EKSPERIMEN 4
Tujuan
: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak.
Bahan
: 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat
(disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .
Alat Radas : Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.
Prosedur :
1. Tiub U diletakkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan. 7. Radas diniarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan.
8. Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm 3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkannnya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan. 9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.
Rajah 2
Keputusan
Anod
Katod
Galvanometer
Pemerhatian 1) Larutan Ferum(II) Sulfat yang berwarna hijau muda bertukar menjadi perang
2) Larutan Ferum (II) sulfat menjadi warna merah bata apabila diuji dengan Kalium Tiosanat 1)Larutan Kalium Iodida bertukar menjadi warna biru
LarutanKalium iodida
2) Larutan Kalium Iodida menjadi warna biru tua apabila diuji dengan kanji
Perbincangan Sel yang menukarkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik.dikenali sebagai sel elektrokimia. Di dalam sel-sel elektrokimia ini, terdapat proses pengoksidaan dan penurununan yang seterusnya menghasilkan tenaga elektrik. Proses pengoksidaan bermaksud penambahan bilangan oksigen dan hydrogen kepada sesuatu bahan,
proses kehilangan elektron sesuatu bahan dan proses peningkatan nombor pengoksidaan. Proses penurunan pula bermaksud pengurangan bilangan oksigen dan hidrogen kepada sesuatu bahan, penambahan bilangan elektron sesuatu bahan dan proses pengurangan number pengoksidaan. Bahan yang mampu mengoksida bahanbahan lain dinamakan oksidatif atau oksidaan dan dikenali sebagai agen pengoksidaan. Bahan yang mampu menurunkan bahan-bahan lain dinamakan reduktif dan dikenali sebagai agen penurunan, atau bahan penurun. Di dalam eksperimen ini kami membina dua sel elektrokimia dengan dua pasangan larutan yang berbeza menggunakan tiub-u. Pasangan pertama adalah larutan Kalium Dikromat (VI) berasid dan larutan ferum (II) sulfat. Asid sulfurik telah digunakan dalam eksperimen ini yang bertindak sebagai titian garam dan berfungsi untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion untuk mengalir. Dalam tindak balas pertama, ferum (ll) sulfat mengalami pengoksidaan dengan melepaskan elektron, maka elektrod yang mempunyai ion Ferum(II) adalah anod. Hal ini terbukti apabila jarum pada galvanometer terpesong. Perkara ini menjelaskan punca berlakunya perubahan warna larutan di anod di mana sedikit larutan perang yang mempunyai ion Ferum(III) terhasil walaupun sebelum ini warna larutan sepenuhnya adalah hijau muda yang mempunyai ion ferum(II). Ujian dengan kalium tiosanat terhadap larutan ferum(II) sulfat menunjukkan warna larutan bertukar kepada merah bata. Perkara ini membuktikan pengoksidaan berlaku .Proses pengoksidaan ini juga membuktikan bahawa ferum (ll) bertindak sebagai agen penurunan. Ia membebaskan elektron menjadi ion ferum (III). Elektron pula akan bergerak dari anod yang mengandungi ferum (II) sulfat melalui bahagian luar sambungan wayar litar ke arah katod iaitu elektron yang mengandungi ion dikromat. Ion dikromat di katod mengalami
penurunan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan. Hal ini, menjelaskan punca warna Ion dikromat berubah dari jingga kepada tidak berwarna. Persamaan bagi proses ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah : 6Fe2+ + Cr2O726Fe2+ 6Fe3+ + 6e2Cr3+ (aq) + 7H20 (l) 6Fe3+ + 2Cr3+ + 7H20
Dalam tindak balas antara larutan kalium iodida dan kalium manganat (Vll) pula, ion odida mengalami pengoksidaan dengan melepaskan elektron, maka elektrod yang mempunyai ion iodida adalah anod. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat pesongan pada jarum galvanometer. Perkara ini menjelaskan punca berlakunya perubahan warna larutan di anod di mana warna biru yang mempunyai iodin terlarut terhasil walaupun sebelum ini warna larutan adalah jernih yang mempunyai ion Iodida. Ujian dengan kanji terhadap larutan kalium iodida menunjukkan warna larutan bertukar kepada biru tua.Perkara ini membuktikan pengoksidaan berlaku di mana ion iodida dioksidakan kepada larutan iodin. Elektron pula akan bergerak dari anod yang mengandungi kalium iodida melalui bahagian luar sambungan wayar litar ke arah katod iaitu elektrod yang mengandungi ion Manganat(VII). Ion manganat(VII) di katod mengalami penurunan. Ini bermakna ion manganat (Vll) telah bertindak sebagai agen pengoksidaan. Di samping itu,ia menjelaskan punca warna ungu bertukar kepada tidak berwarna. Persamaan bagi proses ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah : 2I+ I2 + 2e2MnO4- (aq) + 15H+ + 10e2MnO4- (aq) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ + 8H20 (l) 2Mn2+ 10I- + 8H20(l)
Keputusan eksperimen mungkin akan terjejas disebabkan oleh beberapa faktor seperti basuhan radas yang kurang sempurna dan sebagainya maka keputusannya akan terjejas. Selain itu, aspek keselamatan juga harus diambil berat. Untuk mengatasi
masalah ini, cara yang pertama adalah dengan menuang bahan tindakbalas dengan tepat, cepat, cermat dan berhati-hati.. Ini adalah untuk mengatasi masalah komposisi campuran bahan yang kurang sempurna. Selain itu, kita juga perlu kedua-dua hujung tiub-u berada dalam aras yang sama. Keadaan ini bagi memastikan tekanan bagi kedua-dua larutan adalah sama.. Selain itu, bagi faktor keselamatan pula, asid sulfuric yang mudah meruap haruslah diletak di dalam kebuk wasap bagi mengelakkan wapnya tersebar ke udara persekitaran.. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan haba adalah sekata di dalam air. Bagi memastikan eksperimen ini memperoleh keputusan yang tepat beberapa langkah berjaga-jaga perlu diambil. Pertama, radas-radas yang digunakan mestilah dibasuh dengan sempurna menggunakan air suling bagi memastikan radas tersebut tidak mempunyai sisa-siasa bahan kimia. Kedua, ketika menuang bahan, kita perlulah melakukannya dengan cermat dan memastikan ia tepat dengan bacaan yang ditulis pada bahagian prosedur. Perkara ini perlu supaya masalah komposisi campuran tidak berlaku.
Kesimpulan Dalam sel elektrokimia, Proses pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan di katod berlaku secara serentak secara redoks dan elektron dipindahkan dari anod ke katod melalui litar luar
Soalan:
1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini.
Tindak balas 2: 2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce)
(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan.
Tindak Balas
Agen Penurunan
2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.
Terminal negatif (FeSO4) ke terminal Terminal negatif (KI) ke terminal positif positif (K2Cr2O7) (KMnO4)
Fungsi asid sulfurik adalah ia bertindak sebagai jambatan garam yang memisahkan tindak balas setengah dan juga melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion dalam litar.
4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.
Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas adalah: i. Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl) ii. Plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalium sulfat (K2SO4)
5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik?
Kerana larutan bromida kalium akan bertindak balas dengan bahan tindak balas. Ini akan menyebabkan tindak balas tidak berlaku. Selain itu, kompaun itu tidak akan membenarkan pergerakan ion dalam tindak balas.
BIBLIOGRAFI
Brown, T.E. LeMay, H.E. Bursten, B.E. Murphy, J.E. Woodward, P. (2012). Chemistry the Central Science (12th edition).Upper Saddle River,N.J:Prentice Hall. Kemhawk. (2012). Redox:Transfer of electron at a distance Diperoleh pada 26 Februari, 2012 daripada http://kemhawk.webs.com/My%20Notes/Redox/7%20Transfer%20of%20electron s%20at%20a%20distance.doc McMurry, John. Fay, Robert, C.(2005) Chemistry (4th edition). Boston, MA: Pearson Custom Publishing: Pearson/Prentice Hall Swee Moi. (2009). Transfer of Electron at A Distance Diperoleh pada 28 Februari, 2012 daripada http://chem2u.blogspot.com/2009/07/transfer-of-electron-atdistance.html