Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI PSIKOLINGUISTIK psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan

psikologi. Jadi bidang ini merupakan antara disiplin psikologi dan linguistik. Dengan demikian, disiplin ini kadangkala dikenali juga sebagai psikologi bahasa. Disiplin ilmu ini secara saintifik menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. MATLAMAT Maka, tujuan utama psikolinguistik adalah untuk mencari satu teori bahasa yang munasabah dan unggul daripada segi linguistik dan psikologi, yakni teori yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya. Dengan demikian, psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang berminat untuk mengetahui hal yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. APA ITU TEORI PSIKOLINGUISTIK teori psikolinguistik adalah sesuatu pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang psikolinguistik. Justeru, teori psikolinguistik dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu mengenai hakikat kognitif manusia.

TEORI CHOMSKY
Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompetens. Setelah kanak-kanak memperoleh kompetens, dia akan mempunyai prestasi. Kompetens seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur. Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera. Sehubungan itu, Chomksy telah memperkenalkan teori linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif (TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa berkenaan.

CABANG2 PSIKOLINGUISTIK

Teori Huraian Bahasa


Apakah maksud teori huraian bahasa? Teori bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian bahasa. Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa, iaitu; a. Teori Tradisional (Panini) Papar

b.

Teori Struktural (Bloomfield) Papar Teori ini dipelopori oleh Bloomfield (lihat Rajah 1.4), Edward Sapir, Ferdinand de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.

c.

Teori Transformasi Generatif (Chomsky) Papar Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky, (lihat Rajah 1.5) ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elem en dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman.

d.

Teori Fungsional (Halliday) Papar

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


Terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza ini, maka wujud pelbagai teori pemerolehan bahasa. Seperti yang telah dinyatakan di dalam bahagian pengenalan, terdapat banyak teori pemerolehan bahasa, namun begitu kita hanya akan meneliti tiga teori pemerolehan bahasa, iaitu teori behaviouris, teori mentalis, dan teori interaksionalis dalam bahagian ini. Kita sudah pun membincangkan bahawa pem erolehan bahasa ialah cara seseorang mempelajari bahasa pertamanya. Sekarang kita akan mengenal teori-teori pem erolehan bahasa yang dikemukakan oleh ahli bahasa pula. Kita bermula dengan mengenal teori behaviouris terlebih dahulu. Teori ini dipelopori oleh B.F. Skinner, (rujuk Rajah 2.1). Beliau mengemukakan pandangan bahawa pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan, iaitu rangsangan yang diasaskan kerana ganjaran atau peneguhan.

Teori Behaviouris (Skinner)


Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Kelihatan teori ini m enekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diam ati dan diukur. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.

Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental.

EVOLUSI PERTUTURAN
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari evolusi pertuturan, iaitu perkembangan secara beransur-ansur pertuturan atau bahasa dalam kalangan manusia. Sebelum itu, kita perlu m engenali fungsi dan mekanisme otak. Mekanisme otak bermaksud cara otak kita menjalankan fungsi bahasa. Selain itu, kita akan memahami kaitan antara pembentukan bahasa dengan fungsi otak.

Fungsi Otak Dan Mekanisme Otak


Otak merupakan organ manusia yang amat kompleks sifatnya. Otak menjalankan pelbagai fungsi dan ada cara otak itu berfungsi. Otak memegang peranan penting dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat memahami sebahagian daripada fungsinya, dan beberapa daripada fungsinya adalah berkaitan dengan bahasa. Sekarang kita akan meneliti bahagian-bahagian organ ini secara terperinci. Otak manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian bawah dan bahagian atas. Bahagian bawah dikenal dengan nam a batang otak manakala bahagian atas sebagai serebrum. Batang otak memastikan badan kita sentiasa hidup dengan mengawal pernafasan, degup jantung, dan sebagainya. Serebrum pula merupakan bahagian yang amat penting bagi kehidupan kita kerana bahagian ini menjana bahasa. Selain itu, serebrum juga mengintegrasikan manusia dengan persekitarannya.

Bahasa Dan Otak


Setelah mengenal bahagian-bahagian otak dan beberapa banyak fungsinya, tentu timbul persoalan bagaimanakah bahasa dibentuk dalam otak, dan apakah kaitan antara bahasa dengan otak? Kita telah mempelajari bahawa otak ada pelbagai fungsi dan sebilangan fungsinya adalah berkaitan dengan bahasa. Pertamanya, kita mendapati bahawa otak mengawal proses kognitif yang terlibat dalam hal menghasilkan bahasa atau untuk memahami bahasa. Jalur motor pula terlibat dalam hal artikulasi, iaitu pergerakan otot-otot lidah, bibir dan anak tekak. Seterusnya, kita akan mengenal pasti cara-cara otak membantu kita memperoleh bahasa. Seperti yang dibincangkan pada awal, beberapa daripada bahagian otak terlibat dalam struktur dan fungsi bahasa. Sebenarnya, otak memberikan tugas kepada hemisfera otak, iaitu hemisfera kiri dan kanan. Operasi bahasa, logik dan analisis, serta matematik bertahap tinggi biasanya berlaku di hemisfera kiri. Sementara itu, hemisfera kanan cukup berkesan dalam hal mengenal emosi, mengecam muka, dan mengambil kira struktur perkara secara global tanpa sebarang analisis. Kita menyebut bidang tugas hemisfera kiri dan kanan sebagai lateralisasi. Lateralisasi otak menjelaskan bahawa otak mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengembangkan bahasa. Kita memang cukup tertarik dengan lateralisasi bahasa, iaitu bahagian-bahagian otak yang terlibat dalam penggunaan bahasa. Kajian menunjukkan bahawa bahasa berpusat di hemisfera kiri dalam kalangan orang yang menggunakan tangan kanan. Ada kalanya bahasa berpusat di hemisfera kanan bagi orang yang menggunakan tangan kiri. Kini terdapat pandangan baharu tentang lateralisasi. Pandangan itu menyatakan bahawa hemisfera kiri memberi tumpuan kepada operasi bahasa yang cepat, manakala yang kanan memberi tumpuan kepada proses pemaknaan yang tinggi. Dalam kebanyakan manusia, kem ahiran bahasa kelihatan muncul khususnya di hemisfera kiri. Sebagai contoh, jika seseorang mengalami cedera parah dalam kemalangan di bahagian otaknya, iaitu di hemisfera kiri, orang itu sudah tentu akan mengalami impaknya. Kemungkinan kebolehan berbahasa orang tersebut akan terjejas. Oleh itu, kita dapat merumuskan bahawa beberapa banyak bahagian otak terlibat dalam fungsi bahasa, iaitu dalam hal penerbitan pertuturan dan pemahaman pertuturan. Antaranya ialah hemisfera kiri dan talamus yang memainkan peranan dalam penerbitan bahasa.

y y

Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara formal. Teori behavourisme menegaskan bahawa manusia memperoleh bahasa kerana terdapat rangsangan dan tindak balas. Kemudian manusia menguasai sesuatu bahasa melalui proses pengulangan sehingga terbentuk kebiasaan atau tabiat dalam dirinya.

RUMUSAN

y y y y y y y y

Teori mentalis berpandangan bahawa manusia secara semula jadi mempunyai keupayaan untuk berbahasa. Terdapat LAD dalam otak manusia untuk membina bahasa mereka secara aktif. Teori ini juga berpendapat bahawa ada dua proses dalam penguasaan bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi. Teori interaksionalis beranggapan bahawa pemerolehan bahasa melibatkan dua proses, iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Terdapat banyak bahagian otak yang terlibat dalam fungsi bahasa. Antara yang penting ialah hemisfera kiri. Penerbitan bahasa merupakan aktiviti mental yang melibatkan hal menghasilkan, memahami dan melaksanakan pertuturan dalam komunikasi. Penerbitan pertuturan dalam otak melibatkan tiga peringkat yang penting, iaitu konseptualisasi, formulasi dan pelaksanaan. Bertutur melibatkan operasi semantik, sintaksis dan fonologi. Pengleksikalan ialah proses memilih kata semasa kita hendak berkomunikasi dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai