran bahasa, guru mengajarkan pembinaan ayat dengan menggunakan imbuhan ter-. Contoh ayat: Batu yang besar terangkat oleh Nizal. Murid diminta oleh guru membina ayat ayat yang lain yang membawa maksud yang sama atau yang tidak mengubah maksud. Contoh-contoh ayat yang mungkin dibina oleh murid setelah mereka memahami konsep ter-: (a) (b) Batu yang besar diangkat oleh Nizal. Nizal berupaya mengangkat batu yang besar.

Ayat (a) dan (b) terbina hasil daripada fahaman murid tentang konsep ter- yang membawa maksud mempunyai kudrat atau mempunyai tenaga hingga membolehkan Nizal mengangkat batu yang besar. Pembinaan semula ayat ini dianggap oleh golongan konstruktivisme sebagai pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru atau idea yang baru.

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

SEMAK KENDIRI 1.1


1. 2. Bezakan kesemua teori pemerolehan bahasa dan sertakan contohnya sekali. Nyatakan aktiviti pengajaran dan menggunakan kesemua teori tersebut. pembelajaran yang

1.3

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Secara relatifnya, teori huraian dan pemerolehan bahasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh yang demikian, seseorang guru bahasa mestilah memahami teori huraian dan pemerolehan dengan mendalam supaya dapat mengaplikasikannya dengan berkesan sewaktu mereka berinteraksi dengan murid-murid mereka dalam bilik darjah. Hal ini dapat digambarkan seperti yang terdapat dalam Rajah 1.2.

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

Rajah 1.2: Hubungan teori huraian dan pemerolehan bahasa dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Setiap guru bahasa mestilah memahami ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat (sosiolinguistik), ilmu linguistik tulin (linguistik huraian, perbandingan dan linguistik sejarah), dan ilmu linguistik yang berkaitan dengan fikiran (psikolinguistik). Hal ini demikian kerana ketiga-tiga disiplin ini mempunyai kaitan dengan teori huraian dan pemerolehan bahasa. Huraian sosiolinguistik, isi pelajaran dan huraiaan bahasa adalah bertunjangkan situasi sosiolinguistik. Isi pelajaran yang akan disampaikan haruslah melalui kaedah dan teknik yang betul. Kaedah dan teknik haruslah berpunca daripada strategi pembelajaran yang bersumberkan teori pedagogi bahasa. Teori pedagogi bahasa pula mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam masa yang sama, pemilihan media atau bahan bantu belajar pula haruslah difahami dan boleh di buat oleh guru. Bahan Bantu Belajar (BBB) hendaklah sesuai dengan isi, kebolehan murid, situasi bilik darjah, saiz huruf (font) dan yang terpenting ialah objektif pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan penggunaannya akan membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

10 X

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

SEMAK KENDIRI 1.3


Senaraikan lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menunjukkan guru mengaplikasikan setiap teori Pemerolehan Bahasa. (a) Teori Behaviorisme

(b)

Teori Kognitivisme

(c)

Teori Interaksionalisme

AKTIVITI 1.2
Secara berkumpulan, wujudkan satu situasi di dalam bilik darjah dan jalan pembelajaran bahasa dengan menggunakan teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa yang telah anda pelajari.

Teori Huraian Bahasa yang telah dibincangkan ialah teori tradisional oleh Panini, teori struktural oleh Bloomfield, teori transformasi generatif oleh Chomsky dan juga teori fungsional oleh Halliday. Teori Pemerolehan Bahasa yang telah dibincangkan dalam topik ini ialah teori behaviourisme, teori kognitivisme, teori interaksionalisme dan teori konstruktivisme. Di samping itu, pelajar juga diberikan contoh-contoh bagaimana teoriteori tersebut diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, silalah berikan penekanan yang spesifik terhadap teori yang dipelajari dan aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan betul.

TOPIK 1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

11

Behaviourisme Interaksionalisme Kognitivisme Konstruktivisme Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa Teori Struktural Teori tradisional Teori Transformasi Generatif

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kamarudin Husin, dll. (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Safiah, Nik, dll. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.